Amazing Marks on Your Hands

Amazing Marks on Your Hands

Muxlim.com jadi tumpuan

Muxlim.com jadi tumpuan

Laman web Islam diiktiraf antara peniagaan baru terbaik di Eropah

LONDON: Satu laman web Muslim yang menyamai Yahoo, Facebook dan Youtube, diiktiraf sebagai antara syarikat berasaskan teknologi terbaik di Eropah.

Laman web sosial Muxlim.com, dipilih menduduki tempat itu oleh satu syarikat media Amerika Syarikat yang berpejabat di California, Red Herring.

Muxlim.com dilancarkan pada 2006 oleh dua usahawan Islam dengan matlamat mewujudkan laman web sosial Muslim paling terkenal di dunia.

Dalam tempoh tidak sampai setahun, ia berjaya menarik minat lebih sejuta pengunjung daripada 190 negara di seluruh dunia. Ini termasuk 20 peratus pengunjung dari British Isles atau Kepulauan Britain, 15 peratus dari Eropah dan 35 peratus dari Amerika Syarikat.

“Pengiktirafan yang diberikan kepada kami sebagai salah satu syarikat paling inovatif dan berjaya sememangnya amat bermakna kepada kami mahu pun masyarakat Muslim,” kata seorang daripada pengasas yang juga Ketua Pegawai Operasi Muxlim.com, Mohamed El-Fatatry, dipetik satu perkhidmatan media Arab, semalam.

“Matlamat utama kami adalah mewujudkan satu laman web yang mana pengguna Muslim dan bukan Muslim dapat berinteraksi dalam persekitaran yang sihat, selamat dan penuh persahabatan.”

Kewujudan laman web sosial yang selamat juga amat penting berikutan kebimbangan ramai ibu bapa yang menaruh prasangka dengan kewujudan beberapa laman web pada masa ini.

Malah, satu tinjauan oleh Fakulti Ekonomi Universiti London bertajuk EU Kids Online mendapati, lebih 60 peratus kanak-kanak secara tidak sengaja didedahkan kepada bahan lucah secara dalam talian. Di kalangan kanak-kanak Amerika pula, angka itu mencecah 42 peratus.

“Kami menyedari ramai pengguna internet, khususnya ibu bapa mahukan pengalaman melayari internet yang selamat untuk anak-anak mereka. Kandungan yang selamat, tiada kata-kata kesat atau maki hamun mahu pun bahan lucah.

“Tetapi pada masa sama, mereka juga mahukan laman web sosial yang ceria dan menarik. Muxlim.com merangkumi semua ciri-ciri itu dan kami terbukti berjaya mewujudkan masyarakat pengguna yang mesra dan kelakar.

Lebih menarik lagi, kami baru saja mewujudkan Muxlim TV yang membolehkan pengguna berkongsi video masing-masing,” kata El-Fatatry.

Katanya, dalam masa beberapa minggu lagi, satu lagi perkhidmatan baru, My Muxlim yang menyamai MySpace, akan dilancarkan. Ia menjadi laman web pertama Muslim yang membolehkan pengguna mewujudkan laman web mereka sendiri yang boleh dikongsi bersama rakan-rakan.

link : http://www.muxlim.com/

TEMPAT TINGGAL DAJJAL PADA ZAMAN NABI

TEMPAT TINGGAL DAJJAL PADA ZAMAN NABI

Sebuah Hadits menerangkan, bahwa pada suatu hari sehabis salat berjama’ah, Nabi Muhammad SAW menahan para Sahabat dan berkata sbb : “Tamim Dari, seorang Kristian yang memeluk Islam, ia menceritakan kepadaku tentang Dajjal, yang cocok dengan apa yang pernah aku ceritakan kepada kamu”. Lalu beliau menceritakan pengalaman Tamim Dari sbb :

“Pada suatu hari ia berlayar dengan beberapa orang dari kabilah Lakhm dan Judham. Setelah berlayar sebulan lamanya, mereka mendarat di sebuah pulau, dimana mereka berjumpa untuk pertama kali dengan seekor makhluk yang aneh, yang menamakan dirinya Jassassh (makna aslinya mata-mata). Jassasah memberitahukan kepada mereka tentang seorang laki-laki yang tinggal dalam Gereja. Kemudian mereka mengunjungi orang itu dalam Gereja, yang nampak seperti raksasa, yang tangannya diikat pada lehernya, dan kakinya diikat dengan rantai, dari lutut hingga mata-kaki. Mereka bercakap-cakap dengan orang ini, yang tiba-tiba ia bertanya kepada mereka tentang Nabi SAW, dan ia mengakhiri percakapannya dengan ucapan: ‘Aku adalah Masihid Dajjal, dan aku berharap semoga aku segera dibebaskan, lalu aku dapat menjelajahi seluruh dunia, kecuali Makkah dan Madinah“.

Satu hal yang sudah pasti ialah bahwa seluruh cerita ini bukanlah kejadian biasa, melainkan sebuah visiun (ru’yah). Adapun bukti bahwa kejadian itu terjadi dalam ru’yah ialah adanya kenyataan bahwa Dajjal bertanya kepada mereka sbb: “Ceritakanlah kepadaku tentang Nabi bangsa Ummi (bangsa Arab), apakah yang ia kerjakan”.

Pertanyaan mereka dijawab sbb: “Beliau meninggalkan Makkah dan sampai di Madinah”. Dalam Hadits lain, Dajjal diriwayatkan bertanya sbb: “Orang ini yang muncul di antara kamu, apakah yang ia kerjakan?(Kanzul-Ummal jilid VII, hal 2024).

Bagaimana mungkin Dajjal tahu bahwa Nabi bangsa Arab telah muncul? Apakah Dajjal telah menerima wahyu? Sudah barang tentu tidak. Dan pula tak mungkin bahwa ini adalah perkara tekaan.

Kejadian-kejadian lain yang diceritakan dalam Hadits ini, semuanya menguatkan pendapat bahwa ini terjadi dalam ru’yah. Misalnya, siapakah yang mengikat tangan Dajjal pada lehernya? Siapakah yang mengikat kakinya dengan rantai? Bolehkah kami mengira bahwa Dajjal dilahirkan dalam keadaan demikian? Mengapa jassasah tidak melepas rantai Dajjal? Segala persoalan yang rumit ini hanya dapat dipecahkan apabila kami menganggap ceritera ini berasal dari ru’yah Tamim Dari.

Segala sesuatu yang diketahui oleh Nabi Suci yang berhubungan dengan masalah ini juga berlandaskan ru’yah. Allah tak pernah membawa beliau ke sebuah pulau, dan menyuruh beliau melihat Dajjal dengan mata-kepala sendiri. Sebaliknya, hanya melalui ru’yah sajalah, beliau melihat sifat-sifat Dajjal. Beliau menyajikan ru’yah Tamim Dari ini, sekadar untuk memperkuat apa yang diketahui oleh beliau dalam ru’yah sebagaimana beliau menceritakan juga impian para Sahabat lainnya. Hadits ini memberi petunjuk kepada kita, di mana tempat-tinggal Dajjal :

1. Ia bertinggal di sebuah pulau.

2. Letak pulau ini sejauh satu bulan pelayaran dari Syria.

Masih ada satu lagi yang orang dapat ketahui dari Hadits ini, yakni, bahwa pada zaman Nabi, Dajjal sudah ada, tetapi ia belum diizinkan keluar. Hal ini akan kami uraikan nanti dengan panjang-lebar.

Dua catatan tersebut di atas memberi petunjuk seterang-terangnya akan tempat-tinggal Dajjal. Sudah terang bahwa Eropah didiami pula oleh bangsa-bangsa lain, tetapi bangsa Inggeris mempunyai kekuasaan dan kebesaran yang tak pernah jatuh di tangan bangsa lain di benua itu. Itulah sebabnya mengapa benua Barat disebutkan secara khusus sebagai tempat-tinggal Dajjal.

p/s : jika ada sumber tentang Tempat Tingga Dajjal daripada para pembaca..Sila tambah yee…

Tafsir: Golongan pandang kecil dosa yang dilakukan

Tafsir: Golongan pandang kecil dosa yang dilakukan

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Bani Israil suka melanggar janji dengan Allah dan dua kalimah syahadah. Ini adalah kerja dosa yang besar.

Seterusnya Allah Taala menyebut firman-Nya yang bemaksud; Dan Kami telah mengutuskan kepada mereka rasul-rasul. (Surah al-Maidah: 70)

Utusan Allah bemula dari datuk, nenek mereka termasuk Nabi Yaaqub. Daripada zuriatnya lahir bangsa Yahudi Bani Israil.

Yaaqub bin Ishaq bin Ibrahim, ayahnya rasul dan datuknya pun rasul. Inilah keistimewaan yang diberikan Allah kepada Bani Israil, di mana dilahirkan di kalangan mereka rasul-rasul yang ramai lebih ramai daripada umat lain.

Ini adalah kurnia Allah kepada Bani Israil. Tetapi mereka melanggar janji mereka dengan Allah dan mendurhakai-Nya. Firman Allah yang bermaksud; Setiap kali datang rasul kepada mereka, sebahagian mereka bohongi dan sebahagian lagi mereka bunuh.(Surah al-Maidah: 70)

Yakni apabila rasul diutuskan oleh Allah membawa ajaran yang mereka fikir tidak sesuai dengan akal fikiran mereka ataupun rasul yang dipilih oleh Allah tidak sesuai dengan akal fikiran mereka, sebahagian daripada rasul itu mereka bohongi, mereka tidak percaya seperti Nabi Isa a.s. dan beberapa nabi yang lain termasuk Nabi Musa, Nabi Harun dan lain-lain, mereka ukur dengan akal fikiran mereka bukan beriman dengan ikhlas kepada Allah SWT.

Mereka dustakan rasul-rasul yang diutuskan oleh Allah, pada hal rasul itu di kalangan orang yang paling baik daripada kalangan mereka.

Sementara itu sebahagian daripada rasul itu mereka bunuh. Nabi Zakaria mereka gergaji jasadnya, Nabi Yahya mereka sembelih seperti binatang, dan beberapa orang rasul lagi yang dibunuh oleh mereka. Sudahlah mereka tidak mahu menerima kebenaran yang dibawa oleh rasul-rasul itu bahkan mereka bunuh pula rasul-rasul itu.

Inilah kerja kamu wahai Bani Israil dan ambillah pengajaran wahai orang Islam dalam perkara ini. Firman Allah yang bermaksud; Dan mereka mengira bahawa tidak berlaku fitnah kepada mereka. (Surah al-Maidah: 71)

Mereka menyangka bahawa tidak akan berlaku bencana kepada mereka dengan tindakan jahat itu. Mereka menyangka, Allah tidak menurunkan bala kepada mereka.

Mereka tidak sedar, mereka dibalakan oleh Allah dengan serangan musuh, bencana alam termasuk puting beliung, banjir, kemarau dan berbagai-bagai perkara.

Bala bencana ujian dari Allah, hukuman di dunia sebelum hukuman di akhirat akibat daripada mereka mendurhakai Allah dan mendurhakai rasul-rasul-Nya.

Mereka merasakan tidak ada apa-apa keburukan pun selepas membunuh rasul-rasul itu, mereka tetap sihat walafiat.

Tiba-tiba datang bencana, mereka berkata, itu hanya bencana alam sahaja tidak ada kena mengena dengan kejahatan yang mereka lakukan.

Mereka lupa kepada jenayah dan maksiat yang mereka lakukan selama ini ataupun mereka memandang ringan terhadap maksiat yang mereka lakukan.

Mereka tafsirkan kepada benda lain, tidak kepada diri mereka sendiri. Mereka tidak menghitung diri sendiri sebelum mereka dihitung di hadapan Allah.

Firman Allah yang bermaksud; Lalu mereka buta (untuk melihat petunjuk) dan pekak. (Surah al-Maidah:71)

Mereka buta untuk melihat yang benar dan melihat yang baik dan pekak dari mendengar yang sebenar. Mereka dengar tetapi seperti tidak mendengar ketika diberitahu perkara yang sebenar.

Firman Allah yang bermaksud; Kemudian Allah mengampunkan mereka dengan apa yang mereka telah lakukan. (Surah al-Maidah: 71)

Nabi-nabi mereka beristighfar memohon keampunan daripada Allah. Apabila mereka sedar dan insaf, mereka memohon kemaafan dan beristighfar, Allah Taala mengampunkan mereka, kerana Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Firman Allah Taala lagi yang bermaksud; Kemudian mereka itu buta dan pekak lagi, kebanyakan daripada mereka. (Surah al-Maidah: 71)

Kebanyakan daripada mereka buta dan pekak semula, tidak melihat dan mendengar perkara yang benar.

Berkata ulama tafsir, mereka tidak percaya kepada yang kemudian ini iaitu kedatangan Nabi Muhammad s.a.w. yang mereka baca di dalam kitab-kitab mereka, yang mereka dengar beritanya daripada nabi-nabi dan rasul-rasul mereka serta para ulama mereka.

Diperjelaskan bahawa akan zahir nabi akhir zaman, tetapi mereka seolah-olah tidak mendengar khabar itu daripada nabi-nabi, rasul-rasul dan para ulama mereka. Mereka tidak menerima petunjuk walaupun mereka melihat batang tubuh Nabi s.a.w.

FAkta Tentang Azan

Assalamu’alaikum.

Sekiranya seseorang telah yakin bahawa masuk waktu solat, dia bolehlah terus sembahyang tanpa perlu menunggu muazzin melaungkan azan. Dan solatnya dikira sah. Ini kerana antara syarat sah solat ialah yakin masuk waktu.

Kata Dr Wahbah az-Zuhayli –


الشرط الأولمعرفة دخول الوقت
لا تصح الصلاة بدون معرفة الوقت يقيناً أو ظناً بالاجتهاد، فمن صلى بدونها لم تصح صلاته، وإن وقعت في الوقت، لتكون عبادته بنية جازمة، لاشك فيها، فمن شك لم تصح صلاته؛ لأن الشك ليس بجازم. والدليل: هو قوله تعالى{إن الصلاة كانت على المؤمنين كتاباً موقوتاً} [النساء103/4


Syarat (sah solat) yang pertama-Mengetahui masuk waktu solat.
Tidak sah solat tanpa mengetahui masuknya waktu solat dengan yakin atau dengan zhan melalui ijtihad. Sesiapa yang solat tanpa mengetahui masuknya waktu (dengan yakin atau zhan melalui ijtihad), tidak sah solat tersebut sekalipun solat itu dilakukan dalam waktunya kerana ibadat solat mesti dengan kepastian. Oleh itu, apabila diragui waktunya, maka tidak dikira sebagai sah, kerana orang meragui tidak pasti. Dalilnya firman Allah SWT ” Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan ke atas orang yang beriman yang tertentu waktunya”.
(Fiqh Islami wa Adillatuh, jld 1, m/s 642, Dar al-Fikr)

Hukum azan adalah sunat sahaja. Bukannya wajib
. Oleh itu, jika seseorang solat tanpa melaungkan azan sebelumnya, maka solatnya sah.

Kata Dr Wahbah az-Zuhayli –

حكم الأذان :
الأذان والإقامة عند الجمهور (6) (غير الحنابلة) ومنهم الخرقي الحنبلي: سنة مؤكدة للرجال جماعة في كل مسجد للصلوات الخمس والجمعة، دون غيرها، كالعيد والكسوف والتراويح وصلاة الجنازة، ويقال فيها عند أدائها جماعة: «الصلاة جامعة» لما روى البخاري ومسلم عن عبد الله بن عمرو وقال: «لما انكسفت الشمس على عهد رسول الله صلّى الله عليه وسلم ، نودي: الصلاة جامعةٌ»


Hukum Azan
Azan dan iqamah menurut jumhur ulama’ (termasuk mazhab syafie) selain ulama’ mazhab hanbali termasuk al-Kharqi al-Hanbali, ialah sunat muakkad bagi lelaki yang sembahyang berjamaah di masjid, bagi semua sembahyang lima waktu dan sembahyang jumaat. Tetapi tidak sunat untuk sembahyang yang lain seperti sembahyang hari raya, sembahyang gerhana matahari, sembahyang tarawikh dan sembahyang jenazah yang mana sewaktu menunaikannya hendaklah diucapkan assalata jamiah kerana imam Bukhary dan Muslim telah meriwayatkan daripada Abdullah bin Amr beliau mengatakan – ” Apabila matahari gerhana pada zaman Rasulullah SAW diseru assalah jamiah”.
(Fiqh Islami wa Adillatuh, jld 1, m/s 608, Dar al-Fikr)

Kebanyakkan ulama’ menghukumkan sunat menjawab azan dan bukannya wajib
. Sekiranya seseorang mendengar azan, kemudian dia terus solat tanpa menjawab azan dan tanpa menunggu azan habis maka solatnya tetap sah.

Kata Dr Wahbah az-Zuhayli –

إجابة المؤذن والمقيم:
يجب في الراجح عند الحنفية لمن سمع الأذان وندباً لمن سمع الإقامة، ويسن عند غيرهم لمن سمع المؤذن أو المقيم: أن يقول مثلما يقول مثنى مثنى عقب كل جملة، إلا في الحيعلتين، فيحوقل فيقول: ( لا حول ولا قوة إلا بالله )



(Hukum) menjawab seruan azan dan iqamah.
Menurut pendapat yang rajih di kalangan ulama’ hanafi, wajib menjawab azan bagi orang yang mendengar azan dan sunat bagi yang mendengar iqamah. Ulama’ yang lain mengatakan sunat menjawab bagi orang yang mendengar azan atau iqamah dengan mengucapkan seperti yang diucapkan oleh orang yang melakukan azan dan iqamah itu, iaitu dua kali selepas setiap jumlah kecuali pada hai’alatain “hayya ala solah” dan “hayya ala falah”. Pada kedua-dua kalimah ini hendaklah dijawab
لا حول ولا قوة إلا بال. (Fiqh Islami wa Adillatuh, jld 1, m/s 626, Dar al-Fikr)

Jika seseorang sedang solat, kemudian kedengaran azan maka dia tidak perlu menjawab azan tersebut sebaliknya teruskan solatnya dan solatnya dikira sah.

Kata Dr Wahbah az-Zuhayli –


لكن إن سمعه في الصلاة، لم يقل مثل قوله، لئلا يشتغل عن الصلاة بما ليس منها، وقد روي «إن في الصلاة لشغلاً»



Jika seseorang mendengar azan ketika sedang menunaikan solat (dalam solat), dia tidak boleh berkata seperti yang dikata oleh muazzin (jawab azan) agar solatnya tidak disibukkan dengan perkara lain. Telah diriwayatkan ” Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu kerja”. (Fiqh Islami wa Adillatuh, jld 1, m/s 628, Dar al-Fikr)

Sekiranya seseorang berada di dalam masjid, kemudian azan dilaungkan maka dia digalakkan tunggu sehingga azan habis sambil menjawab azan kemudian barulah dia solat secara berjamaah. Namun begitu, sekiranya dia solat sendirian sebelum azan habis dilaungkan maka solatnya dikira sah. Tetapi, perbuatan ini tidaklah disukai melainkan ada sebab-sebab yang tertentu yang menghalangnya dari solat secara berjamaah.

Kata Dr Wahbah az-Zuhayli –

قال الشافعية والحنابلة: وإذا دخل المسجد، والمؤذن قد شرع في الأذان، لم يأت بتحية ولا بغيرها، بل يجيب المؤذن واقفاً حتى يفرغ من أذانه ليجمع بين أجر الإجابة والتحية.


Menurut pendapat ulama Syafie dan hanbali – sekiranya seseorang masuk ke masjid, dan muazzin sedang azan, maka dia tidak boleh melakukan solat tahiyatul masjid atau solat yang lainnya, malah dia hendaklah menjawab azan sambil berdiri sehinggalah muazzin selesai dari azannya. Ini adalah untuk menghimpunkan pahala menjawab azan dan pahala solat yahiyatul masjid. (Fiqh Islami wa Adillatuh, jld 1, m/s 629, Dar al-Fikr)

wassalam

Video: UMNO Punya Angkara….

Video: UMNO Punya Angkara….

 “UMNO Punya Angkara, BABI Dapat Nama”, itulah tajuk dokumentari yang memaparkan isu ternakan babi di Kuala Sungai Baru, Melaka yang heboh diperkatakan pada penghujung tahun lalu.

Baru-baru ini isu ternakan babi kembali lagi, kini pula di Selangor, sebuah negeri yang diperintah oleh Kerajaan Pakatan Rakyat.

Untuk mendapat gambaran yang lebih jelas tentang apa sebenarnya isu ini dan siapa sebenarnya yang menjadi dalang memperbesar-besarkannya saksikanlah dokumentari ini.

Bahagian Pertama
Bahagian Kedua
Bahagian Ketiga
Bahagian Keempat

Bahagian Pertama:

Bahagian Kedua:

Bahagian Ketiga:

Bahagian Keempat :

Cuti hari Jumaat

Cuti hari Jumaat

 Berhubung idea supaya Pakatan Rakyat menukarkan cuti sabtu ahad kepada jumaat sabtu, rasanya perlu difikirkan secara rasional dan baik.

Bagi muslim, mungkin ada banyak hujah dan nas mengenai kebaikan dan moleknya jika boleh bercuti di hari Jumaat.

Tapi secara rasionalnya, pada ketika ini negeri yang bekerja secara optimum dan efektif hanya kelantan, kedah dan terengganu.

Ini kerana mereka boleh bekerja sepenuh masa pada 5 hari bekerja. Bagi negeri yang mengamalkan cuti sabtu ahad, mereka melakukan pembaziran masa dan kos pada hari Jumaat. Ini kerana bagi pekerja kerajaan, mereka akan rehat dari 12.15 hingga 2.45, melibatkan masa rehat 2 1/2jam sedangkan pada hari biasa rehat 1 jam sahaja. (baca waktu kerja pejabat kerajaan di KL)

Jumlah extra rehat 1 1/2 jam seminggu menyebabkan kerugian kos, masa dan tenaga kerja berbanding negeri kelantan, kedah dan terengganu. Tambahan pula sektor swasta juga terpaksa memberi keizinan pekerja untuk pergi solat jumaat. Sebab itu banyak kilang kat Perak dan Selangor pun bagi cuti hari Jumaat. (kilang tempat aku kerja kat Perak dulu pun cuti hari Jumaat, kilang org cina pulak tu).

Kalau betul kerajaan negeri Pakatan Rakyat berminat dengan idea penjimatan kos dan kerja yang efektif, cuti hari Jumaat perlu dikaji. Kalau kilang-kilang cina pun boleh buat keputusan cuti hari Jumaat, tentu ada rasional yang perlu dikaji sebab kilang sudah tentu berorientasikan keuntungan. Jadi kerajaan negeri juga tentu tidak akan rugi cuti jumaat sebab kilang pun tak rugi cuti hari jumaat.

Cukuplah UMNO-BN yang membazirkan kos/wang dan masa selama ini dengan bekerja sedikit pangkal, dan sedikit hujung pada setiap Jumaat. Org yang biasa berurusan dengan kerajaan tentu perasan bila sudah solat jumaat, semua org gomen mcm dah tak berapa minat nak kerja, sebab tinggal sikit lagi masa sebelum nak balik. Pulak tu esoknya cuti, dah plan nak balik kg, pergi shopping etc.. Pakatan Rakyat perlu efektif kerja 5 hari seminggu dengan optimum ..kena kerja Ahad-Khamis , 8pg-5ptg, full ..”

p/s : kalau di ikut dari ISLAM…sepatutnya kerajaan PR skrg harus mengubah cuti mingguan…Semua orang tahu bahawa hari jumaat ada lah penghulu segala hari..dan hari yang paling mendapat banyak rahmat…

Selain itu juga,,antara dakyah2 orang kafir..mereka tidakmemberi peluang umat ISLAM untuk merebut “pahala jumaat”…dengan cara berkerja hari JUMAAT dan cuti hari AHAD(kalau org kafir..hari itu mereka pergi GEREJA)

Negara Islam – Usah Terburu-Buru…Bertindak

Negara IslamUsah Terburu-Buru…Bertindak

Tidak dinafikan, Negara Islam merupakan cita-cita PAS dalam pemerintahan Malaysia. Berbagai-bagai usaha dan tindakan yang telah dilakukan oleh PAS bagi merealisasikan cita-cita itu.

Agenda penerangan tentang bentuk dan ciri-ciri Negara Islam telah dibuat, tetapi keadaan tidak berbelah pihak kepada PAS, yang mana segala penerangan PAS itu telah diselewengkan oleh UMNO-Barisan Nasional dengan diputar belitkan kenyataannya yang melahirkan satu gambaran, Negara Islam adalah Negara yang akan menindas golongan non muslim.

Golongan non muslim tidak menerima negara Islam yang diperjuangkan oleh PAS, adalah kerana mereka bimbang nasib dan masa depan mereka dizalimi, sedangkan dalam bentuk negara islam yang dicadangkan oleh PAS, tidak pernah mengabaikan hak-hak non muslim dalam sesebuah negara, bahkan Islam menetapkan hukum haram bagi kerajaan Islam mengabaikan hak-hak non muslim.

Penolakan mereka itu adalah bersebab, mereka sentiasa dimomokkan dan digambarkan oleh media Barisan Nasional, bahawa Islam adalah ganas, sedangkan Islam bukanlah seperti yang digambarkan oleh Barisan Nasional.

Disamping itu juga, mereka tidak memahami maksud sebenar disebalik perlaksanaan Negara Islam. Sedangkan Negara Islam adalah pemerintahan yang mementingkan amanah, kebajikan, kestabilan ekonomi, politik, kasih sayang, perlaksanaan undang-undang yang memberi keadilan kepada semua pihak hatta kepada non muslim sekalipun, yang semua ini ditunjangkan kepada Aqidah Islamiyyah.

DAP MENENTANG NEGARA ISLAM

Penentangan dari DAP terhadap Negara Islam, tidaklah pelik bagi pandangan peribadiku. Tetapi, yang lebih pelik, apabila yang menentang Negara islam itu adalah orang islam sendiri.

Penentangan DAP terhadap Negara Islam, antara sebabnya mereka tidak memahami bentuk Negara Islam yang sebenar, disamping sentiasa diburukkan bentuk Negara Islam ini oleh UMNO-Barisan Nasional yang menyebabkan DAP termakan dengan hasutan syaitan itu.

Dalam hal itu, gabungan PAS, PKR dan DAP, sedikit sebanyak dapat merapatkan jurang yang sekian lama terpisah. Dengan gabungan ini, PAS dapat “berdakwah” dengan menjelaskan kepada mereka dalam keadaan formal atau tidak formal tentang keadilan islam.

Kita kena ingat, dalam pakatan yang telah dibuat secara tidak rasmi dalam menghadapi pilihanraya ke 12 baru-baru ini, sedikit sebanyak pihak DAP telah mengenali PAS dan bentuk Negara Islam.

Ekoran dari itu, tidak hairan, ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guang Eng sendiri pernah menyatakan bahawa beliau akan melaksanakan pemerintahan di Pulau Pinang seperti pemerintahan Omar bin Abdul Aziz.

Ucapan ini sedikit sebanyak, merupakan kesan dari keadilan yang mereka faham dari Islam. Tetapi disebabkan mereka bukan beragama islam, disamping ideology perjuangan mereka juga tidak Islam, menyebabkan mereka masih lagi dengan cara mereka.

SIKAP KITA

Kenyataan Karpal Singh yang dikeluarkan baru-baru ini, tidak perlu diperdebatkan sehingga memburukkan keadaan. Memberi pandangan itu bagus, tetapi jangan sampai melahirkan satu natijah, jurang yang sudah dihampirkan berjauhan kembali.

Tindakan Karpal menyatakan pandangan beliau sedemikian adalah kerana, beliau tidak memahami bentuk Negara Islam yang sebenar. Ianya adalah kerana, pemahaman beliau tentang Negara Islam sekadar melalui bacaan sahaja, sedangkan banyak unsur-unsur yang dididik dalam islam tidak wujud dalam pegangan hidup beliau yang tidak beragama Islam.

Disamping itu juga, beliau tidak merasakan keadilan yang dijanjikan oleh islam dengan penubuhan Negara Islam. ekoran dari itulah, menyebabkan beliau menolak bentuk Negara Islam yang dicadangkan oleh PAS.

orang arab ada menyebut;

لا يدري من لم يذق

Maksudnya;
“Tidak mengetahui dengan sebenar oleh orang yang tidak merasai”

Dalam hal ini, Islam mengajar kepada kita, agar tidak melayan sangat statement dari orang yang tidak memahami Islam, apabila mereka bercakap tentang islam. Bahkan, kita kena berfikir dan berusaha, agar memberi kefahaman kepada mereka tentang islam sehingga sampai satu tahap, mereka yakin dengan keadilan yang dijanjikan oleh islam.

Firman Allah:-

خُذِ الْعَفْوَ وَأْمُرْ بِالْعُرْفِ وَأَعْرِضْ عَنِ الْجَاهِلِينَ

Maksudnya;
“Ambillah sikap memaafkan, suruhlah melakukan kebaikan dan jangan layan dari orang-orang yang tidak mengerti”(Surah Al-‘Araf : 199)

Dalam menafsirkan maksud “ambil kemaafan” ini, Imam Ibni Kathir menukilkan kata-kata seorang mufassir yang hebat bernama Mujahid, yang mana beliau menyatakan, maksud dengan ambil kemaafan itu adalah terhadap akhlak-akhlak dan amalan-amalan mereka yang tidak merasakan kebenaran. (Tafsir Ibnu Kathir : 3/531)

Maka dengan ini, Karpal tidak pernah merasa bentuk negara Islam, disamping digambarkan Barisan Nasional sebagai zalim, menyebabkan beliau begitu marah dengan pembentukan negara Islam.

Sebagai muslim, tidak sepatutnya kita memarahi beliau, tetapi yang patut dimarah adalah UMNO dan Barisan Nasional yang tidak habis-habis menabur fitnah dan menjadi batu api untuk merosakan usaha PAS dalam memahamkan Islam kepada non muslim.

SIKAP DAN TINDAKAN KITA

Cita-cita kearah merealisasikan pemerintahan Islam merupakan tanggungjawab yang wajib ditunaikan. Pun begitu, halangan yang dihadapi, perlu ditempuhi dengan bijaksana. Kebijaksanaan seperti kata pepatah, menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus dan tepung tidak berselerak.

Tidak dinafikan, UMNO-barisan Nasional akan menyerang PAS dengan isu-isu sebegini, terutama kekalahan mereka dalam pilihanraya baru-baru ini ditakrifkan sebagai terlalu teruk dalam sejarah Malaysia.

Bagi menghadapi perkara ini, diharapkan penyokong dan pendokong PAS agar tidak bertindak dengan tindakan yang boleh memburukkan lagi suasana.

Pilihanraya kali ini, kita telah berjaya merapatkan jurang antara PAS dan DAP, yang dengan itu, kita perlu berusaha menerangkan kepada mereka tentang keadilan Islam.

Para ulama dalam PAS, tidak seharusnya terlalu membicarakan tentang perkara-perkara kecil, bahkan wajib berusaha menyelongkar segala maqasid-maqasid yang terkandung dalam Al-Quran dan As-Sunnah, ianya bertujuan untuk menyampaikan mesej dakwah kepada non muslim.

Para ulama perlu menyelongkar keadilan yang wujud disebalik kandungan ayat-ayat Al-Quran dan Hadis yang berbicara tentang undang-undang, ekonomi, jihad dan sebagainya. Semuanya bertujuan, untuk memberi keyakinan kepada non muslim (khususnya DAP) kepada perlaksanaan Islam.

PENUTUP

Pakatan Rakyat yang diideakan oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi telah berjaya ditubuhkan. Dalam menentukan orang yang mengepalai pakatan rakyat ini, dalam keadaan sekarang, kita perlu mengambil sikap toleransi lagi.

Kalau keadaan DAP kini yang tidak yakin lagi dengan PAS, apa gunanya kita mengepalai Pakatan Rakyat, yang dengan itu boleh membawa perpecahan yang banyak merugikan kepada dakwah islamiyyah.

Jangan terlalu gopoh untuk mencapai kemenangan, kerana dibimbangi dengan kegelojohan itu akan menghasilkan kerugian dalam mencapai kemenangan yang sebenar.

Ulama-ulama fiqh ada menyatakan satu kaedah fiqh yang berbunyi;

مَنْ اسْتَعْجَلَ شَيْئًا قَبْلَ أَوَانِهِ عُوقِبَ بِحِرْمَانِهِ

Maksudnya;
“Barangsiapa yang gopoh untuk mencapai sesuatu sebelum masanya, diakibatkan perkara itu menjadi haram” (Al-‘Asybah wa An-Nazair : 1/274 : kaedah fiqh yang ke 30))

Lantaran itu, dalam keadaan sekarang, apa salahnya kita serahkan kepada orang yang mengepalai pakatan rakyat dari kalangan mereka yang boleh di terima oleh DAP, yang dengan itu, kita dapat menyampaikan dakwah kepada mereka.

Apabila dakwah kita kuat, yang memungkinkan mereka semakin faham kepada Islam (walaupun mereka tidak masuk islam), yang ketika itu, sudah pasti, Islam akan menjulang, dan menjadi agama yang terlaksana dalam Negara yang dicintai ini, Insya Allah.

Mudah-mudahan Allah menjadikan kita dari kalangan orang yang bijak menghadapi situasi politik kini, yang dengannya akan melahirkan natijah yang menguntungkan kepada Islam dan kepada rakyat.

Sekadar pandagan peribadi, Sekian, WallahuA’lam

~al-bakistani~

Isu Negara Islam – Sokongan untuk Tuan Guru dan Dato Husam

Isu Negara Islam – Sokongan untuk Tuan Guru dan Dato Husam

Isu negara Islam. Tidak pernah sebarang masa kita nyatakan tidak atau phobia kepada Negara Islam. Tetapi belajarlah dulu membina negara Islam dalam diri kamu, keluarga kamu sebelum kamu mendirikan di negara kamu. Bukankah itu yang diajar oleh Mustafa Masyhur. Kalau kita melihat perjanjian Hudaibiah, nabi membuat paling tidak dua pengubahan penting yang ditentang oleh Umar R.A. Iaitu kalimah Muhammad Rasulullah dibuang. Adakah nabi tidak mengakui dia rasulullah, atau dia takut dan phobia untuk menyatakan dia rasulullah?

Adakah dia terikut-ikut dengan musyrikin? Pengubahan kedua adalah perjanjian berat sebelah yang mana orang musyrik yang memeluk Islam dan berhijrah ke Madinah hendaklah dihantar pulang, tetapi sebaliknya orang Islam yang murtad dan melarikan diri ke Makkah dilindungi. Rasulullah bersetuju dengan perjanjian berat sebelah ini. Tempoh aman sepanjang penjanjian ini digunakan sepenuhnya oleh rasul yang mulia untuk berdahwah, menyampaikan Islam dan menunjukkan keadilan Islam.

Umar (RA) yang tidak bersetuju dengan rasul yang mulia itu menyesal sehingga akhir hayatnya!

Endorsement yang diberikan rakyat dalam pilihanraya lepas bukanlah endorsement kepada Negara Islam walaupun itulah harapan kita. Mungkin tempoh 5 tahun yang diamanahkan rakyat ini mesti dipastikan semua bentuk keadilan Islam, toleransi dalam perkara yang dibenarkan agama, sikap antifacist dan antiracial, berlapang dada dan merendah diri, terbuka menerima teguran, pemimpin yang mudah didekati dan semuanya berjalan tanpa sebarang jenama. Kita menggunakan tempoh amanah ini untuk berdakwah dan menyebarkan Islam tanpa meletakkan jenama kepada dakwah kita. Kerana kita tahu kalau kita meletakkan jenama ‘negara Islam’, kita belum tentu menepati kehendak negara Islam serta kita menyebabkan orang lari meninggalkan Islam. Yang lebih malang lagi, kita asyik mempertahankan ‘negara Islam’, tetapi sikap dan akhlak kita sebenarnya menyebabkan orang lari meninggalkan Islam.

Ini bukanlah phobia. Ini bukanlah taqiyyah. Tetapi inilah dakwah!

Keutamaan Menghapal & Mempelajari Al Quran

Keutamaan Menghapal & Mempelajari Al Quran


Rasulullah SAW bersabda: “Siapa yang membaca Al Quran, mempelajarinya dan mengamalkannya, maka dipakaikan mahkota dari cahaya pada hari Kiamat, cahayanya seperti cahaya matahari, kedua orang tuanya dipakaikan dua jubah (kemuliaan), yang tidak pernah didapatkan di dunia, keduanya bertanya: mengapa kami dipakaikan jubah ini: dijawab: “karena kalian berdua memerintahkan anak kalian untuk mempelajari Al Quran“.

Hadits diriwayatkan oleh Al Hakim dan ia menilanya sahih berdasarkan syarat Muslim (1/568), dan disetujui oleh Adz Dzahabi. Hadits ini juga diriwayatkan oleh Ahmad dalam Musnadnya (21872) dan Ad Darimi dalam Sunannya (3257)

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang ada tanda-tanda bagi orang yang berakal. Yaitu orang-orang yang mengingat Allah dalam keadaan berdiri atau duduk atau berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata: Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka(Ali ‘Imran: 190-191).


Rasullullah berkata: Alangkah rugi dan celakanya orang-orang yang membaca ini dan tidak memikir dan merenungkan kandungan artinya


“Maka mengapakah mereka tidak mau mentadabburi al-Qur’an? Apakah karena hati mereka terkunci mati?” (QS 47:24)

“Dan Kami turunkan dari Alquran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.”.(Al-Israa’:82)

Dan apabila dibacakan Al quran, maka dengarkanlah baik-baik,
dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat
“.(QS. 7:204)

Dari Umar bin al Khatthab ra, (Riwayat Muslim). bahwa Nabi Muhammad saw. bersabda

Sesungguhnya Allah mengangkat (martabat) sebagian orang dan merendahkan sebagian lainnya dengan sebab Al Qur’an.

Bukhari meriwayatkan dalam kitab sahihnya dari Utsman r.a. bahwa Nabi Muhammad Saw bersabda:
Sebaik-baik kalian adalah orang yang mempelajari Al Quran dan mengajarkannya“.

untuk mendengar bacaan al-qur’an (audio ) sila lawati http://ccc.1asphost.com/assalamquran/default.asp