Kebesaran Solat & Keistimewaannya

solat-itu-tiang-agama

Utamakan ISLAM daripada segala-galanya di atas muka bumi ini

Assalamualaikum wrt kpd sahabat2 ukhwatul muslimin dan muslimat…

Just to share something that is quite interesting… .

Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: Setelah Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata: “Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.” Lalu Allah berfirman yang bermaksud.. “Tidak”

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. “Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya ‘Muhammad.’ Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.”

Kemudian Jibrail as berkata: “Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?”

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. “Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma’waa sebagai tempat tinggal… ” Kemudian Jibrail as meminta izin keada Allah untuk melihat syura Ma’waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud: “Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?”

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. “Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan… ..”

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan…

Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam

Advertisements

Solat Jemaah : Makmum datang ketika Imam rukuk

Solat Jemaah : Makmum datang ketika Imam rukuk

Apabila makmum tiba untuk solat jemaah ketika imam sedang rukuk, makmum hendaklah angkat Takbiratul Ihram dalam keadaan tegak berdiri.

 

            Kecuali makmum sempat bersama imam dalam rukuk, ketika itu makmum perlu sekali lagi mengangkat takbir intiqalat. Ini kerana turun makmum kepada rukuk merupakan pergerakan yang dikira mendapat rakaat.

 

            Berlainan dengan makmum yang hanya turun untuk sujud bersama imam, makmum memang tidak mendapat rakaat. Justeru itu disyaratkan untuk ucap takbir intiqalat.

 

            Makmum tidak dikira mendapat rakaat, selagi tidak mendapat tomakninah dalam rukuk bersekali dengan imam yang rukuk.

 

Kuliah Daripada Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Solat Jemaah : Bila mana perlu Qada Solat Zuhur?

Solat Jemaah : Bila mana perlu Qada Solat Zuhur?

Sesiapa yang luput waktu Zuhur, mereka sedar hanya sesudah masuk waktu Asar, ketika itu dia wajib mendirikan solat Zuhur dahulu, diikuti dengan tunaikan solat Asar pula.

Apabila masuk waktu Asar, dia mendapati solat jemaah Asar sedang didirikan. Dia mesti mengutamakan solat jemaah Asar yang didirikan secara tunai, kemudian diikuti dengan solat Zuhur secara bersendirian.

Kerana solat jemaah yang dilakukan secara tunai itu lebih aula daripada solat secara sendirian qada Zuhur.

Kuliah Daripada Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Terlupa dalam Sembahyang dan sujud Sahwi

Terlupa dalam Sembahyang dan sujud Sahwi

Mengenai orang yang tertinggal tahiyyat yang pertama, ataupun syak tentang rakaat sama ada dia berada pada rakaat kedua, ketiga atau keempat, hukumnya ialah ambil yang yakin.

 

            Misalnya antara satu rakaat atau dua, semestinya yang satulah yang yakin. Antara dua rakaat atau tiga, semestinya dua yang diyakini, ambillah keputusan ke atas yang diyakini.

 

            Sebelum salam dia dikehendaki melakukan dua kali sujud sahwi. Sekiranya sujud sahwi pun terlupa juga, boleh sujud sahwi sesudah salam sekiranya masih masih baru terjadi.

 

            Masalah waswas ketika takbiratul ihram, menurut Imam Al-Ghazali punca waswas ketika niat hanya dua perkara sahaja. Jika tidak mindanya orang itu tidak waras maka kejahilan menjadi penyebabnya.

 

Kuliah Daripada Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Terlalu Cermat dalam Solat tidak dituntut

Terlalu Cermat dalam Solat tidak dituntut

Terdapat segolongan manusia yang terlalu cermat, apabila hendak melakukan solat di keluarkannya segala benda yang terdapat dalam kocek baju atau kocek seluarnya.

 

            Perbuatan yang kononnya hendak bercermat itu boleh dikira melampaui kewajaran dalam beragama, sedangkan perkara tersebut tidak dituntut oleh Islam.

 

            Sebagaimana di firmankan oleh Allah SWT yang bermaksud : “Wahai ahli kitab, janganlah kamu melampaui batas dalam agamamu, janganlah kamu mengatakan terhadap Allah kecuali yang benar”. (Surah an-Nisa ayat 171).

 

            Ayat tersebut meskipun ditujukan kepada ahli kitab, tetapi tujuannya ialah mengingatkan manusia agar jangan melampau dalam beragama.

 

            Mengeluarkan sesuatu atau menanggalkan kerana syak wasangka terhadap kemungkinan adanya najis pada benda-benda itu, suatu sikap yang tidak berasas kepada ilmu yang hak.

 

            Perbuatan terlalu bercermat yang tidak disuruh oleh agama, akibatnya akan menyusahkan diri sendiri dan menganggu orang lain.

 

            Dihuraikan dalam kitab-kitab fiqh seperkara boleh dimaafkan, iaitu najis yang sukar diatasi lantaran bersifat bala umum(umum balwa).Misalnya binatang cicak yang melepaskan najis merata-rata, hingga dalam kolah untuk berwuduk dipenuhi najis cicak yang tidak mungkin dapat sentiasa dibersihkan.

 

Kuliah Daripada Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Solat Jemaah : Sembahyang bukan untuk mendapat rakaat sahaja

Solat Jemaah : Sembahyang bukan untuk mendapat rakaat sahaja

Apabila makmum datang ketika imam sedang sujud, dia tidak seharusnya menunggu imam bangun untuk mendapat rakaat.Sesungguhnya solat itu bukan semata-mata untuk mendapat rakaat, ia adalah sumber pahala berjemaah dengan tidak mengira ketika bagaimana makmum masuk berjemaah.

 

            Diriwayatkan bahawa terdapat manusia pada hari Akhirat kelak timbangan pahala amalnya sama berat antara dosa dan pahala. Rupa-rupanya terdapat pahala yang terhasil daripada amal orang itu, ialah dating ketika sujud bersama imam untuk berjemaah. Sedangkan mereka sedar perbuatannya itu tidak memperolehi rakaat.

 

            Tetapi oleh kerana dia terlalu kasih dan saying kepada Allah SWT, lalu dia sujud bersama imam untuk mendapat fadhilat sujud. Kerana dia yakin bahawa sujud adalah antara amal yang disukai Allah SWT.

 

            Alangkah bahagianya apabila malaikat mendapati amal pahala solehnya mengatasi amalnya yang tidak baik.

 

Kuliah Daripada Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

 

 

Adakah Sah solat jika pakaian terkena Najis atau Darah?

Adakah Sah solat jika pakaian terkena Najis atau Darah?

Sekiranya seseorang selepas solat lalu terlihat pakaiannya terkena najis, sebaiknya dia qada solatnya itu. Namun tidak wajib baginya berbuat demikian.

            Seandainya seseorang yakin bahawa najis yang lekat pada pakaian sudah lama, mungkin terkena sebelum solat kerana keadaan najis yang sudah kering, maka WAJIB dia qada solatnya.

            Yang menjadi persoalan najis atau darah yang melekat itu sudah kering, tidak pasti sama ada terkena najis sebelum solat atau sesudahnya. 

            Semua kemungkinan tetap ada kerana masa yang dilalui memang lama, ketika itu sebaiknya lakukan qada walaupun tidak wajib.

            Seandainya terlihat najis pada pakaian ketika solat, jika boleh tanggalkan dan tidak mendedahkan aurat, penyelesaiannya lemparkan saja pakaian najis itu, terus selesaikan solat dengan sempurna.

            Ketika seumpama itu berlaku ke atas diri Nabi SAW yang didatangi malaikat Jibril, member tahu kasut yang di pakai oleh baginda terkena najis. Nabi SAW segera menanggalnya dan meneruskan solatnya.

 Kuliah Daripada Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat