Dr. Abdul Aziz al-Rantissi :Doktor Kanak-kanak Yang Digeruni Rejim Zionis

Dr. Abdul Aziz al-Rantissi : Doktor Kanak-kanak Yang Digeruni Rejim Zionis

“Semua orang akan mati, mengapa takut dengan kematian. Jika saya diberikan pilihan samada untuk mati dibedil oleh helikopter Apache (milik tentera Zionis) ataupun akibat serangan jantung, saya memilih (untuk dibedil) oleh Apache”. Siapakah manusia yg begitu berani memperlekehkan kecanggihan helikopter Apache ini ?

Nama Syeikh Ahmad Yassin bukanlah satu nama yang asing bagi mereka yang mengikuti perkembangan isu Palestin. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa selepas Haji Amin al-Husaini, beliaulah merupakan tokoh perjuangan kemerdekaan bagi rakyat Palestin. Tanpa mengenepikan Yasser Arafat yang lebih dikenali sebagai tokoh perjuangan Palestin di mata dunia, ternyata Syeikh Ahmad Yassin telah membuktikan kepada Allah, kepada rakyat Palestin dan juga kepada masyarakat dunia, bagaimana ikhlasnya beliau memperjuangkan nasib rakyat Palestin dan juga Masjid al-Aqsa dengan mempertaruhkan nyawanya. Hasilnya beliau telah menemui apa yang dicita-citakannya selama ini pada 22 Mac 2004 apabila beliau syahid dibunuh oleh komando-komando rejim Zionis dengan tiga buah roket yang telah mereka lancarkan ke arahnya.

Dr Aziz yang digeruni rejim Zionis telah meninggalkan kita. Kenapa kita masih berpeluk tubuh dan tidak mengambil peduli isu Palestin ?
Nama Syeikh Ahmad Yassin tidak akan lengkap tanpa digandingkan dengan tokoh seperjuangannya. Beliau tidak lain dan tidak bukan ialah Dr. Abdul Aziz al-Rantissi. Sebagai timbalan kepada Syeikh Ahmad Yassin di dalam gerakan HAMAS, beliau juga dilihat sebagai tokoh perjuangan rakyat Palestin mewakili golongan profesional. Berikut adalah serba sedikit profil mengenai tokoh yang telah mengatakan : “Semua orang akan mati, mengapa takut dengan kematian. JIka saya diberikan pilihan samada untuk mati dibedil oleh helikopter Apache (milik tentera Zionis) ataupun akibat serangan jantung, saya memilih (untuk dibedil) oleh Apache”. Beliau telah mendapatkan apa yang beliau hajati!

Biografi ringkas

Abdul Aziz Ali Abdul Majid al-Rantisi dilahirkan pada 23 / 10 / 1947 di sebuah kampung bernama Binaa yang terletak di antara Asqalan dan Jaffa di dalam sebuah keluarga yang kuat beragama. Keluarganya telah dipaksa untuk berhijrah ke Gaza selepas peperangan 1948 dan menetap di khemah pelarian Khan Yunus bersama para puluhan ribuan pelarian yang lain, pada waktu itu umurnya hanya berusia enam bulan. Di perkhemahan tersebutlah beliau membesar bersama sebelas orang adik beradiknya yang lain (sembilan lelaki dan dua orang perempuan).

Dynamic Duo Dalam Kenangan
Pendidikannya

Sebagai seorang yang mempunyai otak yang cerdik beliau amat cemerlang di dalam pembelajarannya. Ketika baru berusia enam tahun sahaja beliau telah memulakan persekolahannya di salah sebuah sekolah di kawasan perkhemahan tersebut. Di usia sebegini muda juga beliau terpaksa bekerja demi menampung perbelanjaan keluarganya yang besar dan miskin dan juga kehidupan mereka yang amat perit di kawasan perkhemahan yang serba daif. Pada tahun 1965 beliau telah menamatkan pembelajaran menengahnya dan melanjutkan pelajarannya ke Fakulti Perubatan di Universiti Iskandariah, Mesir. Di Fakulti tersebut beliau telah lulus dengan cemerlang dan telah menamatkannya pada tahun 1972 . Pada tahun 1976 beliau telah mengakhiri pelajarannya di peringkat sarjana (master) dalam pengkhususan peditriasi (perubatan kanak ? kanak), dan memulakannya kerjanya sebagai doktor peru batan di Hospital Nasir (Pusat perubatan utama di kawasan Khan Yunus).

Penglibatannya di dalam perjuangan

Bapa kepada enam orang anak (dua lelaki dan empat perempuan)dan sepuluh orang cucu ini telah mula aktif dengan gerakan islam dan aktiviti-aktiviti islam semenjak beliau menuntut di Universiti Iskandariah lagi. Oleh kerana itu tidak hairanlah jika beliau amat aktif dengan kerja-kerja amal, kebajikan dan dakwah seawal beliau memulakan perkhidmatannya di Khan Yunus. Antara penglibatan awalnya ialah sebagai jawatankuasa di peringkat pusat Majma Islamiy (sebuah pertubuhan islam di Gaza), pimpinan persatuan doktor-doktor Arab cawangan Gaza dan juga antara pihak pengurusan pertubuhan bulan sabit merah Palestin. Beliau juga telah berkhidmat sebagai pensyarah di dalam bidang perubatan kanak ? kanak dan juga biologi di Universiti Islam Gaza bermula dari tahun 1978.

Pada tahun 1983 beliau telah dipenjarakan buat kali pertama kerana enggan membayar cukai kepada kerajaan Zionis Israel. Pada 5 / 1 / 1988 beliau telah dipenjarakan buat kali kedua selama 21 hari di atas kesalahan yang sama. Keengganan beliau membayar cukai tersebut kerana kengganannya mengiktiraf penjajahan Israel terhadap bumi tercintanya Palestin. Ketegasan beliau ini merupakan bibit-bibit yang membawa kepada pembentukan keperibadiannya sebagai pemimpin sebuah gerakan islam yang berjaya menggoncang Israel di masa-masa mendatang.

Bersama dengan rakan – rakan seperjuangannya yang membawa aspirasi perjuangan Ikhwanul Muslimin beliau telah mengasaskan gerakan ?HAMAS? pada tahun 1987 untuk memulakan kembali penentangan bersenjata terhadap Israel yang telah lama ditinggalkan oleh orang-orang Arab dan kaum muslimin. Gerakan ini telah berjaya meletuskan gerakerja baru di dalam metod penentangan terhadap rejim Zionis. Gelombang ?Intifadah? yang telah diilhamkan oleh gerakan HAMAS telah membawa anak-anak muda Palestin untuk keluar ke jalan-jalan raya untuk bersemuka dengan pihak tentera Zionis. Pembunuhan tentera-tentera Israel dan juga kemusnahan yang minor berjaya dilakukan oleh HAMAS. Operasi-operasi ketenteraan terhadap konvoi tentera Israel juga telah menggegarkan keutuhan tentera rejim Zionis buat pertama kali selepas mereka berupaya untuk berehat buat bertahun-tahun lamanya selepas kerajaan-kerajaan Arab telah mula meletakkan senjata mereka.

Buat kali ketiganya beliau telah dipenjarakan pada 4 / 2 / 1988 kerana keterlibatannya dengan HAMAS yang didakwa oleh Israel sebagai tindakan pemberontakan yang subversif. Selepas dua tahun setengah dipenjarakan, akhirnya beliau telah dibebaskan pada 4 / 9 / 1990. Sayangnya tiga bulan selepas itu beliau telah dipenjarakan sekali lagi iaitu pada 14 / 12 / 1990 selama setahun. Walaubagaimanapun, peluang beliau dipenjarakan buat kali keempat ini merupakan sesuatu yang bertuah. Beliau telah ditempatkan di dalam satu sel bersama Syeikh Ahmad Yassin, bapa perjuangan HAMAS dan juga ikon perjuangan rakyat Palestin. Peluang itu diambil olehnya untuk menghafal al-Quran. Ketika itu jugalah beliau telah membina replika masjid al-Aqsa dengan menggunakan kotak-kotak terbuang yang masih boleh dilihat sehingga kini di meja di rumahnya beliau di bandar Gaza. D i dalam penjara itu jugalah beliau banyak menghasilkan syair-syair perjuangan. Tidak hairanlah selain daripada ahli politik dan pemimpin HAMAS beliau juga amat dikenali sebagai seorang penyair.

Dibuang negara

Selepas dibebaskan pada penghujung 1991 beliau meneruskan aktiviti-aktiviti untuk membebaskan bumi Palestin tanpa mengenal erti putus asa. Usaha rejim Zionis untuk melunturkan semangatnya dengan memenjarakan beliau tidak berhasil, malah beliau bertambah bersemangat dan gerakan HAMAS semakin bertambah kuat. Rejim Israel Zionis yang telah mula buntu akhirnya menghalau keluar 400 para pejuang kemerdekaan Palestin yang terdiri daripada para pejuang HAMAS dan juga gerakan Jihad Islami pada 17 / 12 / 1992 ke Marja Zuhur di Selatan Lubnan. Pada waktu itulah bintangnya mula menyinar di peringkat antarabangsa bilamana beliau telah menjadi juru bicara para ?mub’adin? (orang-orang yang diusir) untuk berbicara dengan para wartawan. Ini kerana kefasihannya di dalam Bahasa Inggeris berbanding dengan rakan-rakannya yang lain. Penonjolannya ini telah mewujudkan hubungan baiknya dengan para wartawan sehingga hari sebelum beliau syahid. Beliau amat disenangi oleh para wartawan, dan pintu apartmennya sentiasa terbuka kepada para wartawan dan junalis. Ini juga amat penting bagi HAMAS, memandangkan beliau merupakan pemimpin politik bagi gerakan tersebut (manakala Ahmad Yassin sebagai pemimpin spiritual mereka).

Sekembalinya beliau dari Marja Zuhur ke Gaza, beliau telah dipenjarakan oleh pihak rejim sehingga tahun 1997. Selepas keluar dari penjara tersebut, dalam tempoh tidak sampai setahun pihak berkuasa autonomi (Palestinian National Authority – PNA) yang diketuai oleh Yassir Arafat pula telah memenjarakan Dr. Rantisi pada 10 / 4 / 1998. Selepas 15 bulan dipenjarakan, akhirnya beliau telah dibebaskan kerana kematian ibunya. Walaubagaimanapun selepas itu beliau telah dipenjarakan sekali lagi sebanyak tiga kali oleh PNA. Beliau telah dibebaskan buat kali terakhir kerana dua sebab, pertamanya kerana beliau melancarkan mogok lapar, dan selepas jet pejuang Israel menyerang para tahanan di penjara milik PNA. Pembebasannya buat kali terakhir itu mengakhiri tempoh 27 bulan beliau dipenjarakan oleh PNA.

Kebolehannya boleh berbahasa Inggeris menyebabkan beliau digemari wartawan Barat
Pembebasannya itu bagaikan satu rahmat bilamana Syeikh Yassin sebelum itu telah pun dibebaskan juga. Dengan gabungan dua ikon perjuangan Palestin ini gerakan HAMAS menjadi bertambah mantap dan mendapat momentum perjuangan yang lebih kuat dari sebelum itu. Intifada gelombang kedua pada penghujung tahun 2000 sebagai satu bukti kekuatan HAMAS semakin bertambah. Strategi bom syahid yang diinovasikan oleh HAMAS semakin bertambah saban hari dan menjadikan penduduk Yahusi Zionis hidup dalam ketakutan dan memaksa ramai di antara mereka untuk berhijrah semula pulang ke tanah air asal mereka. Dianggarkan lebih 50,000 rakyat Israel yang keluar negara tidak pulang semula ke Israel semenjak tahun 2000. Dr. Rantisi juga sering ditemui oleh para wartawan dari serata dunia dan berjaya menyampaikan mesej perjuangan kemerdekaan mereka de seluruh dunia. Ini amat menggerunkan Israel, malah Amerika yang ingin memaksa dunia untuk melihat HAMAS sebagai perjuangan pengganas yang radikal.

Gugurnya seorang pejuang

Pada 10 Jun 2003, Israel dengan taktik bacul dan biadapnya telah melancarkan percubaan membunuh Dr. Rantisi dengan membedilnya dengan roket yang dilancarkan oleh helikopter Apache mereka. Serangan itu menemui kegagalan apabila Dr. Rantisi dan anaknya yang masih kecil berjaya menyelamatkan diri mereka, namun kereta yang mereka naiki hancur dimamah oleh letupan roket tersebut. Serangan tersebut telah dibalas oleh HAMAS dengan siri serangan-serangan yang telah menggegarkan hati setiap warga Zionis. Ketika berada di atas katil hospitalnya, beliau mengatakan : “Hanya perjuangan bersenjata sahaja yang akan dapat memerdekakan bumi Palestin kita”. Selepas syahidnya Syeikh Ahmad Yassin pada 22 / 3 / 2004 beliau telah dilantik menjadi pemimpin HAMAS di wilayah Gaza dan berjanji untuk membalas dendam di atas kematian Syeikh Ahmad Yassin. Ketika ditemu ramah oleh salah sebuah badan berita antara bangsa, tidakkah dia takut yang dia pula akan menjadi mengsa buruan tentera Zionis yang seterusnya, dia menjawab: “Buat apa kita takutkan kematian, semua manusia akan mati, samada kerana dibunuh ataupun kerana sakit. Jika saya diberikan peluang untuk memilih samada ingin mati kerana sakit jantung ataupun kerana (ditembak oleh) Helikopter Apatchie, saya memilih helikopter Apatchie!”.

As-Syahid Dr Aziz pergi menemui Allah dengan haruman syurga, insyallah
Pada hari Sabtu, 17 April 2004, bersama dengan dua orang rakannya beliau telah menemui Allah S.W.T sebagai seorang syahid menyusul pemergian Syeikh Ahmad Yassin apabila kereta yang beliau naiki telah dibedil dengan roket dari helikopter Apache oleh pihak rejim Zionis di jalan al-Jallaa di wilayah Gaza. Rejim Israel Zionis menyifatkan Dr. Abdul Aziz al-Rantisi sebagai salah seorang pemimpin pengganas yang perlu dihapuskan demi menjamin keselamatan rakyat Israel dan kedamaian di kawasan tersebut. Tidak hairanlah dua minggu sebelum peristiwa tersebut empat buah helikopter Apache berlegar-legar di ruang udara Gaza untuk mencari Dr. Rantisi.

As-Syahid Dr Aziz Rantisi – Setahun kehilanganmu

As-Syahid Dr Aziz Rantisi – Setahun kehilanganmu

Warga kerja Palestinkini merasa terpanggil untuk kita sama-sama mengingati akan setahunnya kehilangan pejuang Palestin, Dr Aziz Rantisi yang telah meninggalkan kita pada 17/4/2004 yang lalu. Marilah sama2 kita mengambil semangat dan konsistennya beliau dalam membebaskan bumi suci Palestin daripada cengkaman rejim Zionis

Kami Ingin Mereka Menjadi Mukmin Sejati

Kami Ingin Mereka Menjadi Mukmin Sejati

Oleh Anak_Pejuang

Seorang ayah dari Sabah berhijrah ke Johor kerana beliau melihat prospek pekerjaan yang lebih baik di sini. Dan setelah itu, dia memikirkan tentang masa depan anak-anaknya. Seraya ada perasaan kesal pada tutur katanya tentang kedhoiefan dirinya tidak berapa mendalami agama Islam dengan baik kerana persekitaran semasa di Sabah pada masa itu tidak menggalakkan untuk faham tentang Islam.

Ia ingin anak-anaknya menjadi seorang yang tahu membaca al Quran, membaca tulisan jawi, kenal solat. Selalulah ia hadir ke sekolah untuk menghantar dan mengambil anaknya dan bertanyakan perihal perkembangannya di sekolah. “Tak mengapalah cikgu, dia mungkin lemah dalam bidang akademik, tetapi biarlah dia menjadi seorang yang beragama”.

Ia tidak mudah melatah sekiranya anaknya dirotan jika memang benar kesalahan anaknya sendiri. Sebab dia tahu, seorang guru merotan untuk mendidik agar menjadi orang. Oleh kerana itu, beliau sanggup meluangkan masa seketika bertemu dengan guru untuk berbincang tentang masalah disiplin anaknya tanpa perlu menyerang dan menuduh tanpa usul periksa. Sehinggakan beliau menyatakan – guru di sekolah kebangsaan pun sudah mula jelak kerana wajahnya acapkali muncul untuk bertanyakan perihal hal ehwal anak-anaknya di sekolah.

Seorang ibu sanggup bekerja di kantin sekolah dengan harapan dapat melihat anak-anaknya benar-benar hadir di sekolah agama. Katanya “Cikgu, saya kerja di kantin pada sebelah petang bukan kerana duit, tetapi saya nak lihat anak-anak saya tidak melencong ke tempat lain”.

Seorang Ajk sekolah melontarkan pertanyaan dan pandangan – mengapa ramai ibu dan ayah tidak mahu menyertai Badan Kebajikan Sekolah/PIBG? Mereka hanya tahu komen dan kritik pihak sekolah, guru dan ajk PIBG/BKS seolah-olah tidak membuat kerja. Pelik juga mengapa orang atasan, profesional yang hebat tidak turun ke lapangan umat, membuat program kepada anak qariah.

Beliau menambah – pernah ada seorang profesional bertanya kepadanya – “mengapa engkau hantar anak engkau ke sekolah agama?” Lalu beliau merasakan pelik soalan tersebut, pendidikan agama di anggap seperti pelajaran kelas 3. Ibu Ayah tidak sedar kepentingan sekolah agama, tidak jelas tentang hala tuju pendidikan agama yang penting buat masa ini. Sedangkan sepatutnya orang bijak pandailah yang patut belajar ilmu agama.

Ayah dan Ibu, ajarilah anak-anak tuan dengan agama Islam. Supaya apabila anda berdua meninggal, sekurang-kurangnya mereka dapat memberikan penghormatkan yang terakhir. Dapat memandikan, mengkafankan, menyembahyangkan dan mengebumikan. Sekurang-kurangnnya anak-anak tuan tahu untuk berdoa, menyedekahkan bacaan al Quran apabila tuan puan berada di alam barzah.

Ayah dan ibu, seorang menyatakan kepadaku, ajarlah anak lebih daripada yang diajar oleh ibu dan ayah kita dahulu. Sebab ibu dan ayah dahulu amat risau tentang masa depan anak-anaknya, hingga ada di antara mereka yang bersikap tegas dengan akhlaq dan pendidikan anak-anak. Dengan jasa kedua orang tualah maka dia menjadi insan yang berguna.

Wahai ibu dan ayah, Di dalam hadith telah menyebutkan “Ajarlah anakmu tiga perkara mencintai Nabimu, mencintai keluarganya serta membaca al Quran kerana pembaca Al quran berada di sisi arasy ALlah bersama para anbiya’ dan orang-orang suci pada hari tiada naungan melainkan naungan ALlah. Riwayat Tabrani dari Ali bin Abi talib

Ibu dan Ayah..fikirkan apa yang akan jadi pada anakmu pada masa hadapan dengan apa yang kau ajari pada hari ini…

Anak-anak soleh..pembawa rahmat kepada ibubapa..Didiklah anak kita seperti kita melukis corak2 batik yang cantik..hiasi warna-warni batik dengan “sentuhan Islam”…

Khutbah Rusila: Tidak perlu fahaman lain kerana Islam cukup sempurna

Khutbah Rusila: Tidak perlu fahaman lain kerana Islam cukup sempurna

Wahai hamba-hamba Allah, saya berpesan kepada kamu dan kepada diri saya sendiri supaya bertakwa kepada Allah dengan mengikut segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Maka sesungguhnya berjayalah orang-orang yang bertakwa. Carilah bekalan, sebaik-baik bekalan itu bertakwa kepada Allah Taala.

Marilah kita menyedari dan memahami dengan yakin bahawa Allah Taala telah menurunkan Islam secara sempurna dan Rasulullah s.a.w. telah menyampaikan Islam dengan sempurna sehingga Allah Taala menurunkan firman-Nya di dalam al-Quran yang dibaca oleh umat Islam (maksudnya): Pada hari ini, orang-orang kafir telah berputus asa daripada agama kamu, maka jangan kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada Aku. Pada hari ini telah Aku sempurnakan bagi kamu agama kamu dan telah Aku cukupkan bagi kamu nikmat-Ku dan telah Aku reda Islam itu menjadi agama kamu. (Al-Maidah: 3)

Begitulah sempurnanya Islam, dan Rasulullah s.a.w. sendiri telah menunjukkan kepada umat Islam bagaimana beramal dengan ajaran Islam, bermula dengan mengucap dua kalimah syahadah, melakukan ibadat kepada Allah Taala, mendirikan keluarga, masyarakat dan negara yang mendaulatkan syariat Allah Taala termasuklah bagaimana melakukan perhubungan antara negara dan peraturan-peraturan dalam peperangan.

Allah Taala mewafatkan Rasulullah s.a.w. hanya setelah Islam itu sempurna dan Allah Taala tidak mewafatkan Rasulullah s.a.w. melainkan hanya apabila ada golongan yang sanggup mempertahankan Islam sehingga hari kiamat. Allah Taala, Tuhan yang bersifat Maha Mengetahui, maka wajib ke atas umat Islam yakin terhadap semua ajaran Islam yang diturunkan oleh Allah Taala dan yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w.

Pada hari ini, lahir golongan yang berpendidikan dan ahli fikir yang membawa fahaman sekular yang memisahkan agama daripada urusan dunia. Fahaman sekular inilah menjadi senjata bagi musuh-musuh Islam untuk memesongkan umat Islam daripada ajaran yang sebenar. Apabila timbul semula kesedaran Islam di kalangan masyarakat Islam, maka senjata yang sama digunakan semula untuk menjauhkan umat Islam daripada ajaran Islam yang sebenar.

Amat menyedihkan apabila ada di kalangan cerdik pandai daripada umat Islam yang mengaku Islam dan mengaku kuat berpegang dengan ajarannya dan sangat marah jika dituduh tidak berpegang dengan ajaran Islam tetapi mereka boleh diperalatkan oleh musuh-musuh Islam untuk membawa ajaran sekular ke dalam masyarakat umat Islam.

Ulama Islam bermatian-matian menolak ajaran yang memisahkan agama daripada kehidupan. Ajaran sekular ini walaupun berjaya menumbangkan khilafah Islamiah yang berpusat di Turki pada tahun 1924 tetapi tidak berjaya menghapuskan Islam.

Pada masa yang sama ada juga di kalangan mereka yang digelar ulama, mereka sebenarnya ulama jahat, mengambil upah daripada musuh-musuh Islam untuk memesongkan umat Islam dengan mengatakan: Apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. daripada urusan mendirikan negara dan mentadbirnya dan apa yang ditunjukkan oleh baginda daripada segala urusan dunia adalah tidak ada kaitan langsung dengan agama dan bukan daripada perkara agama.

Sebenarnya apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. semuanya merupakan utusan agama yang menjadi contoh dan pengajaran kepada umat Islam. Bukankah Islam agama yang sempurna? Bukankah Islam mengajar perkara akhirat dan mengajar perkara dunia? Bukankah manusia dijadikan di atas muka bumi untuk mentadbir dunia dengan hukum Allah Taala?

Kita semua tahu pada hari akhirat manusia akan disoal tentang nyawa mereka, masa, harta benda, kesihatan dan sebagainya, yang itu semua merupakan urusan dunia. Ini membuktikan bahawa urusan dunia akan disoal pada hari kiamat dan mereka yang menguruskan urusan dunianya dengan ajaran Islam yang akan selamat di akhirat kelak.

Rasulullah s.a.w. berhijrah dari Makkah ke Madinah untuk melaksanakan urusan dunia berdasarkan ajaran Islam. Rasulullah s.a.w. berhijrah kerana pemimpin-pemimpin Makkah dan kabilah-kabilah Arab tidak memberi peluang kepada Rasulullah untuk menegakkan ajaran Islam.

Apabila golongan Aus dan Khazraj bersedia memberi tempat kepada Islam, sanggup menyerahkan dan mengorbankan semua nikmat pemberian Allah untuk menegakkan Islam, maka Rasulullah s.a.w. dan golongan Muhajirin diperintahkan oleh Allah Taala supaya berhijrah.

Apakah yang ada di sebalik hijrah itu? Adakah sekadar mendirikan masjid? Masjid yang didirikan oleh Rasulullah s.a.w. itu bukan sahaja digunakan untuk beribadat di dalamnya tetapi juga sebagai tempat untuk mentadbir urusan dunia dan urusan akhirat.

Islam adalah agama yang lengkap dan al-Quran adalah panduan hidup manusia di dalam semua perkara, dunia dan akhirat. Oleh itu umat Islam tidak perlu lagi kepada fahaman-fahaman dan sistem-sistem yang direka daripada Barat atau Timur. Islam sudah cukup untuk mereka.

Rasulullah s.a.w. telah menegur Sayidina Umar Al-Khatab r.a. apabila beliau mahu menulis cerita-cerita daripada ulama Yahudi ahlil kitab supaya tidak dilupai. Rasulullah s.a.w. menegaskan kepada Umar bahawa Islam sempurna dan al-Quran adalah panduan kepada umat Islam. Sekiranya Nabi Musa a.s. masih hidup, wajib ke atas baginda mengikut syariat Rasulullah s.a.w.

Ini bermakna sekiranya mana-mana nabi dan rasul dihidupkan kembali di dunia, maka mereka wajib mengikut syariat Islam yang sempurna yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Jika nabi-nabi dan rasul-rasul mempunyai syariat sendiri yang diturunkan oleh Allah kepada mereka dan mereka wajib mengikut syariat Rasulullah s.a.w. sekiranya mereka masih hidup, maka mengapakah umat Islam hari ini berani mengikut ideologi-idealogi dan fahaman-fahaman yang bercanggah dengan syariat Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w., nabi mereka dan rasul mereka sendiri?

Renunglah diri kita..Sejauh mana pengertian kita tentang ISLAM !!!

Cahaya Assunah: Matlamat hidup Insan

Cahaya Assunah: Matlamat hidup Insan

“Hadis Muaz bin Jabal r.a katanya: Pernah aku mengekori Nabi s.a.w dalam satu perjalanan di mana aku berada di belakang baginda. Baginda memanggil: Wahai Muaz bin Jabal! Aku terus menyahut:

Telah ku terima panggilanmu itu wahai Rasulullah. Kami meneruskan lagi perjalanan. Kemudian baginda memanggil lagi: Wahai Muaz bin Jabal! Aku menyahut: Telah ku terima panggilanmu itu wahai Rasulullah. Kami meneruskan lagi perjalanan kemudian baginda memanggil lagi: Wahai Muaz bin Jabal! Aku menyahut lagi:

Telah ke terima panggilanmu itu wahai Rasulullah. Baginda bersabda: Tahukah kamu kewajipan manusia terhadap Allah? Aku menjawab: Allah dan Rasul-Nyalah yang lebih mengetahui. Baginda bersabda: Kewajipan manusia terhadap Allah ialah dengan mengabdikan diri kepada-Nya tanpa menyekutukan-Nya. Kami meneruskan lagi perjalanan beberapa ketika kemudian baginda memanggil lagi: Wahai Muaz bin Jabal! Aku menyahut: Telah ku terima panggilanmu itu wahai Rasulullah. Rasulullah s.a.w bersabda: Tahukah engkau apakah kewajipan Allah terhadap manusia apabila mereka melakukan perkara-perkara yang aku nyatakan di atas? Aku menjawab: Allah dan Rasul-Nyalah yang lebih mengetahui. Akhirnya baginda bersabda: Allah tidak akan menyeksa mereka.

sumber :

SAHIH MUSLIM:KITAB IMANBab: Dalil Bagi Mereka Yang Mati Dalam Keadaan Tetap Mentauhidkan Allah s.w.t, Pasti Akan Dimasukkan Ke Syurga.

Petunjuk hadith :

1- Kebiksanaan Rasulullah SAW: Baginda SAW membuka pengajarannya dengan mengemukakan soalan bagi menarik perhatian para Sahabatnya.

2- Rendah diri Rasululullah SAW: Baginda SAW berakhlak mulia dalam pergaulannya sehingga tidak segan untuk menaiki keldai dan memboncengkan pula para sahabatnya walaupun anak muda seperti Muaz bin Jabal.

3- Tujuan hidup : Mengesakan Allah (tauhid) dalam perhambaan diri (ibadah),tanpa wujud sebarang bentuk penyengutuan (syirik) menjadi tujuan penciptaan manusia.

4- Ganjaran Tauhid: Jaminan Allah kepada mereka yang menunaikan tanggungjawab Tauhid dan memeliharanya sehingga akhir hayat adalah pembebasan dari azab neraka dan kurniaan syurga di akhirat.

5- Tauhid adalah satu berita gembira: Semua umat manusia sepatutnya menerima perkhabaran Rasululullah SAW ini sebagai berita yang paling menggembirakan dalam hidup mereka dan suatu pengharapan yang tidak patut disia-siakan.

6- Tanggungjawab dakwah kepada Tauhid: Umat Islam sewajibnya menyampaikan berita baik ini kepada semua umat manusia sebagai suatu tanggungjawab syahadah (kesaksian).

7- Kebimbangan dari tersilap faham: Jangan difahami dari nas ini untuk meninggalkan amalan-amalan Islam kerana berpada dengan akidah Tauhid. Amalan ketaatan adalah bukti tauhid yang sebenar dan syurga pula mempunyai tingkat-tingkatnya yang menjadi perlumbaan golongan ahli tauhid.

8- Tidak harus bergantung kepada Rahmat Allah yang luas semata-mata: Ini adalah sikap orang jahil dan alasan golongan pemalas untuk mengabaikan ketaatan dan meringan-ringankan pelakuan maksiat.

9- Tauhid sifatnya cergas bertindak dan rajin menyumbang, bukannya bersikap malas dan meruntuhkan kehidupan.


Teliti “Masa” Kita

Teliti “Masa” Kita

DEMI MASA’ manusia selalu terlupa

1hari=24jam
Satu TAHUN ?
12 Bulan
52 Minggu
365 Hari
8760 Jam
525600 Minit
31536000 Detik


Distribusi normal manusia meninggal dunia (tahun)
70th
60th – 70th
(65th)

Chart
Kebanyakan manusia meninggal dunia antara usia 60 thn-70thn (majoriti)

Puratanya manusia meninggal ± 65 th

“Baligh: Start untuk seseorang di perhitungkan amal baik atau buruknya selama hidup di dunia”

Laki-laki Baligh ± 15 tahun
Wanita Baligh ± 12 tahun

Usia Yang ada untuk kita beribadah kepada-Nya, puratanya:
Mati – Baligh = Baki Usia, :~ 65 – 15 = 50 tahun
50 tahun digunakan untuk apa?

Catatan:

50 tahun=
18250 hari=
458000 jam
12 jam siang hari
12 jam malam hari
24 jam satu hari satu malam

Gambaran kasarnya:
Mari kita muhasabah bersama….. ….!

Waktu kita tidur ± 8 jam/hari ;
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai tidur 18250 hari x 8 jam= 146000 jam= 16 tahun 7 bulan; dibulatkan jadi 17 tahun
Logiknya: Alangkah sayangnya waktu 17 tahun habis di gunakan untuk tidur, padahal kita akan tertidur dari dunia untuk selamanya… ….

Waktu aktiviti kita di siang hari ± 12 jam

Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai untuk aktiviti:
18250 hari x 12 jam= 219000 jam = 25 tahun
Aktiviti disiang hari: Ada yang bekerja, atau bercinta, ada yang belajar atau mengajar, ada yang sekolah atau kuliah,
ada yang makan sambil jalan-jalan, dan banyak lagi.

Waktu rehat ± 4 jam
Dalam 50 tahun waktu yang dipakai untuk rehat 18250 hari x 4 jam= 73000 jam = 8 tahun
Rehat: menonton tv, atau mungkin dihabiskan termenung di buai khayalan…. ..
17 tahun + 25 tahun + 8 tahun = 50 tahun

Lalu Bila Nak Beribadah???

Padahal Allah ada berfirman yang bermaksud; “Tidak KUciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKU”.
Maut datang menjemput tak pernah bersahut,
Malaikat datang menuntut untuk merenggut,
Manusia tak kuasa untuk berkata-kata,
Allah Maha Kuasa atas syurga dan Neraka,
Terimalah habuanmu seadanya..
Memang benar!!! Menuntut ilmu itu ibadah, kalau niatnya untuk ibadah, tetapi kebanyakannya belajar agar mudah mencari pekerjaan..
Sekiranya belajar itu tidak membantu menambah pendapatan kita, kita tidak akan belajar…
Memang benar!!! Bekerja cari nafkah itu ibadah, tapi bekerja yang bagaimana?
Ramai orang bekerja untuk hidup bermewah-mewahan dan amat kurang sedekahnya.
” Jarang ada yang menolak untuk dipuji dan dipuja tatkala berjaya ”

Lalu Bila Nak Beribadah???

Oh! mungkin solat 5 waktu itu dianggap sudah mencukupi… !
Karena kita fikir; solat wajib besar pahalanya, solat amalan pertama yang dihisab, solat jalan untuk membuka pintu syurga…
Benarkah solat kita itu mencukupi dan diterima !!?

Berapa banyak solat kita dalam 50 tahun???
1 solat = ± 10 minit ….. 5x solat = ± 1 jam
Dalam waktu 50 tahun waktu yang terpakai utk solat = 18250 hari x I jam =18250 jam= 2 tahun

Kesimpulan:

waktu yang kita manfaatkan dalam 50 tahun di dunia cuma 2 tahun untuk solat ( ini kalau yg solat 10minit!
Kalau solat macam ayam patuk tanah..amacam? ) 2 tahun dari 50 tahun kesempatan kita….
itupun belum tentu solat kita bermakna berpahala dan di terima.
Dan sekiranya pahala solat kita selama 2 tahun tidak sebanding dengan perbuatan dosa-dosa kita selama 50 tahun;
dalam percakapan kita yang selalu dusta, baik yang sengaja ataupun tidak, dalam pertuturan kita yang sering mengguris
orangtua kita, dalam harta kekayaan kita yang selalu kedekut terhadap orang faqir, dalam setiap perbuatan kita yang
selalu bergelumang dosa…

Logiknya:

Bukan satu yang mustahil kita umat akhir zaman akan berhamburan di neraka untuk mendapatkan balasan kelalaian… ………
Terlalu banyak masa yang terbuang percuma selama manusia hidup di dunia dan semuanya itu akan menjadi bencana….. …….

Penyelesaian:

Tiada kata terlambat walaupun waktu berlalu cepat, isilah ia dengan sesuatu yang bermanfaat!! !!!!!
Ingatlah negeri kita…Akhirat

TAMAT
“Bukan suatu paksaan untuk di sebarluaskan”
“Saling mengingatkan sesama bukanlah hal binasa”