Cahaya Assunah: Matlamat hidup Insan

Cahaya Assunah: Matlamat hidup Insan

“Hadis Muaz bin Jabal r.a katanya: Pernah aku mengekori Nabi s.a.w dalam satu perjalanan di mana aku berada di belakang baginda. Baginda memanggil: Wahai Muaz bin Jabal! Aku terus menyahut:

Telah ku terima panggilanmu itu wahai Rasulullah. Kami meneruskan lagi perjalanan. Kemudian baginda memanggil lagi: Wahai Muaz bin Jabal! Aku menyahut: Telah ku terima panggilanmu itu wahai Rasulullah. Kami meneruskan lagi perjalanan kemudian baginda memanggil lagi: Wahai Muaz bin Jabal! Aku menyahut lagi:

Telah ke terima panggilanmu itu wahai Rasulullah. Baginda bersabda: Tahukah kamu kewajipan manusia terhadap Allah? Aku menjawab: Allah dan Rasul-Nyalah yang lebih mengetahui. Baginda bersabda: Kewajipan manusia terhadap Allah ialah dengan mengabdikan diri kepada-Nya tanpa menyekutukan-Nya. Kami meneruskan lagi perjalanan beberapa ketika kemudian baginda memanggil lagi: Wahai Muaz bin Jabal! Aku menyahut: Telah ku terima panggilanmu itu wahai Rasulullah. Rasulullah s.a.w bersabda: Tahukah engkau apakah kewajipan Allah terhadap manusia apabila mereka melakukan perkara-perkara yang aku nyatakan di atas? Aku menjawab: Allah dan Rasul-Nyalah yang lebih mengetahui. Akhirnya baginda bersabda: Allah tidak akan menyeksa mereka.

sumber :

SAHIH MUSLIM:KITAB IMANBab: Dalil Bagi Mereka Yang Mati Dalam Keadaan Tetap Mentauhidkan Allah s.w.t, Pasti Akan Dimasukkan Ke Syurga.

Petunjuk hadith :

1- Kebiksanaan Rasulullah SAW: Baginda SAW membuka pengajarannya dengan mengemukakan soalan bagi menarik perhatian para Sahabatnya.

2- Rendah diri Rasululullah SAW: Baginda SAW berakhlak mulia dalam pergaulannya sehingga tidak segan untuk menaiki keldai dan memboncengkan pula para sahabatnya walaupun anak muda seperti Muaz bin Jabal.

3- Tujuan hidup : Mengesakan Allah (tauhid) dalam perhambaan diri (ibadah),tanpa wujud sebarang bentuk penyengutuan (syirik) menjadi tujuan penciptaan manusia.

4- Ganjaran Tauhid: Jaminan Allah kepada mereka yang menunaikan tanggungjawab Tauhid dan memeliharanya sehingga akhir hayat adalah pembebasan dari azab neraka dan kurniaan syurga di akhirat.

5- Tauhid adalah satu berita gembira: Semua umat manusia sepatutnya menerima perkhabaran Rasululullah SAW ini sebagai berita yang paling menggembirakan dalam hidup mereka dan suatu pengharapan yang tidak patut disia-siakan.

6- Tanggungjawab dakwah kepada Tauhid: Umat Islam sewajibnya menyampaikan berita baik ini kepada semua umat manusia sebagai suatu tanggungjawab syahadah (kesaksian).

7- Kebimbangan dari tersilap faham: Jangan difahami dari nas ini untuk meninggalkan amalan-amalan Islam kerana berpada dengan akidah Tauhid. Amalan ketaatan adalah bukti tauhid yang sebenar dan syurga pula mempunyai tingkat-tingkatnya yang menjadi perlumbaan golongan ahli tauhid.

8- Tidak harus bergantung kepada Rahmat Allah yang luas semata-mata: Ini adalah sikap orang jahil dan alasan golongan pemalas untuk mengabaikan ketaatan dan meringan-ringankan pelakuan maksiat.

9- Tauhid sifatnya cergas bertindak dan rajin menyumbang, bukannya bersikap malas dan meruntuhkan kehidupan.


Sinar Iman di Sebalik Ujian

Sinar Iman di Sebalik Ujian

“Di mana saya nk cari kekuatan, kecuali dari yang Maha Kuat. Ustaz nampak saya kuat, tapi yang kuat adalah Dia. Saya meminjam kekuatan dgn bergantung pada-Nya”, kata ayah seorang pesakit saya.

Saya mengangguk.

“Tak ada ssesiapa di kalangan kita yang mampu mengimani-Nya. Kita yang lemah dan serba tiada ini, mahu mendakwa telah berpegang dgn kebesaran Dia? Mustahil…” sambungnya lagi.

“Itulah sebabnya Allah memanggil di dlm al-Quran, “wahai orang-orang beriman, berimanlah kamu kepada Allah (Al-Nisaa’ : 36),” saya menambah.

“Ya…Allah suruh orang-orang yang rasa dirinya beriman untuk melihat balik, kamu beriman dengan apa…dengan siapa?”sambung beliau.

Kami sama-sama terdiam. Allah jua yang tahu perasan saya semasa merenung wajah anaknya yang sedang bertarung dengan ujian Allah itu. Terasa mengalir kuatnya yakin si ayah untuk mentafsirkan kesakitan anaknya sebagai suatu kebaikan.

“Apa guna kita esakan dia? Kalau bukan untuk hancurkan kita. Hancurkan diri…”, beliau seperti bercakap dengan dirinya sendiri.

“Hancurkan ego, hancurkan rasa memiliki”, saya cuba mengemaskini ayatnya.

“Ya ustaz. Selagi ada dalam jiwa ini rasa memiliki, selagi itulah kita mengeluh dengan kehilangan dan kekurangan. Lupa pada apa yang diberikan-Nya. Walhal nanti kita ditempelak dengan nikmat yang diberi, bukan nikmat yang pergi, katanya.

Air mata susah hendak ditahan. Terasa tepu dada saya menelan kata-kata yang datang dari keyakinan si bapa. Bukan ucapan pengetahuannya, tetapi keyakinan. Pecah juga genang air di mata saya tetapi cuba saya sembunyikan dari pandangan si anak yang terlantar. Dia harus kuat untuk bertahan dan kami disekelilingnya mesti menyokong dia agar terus kuat.

Menguji Ilmu

Bertugas sebagai kaunselor penyakit di sebuah hospital seperti IJN, sepatutnya bukanlah sesuatu yang terlalu rumit.

Selain teknik mendekati pesakit, serba-serbi pengetahuan yang telah diukur pada segulung ijazah, harus cukup untuk membolehkan saya bekerja. Bukannya pesakit meminta takhrij hadith, atau khilaf ulama’ dalam nasihat kita.

Tetapi saya sedar, semakin dalam saya tersedut masuk ke dunia pesakit dan ahli keluarganya, terasa kosong apa yang saya pelajari selama ini. Terasa bodoh dan dungu berdiri di depan pesakit dan keluarganya, biar pun mereka itu hanya buruh kasar, pemandu lori, atau seorang yang tidak punya apa-apa status social.

Mengapa tidak?

Sesungguhnya pengalaman bersama pesakit, memahamkan saya bahawa kekuatan yang diperlukan untuk mendepani ujian, bukan datang dari himpunan pengetahuan dan fakta-fakta ilmiah. Semua itu tidak berharga jika ia tidak menyuluh jalan untuk seorang hamba yang sedang diuji, menyampaikan tangisannya kepada Dia.

“Tak salah ustaz. Saya tak marah isteri saya menangis. Tetapi pesan saya kepadanya supaya jangan hanya menangis. Menangislah sampai dapat menyakini Dia. Sebagaimana ketawa jangan sampaikan lupakan Dia. Jika dengan ujian seperti ini masih tidak mampu yakin pada-Nya, itulah yang patut ditangisi”, amat dalam kata-kata si ayah.

Saya seperti mahu tersepuk di tepi katil. Sayalah yang ‘bodoh’ dan jahil di hadapan situasi ini. Mengangguk lemah.

Agama dan Tuhan

Kadang-kadang tanpa kita sedar, kita bermain-main dengan ilmu agama. Kita sibuk menelaah hukum. Kita terasa bijak dapat menyelesaikan khilaf ulama. Tetapi kita lupa, untuk apa semua itu? Untuk apa agama ini?

Ilmiah, ilmiah, nota kaki, nota kaki…ke mana semua lambakan itu dalam soal membina yakin kita? Keyakinan yang menjadi tali penghubung antara reality sepahit ini dengan hakikat Dia yang Maha Tinggi?

Sesungguhnya saya merenung balik ke balakang. Melihat sejarah manusia, sejarah diri sendiri…

Kerana rosaknya agama Kristian, ramai orang Eropah yang berTuhan tanpa agama. Terus yakin pada Dia tetapi hilang arah kerana rosaknya agama untuk berhubung dengan-Nya.

Tetapi jauh di dalam masyarakat kita, agama Islam kita rosak, hingga ramai orang kita yang beragama tanpa Tuhan! Kerana terperangkap di dalam ritual dan proses agama, kita gagal sampai kepada-Nya.

Kita menyembah ‘agama’ bukan lagi Tuhan, bukannya Dia.

Kerana itu kita banyak berbalah, berkeluh resah dan memberontak… kerana lupa kita hamba dan Dia segalanya. Kita kelihatannya seperti sangat beragama dek pengetahuan, tetapi apabila direnung pada kelakuan, keyakinan dan pegangan diri dalam kehidupan, kita seperti hidup tidak berTuhan.

Kita beragama, tetapi dalam beragamanya kita itu, kita miskin dari hakikat Dia. Tidak terserlah kehambaan diri, tidak terlihat kebesarannya Dia.

Saya beredar dari wad dengan air mata yang gagal berhenti… bahawa dalam kesakitan itulah terbentangnya kesejahteraan iman.

Siapakah sebenarnya yang sakit?

Mereka yang terlantar itu atau diriku yang berdiri di sini?

Ya Allah, sembuhkanlah tubuh mereka yang sakit, sembuhkanlah iman si kami yang sihat ini…Amin!!

LELAKI + WANITA = MALU or TIDAK MALU

LELAKI + WANITA = MALU or TIDAK MALU

 

Aduhai, setiap wanita dikurniakan oleh
ALLAH swt sifat MALU
Kerana MALU si wanita tahu menjaga
kehormatannya
Kerana MALU si wanita tahu menilai
batas- batas sosialnya
Kerana MALU juga si wanita gagal
diperdaya pujukan nafsu

Kini si wanita itu sudah hilang MALUnya
Kerana hilang MALU itu terdedahlah
auratnya lantas kehormatan diri tergadai
Kerana hilangnya MALU itu si wanita
gagal menilai apa itu HARAM apa itu HALAL
Kerana kehilangan MALU itu si wanita
lemas dan hanyut dengan tipu daya nafsu.

Aduhai, setiap lelaki juga dikurnakan
oleh ALLAH swt sifat MALU
Kerana MALU, si lelaki nasihat diri dan
si wanita agar bersama-sama jaga maruah
diri dan MENJAGA AURAT
Kerana MALU, si lelaki mengingatkan diri
dan si wanita tentang batas-batas sosial
pergaulan, HALAL dan HARAM tu kena INGAT!
Kerana MALU itu, si lelaki menjaga dan
mendidik nafsunya. JANGAN mengajak si
wanita berbuat DOSA. Selalu mengingatkan
dengan kata “TAKUTLAH AKAN ALLAH !”

Kini, si lelaki itu sudah hilang MALUnya
Kerana hilang MALU itu si lelaki
MENGAJAK si wanita BERBUAT MUNGKAR
Kerana hilangnya MALU itu si lelaki lupa
tentang HUKUM ALLAH swt
Kerana telah hilangnya MALU itu si
lelaki mungkin hilang taraf KHALIFAH!

Sabda Rasullullah saw,
SESUNGGUHNYA MALU
ITU ADALAH SEBAHAGIAN DARI IMAN.
Wahai si wanita dan si lelaki janganlah
menzalimi diri dengan meletakkan MALU
itu bukan ditempatnya.

MALUlah kamu dengan ALLAH swt kerana
ingkar akan suruhannya
MALUlah kamu dengan RASULLULLAH saw
kerana meninggalkan sunahnya
MALUlah kamu kerana lupa dan malas
membaca AL-QURAN
MALUlah kamu kerana tidak menghormati GURU
MALUlah kamu kerana melawan kata IBUBAPA.
MALUlah kamu atas DOSA-DOSA kamu

Maka percayalah bahawa MALU itu akan
menyelamatkan kita dari fahsyar wal
mungkar!!!

P.s:
“Innasolatatanha anil fahsyaar iwal
munkar” Maksudnya: Sesungguhnya solat
itu dapat mencegah kita dari melakukan
perbuatan keji dan mungkar.
Wallahua’alam bissawab

Keredhaan Allah

Keredhaan Allah lebih indah daripada permata,lebih terang daripada sinaran matahari dan lebih jernih daripada serpihan kaca.

 

Ya Tuhanku.. Dalam perjalanan langkah yang belum terhenti ini, Jalan selangkah yang lalu, penuh dosa dan noda.. Bersilih ganti, antara godaan dan keinsafan.. Layakkah aku dalam rahmat-Mu..dibawah lembayung rahmat-Mu. Walau seringkali godaan yang memburu, Seringkali itu juga seribu keinsafan berbisik dihati.. Wahai Tuhanku..ku merayu dimalam hari, Menagih ampunan dan kasih sayangMu. Wahai Tuhanku,,rayuanku..terimalah daku kembali.. Sebagai hambaMU yang dalam lindunganMU setiap saat masa yang berlalu.. Walau seribu yang memberikanku kasih, tidak kan sama kasihsayangMu Ya Rabbi.. Ya Allah..dengarlah rayuanku sayup-sayup berbisik dimalam yang hening.. Bertemankan cahaya bulan, sinaran bintang yang memancar.. Mengharapkan doaku bertaut dalam restuMu.. Wahai Tuhanku..pencipta kasihsayang.. Yang memiliki setiap hati..Kasih sayang yang luhur buat hambaMu. Ya Rahman..Ya Rahim, kusedari cinta manusia cuma setitis dari selautan cintaMU Ya Rahman.. Rayuanku,,janganlah kasih yang setitis didalam hati ini.. Melalaikan daku dari mengingatiMU.. pautkanlah daku pada cinta dan rahmatMu agar daku tidak tenggelam dengan fitnah dan mehnah duniawi..Ampunilah dosa-dosaku Ya Allah…

TANDA 100 HARI SEBELUM HARI MATI

“hidup bertunang mati………..”

TANDA 100 HARI SEBELUM HARI MATI

 

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya
akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun
semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar
atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar
.
Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan
mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging
lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan
teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.
Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di
hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan
berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut
dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan
lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang
terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri
dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah
mati.

 

TANDA 40 HARI

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita
akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita
akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.
Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat
persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti
kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan
memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka
yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk
mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan
dicabutnya.

TANDA 7 HARI

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan
musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara
tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita
iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka
berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi
banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan
memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi
orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat
dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu
dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan
sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu
denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini
menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan
harinya.

TANDA AKHIR


Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk
di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya
akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam
diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita
kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang
akan mematikan pula.

Wallahu a’lam… 

Aku Punya Diri

” Aku Punya Diri “

Sesungguhnya, ketahuilah…

Aku bukannya orang yang baik,
Namun aku cuba berusaha,
untuk jadi orang yang baik

Aku memang orang yang jahat,
Namun aku tetap mencuba,
tak nak jadi orang yang jahat

Aku tak mungkin buat semua orang suka
kepadaku,
Tetapi ingin ku cuba,
membuat ramai orang suka kepadaku,

Walaupun seluruh dunia benci padaku,
Aku tidak kira walau apa berlaku,
Asalkan Allah sayang padaku,
Dan nabi Muhammad sanggup syafaatkan aku

Dalam aku menjadi orang yang alpa,
Aku sangat takut akan seksa dariNya,
Aku takut dimasukkan dalam neraka,
Dibakar api yang menyala-nyala,
Atas dosa dan nodaku yang berlaku sentiasa,
Setiap masa, Di mana jua

Dalam aku menjadi orang yang taat pula,
Ku takut…
aku akan jadi sombong dan riak semata,
Buat ibadat demi kepentingan diri sahaja
Meninggalkan kawan2 yang aku sayangi,
Bagaikan ingin masuk ke syurga seorang
diri…

Sebab itulah agaknya zaman kini,
Lahir ramai yang suka melaknat saudara2
sendiri,
Kafir mengkafir dan menunding jari,
Tanpa berfikir menggunakan hati

Akhirnya, aku berfikir semula,
Ya Allah, kenapa aku diletakkan di
aliran mempelajari agama?
Kenapa aku diberikan pengajaran IlmuNya?
Apa akan jadi jika aku tidak mengamalkan?
Segala apa yang telah aku timba dari
pengajaran dan pengalaman?

Sebenarnya ini adalah satu nikmat,
Nikmat lebih tinggi dari pangkat dan darjat,
Namun ramai yang tak ambil berkat,
Cuma ambil benda sekerat-sekerat

“Sesungguhnya diri ini hanya ibarat
seorang tua yang buta matanya, tempang
kakinya, pekak telinganya dan lemah
tubuh badannya menyalak-nyalak dan
bersyair-syair di kaki bukit…”

Inikan Manusia ?

Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat. Apabila
masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat. Apabila negara
menjadi kuat, negara luar jadi hormat. Apabila negara luar jadi
hormat, permusuhan pun tersekat. Apabila permusuhan tersekat,
pembangunan pun meningkat. Apabila pembangunan pun meningkat,
kemajuan menjadi pesat.


TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat,
kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.


Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat. Apabila
tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat, KETIKA ITU manusia mula
mengubah tabiat. Apabila manusia telah mengubah tabiat,
ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi
jahat.
Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati
lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerla
minyak gamat.


Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.
Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat.


Yang perempuan, pakai mini sekerat.
Suka pakai baju ketat.
Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
Pakai pulak yang singkat-singkat.
Kadang-kadang ternampak benda ‘bulat’.


Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.
Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat .
Bila berjumpa, tangan berjabat.
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita ‘bukti’ lah kita buat.
Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah
pula anak-anak yang tak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di
merata tempat.

MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.
Inilah dia fenomena masyarakat.
Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat! .
Berangkat menuju ke negeri akhirat.


Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu, sindri mau ingat.


Umur mu banyak mana mu buat ibadat…?
Zaman muda mu, apa yang telah mu buat…?
Harta benda anta, dari mana anta dapat…?
Ilmu anta, adakah anta manafaat…?


Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera
meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.



(Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa.