Peringatan Kepada Wanita yg terus di INGATKAN..

I love Islam


Peristiwa wanita ke neraka pada malam Mikraj

Sayidina Ali k.w. berkata: “Saya dengan Fatimah pergi menghadap Rasulullah s.a.w. Kami dapati beliau sedang menangis, lalu kami bertanya kepadanya, apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?”

Baginda s.a.w. menjawab: “Pada malam aku diisrak hingga ke langit, di sana aku melihat perempuan dalam keadaan amat dahsyat. Dengan sebab itu aku menangis mengenangkan azab yang diterima mereka.”

Ali bertanya: “Apakah yang ayahanda lihat di sana?” Rasulullah s.a.w. menjawab: “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dicurah ke dalam halkumnya (tekak).

“Aku lihat perempuan yang digantung kedua-dua kakinya terikat, tangannya diikat ke ubun-ubunnya, didatangkan ular dan kala. Aku lihat perempuan yang memakan dagingnya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Aku lihat perempuan mukanya hitam dan memakan tali perutnya sendiri. “Aku lihat perempuan yang telinga pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar daripada lubang hidung, badan bau busuk kerana penyakit kusta dan sopak.

“Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar dengan pelbagai kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk ke kemaluannya, mulut dan pelepasnya (punggung). Malaikat memukulnya dengan corong api neraka.”

Fatimah pun bertanya kepada ayahandanya: “Ayahanda yang dikasihi, beritakanlah kepada anakanda, apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan itu?”

Rasulullah s.a.w. menjawab: “Fatimah, adapun perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang tidak menutup rambut daripada bukan muhrimnya. Perempuan tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki dan menyakiti hati suaminya.

“Perempuan yang digantung susunya adalah perempuan yang menyusukan anak orang lain tanpa izin suaminya. Perempuan kedua-dua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya.

“Perempuan tidak mahu mandi daripada suci haid dan nifas ialah perempuan yang memakan badannya sendiri, juga kerana ia berhias untuk lelaki bukan suaminya dan suka mengumpat orang.

“Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain.

“Perempuan diikat kedua kakinya dan tangannya ke atas ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala kepadanya kerana ia boleh sembahyang tetapi tidak mengerjakannya dan tidak mandi janabah.

“Perempuan kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah ahli pengumpat dan pendusta. Perempuan rupanya seperti anjing ialah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya.

Seterusnya Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Perempuan menyakit hati suami dengan lidahnya pada hari kiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat di belakang tengkoknya.”

Abu Bakar as-Sidik mengatakan, aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Perempuan menggunakan lidah untuk menyakiti hati suaminya ia akan dilaknat dan kemurkaan Allah.”

Usamah bin Zaid menceritakan, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Aku berdiri di atas syurga, kebanyakan yang masuk ke dalamnya adalah golongan miskin dan orang kaya tertahan di luar pintu syurga kerana dihisab. Selain daripada itu ahli neraka diperintahkan masuk ke dalam neraka, dan aku berdiri di atas pintu neraka, aku lihat kebanyakan yang masuk ke dalam neraka adalah perempuan.”

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya aku saksikan kebanyakan ahli neraka adalah perempuan.”

Rasulullah s.a.w. ditanya, mengapa ya Rasulullah? Baginda s.a.w. menjawab: “Perempuan mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya, Jika engkau membuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia belum berpuas hati dan cukup.” (Hadis riwayat Bukhari)

p/s: bukan untuk menghina wanita..tetapi ini adalah bukti yg tidak dapat dielakkan dan dinafikan..justeru itu, wahai golongan Siti Khadijah, Siti Aisyah dan Siti Fatimah…sama2 lah mengambil ini sebagai “Kayu Pengukur” atau “guide line” agar kamu semua tidak melakukan perkara sebegini…

Mengapa WANITA sangat Istimewa……

Mengapa WANITA sangat Istimewa……

Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. “..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah….” Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas…leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi.. basuh jap… susun pinggan kat rak, lap dapur.. terpercik kena sambal masa masak tadi…

check air panas dalam flusk.. takut habis pulak nanti malam anak nak susu…memang dah kering pun flusk ni, jerang la air… sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong…. salin la gula…check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi…ishh. ..ni lauk bila ni, semalam…dah beku dah…basuh la kejap….pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh…

penat dah ni, besok je la basuh…sidai kaian lap je lah… tik…bunyi air dah masak…salin air dalam flusk…ok settle… baru teringat tak semayang lagi…on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi…nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska…check. ..baju 2 pasang, towel…towel kecik utk selsama…calamine lotion untuk sapu ruam…pampers 4 keping….alamak. .telupa pulak masukkan botol…basuh botol jap…ok settle…

ternampak pulak beg g keje…emm.. besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je…salin jap barang2 g beg coklat…cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti…hishhh sempit la beg ni…hangin je…nak kena beli ni beg baru…rasenya 25 hb ni Sogo sale nih…mana flyers tadi ek…ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle…

Tetiba dengar suara papa…”..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido..”….”..yelah nak tido la ni..nak smayang jap…” masuk toilet..buat apa2 yang patut…cuci muka dulu..2 jenis lak tu…adoi..gosok gigi…smayang. ..pakai toner…pakai treatment cream…nak lawa and maintain punya pasal lah ni… nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak…huhuhuhu. .. bukak almari…emmm. ..pakai baju hijau ni lah besok…gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni…kat bilik belakang… la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh …g dapur, basuh, sambung gosok baju…gantung elok2…kemaskan baju gantung2…masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor…ok settle.. dgr suara papa lagi…”..i dah ngantuk ni..”..dalam pada nak masuk ke bilik…

owh. ..pokok aku dah nak mati ni ha..lupa dah 3 hari tak siram…ok, siram jap…check jap pintu ni…sah tak kunci lagi…grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku…bukak lampu luar.. ni mainan ni sepah2…masukkan la dalam bakul mainan budak ni…banyak nya…sampai bawah meja makan pun ade…adoi.. ..ok dah … ok dah boleh baring…adoi sakitnya pinggang…cium si comel ni kejap…selimutkan die…la..napa basah ni…emm, tukar la pempers ni…tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la…nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali…ok sayang tido k…kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k…gud nite..sweet dreams…

aaahh…sedapnya dapat baring…mana pulak lotion sapu kurus aku nih…ha, ni dia…sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm…setkan program kerja besok…pg kul 9.30 ade meeting.. ahh…boring. ..panas pulak lotion nih..dah la…emm..sedapnya lelapkan mata…

Ya Allah…terima kasih untuk rezekiMU hari ini,…mohon keberkatan dari mu tuhan…papa pun bangun tutup tv…”…i dah ngantuk sangat ni…nak tido lah…citer pun tak best malam ni, bola pun takde…”…selang seminit …dengar suara papa berkeruh…dah agak dah…. So?….apa yang peliknya..?? Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?…SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT….tu yang tak boleh nak mati cepat tu… ( andaian penulis ) Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah… setiap wanita adalah istemewa dengan cara mereka sendiri… Kalau lelaki mengakui kebenaran ini….hormat dah hargailah mereka…untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari…

From : OrgPuang

Maaf ya! Ini khusus untuk wanita…

Maaf ya! Ini khusus untuk wanita…

 

Satu episod rancangan sitcom televisyen NBC Kanada, “Little Mosque on the Prairei” amat menarik perhatian penulis. Rancangan sitcom itu penulis tonton melalui MyTube.com. “Little Mosque on the Prairei” mengisahkan kehidupan sekelompok muslim Kanada di sebuah bandar di pinggir kawasan Prairei yang terkenal dengan penghasilan gandum.

Episod itu bermula dengan kecederaan yang dialami seorang pengusaha kafe muslim yang terjatuh ketika bertengkar dengan seorang pelanggan di kafenya. Setelah dirawat oleh seorang doktor muslim, beliau dinasihatkan supaya banyak beriadah dengan berenang bagi menguatkan ligamen lututnya. Oh, lupa nak dinyatakan bahawa kedua-dua pengusaha kafe dan doktor itu perempuan.

Pada satu hari, kedua-dua mereka pergi ke kolam renang milik perbandaran. Alhamdulillah, bandar itu mempunyai hari khusus untuk wanita menggunakan kolam renang. Maka soal aurat tidak menjadi persoalan kerana semua pengguna kolam renang pada hari itu ialah perempuan. Bagaimanapun masalah timbul kerana instructor kolam renang itu ialah seorang ‘lelaki lembut’. Maka kedua-dua wanita muslim itu membantah kehadiran instructor itu atas alasan mereka beragama Islam dan menjadi satu kesalahan di sisi Islam untuk mereka berbikini di hadapan seorang lelaki bukan muhrim. Lelaki lembut itu mendakwa dia seorang ‘gay’ dan tidak bernafsu melihat perempuan. Jadi dia enggan meninggalkan kolam renang itu kerana dia bertugas pada hari itu. Pengusaha kafe dan doktor muslim itu akhirnya terpaksa mengalah dan tidak jadi berenang kerana kelas renang hanya dikendalikan oleh instructor ‘gay’ itu.

Maka bermulalah perjuangan doktor muslim itu untuk mendesak datuk bandar – yang juga seorang wanita – untuk menyediakan instructor renang wanita. Beliau memohon pertolongan ibunya, pegawai perhubungan awam di pejabat datuk bandar untuk melobi majlis perbandaran agar memenuhi tuntutannya. Datuk bandar bukan muslim itu tidak membantah cadangan tersebut tetapi berkata majlis perbandaran tidak mempunyai bajet yang cukup untuk menggaji seorang instructor renang wanita. Beliau (datuk bandar) bagaimanapun berjanji akan membawa perkara itu ke mesyuarat majlis jika doktor muslimah itu berjaya mengutip tandatangan sokongan daripada sekurang-kurang 120 wanita (jika ingatan saya belum pudar).

Ibu doktor muslim itu pula berhadapan dengan masalah. Jika permohonan anaknya itu diluluskan oleh mesyuarat majlis, maka harapannya untuk menyertai lawatan ke China akan terjejas. Ini kerana bajet untuk membiayai instructor renang wanita akan diambil daripada kos membiayai lawatan beliau ke China. Maksudnya, beliau tidak akan tersenarai menyertai lawatan ke China jika instruktor renang wanita digaji. Maka bermulalah usahanya untuk menggagalkan kempen pungutan tandatangan itu. Dalam salah satu slot sitcom itu, beliau cuba mempengaruhi seorang wanita bukan muslim agar tidak menurunkan tandatangan di kertas petisyen. Bagaimanapun cubaannya gagal dan wanita bukan muslim itu menurunkan tandatangan kerana menganggap idea menggaji seorang instructor wanita bagi perenang wanita adalah baik.

Saya tidak ingat kesudahan cerita itu kerana tumpuan saya terganggu dengan tugas-tugas lain di pejabat. Tetapi pengajaran yang diperolehi dari sitcom itu adalah, bukan menjadi satu keganjilan atau kesukaran untuk mengamalkan Islam di negara-negara minoriti muslim seperti Kanada. Walaupun Barat kini diserang sindrom Islamophobia (ketakutan terhadap Islam) pasca insiden 11 September 2001, masih ada di kalangan masyarakat dunia yang mampu berfikiran rasional dan mengamalkan toleransi. Sitcom “Little Mosque on the Prairie” adalah salah satu usah untuk mengikis sindrom Islamophobia itu. Memang ada pro dan kontra dengan penyiaran sitcom itu, tetapi penulis tidak mahu mengulasnya di sini.

Apa yang cuba diketengahkan dalam tulisan ini adalah usaha mewujudkan environment yang selesa untuk wanita Islam bersosial tanpa menjejaskan pegangan syariat telah wujud di peringkat global. Di negara kita, Sukan Nisa’ – acara sukan khas untuk wanita berjalan penuh meriah dan warna warni. Kehadiran ratu pecut 200m sukan Asia Doha, Ruqayya al-Ghasara mencetus semangat peserta dan penganjur. Bagaimanapun tidak semua yang melihat ini sebagai satu perkembangan sihat. Menteri Belia dan Sukan, Azalina Othman Said dan Ketua Puteri Umno, Noraini Ahmad (yang tidak punyai apa-apa portfolio dalam kerajaan) tidak berpuashati kerana lelaki tidak dibenarkan menyaksikan sukan itu. Hujah mereka kaum kerabat lelaki peserta tidak dapat memberi sokongan moral. Itu jugalah yang dikritik pengarang The Star, Wong Chun Wai yang selalunya sinis dengan apa jua perkembangan di Kelantan.

Penulis pernah berbual dengan seorang teman, prof madya di sebuah IPTA tentang perkembangan ini. Sambil menyatakan sokongannya terhadap Nisa’ Games yang berlangsung di Kelantan, beliau mempunyai pandangannya sendiri tentang fenomena segregasi gender ini. Menurut beliau, mengapakah kerajaan negeri begitu obses dengan peraturan segregasi gender sehingga mengasingkan kaunter lelaki dan wanita di pasaraya. Mengapa tidak diwujudkan kaunter khas untuk wanita. Maksud beliau, biarlah wanita yang mahu berbaris di kaunter khas wanita berbuat demikian, manakala yang mahu terus berbaris di kaunter biasa berbuat demikian.

Menurutnya, adalah lebih praktikal untuk orang ramai khususnya wanita diberikan pilihan daripada dipaksa untuk ke barisan tertentu yang mungkin menyulitkan mereka khususnya kepada yang berkeluarga.

Beliau memberi contoh Jepun yang menyediakan gerabak keretapi khas untuk wanita dan beberapa bandar di India yang menyediakan bas khas untuk wanita. Pokoknya wanita diberi kebebasan untuk memilih  

tempat khusus untuk wanita atau kaunter dan kenderaan awam yang bersifat uniseks. Mungkin cadangan ini dapat menutup mulut wanita dan lelaki gatal yang saja-saja mahu bercampur di khalayak umum tanpa sebarang alasan yang munasabah. Sekurang-kurangnya wanita kita bahkan wanita di seluruh dunia punyai pilihan. Maaflah ya! Ini khusus untuk wanita…

 

Artikel Daripada : Ahmad Tajdid

Maklumat Tambahan :

Maka kedua-dua wanita muslim itu membantah kehadiran instructor itu atas alasan mereka beragama Islam dan menjadi satu kesalahan di sisi Islam untuk mereka berbikini di hadapan seorang lelaki bukan muhrim.

Kalau tak silap saya, aurat wanita muslim dengan wanita bukan Islam adalah sama seperti aurat wanita muslim dengan lelaki.

Cantiknya Wanita

Cantiknya Wanita

Allah berfirman:


“Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa.
Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan.”

“Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya.”

“Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.”

“Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya.”

“Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya.”

“Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu.”

“Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan.”

“Kau tahu: Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.” “Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada.”

Tudung nipis, baju singkat, seluar ketat

Tudung nipis, baju singkat, seluar ketat

“Bicara kali ini tentang batas aurat,

Terutama sekali bagi muslimat,

Kerana kelihatan dalam masyarakat,

Dibuang Islam dijauhi adat.

Yang kelihatan pada remaja,

Batas aurat tidak diambilkira,

Pakaian tersalut ditubuh tak terjaga,

Tanpa malu, silu dan dosa

Tudung nipis terbayang rambut,

Atau rambut terjulur kerana singkat,

Kain dililit kepala pakai ikat,

Jambul tertonjol rasa hebat.

T-shirt menjadi kegemaran,

Nampak ketiak tiada lengan,

Bulu roma jelas kelihatan,

Parut dan tahi lalat bertebaran.

Baju sendat tertonjol dada,

Sepatutnya dilabuh berlaku tiada,

Lelaki melihat menempa dosa,

Menjadi fasiq mudah sahaja.

Seluar ketat menjadi pakaian,

Tak beza lelaki dan perempuan,

Terutama jeans pudar jadi pilihan,

Sarung nangka pun boleh tahan

Apa jadi dengan remaja,

Islam namanya, iman tiada,

Perintah Tuhan buat bersahaja,

Larangan Allah buat selamba,

Allah murka Syaitan senang,

Nabi kata: ‘Perempuan berpakaian tapi bertelanjang’

Ada baju tak cukup benang,

dihumban ke neraka cukup malang.

Saya hanya boleh menasihat,

Kepada remaja dan muslimat,

Ikut Islam akan selamat

Ikut syaitan akan dilaknat.

Wanita Solehah

https://i0.wp.com/tn3-1.deviantart.com/fs15/300W/i/2007/028/0/3/Lady_Muslimah_by_didihime.jpg

//photos.friendster.com/photos/63/50/26650536/30229706532147l.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

http://puisijiwarasa.files.wordpress.com/2007/12/bw0014.jpg

https://i0.wp.com/img152.imageshack.us/img152/5434/mujahidahsolehahwz5.jpg

https://i0.wp.com/www.geocities.com/amiene/aurat/aurat1.JPG

https://i0.wp.com/i159.photobucket.com/albums/t155/arrazi_latif/Muslimah/wanitaIslam.jpg

TERISTIMEWA BUAT KAUM HAWA…

TERISTIMEWA BUAT KAUM HAWA…
(adaptasi drpd sebuah buku “TAUTAN HATI”)

Temanku…

Sesungguhnya kejadianmu terlalu indah tercipta drpd tulang rusuk Adam yang bengkok untuk dilindungi dan disayangi, bukannya diciptakan drpd kaki utk dipijak dan dijadikan hamba sahaya. Lantaran drpd keindahan ciptaanmu itu, kau umpama sekuntum bunga yang mana harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang utk mendekatimu. Adakah semudah itu kau ingin menyerah diri pada sang kumbang?

Renungkanlah pada keindahan bunga mawar yang unggul terjaga berpagarkan duri sebagai bentengnya. Dari kejauhan keharumannya mencuri perhatian. Kilauan warnanya yang memancar indah menjadi tarikan. Namun lantaran pagaran duri yang berbisa itu, sang kumbang tertunduk kagum terhadap keindahan yang terjaga hinggakan ia berfikir beberapa kali sebelum mendekatinya.

Temanku…
Akuilah hakikat kejadianmu yang menjadi pelemah keimanan lelaki. Seandainya pakaian malu kau tinggalkan drpd tubuhmu dan perbatasan aurat kau pandang sebarangan, jadilah dirimu hanya sekuntum bunga yang indah tapi sayang tidak berduri. Kau tidak layak lagi dimahkotakan si mawar berduri. Sesungguhnya utusan Allah ada mengatakan tentang bahaya dirimu,
“Tidak ada fitnah yang lebih besar setelah wafatku selain drpd fitnah yang berpunca drpd wanita.”
Adakah kau mahu menjadi penyebab terhadap terhumbannya lelaki ke neraka?

Ingatlah wahai teman-temanku…
Ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah ialah dia tidak melihat lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya kecuali atas urusan yang diizinkan. Sesuatu yang tertutup itu lebih indah dan berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah. Yang tertutup itu indah! Alangkah baiknya jika kau memelihara keindahan dirimu sebagai hadiah yang kudus, suci, mahal dan berharga buat kumbang terpilih yang telah dijadikan Allah buatmu.

Indahnya hidup ini andai melayarinya dengan bernaungkan keredhaan Allah, bertunjang ilmu dan kebenaran, bersulam akhlak penuh menawan. Sesungguhnya wanita solehah menjadi idaman setiap insan soleh bernama Adam.
“Wanita yang baik itu adalah untuk lelaki yang baik…”

Ya Allah, jadikanlah kami bidadari syurga..
Amin……

wanita solehah : sebaik-baik perhiasan

Wanita Solehah : Sebaik-baik Perhiasan

Telah menjadi fitrah semulajadi wanita ingin tampil cantik, anggun dan bergaya. Tetapi, yang menjadi masalahnya sekarang ialah trend barat yang menjadi ikutan kini yang lebih memberi tumpuan kepada aspek kecantikan fizikal dan ini menimbulkan kekeliruan kepada wanita Islam dalam meneliti neraca kecantikan sebenar yang dibenarkan oleh Islam.

Firman Allah SWT :
“Katakanlah kepada wanita beriman,’Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kehormatannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan kecuali yang biasa nampak daripadanya…’”
(an-Nur : 31)

Ayat ini jelas menunjukkan bahawa Islam amat mementingkan penampilan seorang wanita daripada aspek dalaman dan luaran agar wanita itu dihormati dan dilindungi.

SEBAIK-BAIK PERHIASAN

Wanita sememangnya perlu kelihatan cantik kerana itu adalah fitrah kejadian wanita. Namun, cantik di luar sahaja tidak memberikan apa-apa makna, sebaliknya kecantikan dalaman juga perlu diberi perhatian.

Sabda Rasulullah SAW :
“Dunia itu adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah”

Persoalannya sekarang, apakah sebenarnya kayu ukur ynag digunakan untuk mengukur kecantikan manusia khususnya wanita? Kepada siapakah sebenarnya kaum wanita berdandan dan berhiaskan diri? Pengiktirafan siapakah yang hendak diraih?

SUATU KEGILAAN

Penggunaan alat-alat kosmetik dan pembedahan plastik dianggap sebagai jalan pintas untuk mendapat pangkat ratu atau diva. Kegilaan mengejar matlamat agar dilihat sebagai wanita menawan ini dimanipulasi sehebat-hebatnya oleh sistem pasaran kapitalis.

Makna kecantikan wanita di Barat sebenarnya tiada kaitan dengan wanita itu sendiri, sebaliknya ia lebih bertujuan memenuhi kehendak dan selera lelaki. Bak kata mereka,”Sex sells”.

Akibatnya, mendapatkan rupa paras yang cantik serta bentuk badan yang mengghairahkan menjadi obsesi wanita yang merata-rata dipermainkan emosi mereka dan harga diri mereka.

KECANTIKAN HAIWANIAH

Sebagaimana haiwan, manusia dibekalkan dengan kecantikan naluri untuk menarik perhatian manusia lain yang berlainan jantina bagi tujuan pembiakan. Namun demi kemuliaan manusia yang diangkat darjatnya oleh Allah SWT, konsep ‘aurat’ diperkenalkan. Jika manusia membelakangkan arahan Allah, lalu mendedahkan kecantikan haiwaniahnya dengan penuh bangga tanpa sebarang rasa segan silu, maka tidak hairanlah jika interaksinya berakhir dengan persetubuhan yang haram ataupun zina.

Firman Allah SWT :
“Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh syaitan , sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua-dua ibu bapa kamu dari syurga, sambil dia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka aurat mereka(yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah jadikan syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman”
(al-A’raf : 27)


KECANTIKAN INSANIAH

Apabila kecantikan haiwaniah ditutup daripada pandangan umum, maka Allah SWT akan menggantinya dengan kecantikan insaniah yang merangkumi konsep kesopanan dan kesantunan. Dengan menjaga batas-batas aurat yang ditetapkan oleh Allah, manusia mampu berinteraksi antara satu sama lain dengan penuh kehormatan.

Firman Allah SWT :
“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup `auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat”
(al-A’raf : 26)