Ramadhan : Walaupun seteguk air, sahur pelihara kesihatan

Ramadhan : Walaupun seteguk air, sahur pelihara kesihatan

BERSAHUR adalah amalan penting pada Ramadan. Bagi mereka yang hanya mengkaji ilmu fikah akan berkata: “Oh, bersahur hukumnya adalah sunat saja.” Andai kata hukum ini dikaitkan dengan hadis sahih, kita akan menyedari betapa pentingnya sahur ini walaupun hukumnya adalah sunat.

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : “Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada berkat.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmizi, Nasai dan Ibn Majah).


Amalan bangun sahur ini membezakan antara puasa orang Islam dengan puasa orang Yahudi dan Nasrani (ahli kitab). Hal ini disebut dalam sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, yang bermaksud : “Perbezaan di antara puasa kami dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) ialah adanya makan sahur.”

Sahur adalah satu rahmat dan berkat yang dikurniakan Allah ke atas umat Islam. Anjuran bersahur itu dapat dilihat lagi dalam hadis Nabi bermaksud: “Makanlah sahur, sekalipun dengan seteguk air.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban)

Hadis tadi menunjukkan kepentingan bersahur kepada orang yang berpuasa walaupun makan atau minum dengan sedikit saja sekalipun dengan hanya seteguk air.

Dalam hadis lain, kelebihan ke atas orang yang bersahur itu ialah seperti sabda Rasulullah bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikatnya mengucapkan selawat (berdoa dan memohon daripada Allah akan keampunan dan keredaan) ke atas orang yang bersahur.” (Hadis riwayat At-Tabrani).

Selain disunatkan bersahur kita juga disunatkan untuk melambatkan waktu bersahur itu kerana amalan itu dilakukan oleh utusan Allah dan sahabat. Imam Ahmad meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sentiasa umatku dalam kebaikan selama mereka mahu bersegera berbuka puasanya dan mengakhirkan makan sahurnya.”

Melewatkan sahur bermaksud bersahur ketika menghampiri waktu Subuh. Berkaitan perkara ini, Zaid bin Thabit pernah berkata: “Kami pernah bersahur bersama nabi, kemudian kami bangun untuk melakukan solat (Subuh).

Zaid ditanya : “Berapa lama masa antara kedua-duanya (yakni antara makan sahur dan solat Subuh)?” Berkata Zaid: “Sekadar membaca 50 ayat al-Quran.” (Hadis riwayat Bukhari)

Dalam kitab Nailul Authar, disebutkan Imam Ibn Abdil Bar berkata bahawa hadis yang menerangkan kepentingan menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan sahur semuanya bertaraf sahih dan mutawatir.

Penekanan Nabi agar sahur dilewatkan dan tidak diabaikan amat signifikan lagi saintifik kerana ia menepati waktu bersarapan pagi. Kajian menunjukkan makanan paling utama dalam masa 24 jam ialah sarapan pagi.

BBC News pada 7 Mac 2003 melaporkan, bersarapan pagi penting untuk memelihara kesihatan seseorang berbanding mengambil makanan pada waktu lain. Kajian oleh Dr Mark Pereira dan rakannya dari Pusat Perubatan Harvard, mendapati mereka yang tidak bersarapan pagi berisiko tinggi menjadi gemuk, sakit jantung dan menghidap kencing manis.

Kajian sama juga menunjukkan, mereka yang sentiasa bersarapan pagi menanggung risiko 50 peratus lebih rendah diserang masalah kesihatan berkaitan lebihan kadar gula dalam darah berbanding yang jarang bersarapan pagi. Hal ini menjadi lebih penting kepada kanak-kanak yang berpuasa. Ini kerana kesan kanak-kanak meninggalkan sarapan pagi adalah lebih negatif disebabkan tubuh mereka yang kecil.

Kajian terkini menunjukkan apabila glukosa dalam darah menurun selepas bangun tidur dan keadaan ini berterusan kerana tidak bersarapan pagi, kanak-kanak akan menghadapi masalah memberi tumpuan kepada pelajaran.

Tambahan daripada itu, satu kajian oleh Dr Theresa Nicklas dari Kolej Perubatan Baylor dan rakannya ke atas 700 pelajar di Louisiana, menunjukkan mereka yang tidak bersarapan pagi menanggung risiko dua kali ganda mengalami kekurangan zat besi dalam darah. Keadaan ini akan menyebabkan penyakit anemia (penyakit berkaitan kekurangan hemoglobin dalam darah). Hal ini dilaporkan oleh Kerry Neville dari Chicago Tribune pada 24 September 2001.

Justeru, secara umumnya, mereka yang berpuasa tanpa mengabaikan sahur, tidak akan mendapat kemudaratan daripada puasa mereka berdasarkan kajian itu. Lebih daripada itu, bersahur adalah ibadah kerana ia adalah sunnah dan waktu sahur juga masa yang dipenuhi keberkatan.

Allah berfirman bermaksud: “Katakanlah, Mahukah aku khabarkan kepadamu apa yang lebih baik daripada yang demikian itu? Bagi mereka yang bertakwa, ada syurga di sisi Tuhan mereka yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal dalamnya. Mereka juga dikurniakan isteri-isteri yang suci serta mendapat keredaan Allah. Dan Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya. (Iaitu) orang yang berdoa, Ya Tuhan kami sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah dosa kami dan peliharalah kami daripada seksa neraka. (Merekalah) orang yang sabar, yang benar, yang taat, yang menafkahkan hartanya di jalan Allah dan yang memohon ampun pada waktu sahur.” (Surah Ali Imran, ayat 15 hingga 17)

Advertisements

Memperingati 39 Tahun Masjid Al-Aqsa di Bakar

Memperingati 39 Tahun Masjid Al-Aqsa di Bakar

Adakah Masjid Al-Aqsa pernah terbakar? Barangkali ramai akan bertanya soalan sama. Di Negara kita ini, gerak kerja dan usaha untuk menyedarkan umat Islam berhubung kesucian Masjid Al-Aqsa dan kepentingan kota Al-Quds masih agak ‘perlahan’ berbanding Negara-negara dunia Islam yang lain.

Justeru, siri penghinaan dan penodaan terhadap kesucian Al-Aqsa Al-Mubarak kurang mendapat perhatian berbanding isu-isu lain yang lebih sensasi.

Cuba bayangkan sekiranya berlaku penjajahan di Negara kita, lalu masjid Negara atau masjid Jamek secara tiba-tiba diserang dan dibakar. Adakah kita akan hanya melihat dan berpeluk tubuh? Tidak! Sudah tentu kita akan mempertahankannya dengan darah dan nyawa.

Masjid adalah lambang maruah umat Islam, di mana di situlah mereka memperdengarkan laungan azan dan umat akan menyahutnya dengan mendirikan solat berjemaah. Ia sebagai simbol kesatuan dan kekuatan umat Islam.

Apabila masjid mereka diceroboh dan dihina, maka maruah mereka juga telah diinjak dan dipijak-pijak. Namun, apakah sama nilainya Majid Negara, Masjid Jamek Kuala Lumpur, Masjid Putrajaya, Masjid Shah Alam, Masjid Wilayah Persekutuan, Masjid Al-Syakirin KLCC atau mana-mana sahaja masjid di Negara ini malah di atas muka bumi ini jika hendak dibandingkan dengan kemulian dan kesucian MasjidilHaram, Masjid Nabawi dan Masjid Al-Aqsa?

Kesucian Masjid Al-Aqsa sudah jelas melalui Surah al-Israk, ayat 1. Ia juga ditegaskan oleh Rasulullah S.A.W dalam hadis yang sahih:

“Janganlah mempersiapkan diri untuk bermusafir melainkan ke tiga masjid, Masjid al-Haram, Masjid Rasul dan Masjid Al-Aqsa.

Sekiranya masjid-masjid di Negara ini sanggup untuk kita pertahankan kehormatannya, maka sudah tentu ketiga-tiga masjid yang dinyatakan dalam hadis tersebut lebih utama lagi kedudukannya. Kita tidak dapat membayangkan sekiranya MasjidilHaram ditakluki dan dikotori. Kita juga tidak rela Masjid Nabawi dicerobohi dan dinajisi. Maka atas dasar apa kita berdiam selama lebih 41 tahun penaklukan kota Al-Quds pada 7 Jun 1967 yang membawa kepada peristiwa pembakaran Masjid Al-Aqsa pada 21 Ogos 1969 dan lawatan kontroversi Ariel Sharon memasuki dataran Masjid Al-Aqsa pada 28 September 2000 dengan 600 tentera siap bersenjata dan lebih 3000 orang Yahudi untuk mengelilingi tempat suci itu.

Kejadian tersebut meningkatkan kemarahan umum sehingga berlaku intifada(kebangkitan) rakyat palestin yang sehingga ke hari ini api perjuangan dan penentangan mereka masih belum dapat dipadam. Rakyat Palestin sudah cukup terseksa dengan pembunuhan dan kekejaman zionis saban hari.

Kematian sudah menjadi perkara biasa di bumi jihad itu. Akan tetapi, mengapakah intifada meledak semasa itu? Jawapannya kerana kesucian Masjid Al-Aqsa telah dinodai oleh tapak kaki Sharon yang mana merupakan pemimpin parti Likud yang kemudiannya menjadi perdana menteri Israel, malah dia juga adalah watak utama dalam peristiwa berdarah “Sabra dan Shatila” (1982).

Tanggal 21 Ogos 1969 adalah salah satu tarikh hitam bagi umat Islam. Kerana pada tarikh ini 39 tahun lalu, maruah umat ini telah tercalar dengan penghinaan.

Seorang pelampau Yahudi bernama Micheal Denise Rohan telah menyalakan api di dalam Masjid Al-Aqsa untuk membakar hangus lalu meruntuhkannya. Kejadian itu dianggap sebagai jenayah musuh paling menyakitkan bagi umat Islam.

Keperitannya masih dirasakan sehingga ke hari ini. Rohan tidak bersendirian dalam jenayahnya itu. Dia mendapat sokongan dan koordinasi daripada rejim Zionis Israel yang mahu melihat Masjid Al-Aqsa dihapuskan bagi memudahkan mereka membina Haikal Sulaiman di atas dataran suci itu.

Dalam peristiwa tersebut, sebahagian besar masjid yang berkah itu mengalami kemusnahan termasuklah peralatan dalaman, dindingnya, Mimbar Salahuddin Al-Ayyubi, Mihrab Zakaria, Masjid Umar al-Khattab, dan sebahagian serambi.

Kemusnahan tersebut melebihan satu per tiga kawasan bangunan masjid iaitu kira-kira 1500 meter persegi daripada keluasan asal 4400 meter persegi. Malah bahagian atap masjid juga roboh menyembah bumi dan begitu juga 2 tiang utama serta lengkungan yang menanggung kubah masjid. Tingkap-tingkap yang indah berwarna-warni serta hiasan ayat-ayat al-Quran turut musnah dalam kebakaran tersebut.

Rohan ketika ditangkap telah berkata secara terus-terang bahawa apa yang dilakukannya adalah satu kewajipan agama sebagaimana yang disebut dalam kitab Torah di sisi mereka. Dia juga mengaku telah Berjaya dalam misinya yang menurutnya adalah merupakan perintah dari Tuhan.


maka adakah umat Islam tidak menganggap tanggungjawab mempertahankan kesucian Masjid Al-Aqsa adalah satu tuntutan agama dan tanda seseorang hanba itu beriman kepada ALLAH dan Hari Akhirat?

Imam Syahid Hasan al-Banna – Ikhwan Muslimin

 

Imam Syahid Hasan al-BannaIkhwan Muslimin

Pencetus Kebangkitan Ummah

 

Nama Imam Hasan al-Banna bukanlah baru dalam arena dakwah global, khususnya bagi pendukung gerakan Islam seluruh dunia, mentelah lagi pada 2006 merupakan ulang tahun hari kelahiran beliau ke-100. Beliau dilahirkan pada 14 Oktober 1906.

 

Bapanya, Syeikh Ahmad bin Abdul Rahman al-Banna, merupakan seorang tokoh ulama, imam, guru dan seorang pengarang terkenal, lulusan Universiti Al-Azhar, yang menulis dan menyumbang kitab-kitab hadis dan fiqh perundangan dan juga memiliki kedai membaiki jam dan menjual ‘gramophone’.

 

Syeikh Ahmad turut mengkaji, menyelidik dan mengajar ilmu-ilmu agama seperti tafsir Al-Quran dan hadis kepada penduduk tempatan, dan dia banyak dipengaruhi oleh fikrah serta cita-cita perjuangan Syeikh Muhammad Abduh dan Sayyid Jamaluddin al-Afghani.

 

Di tangan ayahandanyalah, Imam Hasan memperolehi banyak maklumat khususnya berkaitan isu agama dan fikrah-fikrah yang segar mengenai perjuangan menegakkan kebenaran yang dipelopori oleh Syeikh Muhammad Abduh dan Sayyid Jamaluddin al-Afghani.

 

Ketika Hasan al-Banna berusia 12 tahun, beliau menjadi pemimpin badan Latihan Akhlak dan Jemaah al-Suluk wal-Akhlaqi yang dikelolakan oleh gurunya di sekolah.

 

Pada peringkat ini beliau telah menghadiri majlis-majlis zikir yang diadakan oleh sebuah pertubuhan sufi, al-Ikhwan al-Hasafiyyah, dan menjadi ahli penih pada tahun 1922. Melalui pertubuhan ini beliau berkenalan dengan Ahmad al-Sakri yang kemudian berperanan penting dalam penubuhan Ikhwan Muslimin.

 

Pada tahun 1923, pada usia 16 tahun dia memasuki Dar al’Ulum, sekolah latihan guru di kaherah. Kehidupan di ibu Negara menawarkannya aktiviti yang lebih luas berbanding di kampong dan peluang bagi bertemu dengan pelajar Islam terkemuka(kebanyakkannya dengan bantuan kenalan ayahnya), tetapi dia amat terganggu dengan kesan kebaratan yang dilihatnya di sana, terutamanya peningkatan arus secular seperti parti-parti politik, kumpulan-kumpulan sasterawan dan pertubuhan-pertubuhan social secular terdorong kearah melemahkan pengaruh Islam dan meruntuh nilai moral tradisional.

 

Beliau kemudian menganggotai pertubuhan Jama’atul Makram al-Akhlaq al-Islamiyyah yang giat mengadakan ceramah-ceramah Islam. Melalui pertubuhan ini, Hasan al-Banna dan rakan-rakannya menjalankan dakwah ke serata pelosok tempat-tempat, di kedai-kedai kopi dan tempat-tempat perhimpunan orang ramai.

 

Pada peringkat inilah beliau bertemu dan mengadakan hubungan dengan tokoh-tokoh Islam terkenal seperti Muhibbuddin al-Khatib, Muhammad Rashid Reda dan Farid Wadji.

 

Pada tahun akhirnya di Dar al-Ulum, dia mencadang mezuhudkan dirinya menjadi ‘penasihat dan guru’ bagi golongan dewasa dan kanak-kanak, agar dapat mengajar mereka ‘matlamat agama dan sumber kegembiraan dan keriangan dalam kehidupan’.

 

Beliau mendapat ijazah pada tahun 1927 dan diberikan jawatan sebagai guru bahasa Arab di sekolah rendah kebangsaan di Isma’iliyya, sebuah Bandar yang terletak di zon Terusan Suez.

 

Di Isma’iliyyah, sebagai tambahan kepada kelas siangnya, dia melaksanakan matlamatnya member kelas malam bagi keluarga anak muridnya. Dia juga berceramah di masjid, malah di kedai kopi, yang masa itu masih baru dan dipertikaikan moralnya.

 

Pada awalnya, sesetengah pandangannya berkenaan dengan pelaksana Islam yang mudah mendorong kepada tentang hebat dengan elit keagamaan tempatan dan beliau mengamalkan polisi mengelakkan kontroversi agama.

 

Setelah berkhidmat 19 tahun dalam bidang perguruan, beliau meletak jawatan pada tahun 1946 untuk menyusun kegiatan dakwah dengan berkesan dalam masyarakat di Bandar itu. Pengalaman ahli jemaah yang dikumpulkan sekian lama menjadi Ikhwan Muslimin sebuah gerakan yang berpengaruh.

 

Ternyata Hasan al-Banna adalah pemimpin yang bijak mengatur organisasi. Ikhwan Muslimin disusun dalam 3 peringkat iaitu memperkenalkan Ikhwan dan menyebarkan dakwah asas melalui ceramah serta kegiatan kebajikan.

 

Kemudian membentuk keperibadian anggota agar bersedia menjalani jihadmenlaksanakan cita-cita perjuangan Islam dengan tegas seterusnya . Ikhwan Muslimin Berjaya menjadi sebuah gerakan yang mengegarkan Mesir selepas Perang Dunia Kedua apabila gerakan itu turut bertanding dalam perebutan kuasa politik.

 

Dalam satu ucapan tegasnya ada menyebut “Wahai kaumku, sesungguhnya saya menyeru kepada kalian, bahawa al-Quran ada ditangan kanan saya dan sunnah ditangan kiri saya dan amal para salafussholih dari umat ini sebagai teladan”.

 

“Saya dan rakan-rakan seperjuangan menyeru kepada kalian untuk kembali kepada Islam; ajaran dan hidayah Islam adalah sistem kehidupan yang komprehensif, mencakup segala aspek kehidupan, dia merupakan Negara dan bangsa, atau pemerintahan dan umat, dia merupakan akhlak dan kekuatan atau rahmat dan keadilan, dia merupakan thaqofah dan undang-undang atau ilmu dan hokum, dia merupakan materi dan harta atau usaha dan kekayaan, dan dia merupakan jihad dan dakwah atau prajurit dan ideology, sebagaimana dia merupakan akidah yang bersih dan ibadah yang benar satu sama lainnya.”

 

Pengaruh Ikhwan yang kian kuat amat dikhuatiri oleh Kerajaan Mesir yang diketuai oleh al-Nukrasi Bassa dari parti al-Sa’di yang bertindak mengharamkan Ikhwan Muslimin pada 1948 atas tuduhan merancang satu pemberontakan untuk menjatuhkan kerajaan.

 

Sesungguhpun begitu Hasan al-Banna tidak ditahan dan beliau cuba sedaya upaya menyelamatkan Ikhwan. Malangnya usaha beliau belum berakhir sehinggalah ditembak pada waktu Zuhur 12 Februari 1949, ketika keluar dari bangunan Ikhwan Muslimin.

 

Beliau menghembuskan nafas terakhir di hospital dan pembunuhan beliau didakwa dirancang oleh polis rahsia kerajaan berikutan kematian Perdana Menteri yang dibunuh oleh seorang pelajar yang kecewa dengan pembubaran Ikhwan Muslimin.

 

Jenazah al-Imam Hasan Al-Banna telah dikebumikan dengan kawalan kereta-kereta kebal dan perisai. Orang ramai tidak dibenarkan menghadiri upacara pengekebumiannya, yang hadir hanya keluarganya sendiri.

Gambar Imam Syahid Hasan al-Banna

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan

 

Ya ALLAH ya Tuhanku,

 

Ampuni segala dosaku

Yang kecil mahupun yang besar

Yang telah berlalu dan yang terkini

Yang kulakukan secara terang-terangan

atau secara sulit

Yang kusedari atau tidakku ketahuinya.

From : ct, on August 7th, 2008

From : ct, on August 7th, 2008

Soalan :

salam….Bolehkah orang islam itu makan daging keldai? ada menyatakan orang islam tidak boleh makan daging keldai tetapi dihalalkan makan daging kuda..kenapa??? sedangkan kuda dan keldai lebih kurang sama sifatnya….

Jawapan Nuraiman :

KHIMAR AHLIYYAH (KELDAI JINAK)

Hal ini berdasarkan hadits

“Ertinya : Dari Jabir berkata: “Rasulullah Shallallahu alaihi wa sallam melarang pada perang khaibar dari (makan) daging khimar dan memperbolehkan daging kuda”. [Hadits Riwayat Bukhori no. 4219 dan Muslim no. 1941]

Dalam riwayat lain disebutkan begini. “Ertinya : Pada perang Khaibar, mereka meneyembelih kuda, bighal dan khimar. Lalu Rasulullah Shallallahu alaihi wa sallam melarang dari bighal dan khimar dan tidak melarang dari kuda” [Shahih. HR Abu Daud (3789), Nasa’i (7/201), Ahmad (3/356), Ibnu Hibban (5272), Baihaqi (9/327), Daraqutni (4/288-289) dan Al-Baghawi dalam Syarhu Sunnah no. 2811]

Dalam hadits di atas terdapat dua masalah :

Pertama : Haramnya keldai jinak. Ini merupakan pendapat jumhur ulama dari kalangan sahabat, tabi’in dan ulama setelah mereka berdasarkan hadits-hadits shahih dan jelas seperti di atas. Adapun keldai liar, maka hukumnya halal dengan kesepakatan ulama. [Lihat Sailul Jarrar (4/99) oleh Imam Syaukani]

Kedua : Halalnya daging kuda. Ini merupakan pendapat Zaid bin Ali, Syafi’i, Ahmad, Ishaq bin Rahawaih dan mayoritass ulama salaf berdasarkan hadits-hadits shahih dan jelas di atas. Ibnu Abi Syaiban meriwayatkan dengan sanadnya yang sesuai syarat Bukhari Muslim dari Atha’ bahwa beliau berkata kepada Ibnu Juraij: ” Salafmu biasa memakannya (daging kuda)”. Ibnu Juraij berkata: “Apakah sahabat Rasulullah ? Jawabnya : Ya. (Lihat Subulus Salam (4/146-147) oleh Imam As-Shan’ani]

 

Sebagai maklumat tambahan sahabat2.. anda boleh layari link ini.. MAKANAN HARAM VS MAKANAN HALAL

Tarikh NISFU SYABAAN

Tarikh NISFU SYABAAN : 15 Sya’aban bersamaan dengan 17 Ogos 2008 ( Ahad )

Mari Muslimin & Muslimat..Kita berpuasa pada hari tersebut…

Sleepas selesai solat magrib pada 16hb 8, 2008 ( bersamaan dengan 14 Sya’aban ) jgn lupa membaca Surah Yassin..

Moga kita mendapat ” 300 Pintu Rahmat “..InsyaALLAH….

AMALAN PADA MALAM NISFU SYABAAN:

AMALAN PADA MALAM NISFU SYABAAN:

 

Selesai sembahyang Maghrib hendaklah dibaca YASIN. Dengan niat panjangkan umurnya dalam mentaati Allah. Kemudian berdoalah. Kemudian dibacakan pula YASIN dengan diniatkan diluaskan Allah rezkinya yang halal dan diberkatinya, kemudian lalu dibacakan doanya. Kemudian dibacakan pula YASIN dengan diniatkan minta mati dalam iman, kemudian lalu dibacakan doanya.

Pada malam Nisfu Sya’aban sangat baik dibanyakan beristighfar (memohon keampunan) dan taubat dari dosa-dosa besar dan kecil serta meminta diampunkan Allah ibubapa kita dan keluarga kita.

(Ya Allah, Engkau Tuhanku, tiada ada Tuhan melainkan Engkau, Engkau telah menjadikan aku dan aku adalah hambaMU, sentiasa berada dalam genggamanMu dan ketetapanMU, tiada ada kesanggupanku. Aku mengaku padaMU nikmatMu atasku dan aku mengaku kepadaMu dengan dosa-dosaku, maka ampunilah aku. Sesungguhnya tiada apa yang akan mengampun dosa melainkan Engkau jua. Aku berlindung dengan Engkau daripada kejahatan apa yang telah aku lakukan.

Memohon keampunan dua ibubapa,

Maksudnya: YA TUHANKU AMPUNILAH AKU DAN KEDUA IBUBAPAKU DAN RAHMATILAH DUANYA SEPERTIMANA MEREKA MENDIDIK AKU DI WAKTU KECIL.

Memohon keampunan dan taubat diri: (70/100 kali pagi petang)

Maksudnya: AKU MOHON KEAMPUNAN ALLAH DAN AKU BERTAUBAT KEPADANYA.

Membaca: (beberapa kali – pahala seperti ibadat seribu tahun).

Maksudnya: TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH DAN TIADA KAMI SEMBAH MELAINKAN DIANYA, DENGAN CARA IKHLAS KEPADANYA, LAGI TETAP TEGUH DI ATAS TAUHID, WALAU PUN MEMBENCI OLEH ORANG-ORANG KAFIR.

Membaca Al-Qur’an.
Membaca Tasbih: (Seratus kali tiap-tiap satu)
Maksudnya: Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi.

Maksudnya: Maha Suci Allah dan dengan segala kepujianNya. Maha Suci Allah yang Maha Agung.

Maksudnya: Maha Suci Allah dan segala kepujian bagi Allah tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar (Agong) tiada suatu daya dan tiada suatu kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Agong.

Membaca Solawat Atas Nabi: ( 10 atau 100 kali pagi dan petang.)
Membaca Zikrullah: (100 kali selepas sembahyang Subuh dan Asar.)

Sembahayang-sembahyang sunat: Sunat Mutlaq, Sunat Isyraq, sunat Dhuha, Sunat mengiringiFardhu, Sunat Awwabin, Sunat Tahajjud, Sunat Tasbih, Sunat Witir dan Sunat Hajat di tengah malam sebaik-baiknya memohon hajat sesuatu.

P E R H A T I A N

BERALAMLAH MENURUT KEMAMPUAN MASING-MASING, JIKA TIDAK DAPAT MELAKSANAKANNYA JANGANLAH DITINGGALKAN SEMUANYA. LEBIHAN UMUR KITA YANG MASIH TINGGAL SEDIKIT LAGI, HAMPIR SAMPAI KE HUJUNGNYA. REBUTLAH AMALAN SEBANYAK-BANYAK YANG BOLEH, BERTAUBATLAH KEPADA ALLAH AKAN DOSA-DOSA YANG BANYAK DENGAN SEGALA KESUNGGUHAN UNTUK BEKAL KITA DI AKHIRAT YANG AKAN PERGI TIDAK AKAN KENBALI LAGI. SEMOGA DALAM KEREDAHAAN ALLAH !!!.