ADAKAH AKU IKHLAS?

water-drop

Kita semua maklum bahawa keikhlasan itu menjadi pra-syarat untuk apa-apa amalan kita diterima oleh Allah swt. Kerana kita inginkan amalan kitalah yang bakal menjelma sebagai makhluk yang indah bila kita di dalam alam barzakh nanti, kita berharap agar amalan kitalah yang dapat membela kita pada hari pembalasan kelak.

Sudah tentu, niat pada permulaan kita membuat sesuatu, hinggalah ke akhirnya perlulah hanya kerana Allah semata-mata. Tidak kira amalan itu menyentuh perkara peribadi mahupun dalam kehidupan berdakwah. Namun, ibarat kita hendak mengenal samada kita sudah terkena penyakit ‘chicken pox’ dsbnya, ada tanda-tanda yang dapat menolong kita memastikan adakah benar kita ini ikhlas.

Antaranya :-

1. Kita takutkan sanjungan dan pujian manusia.

2. Kita tidak berasa hati apabila usaha dikritik oleh manusia.

3. Kita tidak berasa bangga bila dipuji.

4. Kita sentiasa menganggap diri cuai dalam ibadah akibat sikap taajub akan diri sendiri.

5. Tidak malas, lembab dan ketinggalan dalam kesusahan.

6. Tidak jemu dalam berusaha mengajak orang kepada Islam.

7. Tidak menjauhkan diri dari jemaah walau dicaci manusia.

8. Di dalam organisasi/jemaah, tidak teringin menjadi ketua tetapi tetap bekerja dan menyumbang.

9. Menjadi pemimpin atau pengikut, mana satu tidak menjadi hal.

10. Tidak marah malah gembira, bila muncul seorang yang baru menjadi ketua (namun bukan bermaksud tanggungjawabnya sendiri berkurang, kerana amanah bukan dari manusia tetapi dari Allah)

Begitulah antara perkara-perkara yang perlu kita perhatikan. Ini hanyalah panduan sahaja sebagai langkah berjaga-jaga bagi memastikan amalan diri kita sendiri bersih dari sifat ria’, taajub, takabbur dan seumpamanya. Pekerjaan yang zahirnya baik, tetapi jika diselimuti oleh segala sifat yang batil tersebut, maka sia-sialah di sisi Allah swt. Hatta mereka yang berperang di saff hadapan dan mati di medan peperangan. Walau bagaimanapun, atas kelemahan manusia, tidak layak sebenarnya untuk menilai atau menghukum orang lain ikhlas ataupun tidak.

Dalam satu kata-kata ulamak, ada ulamak yang mengatakan untuk membayangkan ikhlasnya seseorang itu seperti seekor semut yang hitam yang berjalan diatas batu yang hitam pada waktu malam ( yg pekat legam ). Betapa besarnya hati manusia itu, apa bila merasakan hatinya itu ikhlas terhadap Allah ta’ala.

Perlu diingatkan juga, dalam satu hadith Nabi saw telah bersabda “3 golongan yang tidak diterima Allah Ta’ala untuk masuk ke syurga, kemudian ditanya kepada nabi apakah golongan itu, maka nabi menjawab 1. Orang-orang kaya menginfaqkan ( sedekah ) sebahagian hartanya di jalan allah, tetapi tidak ikhlas. 2. Orang-orang yang berjihad di jalan Allah, mahupun perang atau sebagainya. 3. Orang-orang alim ulamak yang menyampaikan ilmu itu tetapi tidak ikhlas kerana Allah ta’ala”

Jadi sahabat dan sahabiah yang dirahamtilah Allah sekalian dapat kita renungkan betapa besar ikhlas tu perlu wujud pada hati masing. Syaitan sentiasa merasuk diri anda supaya mengkianati Allah Ta’ala. oleh itu sentiasalah menyucikan jiwa anda dari perasaan hasad dan dengki serta riak yang membinasakan diri kita di akhirat kelak.

Kita hanya boleh melihat yang zahir sahaja. Allah swt yang Maha Mengetahui dan hanya Allah swt sahajalah yang berhak membalas segala amalan. Samada amalan yang baik atau sebaliknya.

Sama-samalah kita berdoa:

Wahai Tuhan kami!
Perbaikilah hati kami,
hapuskanlah cacat cela kami,
pimpinlah kami ke arah kebaikan,
hiasilah kami dengan taqwa,
kurniakanlah kepada kami
taat setia kepadaMu
sepanjang hidup kami.
Tuhan kami! Jadilah kami ikhlas kepadaMu,
syukur kepadaMu,
bertawakkal kepadaMu,
taubat kepadaMu,
khusyuk kepadaMu.
Wahai Tuhan kami!
Sesungguhnya kami mohon kepadaMu
ketetapan di dalam urusan ini
keazaman di dalam hidayah
tolonglah kami mengingat Engkau
menyebut namaMu
mensyukuri Engkau
baik ibadat kepadaMu.

Ameen

Renungan utk mereka yang mengeluh…

Bila kau memandang segalanya dari Tuhanmu,
yg mencipta segalanya, yang menimpakan ujian,
yang menjadikan sakit hatimu, yang membuatkan
keinginanmu terhalang, serta menyusahkan
kehidupanmu, pasti akan damailah hatimu kerana
masakan ALLAH sengaja mentakdirkan segalanya
untuk sesuatu yang sia-sia, bukan ALLAH tidak
tahu deritanya hidupmu, retaknya hatimu,

tapi mungkin itulah yang DIA mahu kerana
DIA tahu hati yang sebiginilah yang selalunya
lebih lunak dan mudah dekat dan akrab denganNYA..

Iktibar dari Al Quran

An animation of the sun, seen by NASA's Extreme ultraviolet Imaging Telescope (EIT) over the course of 6 days, starting June 27, 2005

Oleh Nasrudin Hassan at Tantawi

Gempa bumi yang berlaku di Padang dan Jambi Sumatera pada 30 september dan 1 oktober baru – baru ini cukup memilukan .Kemusnahan dan kebinasaan akibat gempa bumi yang dahsyat ini sukar untuk dianggar . Musnah harta benda dan binasa segala nyawa .Namun peristiwa sedemikian tidaklah berlaku secara spontan atau hanya fenomena alam sebagaimana yang sering diungkapkan oleh mereka yang tidak beriman kepada Qadha’ dan Qadar Allah swt .

Al Quran [ wahyu Allah swt ] telah menegaskan beberapa peringatan yang boleh di dapati dalam banyak surah dan ayat guna membimbing ummat manusia agar beriman , bertaqwa dan mengabdikan diri kepada Allah swt .

Antara yang menarik sekaligus membuktikan mukjizat al Quran ialah keselarasan ayat quran dengan peristiwa gempa bumi di Padang Sumatera . Gempa bumi yang berlaku di Padang pada 30 september tempohari ialah tepat jam 5.16 pm [ atau jam 17:16 ] dan gegaran kedua berlaku pada jam 5. 58 pm [ atau jam 17 : 58 ] . Sementara esoknya [ 1 Oktober ] jam 8.52 am berlaku gegaran susulan di Jambi .

6. Apabila kita laraskan masa berlaku gempa bumi dengan surah dan ayat al quran , kita akan temui persamaannya seperti berikut . [ Jam 17 : 16 = Surah ke 17 ayat ke 16 ] [ Jam 17 : 58 = Surah ke 17 ayat ke 58 ] [ Jam 8:52 = Surah ke 8 ayat ke 52 ]

7. Secara indeksnya surah ke 17 ialah surah al Israa’ sementara surah ke 8 ialah surah al Anfaal .
و إذا أردنا أن نهلك قرية أمرنا مترفيها ففسقوا فيها فحق عليها القول فدمرناها تدميرا

17.16 (QS. Al Israa’ ayat 16): “Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.”
و إن من قرية إلا نحن مهلكوها قبل يوم القيامة إو معذبوها عذابا شديدا كان ذلك في الكتاب مسطورا

17.58 (QS. Al Israa’ ayat 58): “Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).”
كدأب آل فرعون و الذين من قبلهم كفروا بأيات الله فأخذهم الله بذنوبهم إن الله قوي شديد العقاب

8.52 (QS. Al Anfaal: 52): (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.”

8. Ayat – ayat di atas jelas menunjukkan azab dan musibah yang Allah swt timpakan ke atas sesebuah negara atau negeri lantaran penghuninya derhaka kepada Allah swt . Ia boleh berlaku dan telah berlaku di hadapan mata kepala kita biarpun jauh di negara orang untuk menjadi iktibar buat seluruh ummat manusia .

9. Ayat – ayat Allah ini merupakan sistem amaran awal yang perlu diambil perhatian oleh seluruh ummat manusia supaya menjauhi segala perbuatan mungkar dan maksiat yang dimurkai oleh Allah swt . Hari ini mungkin Indonesia , tetapi tidak mustahil ia boleh berlaku di negara kita Malaysia pula pada bila – bila [ wali’yazubillah ] jika maksiat dan mungkar makin membarah .

Ana menyeru seluruh rakyat negara ini agar kembali kepada Islam sekaligus meninggalkan maksiat dan mungkar [ zina , pergaulan bebas , pendedahan aurat , judi , arak , rogol , rompak , samun , rasuah , salah guna kuasa , zalim dan 1001 perkara mungkar ] agar seluruh rakyat dan negara di berkati dan dirahmati oleh Allah swt .

Mesej Allah daripada gempa harus difahami

BENCANA ALAM GEMPA BUMI

Gempa bumi berukuran 7.6 pada Skala Richter di Padang Sumatera Rabu lalu meninggalkan kesan yang mendalam kepada mereka terutama yang selamat. Melihat kepada bangunan yang runtuh dan ranap, mereka tidak percaya bahawa mereka masih boleh hidup.

Badrulamin Mohd Sharif, 30, dari Kuala Lumpur yang selamat sampai dari Padang pagi tadi berkata beliau dan enam orang anggota keluarga (dua anak perempuan, isteri, ibu mertua dan dua adik ipar perempuan) bercuti di daerah itu sejak Khamis minggu lalu.

“Ketika sedang membeli-belah di Kompleks Pasar Bukit Tinggi, secara tiba-tiba bangunan itu bergegar dan kelihatan orang ramai lari keluar dan menjerit gempa,” katanya.

Cemas melihat kejadian itu, beliau membawa semua anggota keluarganya bergegas keluar dari kompleks itu dan melihat orang ramai berlari ke kawasan lapang kira-kira 100 meter dari kompleks terbabit.

“Alhamdulilah, semua ahli keluarga saya selamat dan tiada yang cedera, selepas dapat maklumat daripada pihak kedutaan Malaysia di sini, saya sekeluarga dibenar pulang bersama-sama pelajar Malaysia ke tanah air,” katanya.

Badrulamin sekeluarga yang menaiki pesawat CN235 TUDM berlepas pulang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau bersama-sama pelajar Malaysia pada kira-kira pukul 6 pagi waktu Malaysia.

Beberapa orang mangsa yang cedera dalam kejadian itu turut bersyukur kerana masih diberi peluang hidup di dunia ini. Pelancong bukan Melayu yang baru memasuk bilik hotel pada petang hari kejadian tiba-tiba tercampak ke dalam kolam mandi. Dengan bantuan pekerja hotel itu beliau berjaya dikeluarkan dari bangunan itu.

Banyak lagi cerita aneh dan mengejutkan dapat kita dengar dari mangsa yang pulang dari bumi Padang itu. Namun berapa ramai yang dapat merasai mesej yang Allah kehendaki daripada peristiwa itu. Allah mengungkap kata-kata orang beriman, “Tuhan kami, tidaklah Kamu menciptakan sesuatu itu saja-saja, Maha Suci Engkau, peliharalah kami daripada api neraka.

Umat Islam apatah lagi mereka yang terlibat harus sedar bahawa Allah bila-bila masa boleh berbuat sesuatu terhadap manusia dan alam ini tanpa memberi amaran. Sudah bersediakah kita dengan amalan kebaikan dan meninggalkan dosa dan maksiat sebelum ditimpa bencana?

Malanglah mereka tanpa sebarang persiapan tiba-tiba mati dalam keadaan hina dalam gempa bumi seperti ini. Walaupun negara kita bukan negara gempa bumi, kita tidak boleh berasa selamat kerana bunga-bunganya sudah ada. Beberapa bangunan di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, dan Johor pernah mengalami gegaran walaupun tidak runtuh.

Jadi, elakkan diri kita daripada kemurkaan Allah, Tuhan kita.

Dicatat Oleh Ahmad Baei Jaafar ke Fikrah Islamiah

Khutbah Aidilfitri – Peringatan dari ALLAH SWT

Minat tok guru..

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Awang menyeru seluruh umat Islam merujuk kepada panduan Al-quran dan Sunnah dalam menyelesaikan segala masalah dan perselisihan faham khususnya dalam bidang politik yang menentukan dasar dan hala tuju negara.

Beliau dalam teks khutbah Hari Raya Aidilfitrinya mengulas, Allah telah mengajar di dalam Al-quran bagaimana cara untuk menyelesaikan pertelingkahan di kalangan rakyat serta kerajaan.

Di dalam Al Quran juga ada diajar bagaimana menjalinkan persaudaraan di kalangan semua manusia, tanpa mengira bangsa dan agama.

“Semua prkara yang menjadi perbalahan dan berselisih faham yang menyebabkan perkelehaian hendaklah diselesaikan dengan kitab Allajh dan ajaran Rasul.” jelasnya lagi.

Menurutnya, Allah turut menegaskan dalam Al Quran mengenai hubungan baik di antara pemimpin dn rakyat. Cara untuk menyatukan manusia yang terdiri daripada pelbagai agama, bangsa dan latar belakang ialah dengan memerintan secara adil menurut ajaran Al Quran.

Tegasnya, Allah melarang dan mengutuk sekeras-kerasnya mereka yg mengambil petunjuk yang lain daripada Al Quran dalam menyelesaikan permasalahan yang dialami.

Beliau dalam tulisannya berkata, orang yang bertakwa ialah orang yang menjadikan Al Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. sebagai panduan dalam seluruh aspek kehidupan termasuk dalam hal pentadbiran negara.

Untuk menjadi bangsa yang berjaya juga ujarnya, manusia mesti berpegang teguh kepada petunjuk dalam Al Quran dan sunah Rasululllah S.A.W.

Beliau turut mengajak para pendengar menyorot kembali sirah dahulu yang menunjukkan bangsa Arab yang asalnya miskin, buta huruf, dan penuh dengan sifat negatif, kemudiannya berubah menjadi kuat setelah menerima Islam namun akhirnya kembali menjadi lemah kerana meninggalkan ajaran Islam dalam kehidupan mereka.

Pemimpin negara dan para ulama’ perlu bersama-sama memimpin dan menunjukkan kepada rakyat dengan kitab Allah dan cara beramal dengannya yang ditunjuk oleh Rasulullah S.A.W.” tulisnya.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Awang