Pakai tudung macam pakai topi keledar

topi keledar menjaga keselamatan nyawa, tudung menjaga keselamatan akhlak.

Persoalan: knp ehh org bertudung skrg boleh senang2 menbonceng motor dgn lelaki..? mcm mn nk relate dgn statement “tudung menjaga keselamatan akhlak”?

sama seperti topi keledar. Ada keadaan2 tertentu yang topi keledar pun tidak mampu menyelamatkan nyawa pemakainya. Pelumba haram, pemandu laju dan pemandu cuai semuanya pakai topi keledar, tapi berkecai kepala bila di langgar.

maksudnya?

Ada yang lebih penting drp sekadar topi keledar untuk menyelamatkan nyawa pemandu motosikal. Antaranya memandu secara berhati2, jgn terlalu laju, mematuhi peraturan jalan raya, tidak memandu dlm keadaan mabuk..

Apa kaitan semua ini dgn tudung?

Nak jaga akhlak tu bukan hanya dengan bertudung. Ada yang lebih penting lg. Umpamanya, menjaga tingkah laku, tutur kata, pergaulan, selain masa dan tempat perempuan itu berada.

Contohnya??

kalau hanya bertudung, tingkah laku liar, pergaulan bebas, pandangan mata tidak dikawal, keluar hingga jauh-jauh malam, berada di tempat2 maksiat, maka tudung pun tidak akan mampu menjaga tingkah laku dan akhlak.

Pakai tudung dan menutup aurat 2 perkara berbeza. Ramai yang bertudung tapi tidak tutup aurat. Tutup aurat ada konsepnya, ada falsafahnya. Ia dibuat atas dasar iman, cara dan pelaksanaannya pula mengikut syariat dan tujuan akhirnya untuk mencapai akhlak.

Tapi orang yang tudung kekadang pandang hina orang yang tidak bertudung..Mengapa?

“Orang bertudung mungkin boleh menghina orang tak bertudung. Tetapi orang yang menutup aurat, jika benar2 dia menghayati konsep menutup aurat, dia tidak akan sekali-kali memandang hina kepada orang yang tidak bertudung”

Macam mana orang yang tidak bertudung, akhlaknya lebih baik daripada orang yang bertudung?

Bagi saya, dia umpama orang yang memandu dengan baik, berhemat dan cermat tetapi tidak memakai topi keledar. Di malaysia ni kalau tak pakai topi keledar salah di sisi undang2 sekalipun dia memandu dengan baik, tetap salah kalau tidak bertopi keledar. Bumi ALLAH ini ada undang2nya jugak kn?

YA ALLAH AZZA WAJALA, berikan Hidayah kepada hamba-MU…Ameen..

Advertisements

Sujudlah kepada Penciptamu!

Solat merupakan perintah yang sampaikan oleh Allah secara terus kepada Nabi Muhammad SAW berbanding dengan perintah yang lain seperti puasa, zakat, haji dan lain-lain.

Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah SWT yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah SWT dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah SWT dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.

Manusia paling dekat dengan Allah ketika sujud solat

DARIPADA Anas, katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sempurnakanlah sujud mu! Jangan membentangkan dua siku seperti anjing (tidur).”

Sujud ialah meletakkan kepala di bumi. Ketika sujud, fikiran berada lebih rendah daripada hati. Ulama mengatakan bahawa sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah SWT.

Sebenarnya ketika seseorang manusia itu mengerjakan solat, berpuluh-puluh iblis akan datang menggoda. Sesetengahnya datang pada setiap anggota badan supaya datang perasaan malas, was-was, terlupa bilangan rakaat, bimbang pada pekerjaan dunia yang ditinggalkannya, sentiasa hendak cepat, hilang khusyuk dengan mata sentiasa menjeling ke kiri ke kanan, telinga sentiasa mendengar orang bercakap serta bunyi-bunyian lain. Malah ada juga iblis yang duduk di belakang badan orang yang solat itu supaya ia tidak dapat sujud lama kerana penat atau sebagainya.

Ketika sujud kita digalakkan bertafakur beberapa ketika. Dari segi kesihatan, bersujud boleh mengelak penyakit pening atau migrain. Ini terbukti oleh saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari kita perlu bersujud. Ahli sains menemui bahawa ada beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

Dalam solat, cara sujud mestilah mengikut kaedah paling sempurna iaitu turun ke bawah dengan tangan, meletakkan ia ke bawah sebelum lutut. Kita dilarang meniru cara unta duduk iaitu cara duduk dengan lutut dulu. Hendaklah jadikan tapak tangan sama aras dengan kedua bahu. Tidak meletakkan (melebarkan) lengan di tanah seperti anjing. Meletakkan hidung dan dahi di atas bumi. Begitu juga dengan lutut. serta perut jari kaki. Menegakkan kaki dengan tumit berdiri tegak selari. Semua anggota disebutkan tadi dipanggil sebagai anggota sujud yang menentukan sempurna atau tidaknya sujud seseorang sedang solat iaitu seperti mana diperintahkan Rasulullah SAW.

Hikmah sujud

Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:

membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
– membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
– melegakan sakit hernia (burut)
– mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
– melegakan paru-paru daripada ketegangan.
– mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
– kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
– meringankan bahagian pelvis.
– memberi dorongan supaya mudah tidur.
– menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
– pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
– bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
– mengurangkan kegemukan.
– pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions) .
– organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
– mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya. Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

Marilah kita sama-sama mengerjakan solat dengan khusyuk dan tawadduq kerana solat ialah tiang agama bagai orang Muslim.

Dari: BawangGoreng

Membawa kebenaran itu memang payah

Membawa kebenaran itu memang payah
Namun…
Jika hati itu telah menjadi milik Allah
Maka tiada lagi kegundahan jiwa.

Bukan mudah…
Yang penting walau apa pun persepsi manusia
Selagi Al-Quran dan As-Sunnah menjadi benteng kehidupan,
Juga…
Solat lima waktu ditegakkan dengan penuh kehambaan

Pasti…
Pasti akan Allah s.w.t. tunjukkan jalan.
Ambillah insan…
Pengalaman hidup yang dilalui sebagai pengajaran

Namun…
Kesedaran yang Allah ilhamkan
Mampu menggoncangkan hati dan iman

Sungguh…
Bukan mata yang buta tapi hati di dada
Berusahalah kelak kan kau temui hikmah
Bersabarlah sesungguhnya itu adalah tarbiyah Allah

Bersihkanlah….
Segala persepsi yang membelenggu dirimu
Aku hanya berpesan
Untuk sama seiring sejalan menuju Tuhan

Yakinlah…

Sungguh Allah itu dekat
Mengapa tidak kau rasainya

Apakah manusia telah lupa?
Setelah ia merasakan kecukupan dalam kehidupan
Ia sombong pada Tuhan…
Ia lupa…
Siapa yang membukakan matanya selama ini?
Siapa yang memberikan rezekinya selama ini?
Siapa?
Kalau bukan Tuhan…
Tapi kenapa manusia lupa…

Wahai orang-orang yang beriman! Jadilah kamu penegak keadilan, menjadi saksi kerana Allah, walaupun terhadap dirimu sendiri atau terhadap ibu bapa dan kaum kerabatmu. Jika dia (yang bertakwa) kaya ataupun miskin, maka Allah lebih tahu kemaslahatan (kebaikannya). Maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu kerana ingin menyimpang dari kebenaran. dan jika kamu memutarbalikkan (kata-kata) atau enggan menjadi saksi, maka ketahuilah Allah Mahat Teliti terhadap segala apa yang kamu kerjakan.” (An-Nisa,4:135)

Dan inilah jalan Tuhanmu yang lurus. Kami telah menjelaskan ayat-ayat (Kami) kepada orang-orang yang menerima peringatan.” (Al-An’am,6:126)

Wallahu’alam