Salah Faham orang bukan Islam telah selesai !!

Sambutan penduduk Cina kepada calon PAS pun semakin meningkat. Kalau sebelum ini mereka sukar didekati namun sekarang tidak lagi. Adakah ini suatu petanda yang cukup menarik?

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat:

Ini sutu perkembangan yang cukup menarik sekali. Memanglah benda baik biar pun ditekan lama-lamaan akan menyerlah juga. Macam bola yang ditekan ke dalam air, lama-lama air akan melantun juga ke atas. Begitu juga dengan kebenaran kita boleh tekan namun lama-kelamaan ia akan naik balik.

Sebelum ini media massa sebut PAS antipembangunan, antikemajuan tetapi Cina di Kelantan tengok setiap hari berlaku pembangunan di negeri ini. Saya sebagai ketua kerajaan yang bergelar ulama boleh datang ke tempat masyarakat orang bukan Islam tanpa sebarang masalah. Saya pergi ke wat Siam di Tumpat. Semasa pemimpin Cina, Foo Chong Yong meninggal dunia. saya juga pergi melawatnya. Akhirnya orang Cina faham mereka diperbodohkan dengan pembohongan. Masa orang Cina buat kenduri kahwin pun saya pergi. Setiap kali orang bukan Islam menjemput saya pergi ke majlis mereka, saya tanya sama ada jemputan itu bagi tujuan agama atau budaya. kalau hanya sekadar budaya saya pergi. Tujuan agama tidak boleh. Setiap kaum ada budayanya sendiri.

Saya mau Islam..tak nak kebangsaan!!

TOK GURU NIK ABDUL AZIZ:


Sekarang berlaku pertelagahan antara gerakan Islam yang dipimpin oleh PAS dan gerakan nasionalis yang dipimpin oleh Umno untuk berebut hendak jaga negeri. Kalau lebih 50 tahun dulu, antara Inggeris dan Jepun berebut juga, hendak jaga Tanah Melayu.

Dan kira-kira hampir 2,000 tahun lalu perbalahan berlaku antara Nabi Muhammad s.a.w. dengan Abu Jahal. Juga sama-sama berebut hendak jaga negeri. Hak mana yang betul kerana orang Islam ini bukan semata-mata hendak makan atau minum. Islam mengajar makan minum yang betul. Berumah tangga yang betul atau politik yang betul. Betul itu kena dengan kehendak Allah Taala. Ini beza ajaran Islam dengan ajaran manusia sama ada kita Melayu atau Cina Muslim itu tidak kiralah. Ajaran Islam tidak serupa dengan ajaran yang manusia buat. Manusia reti apa di hujung dunia ada syurga neraka yang tahu benda itu ialah tukang yang membuat dunia iaitu Allah Taala. Allah Taala ajar benda ini kepada nabi-nabi sejak zaman-zaman sehingga sampai kepada Nabi Muhammad saw.

Ada ayat al Quran menyebut selepas mati kita akan dihidupkan balik. Selepas mati kita tidak perlu lagi sembahyang, puasa, mengundi atau apa sahaja sudah tidak ada lagi. Yang ada kamu dipaksa balik ke pangkuan Allah Taala. Ini masalah yang berlaku sejak dahulu kepada nabi-nabi dengan umat masing-masing. Begitu juga pada masa Nabi Muhammad s.a.w. dengan umatnya termasuk kita. Ini benda yang PAS hendak sebut. Ini juga yang kita sering sebut dalam sembahyang. Sembahyang, hajiku, hidup mati untuk-Mu Allah Taala. Untuk-Mu itu hendak pergi macam mana kalau bukan melalui Islam.

Kalau benda itu kita boleh buat tanpa melalui Islam, apa faedah Allah Taala kirim nabi-nabi. Apa tujuan kirim nabi sejak Nabi Adam sehingga Nabi Muhammad s.a.w. Jadi kalau kita tolak Islam seperti yang diamalkan Umno sekarang dan mengambil kebangsaan, soalnya agama Islam itu berhenti setakat mana. Adakah Islam tidak berguna sekarang kerana tempoh dah habis atau macam mana? Mengapa kita tolak agama dan ambil kebangsaan. Adakah Umno fikir Islam tamat setakat 1946 ketika Umno mulai wujud atau Islam terus sampai khiamat. Orang Islam di seluruh dunia akui Nabi Muhammad s.a.w. adalah nabi akhir zaman.

Ini punca PAS dan Umno bertelagah. Apa salah kalau Umno tinggalkan kebangsaan. Islam itu terkandung di dalam al-Quran, dan di dalam terkandung semua termasuk politik, ibadat dan keselamatan. Ini kerana al-Quran didatangkan daripada Allah Taala. Bezanya sekarang Umno hanya selamat setakat dunia dan nak pergi akhirat tidak boleh. Arab, Cina, India hendak pergi syurga semuanya melalui Islam. Ini perkara pokok.

Ini bererti risalah Islam yang dibawa Nabi Muhammad s.a.w. bukan terhenti setakat tahun 1946 sahaja. Ini punca segala pertelagahan yang berlaku sekarang, dan sebab itu saya minta semua kawan-kawan dalam Umno bermula daripada peringkat ‘grassroot’ sehingga pemimpin atasan. Tidak ada guna satu sen pun perjuangan kebangsaan. Hendak pembangunan semua parti yang memerintah boleh buat pembangunan.

Kalau komunis memerintah di negeri ini sekalipun mereka juga mampu buat pembangunan. Sekadar pembangunan lahiriah ini semua orang boleh buat. Tidak payahlah Allah Taala kirim nabi kalau sekadar kehidupan manusia mahu kepada pembangunan. Kafir Quraisy, Rom dan Parsi buat pemnbangunan sampai sekarang pun kita dapat lihat kesannya. Di Mesir ada piramid dan macam-macam lagi. Apa yang penting pemnbangunan tidak boleh sampai ke akhirat.

Masuk kubur kita hanya bawa jari 10 sedangkan kita mempunyai banyak duit di dunia. Kita ada tenaga di atas dunia mengapa tidak boleh bawa bersama di dalam kubur. Islam sahaja “cable” yang boleh membawa kita dari dunia sampai ke akhirat. Kepandaian, kebijaksaan dan harta kita semuanya itu boleh kita tukar melalui pertukaran benda kepada pahala. Ini perkara besar yang menguasai pemikiran manusia sekarang sama yang menyokong atau melawan gerakan Islam.

Oleh itu saya minta kalau sesiapa sahaja yang hendak pembangunan ia tidak boleh membawa kita ke akhirat tanpa melalui Islam. Kami jaga Melayu sampai ke akhirat tetapi Umno jaga Melayu setakat dunia sahaja. Islam ini kalau buat tanpa ikhlas tidak jadi, tidak kiralah orang PAS sendiri pun. Sembahyang, kempen tidak ikhlas tidak jadi. Kita mahu Islam dan iman.

Palestin kini

Habis Masjid di Gaza Musnah

“warga Gaza masih bisa memberikan sumbangan untuk menolong saudara-saudaranya yang lain. Satu lagi pemandangan menakjubkan di Gaza.

Ahmad, seorang kanak-kanak berusia 8 tahun misalnya, menyumbangkan semua wang yang berada di celengannya. Begitu pula Abu Ammar, seorang pedagang, menyumbangkan selimut dan pakaian untuk warga yang mengungsi di sekolah-sekolah yang dikelola UNRWA.

Iran Kesal Sikap Arab Saudi

Isarel Guna Wanita Bogel Sebagai Perang Minda!

Lagi tentang Palestin

Isarel Guna Anjing2 Ganas Koyak Tubuh Kanak2 Palestin

Shahd sedang bermain di belakang rumahnya di kem pelarian Jabalita, utara Jalur Gaza ketika sebuah bom Israel jatuh di belakang rumah itu. Shahd yang masih kecil itu pun gugur syahid. Ibu bapa Shahd cuba menyelamatkan puterinya yang sudah bersimbah darah itu, tapi ketika mereka cuba mengambil jasad Shahd, tentera-tentera Zionis menembak mereka dari kejauhan.

Selama lima hari jasad Shahd tidak terurus dan tergolek di tanah, sampai akhirnya tentera-tentera Zionis melepaskan beberapa ekor anjing yang langsung mengoyak jasad Shahd yang sudah tak bernyawa. “Anjing-anjing itu menyisakan satu bahagian tubuh dari bayi yang malang itu dalam keadaan utuh,” kata Dokter Aukal sambil menitiskan airmata.

“Kami sudah melihat pemandangan yang sangat memilukan selama 18 hari ini. Kami mengambil tubuh anak-anak yang terbakar atau terpisah-pisah, tapi kami belum pernah melihat hal yang seperti ini,” sambungnya.

Melihat jenazah adik perempuannya yang masih kecil menjadi santapan anjing-anjing tentara Israel, saudara laki-laki Shahd bernama Matar dan sepupunya bernama Muhammad, nekad mendekati jenazah Shahd, tapi keduanya ditembak tentera-tentera Zionis hingga gugur syahid.

Info Palestin-Januari 2009

Mengapa HAMAS Sukar Ditumpaskan?

Kenali Asy-Syahid Nizar Rayyan

Kenali Manhaj HAMAS

Ada Kemahiran? Gunakan untuk Melemahkan Israel