Ingatlah kata-kata ulama terbilang masa kini Dr. Yusuf Qardawi

Ingatlah kata-kata ulama terbilang masa kini Dr. Yusuf Qardawi:

sesungguhnya dalam kehidupan ini ada manusia yang mati sebelum datang ajalnya, kerana masa yang ada dalam kehidupannya itu sama sekali tidak memberikan manfaat dan faedah samada bagi dirinya ataupun orang lain, sementara itu ada manusia-manusia yang terus hidup meskipun ajalnya telah sampai menjemput, kerana masa yang ada dalam hidupnya berjaya digunakan untuk melakukan perkara-perkara yang berfaedah sama ada untuk dirinya atau masyarakat ramai berupa warisan ilmu pengetahuan, anak-anak soleh atau para murid yang bertaburan di pelbagai tempat untuk melanjutkan misi perjuangan atas dunia ini. Perjuangan yang berlanjutan itu menjadikan seolah-olah ia masih hidup dan bergerak dibuka bumi, meskipun jasadnya sudah lama dikandung tanah”.

Fikirkan ?! – Tokoh Islam : Jamaluddin Al-Afghani

Tokoh Islam : Jamaluddin Al-Afghani

Perintis Gerakan Islam

beliau menekankan hakikat bahawa keteguhan sesebuah Negara tidak bergantung kepada tenteranya bahkan kepada semangat rakyatnya, akhlak serta keteguhan perpaduan mereka.

 

            Beliau sentiasa berpendapat umat Islam merosot akhlaknya dan lemah semangat serta dikuasai oleh hawa nafsu yang buas, justeru beliau menaruh keyakinan penuh bahawa kekuasaan Negara Barat ke atas Islam amat bahaya dengan keadaan demikian jika umat Islam tidak berubah, mereka pasti akan menerima nasib lebih buruk lagi.

 

            Oleh yang demikian umat Islam hendaknya bangkit untuk mengembalikan maruah agama dan diri mereka sebagai umat yang mulia lagi terpuji.

Kata-kata Sheikh Ibn Qayyim Al-Jauziyah

Sheikh Ibn Qayyim Al-Jauziyah r.h.l. berkata (dalam buku Al-Fawa’id):

Jika seseorang hamba menjalani hidupnya di waktu pagi dan petangnya, sedangkan tiada yang menjadi fokusnya melainkan Allah s.w.t. semata-mata, maka Allah s.w.t. akan menanggung untuknya akan hajat-hajatnya seluruhnya (Allah s.w.t. akan menunaikannya), Allah s.w.t. akan memalingkan kesusahan daripadanya, dan akan mengosongkan hatinya hanya semata-mata untuk disikannya dengan makrifatNya (mengenaliNya), dan menjadikan lidahnya sentiasa memperingatiNya, dan Dia akan menjadikan anggota badannya seluruhnya dalam ketaatan kepadaNya.

Ibnu Taimiyah

Ibnu Taimiyah

Kebebasan yang diperlukan oleh seseorang sepertinya(orang-orang berilmu) bukan kebebasan bergerak, sebaliknya ialah kebebasan berfikir dan bersuara. Baginya lagi, seseorang yang benar-benar bebas ialah orang yang memahami tentang kebebasan fikirannya sebelum memahami tentang kebebasan tubuh badannya. Kemampuan untuk bergerak ke sana ke mari tanpa berpeluang untuk menyatakan pandangannya(pandangan orang-orang berilmu) lebih bersifat penekanan terhadap mental dan psikologi, iaitu sesuatu yang tidak perlu dialaminya di dalam penjara

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 35 other followers