Dr. Abdul Karim Zaidan memberi pesanan kepada para pemuda-pemudi Islam

Dr. Abdul Karim Zaidan n Dr yusof al-qaradawi

Dr. Abdul Karim Zaidan memberi pesanan kepada para pemuda-pemudi Islam. Katanya, “Nasihat saya kepada golongan pemuda dan pemudi Islam, supaya bertakwa kepada Allah. Kerana Allah memerintahkan Nabi s.a.w supaya bertakwa kepadaNya. Syarat-syarat bertakwa kepada Allah ialah melaksanakan perintah-perintahNya dan berhenti daripada melakukan segala laranganNya.”

Katanya lagi, “Kamu mesti mempelajari ilmu agama dengan ikhlas kepada Allah Ta’ala dan bertujuan untuk beribadat kepadaNya. Untuk mendapatkan keredhaan Allah Ta’ala. Firman Allah, “Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus dan supaya mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat; dan yang demikian Itulah agama yang lurus.” (Surah al-Bayyinah: 5).

Sesungguhnya bagi Dr. Abdul Karim Zaidan sendiri, beliau sangat arif dan telah menempuh banyak pengalaman pahit dan manis dalam memperjuangkan Islam.

Maka itu bagi para pejuang Islam, beliau sangat menekan kedua-dua pesanan ini dalam mengharungi perjuangan. Iaitu hendaklah bertakwa kepada Allah S.W.T dan mengikhlaskan diri dalam segala amalan kita.

Allah S.W.T akan memberikan pertolongan kepada orang-orang yang bertakwa dan hanya menerima amalan-amalan yang dilakukan dengan ikhlas. Dengan ini, kita akan dapat menghadapi segala cabaran dan halangan dengan penuh kesabaran.

Beliau juga mendoakan kesejahteraan orang-orang yang memperjuangkan agama Allah, “Kita memohon agar Allah mempertahankan orang-orang yang beriman, semoga Allah mempertahankan dan memelihara kamu, semoga Allah membalas kembali perbuatan orang-orang yang melakukan kejahatan. Allah Maha Berkuasa mengatasi mereka. Semoga Allah menerima daripada kamu sebaik-baik amalan. Sesungguhnya Dialah Tuhan yang Maha Pengampun ” Amin.

Apalah Sangat Ada Pada Bangsa

Apalah Sangat Ada Pada Bangsa


“Jika terkeliru: Rujuklah pada yang lebih berilmu.


Saban hari kita terlalu kerap sangat dihidangkan dengan tulisan- tulisan berbentuk artikal, forum bahkan melalui ucapan-ucapan dan sebagainya perihal perjuangan bangsa. Sampai ke manakah “bangsa” ini ingin diperjuangkan? kalau sekadar di dunia sahaja dan tidak boleh dibawa ke akhirat, tak guna kita kalut-kalut memperkatakannya. Tak kiralah siapakah status orang yang memperkatakannya itu.

Di sini ingin saya bertanya,”kalau saban waktu kita memperkatakan mengenai bangsa “MELAYU”, sekarang ini siapakah Melayu itu??? setahu saya, kalau kita bariskan 10 orang yang mengaku yang dia itu berbangsa Melayu, katakan Mahathir, Zainuddin Maidin, Nor Mohamed Yakcop, Kadir Sheikh Fadhil, Syed Hamid Albar, Amirsham A. Aziz, Rais Yatim dan sebagainya, apakah kalau kita tidak pernah melihat mereka ini sebelum ini kita akan mengiakan yang mereka tersebut berbangsa Melayu?. Nak cari “pure” Melayu sekarang ini dah tak ada lagi dah. Yang adanya banyak darah telah bercampur baur di dalam sebatang tubuh setiap mereka yang menggelarkan diri mereka MELAYU. Cuma kalau nak lagi menggunakan istilah MELAYU ini, pelbagai bentuk kriteria saintifik, budaya dan sebagainya telah direka-rekakan bagi menunjukkan dan mengukuhkan status MELAYU itu.

Sewajarnya, marilah sama-sama kita berjuang selari dengan apa yang telah diperintahkan oleh ALLAH S.W.T. Berjuang atas dasar yang satu iaitu ISLAM. Tak kiralah apa bangsa mereka itu. Contoh teladan dizaman pemerintahan Rasulullah s.a.w. dan hadis-hadis Baginda telah jelas terbukti buat kita semua. Juga ayat-ayat ALLAH S.W.T. sudah terang lagi bersuluh juga buat kita semua. Kecuali bagi mereka yang ingkar dengan ayat-ayat ALLAH S.W.T. dan hadis-hadis Nabi s.a.w.Kenapa masih lagi kita ingin mengingkarinya? Cukuplah berjuang atas nama BANGSA (asobiyyah). Kegiatan berpolitik yang karut marut membawa kita semua ke arah kebinasaan, kemusnahan, kehancuran dan berbagai. Dari dulu hingga sekarang tak habis-habis mempolemikkan isu ini. Sekali pilihanraya dan persidangan agung UMNO maka bergemalah isu seumpama ini. Tak jemu-jemu ke???. Hanya sekadar cakap tapi kotanya, ALLAH S.W.T saja yang lebih mengetahuinya.

Sepatutnya para pemimpin yang berkedudukan tinggi wajib memahami ini semua. Semua mereka berpendidikan tinggi-tinggi belaka. Tak ada lagi sebab untuk memberi alasan bahawa mereka ini tidak tahu. Kriteria pemilihan setiap pemimpin sudah tentu disandarkan kepada itu semua. Kalau tak ada kelayakan sudah tentu mereka ini tidak akan dilantik.

Sedarlah wahai pemimpin yang teras perjuangan mereka atas nama bangsa “MELAYU”. Marilah kita balik ke pangkal jalan, kerana asas perjuangan kalian semua telah disusun atur dengan begitu licin dan licik oleh para penjajah Yahudi/ Kristian sebelum ini yang telah menjajah kita semua hingga ratusan tahun lamanya.

Akhirnya saya ingin mengesyorkan supaya semua kita yang telah, sedang dan akan meneruskan perjuangan atas nama bangsa “MELAYU” supaya segera bertaubat dan mohonlah keampunan kepada ALLAH S.W.T.  Justeru itu marilah sama-sama kita memulakan lembaran baru dan berjuang atas dasar ISLAM. ALLAH S.W.T. sendiri memberi jaminanNya kepada para pejuang seperti ini. Semua bangsa dan agama yang ada di atas muka  bumi ini pasti dapat menerima konsep ISLAM ini kerana leluhur awal mereka dan kita semua adalah satu iaitu Nabi Allah Adam a.s. dan Siti Hawa. Cuma mereka dan mungkin kita juga telah “hilang punca” sebenar dan terbawa-bawa hingga sekarang.

Yakinlah dengan jaminan Robbuljalil. Dialah maha pencipta, Dialah maha penggubal undang-undang, Dialah maha penunjuk jalan yang lurus dan Dialah jua yang akan melaksanakan sebenar-benar pembalasan di akhirat kelak.

Wallahu a’lam.

Orang muda dan masjid

Orang muda dan masjid

Selepas keputusan pilihanraya seorang sahabat lama saya pulang ke kampung.Dalam setahun hanya beberapa kali sahaja dia pulang ke kampung, walhal masih bujang.bila ditanya,mengambil baki cutinya,mencari ARAH katanya.

Kami sama-sama belajar di UiTM shah alam dan satu geng melepak di seksyen 2 waktu petang2. 🙂 Saya taknaklah bercerita sangat mengenai kisah2 zaman muda dulu.Tapi dia ni antara sahabat yang selalu mengikut geng usrah di kolej Perindu.Kegiatan keagamaan tidaklah begitu aktif di UiTM,itu pandangan saya lah.

Sekarang sahabat saya tu bekerja di kementerian yang dijaga oleh Azalina Othman.

Yang menarik tentang sahabat saya ini,tujuan dia balik adalah untuk pergi berjemaah magrib/isyak di masjid/surau sekitar Kelantan.JALAN-JALAN SOLAT JEMAAH,katanya.

Saya diajaknya kerana kebanyakkan member sebaya semua keje luar kelantan, dan dia balik dgn bas,jadi takde kenderaan lah mamat ni.Apalagi saya ni keje sendiri,jadi mudahlah nak diajak kehulu hilir.

Kami memilih untuk berjemaah magrib/isyak kerana waktu itu kebanyakkan orang masa tu masa ‘free’, dan selalunya jemaah masa tu ramai orang ke masjid berbanding waktu solat lain.


Hampir 2 minggu kami berjemaah di serata tempat di Kota Bharu dan daerah lain,sampai masuk ke dalam kampung apa nama pun saya tidak tau.
(kerana tidak menghafal nama masjid/surau yang kami singgah,saya hanya sebutkan nama tempat).

Antara masjid yang kami singgah ialah masjid Kubang Kerian.Menariknya ketika itu selepas isyak,ada ustaz mengajar hadith.Beliau ialah Maulana Ustaz Asri.Lebih kurang 25/30 jemaah mengikuti pegajian Ustaz Asri, membanggakan separuhnya golongan muda,malah dibawa video kamera untuk merakam pengajian tersebut.

Di sebuah surau di kampung jalan Pasir Tumbuh,kami berjemaah 6 orang sahaja (diulangi, 6 ORANG SAHAJA) waktu magrib!!di Machang,masjid besar tepi jalan,sungguh meriah pula jemaahnya, tersusun berderet kereta di tepi jalan.Suasana masjid di Bukit Bunga pula biasa sahaja,mungkin kerana masjid tersebut dalam menaik taraf.

Kami singgah juga di Berek 12,masjid Paya Bemban.Jemaah disini agak ramai termasuk budak2 kecil.Di ketereh,juga masjid ditepi jalan ada 2,3 saf penuh. manakala di Pasir Hor,surau tepi jalan,dapatlah 2 saf penuh.Kami juga singgah di Rantau Panjang,masjid lepas pemeriksaan kastam.Di Pasir Mas kami solat magrib di masjid selepas ’roundbout’,jemaah isyak di masjid dalam bandar tepi balai polis Pasir Mas.

Dalam tempoh tersebut lebih kurang 15/16 masjid/surau kami singgah.Kos minyak,semua member tanggung.hehe..biasanya kami bertolak selepas asar,dan arah kami ialah tempat2 yang ada rumah samada rakan saya atau dia.Berjumpa/ziarah rakan lama jugak!Di Bukit Bunga,Rantau Panjang adalah sambil bershopping.Hehehe.


Destinasi terakhir adalah masjid Muhammadi di tengah bandar Kota Bharu, dan kami terlupa untuk singgah di masjid dekat rumah Tok Guru Nik Aziz,di Pulau Melaka!


Apa yang sebenarnya saya ingin sampaikan adalah,dari Jalan-Jalan Solat Jemaah kami,sedih/pilu kami nyatakan bahawa TERLALU SIKIT GOLONGAN MUDA yang berjemaah di masjid.Bahkan di Masjid Muhammadi,jemaah magrib/isyak siap dgn kuliah magribnya (ketika kami pergi, Ustaz Saibom dari Maik sedang mengajar),3 saf penuh,tidak sampai 10 orang pun golongan muda dari 100 lebih jemaah.

Kecewa terlihat diwajah sahabat saya,ingatkan suasana jemaah di Kelantan lebih meriah,sangkaannya meleset.

Di sebuah surau di Pasir Tumbuh,jalan tiong rasanya,dalam 15/16 jemaah,hanya kami berdua yang muda,yang lain pangkat atuk2 kami.

Saya tidak ingin simpulkan apa2,kerana diri pembaca sendiri lebih afdal mengenai mereka.

Setelah berbual panjang bertukar pendapat dgn sahabat saya,berdetik perasaan sayu di hati.

Takkanlah bila dah tua,kederat dah x kuat,pendengaran kurang jelas,berjalan kena bertongkat,baru terhegeh-hegeh nak mendekati masjid,mengaji agama,belajar hadith??

Ketika di masjid Muhammadi,ada seorang pemuda lingkungan 20an,kakinya bengkok,wajahnya macam budak ‘down syndrom’,(wallahualam,tak pasti) tapi masih berjemaah di masjid!Di saf hadapan sekali,seorang warga emas,bengkok juga kakinya,terpaksa solat duduk,datang jugak ke masjid!Orang cacat pun sanggup bersusah payah menunaikan jemaah,yang muda2 yang di manakah mereka ini?Takkan la semua tengah merempit?

Yang pastinya ramai berada di pasar-pasar malam,di supermarket2 dan baru habis mengesat peluh,menanggal kasut bola, tentu lagi ramai asyik menonton drama-drama cina/indo/korea/sepanyol kat kaca tv!

Sebelum2 ini,saya x ‘miss’ jemaah magrib/isyak,tetapi hari ini,saya akan mencuba menunaikan solat berjemaah untuk semua waktu.Insyallah.

Untuk pengetahuan pembaca juga, Rasulullah,setelah solat diwajibkan,tidak pernah sepanjang hidup Baginda menunaikan solat bersendirian.

Tazkirah: Menjadi seorang Muslim yang baik

Tazkirah: Menjadi seorang Muslim yang baik

Selasa 8 April 2008 | 1 Rabiul Akhir 1429 Hijrah

Ustaz Zain Hashim

Setiap insan bernama Islam, sama ada lelaki ataupun perempuan perlu berusaha meningkatkan diri dengan pelbagai amal ibadat yang boleh mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Ini kerana masing-masing mahukan diri mereka mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah sebagai hamba-Nya yang taat dengan melakukan segala titah perintah-Nya dan meninggalkan segala tegahan dan larangan-Nya dengan penuh rasa rendah diri dan berserah diri kepada-Nya.

Justeru, mengetahui kaedah terbaik bagi tujuan di atas, adalah sesuatu yang amat digalakkan, agar setiap Muslim/Muslimah mencapai status hamba Allah yang diterima di sisi-Nya, antara kaedah berkenaan yang perlu diberi perhatian adalah seperti berikut:

* Melakukan solat lima waktu dengan baik (sama ada dari sudut pada awal waktu pelaksanaannya, kaifiat serta tata-cara bagi menjamin penerimaannya).

* Mengetahui sedalam-dalamnya bahawa meninggalkan solat dengan sengaja boleh membawa kepada kekufuran, kerana ia adalah tiang agama dan perkara pertama yang akan ditanya oleh Allah di akhirat kelak.

* Melaksanakan seluruh hukum-hukum syariat Islam, bagi Muslimah, memakai hijab, kerana ia adalah arahan Allah dalam al-Quran, membaca al-Quran dengan memahami isi kandungannya.

* Mengkaji secara mendalam serta mentelaah sirah Nabi Muhammad s.a.w., sirah para sahabat Nabi, bagi Muslimah, perlu memilih serta bercampur wanita-wanita solehah bagi menjamin pegangan dan akidah mereka.

* Sentiasa melakukan muhasabah diri, khususnya memerhatikan persiapan buat hari esok di akhirat dengan amalan, sumbangan kepada agama, perkara-perkara kebajikan buat umat Islam, menjauhi perkara yang menjadi kemurkaan Allah dan sebagainya.

* Perbanyakkan program kebaikan yang membawa ketaatan kepada Allah dan banyak berdoa kepada Allah agar diri diberi petunjuk ke jalan kebenaran dengan tetap dan cekal terhadapnya.

Bolehkah Umat Islam hari ini menjadi mukmin yang baik seperti pada zaman Rasulullah s.a.w.?

Umat Islam hari ini ada potensi untuk menjadi umat yang kuat imannya kepada Allah, menurut Al-Marhum Syeikh Sa�id Hawwa dalam kitabnya �Al-Asas Fi al-Tafsir� juzuk kedua ketika menafsirkan surah ~Ali �Imran, ada menukilkan riwayat mafhumnya, bahawa Rasulullah s.a.w. menerusi satu hadisnya pernah bertanya kepada para sahabat dalam satu majlis ilmu: Siapakah agak-agaknya di antara makhluk Allah yang paling kamu kagum iman mereka kepada Allah? Para sahabat menjawab: Para Malaikat. Tidak kata Rasulullah, kerana mereka adalah golongan yang sentiasa bersedia untuk melakukan segala perintah Allah dan meninggalkan segala tegahan dan larangan-Nya. Kalau begitu wahai Rasulullah, mereka itu ialah para Anbiya� (nabi-nabi),. Tidak juga, kerana para Anbiya� dianugerahkan Allah kitab-kitab atau suhuf-suhuf (lembaran-lembaran agama) dan mereka juga adalah golongan yang maksum (terpelihara dari membuat dosa). Jadi kalau begitu kamilah wahai Rasulullah. Tidak juga, kerana kamu boleh jadi orang-orang yang beriman kerana aku berada bersama dengan kamu. Yang sebenarnya kata baginda, makhluk yang aku maksudkan itu ialah mereka yang akan datang (lahir) selepas kamu (mereka yang hidup tanpa melihat baginda Rasulullah disebabkan kewafatan baginda), kerana mereka boleh berpegang dengan al-Quran dan jadi orang-orang yang beriman walaupun aku tidak ada di sisi mereka.

Dalam satu riwayat hadis yang lain pula riwayat Imam Ahmad, Imam Bukhari, Ibnu Hibban dan al-Hakim daripada Anas, baginda ada menegaskan, bahawa; beruntunglah mereka yang melihat aku dan beriman kepadaku (Nabi hanya mengungkapkan sekali sahaja), dan beruntunglah mereka yang tidak melihat aku dan boleh beriman kepadaku (baginda mengungkapkan ucapan itu hingga diulang sebanyak tujuh kali).

Iman yang ada di dalam hati kita itu, akan terus diperbaharui apabila kita berhasrat untuk melakukan reformasi perubahan dalam diri iaitu ingin menjadi hamba Allah yang terbaik dalam pelbagai aspek kehidupan, ia boleh dilakukan dengan perubahan sikap, seterusnya akan sampai kepada satu tahap kemuncaknya iaitu peningkatan, meningkat dalam persoalan iman, kefahaman, cara berfikir, bertindak yang akhirnya melonjaknya diri kita sebagai umat yang mampu menyuruh manusia seluruhnya kepada yang makruf dan mencegah mereka daripada melakukan mungkar seperti membunuh, memfitnah, memberi dan menerima rasuah dan lain-lain, Wallhu �Alam.

Mudah-mudahan kita sentiasa mendapat rahmat dan naungan daripada Allah agar boleh mati pada jalan yang diredai-Nya. Amin.

Link : Nasihat Untuk Sahabat dan Sajak Buat Sahabat Seperjuangan