Pengalaman seorang wanita mula memeluk Islam

BREDA, Belanda (Reuters) – Rabi’a Frank, seorang wanita Belanda yang berumur 31 tahun telah memeluk Islam pada tahun 1994. Nama asalnya ialah Rebecca.

Beliau telah berkahwin dengan seorang lelaki Muslim yang berasal dari Morocco tetapi dibesarkan di Belanda. Mereka dikurniakan 3 orang anak lelaki.

Pada tahun 2005 Rabi’a mula memakai Niqab yang menutupi muka. Beliau merupakan salah seorang daripada 50 wanita di Belanda yang berbuat demikian (mengikut anggaran komuniti Muslim Belanda).

Seramai hampir 1 milion Muslim menetap di Belanda. Mereka membentuk 5.4 peratus populasi masyarakat Belanda, negara Eropah kedua tertinggi yang mempunyai penduduk Muslim selepas Perancis.

Peramah dan sungguh bersemangat, itulah yang dapat digambarkan tentang Rabi’a apabila ditemuramah oleh Reuters di rumahnya.

“Saya tertarik dengan Islam sewaktu muda… apabila anda muda tiada apa yang pelik, semua kita nak kenal dan cuba . Teman lelaki saya berbangsa Morocco . Pada mulanya saya hanya nak mendalami budaya dan adat resam dia. Saya merujuk buku-buku tentang Morocco di perpustakaan dan dari situ saya terbaca tentang Islam. Saya baca senyap-senyap sebab tak nak teman lelaki saya fikir yang saya buat semua tu kerana dia.

“Pertama kali saya baca Quran ialah Quran dalam terjemahan bahasa Belanda dan ia terus menyentuh hati dan perasaan saya. Saya rasa tenang bila bacanya, rasa bagus, saya boleh kaitkan diri dengannya dan boleh memahaminya. Ia benar-benar menyentuh perasaan saya.”

“Saya dapat tahu tentang sebuah pusat Islam di Hague dan saya ke sana setiap minggu. Kemudian suatu hari imam tanya saya samada saya mahu ikut rakan-rakan lain yang mahu mengucap kalimah Shahadah. Saya telan air liur..Cepatnya, ‘saya terfikir’. Saya rasa banyak lagi yang perlu saya belajar tapi akhirnya saya bersetuju”.

“Saya ingat, pada hari mengucap kalimah Shahadah, saya memakai hijab yang buruk, saya ambil sahaja mana yang ada dalam almari. Selepas mengucap saya tak berhenti menangis. Ia merupakan saat yang sungguh bermakna bagi saya.

Apabila ibu mendengar tentang peristiwa saya memeluk Islam dia bergegas ke bilik saya sambil menjerit dan menangis: “ Kenapa awak buat begitu, apa yang awak fikirkan? Memang keadaan pada waktu itu sangat teruk. Saya berkata dalam hati: “Disebabkan reaksi yang beginilah saya tak mahu beritahu ibu.”

“Memakai hijab merupakan satu pembebasan bagi saya. Setiap hari saya terpaksa lalu di hadapan bangunan yang sedang dibina dan pekerja-pekerja di situ akan mengusik saya. Tetapi pada pagi saya memakai hijab saya melalui kawasan itu mereka tidak mengusik saya seperti sebelumnya.

“Pada waktu itu saya rasa sungguh gembira, sambil memikirkan, ‘Akhirnya, inilah diriku yang sebenar’. Walaubagaimanpun ada sebahagian daripada diri saya yang ingin sekali menyatakan “Hei, tengok, Aku masih gadis yang sama di sebalik hijab ini.”

“Saya mengambil masa bertahun-tahun untuk belajar mengikat hijab. Sewaktu saya baru memeluk Islam saya mengikut cara wanita-wanita tua Turki dan Morocco berpakaian. Say pakai kot panjang yang biasa—dan ugh—itu memang bukan diri saya yang sebenar. Saya rasa tak terjamin lebih-lebih lagi bila orang berkata, ‘Tengok tu, orang Turki bermata biru!’. Saya tak tahu macam mana nak berpakaian.

“Saya tak ramai kawan Muslim. Keluarga suami saya fikir yang saya ni tak sebagus mereka sebab saya bukan orang Morocco . Ia mengambil masa bertahun-tahun untuk buktikan diri saya pada mereka dan sekarang saya rasa sayalah yang paling mengambil berat tentang mempraktikkan Islam dalam keluarga kami.

“Saya pun tak boleh ingat bila saya mula tertarik untuk pakai Niqab. Tetapi yang pastinya, waktu saya mula peluk Islam, saya memang dah jatuh cinta dengan keindahan Islam. Ia macam span, segala-galanya Islam, Islam, Islam. Selepas beberapa tahun perasaan itu berkurangan tapi saya masih nak lagi, nak buat sesuatu yang lebih besar untuk Allah. Bila tengok wanita pakai Niqab, sesuatu dalam diri saya tersentuh. Saya bagi tahu suami saya yang saya nak pakai Niqab juga. “Awak dah hilang akal ke?” dia tanya saya. Suami saya tak suka perubahan itu tapi perasan saya untuk pakai Niqab masih kuat.

“Memakai Niqab bukan kerana malu dengan kewanitaan atau kerana ditindas. Ia hanya cara untuk membuktikan kasih sayang pada Tuhan”

“Salahlah siapa yang kata dengan memakai Niqab, saya bukan sebahagian dari masyarakat. Bila anda berjalan atau pergi membeli belah, berapa banyak kali anda berhubung dan bersembang dengan orang lain walau tak pakai Niqab?. Bukannya kamu cakap dengan semua orang yang kamu jumpa. Pernah seorang wanita cakap dengan saya “Saya tak boleh nak bersembang dengan kamu sebab Niqab kamu tu,” tapi saya fikir, “sebelum ni pun pernah ke kita bersembang?”

“Saya pernah melawak yang saya simpan pistol dan bom di sebalik Niqab saya. Itu masa saya masih suka melawan dan menjawab balik bila orang suka memberi komen tentang saya. Sebahagaian dari sebabnya ialah kerana mereka tidak melihat kita sebagai manusia biasa. Jadi bila kita jawab balik mereka akan terkejut. Saya rasa saya kena cuba didik orang yang tidak faham ni.”

“Ada orang yang fikir bahawa orang yang peluk Islam ni sekadar mencari apa-apa agama sahaja. Kalau betullah anggapan itu saya akan pilih agama yang lebih senang untuk dianuti dan dipraktik. Islam agama yang indah dan cantik tapi ia tak sentiasa mudah. Kita kena banyak berlawan dengan diri sendiri.”

KEKUASAAN ALLAH S.W.T – Sungai dalam laut

KEKUASAAN ALLAH S.W.T – Sungai dalam laut

Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.” (Q.S Al Furqan:53)

Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery’ pasti
kenal Mr.Jacques Yves Costeau, ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.

Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.

Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.

Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan (surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez. Ayat itu berbunyi “Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan. .”Artinya: “Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus.” Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.

Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi “Yakhruju minhuma lu’lu`u wal marjaan” ertinya “Keluar dari keduanya mutiara dan marjan.” Padahal di muara sungai tidak
ditemukan mutiara.

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur’an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur’an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam
akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur’an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannyamutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.

Allahu Akbar…! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air.” Bila seorang bertanya, “Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?” Rasulullah s.a.w. bersabda, “Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran.”

Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita, Mexico. Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah “sungai” di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.


KISAH SEORANG KRISTIAN MASUK ISLAM BERKAT MEMULIAKAN ASYURA’

KISAH SEORANG KRISTIAN MASUK ISLAM BERKAT MEMULIAKAN ASYURA’

Alkisah disebutkan bahawa di kota Array terdapat Qadhi yang kaya-raya. Suatu hari kebetulan hari Asyura’ datanglah seorang miskin meminta sedekah. Berkatalah si miskin tadi, “Wahai tuan Qadhi, adalah saya seorang miskin yang mempunyai tanggungan keluarga. Demi kehormatan dan kemuliaan hari ini, saya meminta pertolongan daripada tuan, maka berilah saya sedekah sekadarnya berupa sepuluh keping roti, lima potong daging dan duit dua dirham.”

Qadhi menjawab, “Datanglah selepas waktu zohor!”

Selepas sembahyang zohor orang miskin itu pun datang demi memenuhi janjinya. Sayangnya si Qadhi kaya itu tidak menepati janjinya dan menyuruh si miskin datang lagi selepas sembahyang Asar. Apabila dia datang selepas waktu yang dijanjikan untuk kali keduanya itu, ternyata si Qadhi tidak memberikan apa-apa. Maka beredarlah simiskin dari rumah si Qadhi dengan penuh kecewa.

Di waktu si miskin jalan mencari-cari, ia melintas di depan seorang kristian sedang duduk-duduk di hadapan rumahnya. Kepada orang Kristian itu si miskin minta sedekah, “Tuan, demi keagungan dan kebesaran hari ini berilah saya sedekah untuk menyara keluarga saya.”

Si Kristian bertanya, “Hari apakah hari ini?”

“Hari ini hari Asyura”, kata si miskin, sambil menerangkan keutamaan dan kisah-kisah hari Asyura’. Rupanya orang Kristian itu sangat tertarik mendengar cerita si peminta sedekah dan hatinya berkenan untuk memberi sedekah.

Berkata si Kristian, “Katakan apa hajatmu padaku!”

Berkata si peminta sedekah, “Saya memerlukan sepuluh keping roti, lima ketul daging dan wang dua dirham sahaja.”

Dengan segera ia memberi si peminta sedekah semua keperluan yang dimintanya. Si peminta sedekah pun balik dengan gembira kepada keluarganya. Adapun Qadhi yang kedekut telah bermimpi di dalam tidurnya.

“Angkat kepalamu!” kata suara dalam mimpinya. Sebaik sahaja ia mengangkat kepala, tiba-tiba tersergam di hadapan matanya dua buah bangunan yang cantik. Sebuah bangunan diperbuat dari batu-bata bersalut emas dan sebuah lagi diperbuat daripada yaqut yang berkilau-kilauan warnanya. Ia bertanya, “Ya Tuhan, untuk siapa bangunan yang sangat cantik ini?”

Terdengar jawapan, “Semua bangunan ini adalah untuk kamu andaikan sahaja kamu mahu memenuhi hajat si peminta sedekah itu. Kini bangunan itu dimiliki oleh seorang Kristian.”

Apabila Qadhi bangun dari tidurnya, iapun pergi kepada Kristian yang dimaksudkan dalam mimpinya.

Qadhi bertanya kepada si Kristian, “Amal apakah gerangan yang kau buat semalam hingga kau dapat pahala dua buah bangunan yang sangat cantik?”

Orang Kristian itu pun menceritakan tentang amal yang diperbuatnya bahawa ia telah bersedekah kepada fakir miskin yang memerlukannya pada hari Asyura’ itu.

Kata Qadhi, “Juallah amal itu kepadaku dengan harga seratus ribu dirham.”

Kata si Kristian, “Ketahuilah wahai Qadhi, sesungguhnya amal baik yang diterima oleh Allah tidak dapat diperjual-belikan sekalipun dengan harga bumi serta seisinya.”

Kata Qadhi, “Mengapa anda begitu kedekut, sedangkan anda bukan seorang Islam?”

Ketika itu juga orang Kristian itu membuang tanda salibnya dan mengucapkan dua kalimah syahadat serta mengakui kebenaran agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W.

Maisarah harap adik peluk Islam

Maisarah harap adik peluk Islam

“Oleh QAMARUL MUNIRAH SAID

a
Nurmaisarah Chang.

Satu perasaan yang sukar diungkap dan digambarkan tatkala menerima berita bahawa bapa dan adik-adiknya telah mengikut jejak langkah ibu dan dirinya.

Bapanya, Ahmad Chang dan adik-adiknya, Nurazziyati, 20, Muhammad Adam, 16, Nurhusnina, 10 dan Muhammad Afiq, 8, memeluk Islam serentak di Pusat Islam Paroi, Negeri Sembilan.

Menurut Nurmaisarah Chang, 21, berita gembira itu diterimanya selepas beberapa bulan dia dan ibunya memeluk Islam.

“Ini adalah hadiah yang tidak ternilai dalam hidup saya. Boleh dikatakan seluruh ahli keluarga saya memeluk Islam selepas saya dan ibu,” katanya dalam pertemuan dengan Mega, baru-baru ini.

Anak kelahiran Seremban ini turut mengakui, apa yang memeranjatkan dia mahu pun ibunya, masing-masing tidak mengetahui siapa yang terlebih dahulu terbuka hati untuk memeluk Islam.

“Saya hanya mengetahui tentang pengislaman ibu semasa di kampung sewaktu pulang bercuti selepas seminggu saya memilih Islam. Semua ahli keluarga yang lain juga tidak mengetahui tentang penghijrahan ibu termasuklah bapa.

“Ibu menyembunyikan perkara itu sehinggalah saya dapat mengetahuinya semasa bercuti. Itupun secara kebetulan sahaja,” jelasnya.

Menurut penuntut tahun dua Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini, ibunya amat berhati-hati terutama apabila tiba waktu untuk makan.

“Ibu hanya makan nasi dan tidak menyentuh lauk-lauk yang lain. Ini menyebabkan saya kehairanan lantas bertanya kepada ibu semasa kami duduk berbual, adakah dia juga seperti saya dan ibu mengakuinya.

“Betapa gembiranya kami saat itu dan ia sukar untuk diungkapkan kerana kami kini sama-sama telah memilih satu jalan yang diredai Allah iaitu Islam,” jelasnya.

Menurut Maisarah, ibunya terlebih dahulu menghidu tentang penghijrahannya itu melalui perwatakan dan tingkah lakunya yang berlainan daripada kebiasaan.

“Satu hari, ibu bertanya kepada saya, kamu masuk Islam ya, saya hanya tersenyum pada ibu dan saya terkejut apabila ibu langsung tidak memarahi saya. Rupa-rupanya ketika itu ibu juga telah memeluk Islam,” ujar anak sulung daripada enam beradik ini lagi.

Menurut Maisarah, selang beberapa bulan selepas itu, bapa dan adik-adiknya yang lain turut memeluk Islam.

“Saya sangat bersyukur kerana kaum keluarga dan saudara mara kami dapat menerima perubahan keluarga kami.

“Kami tetap menyambut Tahun Baru Cina dan tetap pulang ke kampung untuk menyambutnya seperti biasa. Kini, kami menyambut dua perayaan setiap tahun, Hari Raya dan Tahun Baru Cina,” katanya.

Menurut gadis ini lagi, walaupun salah seorang adiknya tidak memeluk Islam, ia tidak menjadi masalah kepada mereka sekeluarga.

“Cuma adik saya yang berumur 18 tahun sahaja yang masih belum mengikut jejak langkah kami. Saya sentiasa berdoa semoga suatu hari nanti dia juga turut menerima hidayah seperti kami,” jelasnya.

Bagaimanapun, kata Maisarah, hubungan mereka masih seperti dulu dan tidak berubah. “Kadang-kadang, dia yang mengingatkan kami untuk bersolat. Kami tidak pernah memaksanya untuk berubah kerana itu adalah pilihannya.

“Apa yang boleh kami lakukan cuma berharap dan sentiasa berdoa semoga suatu hari nanti dia memeluk Islam seperti kami,” katanya.

Menceritakan detik penghijrahannya, menurut Maisarah, dia berkawan rapat dengan seorang senior di UKM yang selalu bercerita tentang Islam kepadanya.

Sebelum ini, katanya, dia memandang Islam sesuatu yang melecehkan kerana perlu bersolat dan menutup aurat serta perkara-perkara lain yang perlu dilakukan oleh umatnya.

“Saya hanya terfikir untuk menganut agama Islam ini jika saya berkahwin dengan lelaki yang beragama Islam dan jika tidak, saya tetap dengan agama saya iaitu Buddha.

“Namun Allah membuka pintu hati saya terhadap Islam selepas mendengar cerita-cerita yang disampaikan oleh senior saya, Kak Sabrina,” katanya.

Menurutnya lagi, Sabrina menjadi tempatnya mengadu dan tempat untuk meluahkan perasaan serta segala kerunsingan.

“Melaluinya saya mengenali sedikit sebanyak tentang Islam dan dia memperkenalkan saya dengan seseorang yang banyak mengislamkan pelajar-pelajar UKM sebelum ini.

“Beliau ialah seorang pegawai di Kementerian Pelajaran dan saya memanggilnya dengan panggilan Ustaz Azrai. Kini, saya menjadi anak angkat Ustaz Azrai dan beliau banyak membimbing saya tentang Islam,” tambahnya.

Selepas memeluk Islam, Maisarah mengakui bahawa kini hidupnya sangat berbeza malah semakin teratur.

“Dulu, jiwa saya seakan-akan kosong dan tidak ada arah tuju berbanding selepas memeluk Islam, ketenangan itu saya peroleh dan hidup semakin teratur dan bermakna.

“Pergaulan dengan rakan-rakan juga turut berubah di mana sebelum Islam saya bebas bergaul dengan lelaki bukan mahram namun kini saya telah hadkan diri saya dan membataskan setiap perbuatan agar tidak terpesong dari agama Islam,” ujarnya yang memeluk Islam pada Februari 2007.

Menurutnya, dia banyak belajar solat daripada Sabrina selain dari menghadiri kursus di bawah anjuran Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

“Saya juga telah mula berpuasa sebelum memeluk Islam lagi kerana terikut-ikut dengan rakan-rakan yang beragama Islam dan ia juga merupakan salah satu cara saya menghormati mereka,” katanya.

Sebenarnya, kata Maisarah, sejak kecil dia telah terdedah dengan budaya orang Melayu dan Islam jadi apabila telah memeluk Islam, ia tidak menjadi satu bebanan kepada saya.

“Tetapi, biasalah kalau baru memeluk Islam, kesukarannya tetap ada dan saya menerimanya sebagai satu cabaran dan berusaha untuk memperbaikinya dari semasa ke semasa,” katanya.

Maisarah mengakui setelah memeluk Islam rezekinya semakin bertambah dan dirinya seolah-olah dilindungi.

p/s : Alhamdulillah…Syukur pada Allah..atas pemberian nikmat kepada kamu..Sesungguhnya tiada Agama lain sesempurna ISLAM..tiada Agama lain diterima Allah kecuali ISLAM…

Saya berharap kamu sentiasa istiqamah dalam perjuangan Agama Islam..Bila menghadapi sesuatu ujian..jangan kecewa atau sedih..itu hanya satu peringatan buat kamu..supaya kamu lebih bertaqwa dan beriman pada Allah SWT..

Allah SWT tidak menurunkan ujian berat pada kamu kerana Dia amat mengetahui sejauh mana kemampuan kamu…

Sentiasa Syukur pada Nikmat Allah..

Kisah Mencari Sinar ISLAM

Kisah Mencari Sinar ISLAM

Kisah Farhan (Kisah Perjalanannya Masuk Islam) Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama Kristian ialah Johanis. Saya dilahirkan dibumi Sabah dalam keluarga Kristian. Bapa saya seorang ketua Paderi yang menjaga 15 buah gereja disatu kawasan di Sabah. Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi. Sejak mula PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapat sokongan penuh kerajaan negeri.

Kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai program. Selalunya program khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya membekalkan wang tunai sekitar RM50,000/=. Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampong. Kami ziarah rumah kerumah. Tanya masalah mereka dan bantu mereka. berbagai masalah diluahkan. Ada kami bantu dengan duit secara spontan. Ada kami hantar keperluan harian,pakaian dan buku sekolah dsn.

Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa kali kunjungan susulan,kami Berjaya mengkristiankan mereka. Paling berbaloi kami mengkristian remaja Islam,tambah berbaloi dari kalangan
intelek.Hasilnya kami dapat RM3,000/= setiap seorang Islam yang dimurtadkan. Bayangkan pendapatan saya ketika masih dialam persekolahan. Sewaktu Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan mengambil
m/pelajaran Agama Islam yang boleh dipilih dengan lukisan(betapa hinanya m/pelajaran ini setanding dengan lukisan). Saya mendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4 saya belajar di sekolah asrama penuh. Saya terus ambil pelajaran Agama Islam.

Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memudahkan saya menyebarkan agama kristian. Saya mempunyai beberapa soalan yang saya kira tidak mampu dihuraikan oleh orang Islam. Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enam bawah, saya bersemuka dengan Ustaz yang mengajar saya (saya panggil > cikgu). “cikgu saya ada beberapa soalan, tapi saya rasa tak sesuai dikelas ini, boleh ke saya kerumah cikgu…” Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama beberapa rakan kerumah ustaz itu. Saya katakan “cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas nama Islam,agama cikgu dan bukan atas nama Kristian,agama saya”. Saya kemukakan beberapa persoalan, antaranya;- Mengapa orang Islam sembah kaabah -Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian dan Islam adalah agama langit. – Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadi membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad.

Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka peperangan.Injil sekarang dikatakan diseleweng.Kalau begitu mana yang asalnya. Yang menghairankan ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya dan kawan –kawan dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan – kawan mati akal.

Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya menjawab secara tepat.

Apakah boleh manusia(paderi) mengampunkan dosa manusia lain.

      Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3

      konsep ketuhanan Jesus.


Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi, kawan- kawan bapa saya. tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa ustaz itu kerumah saya dan bertemu bapa saya seorang ketua paderi. Ternyata bapa saya juga tidak mampu menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu. Sebaik ustaz itu pulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa ‘orang malaya’ datang ke rumah.

Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu. Disamping mengulangkaji saya gemar berdialog dengan ustaz itu. saya memerhatikan kehidupan ustaz tu,saya mengagumi cara hidupnya.

Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah. Seorang berjubah hitam membawa salib. Seorang berjubah putih membawa bendera bertulisan jawi. Dan seorang berjubah hijau yang meminta
saya membuat pilihan.Yang berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik saya mengikuti mereka.

Saya meronta-ronta. Disamping itu saya dapati yang berjubah hitam semakin tengelam dan yang berjubah putih semakin tinggi. Sedang saya meronta-ronta, saya terjaga. Saya mendengar
suara azan dan ustaz tadi berada ditepi saya dan berkata,” mengapa Johanis….awak mengigau…. “

Saya pegang tangan ustaz itu, saya katakan,”Cikgu Islamkan saya…….. .”.Ustaz itu minta saya bersabar untuk dia uruskan dengan pihak tertentu. Tidak lama selepas itu saya pun di Islamkan oleh Ustaz itu.

Selesai pengIslaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di rumah, saya lihat pakaian saya bertabur diluar rumah. Rupanya bapa saya telah tahu.Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula dengan mengacu senapang ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan peluru senapang meletup keatas.

Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang. Tinggalkan keluarga saya. Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi sekejap rumah ustaz sebelum saya dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik habis kontrak mengajar di Sabah .

Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur . Secara kebetulan rakan saya Nazri,vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi mengikuti kumpulan Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan Raihan adalah saduran lagu koir yang kami nyanyikan dalam gereja sewaktu di Sabah dulu..6 tahun saya di PERKIM. Saya masuk pula Maahad Tahfiz. Alhamdulillah saya dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun. Kemudian saya bekerja dengan Jabatan Agama Islam. Saya banyak masuk kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang. Tak sampai setahun saya letak jawatan.Saya sedih kerana ramai pendakwah ini nak berdakwah pun merungut duit over time.Saya rasa tiada keiklasan. Biarlah saya jadi
pendakwah bebas. Saya Ingin membilas dosa lalu. Saya telah ramai memurtadkan orang..kini saya mahu berjuang untuk mengIslamkan seramai mungkin dengan kualiti bukan kuantiti saja.

Berbalik kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah dan belajar di PERKIM saya selalu telefon ayah,emak dan adik beradik saya. Saya katakana jangan bencikan saya. Saya sayang ayah.saya sayang emak.saya sayang adik beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak dunia dan akhirat.

Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan buku-buku Yang sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon. 7 tahun saya hantar surat dan buku-buku. Saya menangis kerana rindukan ayah,emak dan adik beradik. Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz, bagaikan halilintar saya mendapat berita…… .. Ayah saya menganut Agama Islam.

Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis dan menangis. Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjadi terlalu murah….saya terus menangis…saya pejamkan mata…saya bayangkan ayah dihadapan… saya peluk erat tubuh ayah dan kami menangis bersama….. …Ya Allah betapa agungnya kekuasaanMu. …

Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut dirasai oleh ayah saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja. Kini saya pendakwah bebas. Saya sedih melihat umat Islam hari ini berpecah.Kita berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan sunnah Rasul. Kita ambil sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian.

Kita ambil contah pelaksanaan hokum Hudud dan Qisas. Mengapa kita cari jalan nak menentang pelaksanaanya. Sepatutnya kita cari jalan supaya dapat dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam. Saya pernah berdialog dengan beberapa orang pensyarah university tentang isu Hudud & Qisas.Dia boleh sergah saya,”You apa tahu… Islam pun baru setahun jagung…..”

Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu. Kalau ini sikap pendakwah Saya tak akan masuk Islam. Tapi saya pilih slam kerana saya tahu Apa itu Islam. kerana itu saya ajak menghayati Islam.Saya kumpulkan semula kawan-kawan masa Kristian dulu. Saya berdialog tentang Islam. Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah ini,untuk bergerak perlukan wang. Saya diancam oleh puak Kristian. saya juga diancam oleh umat Islam.

Apa tauliah awak ,mana kebenaran Jabatan Agama,mana permit polis,sapa benarkan pungut derma dll. Saya tak gentar berdialog dengan puak Kristian,kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya bila Umat Islam sendiri menyulitkan saya.

Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang agak ketara ialah Di IPT. Pendakyah ini mendekati kaum muslimah,pura- pura nak belajar Islam….jatuh cinta…lalu dimurtadkan. ..ada yang pura-pura masuk Islam….dan dimurtadkan.

Saya sudah pergi banyak IPT. Saya paling bimbang di Universiti Putra Malaysia . Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam. Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kita terminum ‘Holly Water’.

Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City . Dijampi oleh paderi Termasuk Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dulu. Kalau terminum, cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 qul 1x, dan selawat. Ambil sebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi.InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan. insyaAllah.

Pemuda Arab Islam VS Pendeta…Sungguh menarik kisah ini..!!

Pemuda Arab Islam VS Pendeta

Kisah Benar Pemuda Arab Belajar di Amerika
>
> Ada seorang pemuda arab yang baru saja menyelesaikan bangku
> kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat
> oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan ia mampu mendalaminya.
> Selain belajar, ia juga seorang juru dakwah Islam. Ketika berada di
> Amerika, ia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka
> semakin akrab, dengan harapan semoga Allah SWT memberinya hidayah masuk
> Islam.
>
> Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan
> di Amerika dan melintas di dekat sebuah gereja yang terdapat di kampong
> tersebut. Temannya itu meminta agar ia turut masuk ke dalam gereja. Mula
> mula ia keberatan, namun karena desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi
> permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu
> bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka. Ketika pendeta masuk,
> mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali
> duduk.
>
> Di saat itu, si pendeta agak terbeliak ketika melihat kepada para
> hadirin dan berkata, “Di tengah kita ada seorang muslim. Aku harap ia
> keluar dari sini.” Pemuda arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Pendeta
> tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun ia tetap tidak
> bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya pendeta itu berkata, “Aku minta
> ia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya. ” Barulah pemuda ini
> beranjak keluar.
>
> Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang pendeta, “Bagaimana
> anda tahu bahwa saya seorang muslim.” Pendeta itu menjawab, “Dari tanda
> yang terdapat di wajahmu.” Kemudian ia beranjak hendak keluar. Namun,
> pendeta ingin memanfaatkan keberadaan pemuda ini dengan mengajukan
> beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan
> sekaligus
> mengukuhkan ugamanya. Pemuda muslim itupun menerima tentangan debat
> tersebut.
>
> Pendeta berkata, “Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan
> anda harus menjawabnya dengan tepat.”Si pemuda tersenyum dan berkata,
> “Silakan!
> Sang pendeta pun mulai bertanya, “Sebutkan satu yang tiada duanya,
> dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada
> limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang
> tiada delapannya, delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada
> sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua
> belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat
> belasnya. Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh!
> Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang
> berdusta namun masuk ke dalam surga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan
> Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah
> dengan tanpa ayah dan ibu! Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang
> diadzab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang
> tercipta dari batu, siapakah yang diadzab dengan batu dan siapakah yang
> terpelihara dari batu? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap
> besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30
> daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah
> sinaran matahari?”
> Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan
> kepada Allah. Setelah membaca bismalah ia berkata,
>
> -Satu yang tiada duanya ialah Allah SWT.
>
> -Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah SWT berfirman,
> “Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami).”
> (Al-Isra’: 12).
> -Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa
> ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan
> ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.
>
> -Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur’an.
>
> -Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.
>
> -Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah SWT
> menciptakan makhluk.
>
> -Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah
> SWT berfirman, “Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu
> sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang
> tidak seimbang.” (Al-Mulk: 3).
>
> -Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy
> ar-Rahman. Allah SWT berfirman, “Dan malaikat-malaikat berada di
> penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat
> men-junjung ‘Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka.” (Al-Haqah: 17).
>
> -Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu’jizat yang diberikan
> kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim
> paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.*
> -Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah SWT
> berfirman, “Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali
> lipat.” (Al-An’am: 160).
>
> -Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi
> Yusuf ..
>
> -Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu’jizat Nabi Musa yang
> terdapat dalam firman Allah, “Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk
> kaumnya, lalu Kami berfirman, ‘Pukullah batu itu dengan tongkatmu.’ Lalu
> memancarlah daripadanya dua belas mata air.” (Al-Baqarah: 60).
>
> -Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi
> Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.
>
> -Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu
> Subuh. Allah SWT ber-firman, “Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai
> menyingsing.” (At-Takwir: 18).
>
> -Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.
>
>
> -Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam syurga adalah
> saudara-saudara Nabi Yusuf , yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya,
> “Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami
> tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala.”
> Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, ” tak ada
> cercaan terhadap kamu semua.” Dan ayah mereka Ya’qub berkata, “Aku akan
> memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha
> Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Yusuf:98)
>
> -Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara
> Keledai. Allah SWT berfirman, “Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah
> suara keledai.” (Luqman: 19).
> -Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam,
> Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.
>
> -Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diadzab dengan
> api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim.
> Allah SWT berfirman, “Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim.”
> (Al-Anbiya’: 69).
>
> -Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang
> diadzab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu
> adalah Ash-habul Kahfi (penghuni gua).
>
> -Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah
> Tipu Daya wanita, sebagaimana firman Allah SWT? “Sesungguhnya tipu daya
> kaum wanita itu sangatlah besar.” (Yusuf: 28).
>
> -Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30
> daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah
> sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun
> adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di
> malam hari dan Dua di siang hari.
>
> Pendeta dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda
> muslim tersebut. Kemudian ia pun mula hendak pergi. Namun ia mengurungkan
> niatnya dan meminta kepada pendeta agar menjawab satu pertanyaan saja.
> Permintaan ini disetujui oleh pendeta. Pemuda ini berkata, “Apakah kunci
> surga itu?” mendengar pertanyaan itu lidah pendeta menjadi kelu, hatinya
> diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Ia berusaha
> menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil.
> Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab
> pertanyaan tersebut, namun ia cuba mengelak. Mereka berkata, “Anda telah
> melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya ia jawab, sementara ia
> hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya!”
> Pendeta tersebut berkata, “Sesungguh aku tahu jawapan nya, namun aku takut
> kalian marah.” Mereka menjawab, “Kami akan jamin keselamatan anda.
> ” Pendeta pun berkata, “Jawabannya ialah: Asyhadu An La Ilaha
> Illallah Wa Wa Aasyhadu Anna Muhammadar Rasulullah.”
>
> Lantas pendeta dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus
> memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan
> menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda muslim yang
> bertakwa.**
> * Penulis tidak menyebutkan yang kesembilan (pent.)
> ** Kisah nyata ini diambil dari Mausu’ah al-Qishash al-Waqi’ah
>
> Wassallam