Siapa Presiden Iran?

Siapa Presiden Iran?

“Saya sangat tertarik dengan keperibadian Ahmadineneejad yang sering digambarkan hidup begitu sederhana. Di bawah ini disertakan 2 keping gambar majlis jamuan negara yang diadakan oleh Presiden Iran bagi meraikan lawatan Presiden Bolivia(Juan Evo Orales – berkot hitam) ke Teheran baru-baru ini (tiga gambar itu diambil dari Cina Islam).

Dalam gambar tersebut Presiden Bolivia Juan Evo Morales kelihatan berkot hitam. Presiden Iran dan tetamunya makan sambil bersila, tiada set perabot makan yang serba mewah, tanpa protokol makan gaya-Barat seperti yang di amalkan di negara ini dan pastinya tidak diadakan di hotel 7 bintang!

Ahmadineejad memang terkenal dengan kesederhanaannya. Antara bukti gaya hidup sederhana presiden Iran yang paling digerunii oleh kuasa Barat ini ialah:

1. Saat pertama kali menduduki pejabat presiden, Ahmadineejad menyumbangkan seluruh karpet pejabat presiden yang sangat tinggi nilainya itu kepada masjid-masjid di Teheran, manakala karpet pejabat Presiden yang didudukinya digantikan dengan karpet biasa yang sangat sederhana.

2. Di banyak kesempatan beliau kelihatan begitu ramah dan mesra dengan semua petugas pejabat, termasuk pekerja kebersihan pejabat.

3. Langkah pertamanya sebagai presiden ialah mengisytiharkan hartanya yang terdiri dari sebuah kereta tua Peugeot 504 tahun 1977 dan sebuah rumah sederhana warisan ayahnya berusia 40 tahun yang lalu yang terletak di sebuah desa terpencil di Teheran. Baki akaun bank dalam simpanannya pula sangat kecil dan satu-satunya wang masuk adalah wang gaji bulanannya .

4. Gajinya sebagai tenaga akademik di sebuah universii tempatan hanya sekitair US$ 250.

5. Sehingga kini Ahmadineejad masih tinggal di rumahnya yang amat sederhana itu dan bukan di kediaman presiden.

6. Ahmadineejad tidak pernah mengambil wang gajinya sebagai presiden, alasannya ialah semua wang gajinya adalah milik negara dan dia bertugas untuk menjaga negaranya.

7. Satu hal yang membangkitkan rasa kagum kakitangan pejabat presiden adalah sebuah beg kecil yang sentiasa dibawa setiap hari Ahmadineejad ke pejabat yang berisikan sarapan pagi terdiri dari kepingan roti atau roti keju yang disiapkan sendiri oleh isterinya di rumah. Beliau dikatakan memakan makanan yang disediakan isterinya itu setiap hari dengan gembira dan mengenepikan kebiasaan menyediakan makanan khusus untuk presiden seperti sebelumnya.

8. Sebaik berkuasa, pesawat peribadi untuk presiden diubahnya menjadi pesawat kargo untuk berkhidmat kepada masyarakat dan untuk dirinya, ia meminta terbang hanya dengan pesawat biasa dengan kelas ekonomi.

9. Beliau boleh ditemui di pejabatnya tanpa temu janji dan protokol yang menyusahkan tetamunya.

10.Jika perlu menginap di hotel, Ahmadineejad hanya meminta disediakan bilik kecil kerana beliau tidak suka tidur di atas katil, tetapi lebih suka tidur di lantai beralaskan karpet dan selimut.

11. Ketika waktu solat berjemaah, jika tiba lewat beliau tidak mahu diberi layanan istimewa, sebaliknya hanya berada di saf tengah atau belakang seperti jemaah lainnya.

12. Sebaik sahaja masuk waktu solat, Ahmadineejad terus menghentikan aktivitinya serta merta untuk mengerjakan solat biar di manapun beliau berada. Jika waktu solat tiba ketika beliau berada di atas jalan, beliau akan bersolat di atas jalan, asalkan ianya bersih.

13. Ahmadineejad juga tidak berkompromi dengan hukum dan larangan Allah. Beliau tidak mahu bersalaman dengan wanita yang bukan muhrimnya, cukup hanya sekadar menundukan kepalanya kepada wanita sebagai rasa hormat.

Apakah suatu hari nanti Allah akan menurunkan kita seorang Perdana Menteri dan Ketua Negara yang segagah, sesederhana dan sentiasa berpegang teguh kepada perintah Allah seperti Ahmadineejad? Semoga PRU ke-13, ke-14 atau ke-15 nanti rakyat Malaysia dapat menyaksikan seorang PM yang seberani dan sesederhana Ahmadineejad memerintah satu Malaysia.

P/s-Mengapa kebanyakkan pemimpin melayu masa kini yang terkenal dengan adat dan budaya islam yang halus lagi lembut tidak memiliki sifat sedemikian?

info dari:

http://www.tranungkite.net/v9/modules.php?name=News&file=article&sid=701

Advertisements

Kami tidak takut – Iran

Kami tidak takut – Iran

TEHERAN 15 April – Iran akan “menghapuskan Israel daripada arena global” jika diserang oleh rejim Yahudi itu.

Timbalan komander tentera Iran, Mohammad Reza Ashtiani memberi amaran keras itu hari ini ketika perang mulut antara kedua- dua negara musuh itu semakin sengit.

“Kami tidak takut dengan tindak- tanduk Israel, tetapi jika Israel melancarkan serangan ke atas Republik Islam Iran, kami akan menghapuskannya daripada arena global,” kata Mohammad menurut laporan agensi berita Mehr.

Kenyataan beliau disiarkan seminggu selepas Menteri Infrastruktur Negara Israel, Benjamin Ben-Eliezer memberi amaran, sebarang serangan Iran ke atas Israel “akan membawa kepada kemusnahan negara Iran.”

Mohammad bercakap pada satu sidang media menjelang Hari Angkatan Tentera Kebangsaan Iran pada Rabu ini apabila perarakan besar-besaran tentera dijadual berlangsung di ibu negara.

“Seperti yang dinyatakan oleh Presiden Mahmoud Ahmadinejad, kami mempunyai semangat yang tinggi untuk mempertahankan sempadan negara kami,” ujar beliau.

Israel minggu lepas mengadakan latihan ketenteraan lima hari diberi nama Turning Point, dengan melancarkan serangan udara dan peluru berpandu olok-olok ke atas bandar-bandar, termasuk dengan senjata bukan konvensional.

Latihan itu mencetuskan perasaan cemas di negara jiran, Lebanon di mana pergerakan Syiah, Hizbullah mendapat sokongan padu Teheran.