Nasihat : Sembang santai bersama Presiden PAS

Nasihat : Sembang santai bersama Presiden PAS

Setelah berada di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Terengganu selama enam hari semenjak dimasukkan pada 10 April lalu, kini Presiden PAS Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sudah mula menjalankan tugasnya seperti biasa dan sempat berseloroh dalam suasana ceria ketika ditemubual wartawan dan jurugambar Harakahdaily di Pejabat Agung PAS pagi semalam.

“Saya semakin sihat. Cuma doktor nasihatkan supaya saya mengemaskinikan program yang perlu dihadiri dan jadual kerja yang begitu padat menyebabkan kesihatan saya boleh terjejas,” kata Ustaz Hadi sebagai mukadimah perbualan dengan Harakah.

“Pun begitu saya tetap akan hadir ke Parlimen dan mesyuarat PAS Pusat yang akan diadakan tidak lama lagi. Terima kasihlah kepada semua yang mendoakan dan prihatin kepada saya selama ini.”

Dalam pada itu beliau menjelaskan walaupun dinasihatkan supaya banyak beristirehat namun tidak bermakna beliau perlu melupakan tanggungjawab beliau sebagai seorang Presiden dan tenaga pengajar dalam kuliah-kulaih agama yang dianjurkan.

Katanya beliau masih meneruskan sesi kuliah dan mengajar hari Jumaat dan malam Khamis di Terengganu kerana itu merupakan jadual wajib beliau sebelum menjadi Presiden PAS lagi dan memperuntukan hari Sabtu, Ahad dan Isnin bagi tugasan rasmi, bertemu masyarakat dan berceramah di luar negeri kelahiran beliau itu.

“Sesibuk mana pun pasti dapatkan tidur yang cukup… itu pesan bekas Presiden PAS Almarhum Dr Haji Abbas kepada saya.

“Duduk diam pun boleh memberi tekanan. Jadi waktu lapang saya mengikuti perkembangan politik melalui akhbar dan internet termasuk menghabiskan masa menulis,” katanya yang pernah menulis sebanyak 30 buah buku pelbagai judul.

Katanya, Islam mengajar umatnya untuk tidak membazirkan waktu dengan melakukan perbuatan sia-sia malah ketika berehat pun manusia dituntut untuk melakukan sesuatau yang mendapatngkan manfaat yang menyebabakan beliau sendiri ‘tidak duduk diam’ dan sentiasa mengisi masa terluang dengan plebagai aktiviti.

Dalam pada itu mengulas isu kesihatan Ustaz Hadi berkata sebagai ahli politik yang perlu bercampur dengan segenap lapisan masyarakat, beliau menghadapi masalah untuk mengawal pemakanan yang menjadi antara punca terganggunya kesihatan beliau selama ini.

“Kita tidak boleh tentukan dan pilih makanan ketika bermasyarakat, pergi ceramah atau hadir ke majlis walaupun ada yang tahu tetapi kita raikan mereka dan saya pun tidak pernah memilih..semua boleh.

Image“Masalahnya sebelum ceramah mereka sajikan makanan dan selepas ceramah pun makan lagi.Kita tahu mereka sayang kepada pemimpin, dan menyediakan pelbagai jenis

hidangan tapi…nampaknya kena ada kawalan sikitlah,” katanya tersenyum.

Ustaz Hadi sempat menceritakan antara hobi yang ‘dirindui’ beliau yang sudah tidak dapat dilakukan secara kerap semenjak menjadi Presiden ialah turun ke laut menjala ikan.

“Itulah kalau ada masa, saya akan ikut bot-bot untuk ke laut menjala ikan…hobi saya sejak zaman kanak-kanak lagi. Ia memberi ketenangan dan saya dapat menghirup udara bersih,” katanya ketika berbicara di dalam pejabatnya.

Ditanya tentang amalan harian beliau dan kaedah menghadapi pelbagai serangan fitnah dan tohmahan termasuk masalah-masalah dalam arena politik yang memberi tekanan atau ‘stress’ bagi sesetengah pemimpin politik, Ustaz Hadi berpandukan amalan yang ditinggalkan oleh Rasullulah s.a.w. kepada umatnya yang berada dalam gerakan Islam.

“Kalau ada banyak masalah, banyakkan solat… itu yang Nabi ajar. Solat pemberi semangat dan inspirasi kepada kita dan sebab saya itu tidak ada masalah yang rumit sehingga tidak boleh diselesaikan dan menganggu tidur saya.

“Bagi fitnah dan tohmahan yang dilemparkan oleh musuh, saya anggap ianya memberi pahala kepada saya jika kita sabar.

Nasihat beliau kepada rakan-rakan politik terutama yang berada dalam gerakan Islam dan menghadapi segala cabaran daan rintangan ialah supaya sentiasa meningkatkan dan mendekatkan diri dengan Tuhan di samping menambahkan ilmu dengan membaca dan melaksanakan amalan agama sebaik mungkin.

Renungan Untuk Diri dan Rakan-Rakan Pejuang PAS : Jangan Tinggalkan Bukit Uhud!

Renungan Untuk Diri dan Rakan-Rakan Pejuang PAS : Jangan Tinggalkan Bukit Uhud!

Dalam peristiwa perang Uhud, Rasulullah s.a.w membentuk sebuah pasukan pemanah yang terdiri dari 100 orang pemuda. Mereka ditempatkan di satu cabang bukit Uhud yang strategik. Rasulullah s.a.w berpesan kepada mereka supaya tidak sekali-kali meninggalkan bukit Uhud walaupun;

(1) mereka melihat tentera Islam telah menang dan musuh lari bertempiaran menyelamatkan diri.

(2) mereka melihat tentera Islam telah tewas dan mayat2 mereka dicincang lumat oleh tentera kafir Quraisy.

(3) mereka melihat mayat tentera Islam telah dimakan ulat atau burung2.

Kebijaksanaan Rasulullah s.a.w mengatur strategi menyaksikan tentera musuh tewas teruk dengan serangan mereka dapat dipatahkan dari segenap penjuru, sebahagian besarnya disumbangkan oleh hujanan anak panah dari atas bukit Uhud setiap kali kemaraan mereka.

Malangnya setelah kemenangan seakan pasti, sebahagian besar pemanah ini turun dari bukit Uhud untuk meraikan kemenangan mereka bersama-sama pasukan tempur barisan hadapan.

Ketika mereka dilalaikan dengan harta rampasan perang yang bertimbun-timbun, tentera kafir telah berpatah balik dan membunuh pemanah-pemanah ini sehingga hanya tinggal 10orang sahaja yang selamat. Mereka ini patuh pada arahan Rasulullah s.a.w dan tidak terpedaya dengan kilauan harta rampasan perang di bawah bukit itu.

Sejarah menyaksikan tentera Islam membayar harga yang cukup tinggi untuk ketidakpatuhan ini. Kisah selanjutnya bolehlah dirujuk dalam kitab-kitab yang muktabar.

Kita boleh mengambil pengajaran dari peristiwa perang Uhud untuk menghadapi situasi selepas PRU12 ini. Kemenangan yang tidak diduga mungkin sedang menyibukkan kita. Adakah kita telah lupa kepada mereka yang telah merintis perjuangan ini, kemudiannya gugur sebelum dapat melihat hasilnya?

Adakah kita sudah melupakan gerak kerja parti? Adakah kita telah meninggalkan markas parti terbiar dipenuhi sawang dan tahi cicak?

Adakah kita masih lagi menghadiri usrah, tazkirah dan ceramah? Adakah kita masih lagi Subuh berjemaah.

Untuk diri dan rakan2, sesungguhnya musuh sedang memerhatikan kita. Jika tersilap langkah kita mungkin akan membayar harga yang cukup mahal pada PRU13 nanti.

Jika memerlukan petunjuk dan nasihat, rujuklah kepada Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, Tuan Guru Haji Abdul Hadi dan ulama’2. Mereka maju memerintah, dalam masa yang sama gerak kerja parti dilipatgandakan. Parti utuh dan kerajaan kukuh. Insaflah diri!

Allahu’ akbar…

Gambar-gambar TG Haji Hadi dari HSNZ

Gambar-gambar TG Haji Hadi dari HSNZ

Oleh amdang81

a


Bismillahir rahmanir rahim.. Assalamu alaikum wbt…

Berikut adalah sedikit gambar ehsan dari kawan-kawan yang menziarahi TG Haji Hadi. Aku sempat juga semalam masuk untuk berjumpa dan bersalaman. Ayah Chik kelihatan sihat dan dikatakan tidak serius. Hanya kerana perasan adanya tanda-tanda stroke sahaja Ayah Chik dimasukkan. Namun pada sebelah petang semalam semuanya beransur pulih. b
Ustaz Nasarudin Mat Isa tiba kira-kira jam 6 petang semalam.

a
YB Salahudin Ayub yang tiba bersama Ustaz Nasa.

c
YB Hussam tiba dekat-dekat jam 7 malam.

d
Ceria berbicara. TG Kelihatan sihat.

e
Bergambar bersama TG

a
YB Dato Tg Hassan dan isteri keluar dari bilik TG. YB Ladang ini hadir pada sebelah pagi lagi.

r
Dato Man Bakar turut hadir menziarahi TG.

a
Antara pelawat yang hadir.

f
Bersalaman dengan pelawat

d
Adik ini turut bersalaman dengan TG

semoga Allah memanjangkan usia pejuang Islam untuk menegakkan daulah Islamiyyah di bumi Malaysia in……sesungguhnya segala kesakitan adalh ujian dari Allah untuk hambaNya……Allahuakbar…

Negara Islam PAS vs Pakatan Rakyat

Negara Islam PAS vs Pakatan Rakyat

Oleh Roslan SMS

a

Sesiapa yang rajin membeli akhbar di pagi Ahad lalu, pasti walaupun tidak dapat membaca (kecuali yang mahir) akan terserempak dengan gambar besar muka depan Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang di akhbar bahasa Cina, Sin Chew Daily. Gambar warna itu menunjukkan Tuan Guru ditemuramah oleh dua orang wartawan akhbar berkenaan di rumahnya di Rusila.

Sedutan wawancara itu disiarkan oleh akhbar The Sun hari ini.

Menurut Tuan Guru cita-cita Negara Islam yang diperjuangkan PAS tetap menjadi matlamat perjuangan parti walaubagaimanapun ia tidaklah bermakna parti berkenaan akan tergesa-gesa menuntut dilaksanakan beberapa peraturan yang masih dianggap kontroversial.

Tuan Guru mengakui bahawa sebab utama PAS tidak dapat melaksanakan sepenuhnya tuntutan sebuah Negara Islam adalah kerana realiti politik menunjukkan yang PAS tidak dapat membentuk sebuah kerajaan yang teguh bersendirian. Oleh itu tambah beliau tidak ada sebab bagi masyarakat bukan Islam untuk bimbang terhadap isu Negara Islam tersebut.

Berhubung dengan Pakatan Rakyat, Tuan Guru berkata bahawa kerajaan neger-negeri di bawah pakatan ini akan masing-masing mendapat pandangan dan berunding dengan rakan-rakan dalam komponan Pakatan Rakyat sebelum sesuatu polisi dilaksanakan. Beliau menegaskan PAS akan menghormati pandangan rakannya DAP walaupun di Kelantan.

Di Kelantan kata Tuan Guru walaupun PKR hanya memiliki satu kerusi manakala DAP langsung tidak bekerusi namun PAS akan menghormati pandangan dan pendapat merekA.

Demikianlah jauhnya pandangan dan matangnya berpolitik Presiden PAS. Beliau tidak lari dari masalah tetapi menanganinya dengan penuh bijaksana. Negara Islam adalah isu sebenar, ia tidak boleh disapu ke bawah tikar semata-mata untuk memuaskan kepentingan mana-mana pihak. Sukar bagi ahli-ahli PAS yang bergelut dan berjuang lebih 50 tahun untuk tiba-tiba melupakan atau disuruh melupakan perjuangan untuknya. Malah PAS tidak menjadi PAS jika ia tidak lagi memperjuangkannya.

Tetapi Tuan Guru menggariskan keutamaan dan keperluan semasa. Realiti perlu didakap dan diterima namun usaha akan berjalan terus. Rakyat dan kawan-kawan perlu dibentuk dan diberi kefahaman. Kata beliau: “Perkara yang kita perbalahkan, wajar ditolak ketepi terlebih dahulu sehinggalah timbul keperluan untuk ianya diperbincangkan”. Yang penting sebagaimana ditegaskan beliau adalah persamaan antara ketiga-tiga parti, ini yang perlu diteroka, dipupuk dan dipadukan buat masa ini.

Saya percaya sekaligus sikapnya terhadap Kelantan, menuntut rakan-rakan lain agar turut menghormati pula pandangan dan pendapat PAS di negeri-negeri Pakatan Rakyat yang PAS tidak dominan termasuklah di Selangor dan Perak serta di Pulau Pinang. Tidak ada negeri Pakatan Rakyat dimana PAS tiada wakil, maka sebagaimana PAS menghormati kawan-kawan hatta di negeri yang rakan lain tiada perwakilan maka sewajarnyalah PAS juga turut dihormati dan diminta pandangan dan pendapatnya.

Saya yakin Pakatan Rakyat ini memiliki masadepan yang cerah dan akan terus diterima rakyat Malaysia jika semua kita matang dan menerima realiti yang ada.

Sementara itu Presiden PAS kini berada di Pulau Pinang dalam rangka kunjungan hormatnya kepada Ketua Menteri Pakatan Rakyat Pulau Pinang, Sdr Lim Guan Eng. Semoga berjayalah usaha kita.

Lima Menteri Besar bakal gegarkan Stadium Perak

Lima Menteri Besar bakal gegarkan Stadium Perak(14 April ini bermula jam 8.30 malam)

Selasa 8 April 2008 | 1 Rabiul Akhir 1429 Hijrah

https://i2.wp.com/saifulislam.com/wp-content/uploads/2007/05/nik_aziz.jpg http://ijok2007.files.wordpress.com/2007/04/tsk-2.jpg

https://i0.wp.com/upload.wikimedia.org/wikipedia/ms/thumb/e/ed/AzizanAbdulRazak.jpg/180px-AzizanAbdulRazak.jpg Mohammad Nizar Jamaluddin

Stadium Perak yang selama ini digegarkan sorakan ‘Kejo Yop Kejo’ pada setiap kali pertandingan bolasepak Liga Super, buat pertama kalinya stadium ini akan digegarkan oleh puluhan ribu rakyat negeri Perak dengan laungan takbir, reformasi dan ‘makkal sakti’ apabila lima Menteri Besar Kerajaan Pakatan Rakyat berpidato pada 14 April ini bermula jam 8.30 malam.

Lima Menteri Besar Kerajaan Pakatan Rakyat, iaitu Menteri Besar Kelantan,Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor akan berpidato di hadapan puluhan ribu sempena Himpunan Rakyat Negeri Perak anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Perak.

Demikian dinyatakan oleh Ketua Penerangan PAS Perak yang juga Setiausaha Politik Menteri Besar Perak, Misbahul Munir Masduki, dalam satu pertemuan dengan wartawan Harakah di pejabatnya sebentar tadi.

“Seluruh rakyat diminta hadir untuk mendengar amanat daripada lima orang Menteri Besar, inilah buat pertama kalinya dalam sejarah Stadium Perak akan bakal menyaksikan himpunan puluhan ribu atas nama pakatan rakyat,” katanya lagi.

Acara dimulakan dengan solat Isyak, diikuti dengan solat hajat, selepas itu pidato lima Menteri Besar akan bermula dan orang ramai yang hendak hadir dinasihatkan membawa sejadah.

“Kalau di Stadium Melawati,Shah Alam, Selangor himpunan seumpama itu dihadiri lebih kurang 30,000 orang, insya-Allah puluhan ribu juga akan hadir di Stadium Perak bagi mendengar pidato lima Menteri Besar,” katanya.

Cetusan Idea Mursyidul Am Kepada Pemimpin-Pemimpin Islam

Cetusan Idea Tn Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Berikut merupakan nurkilan cetusan idea Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada yang bergelar ” Khalifah Allah SWT ” :

Alhamdulillah. Allah SWT. yang memiliki seluruh alam semesta serta sekalian kerajaan langit dan bumi telah memakbulkan doa dan munajat kita.

Setiap butir air mata umat yang telah gugur selama ini telah semakin terjawab sebahagiannya. Berkat kepimpinan Yang Berhormat Khalifah Allah, yakinlah kita bahawa tentu ada sesuatu yang tepat antara apa yang kita ikhtiarkan dan hajati selama ini dengan apa yang tersimpan “di atas sana” buat kita.
Bagaikan bersamaannya paksi Ka’abah dan Baitul Makmur, maka bersahut jualah akhirnya persamaan itu dalam pilihan raya pada 8 Mac 2008 lalu.
Antara hajat di bumi dan takdir di langit yang tersusun rapi dalam satu persetujuan itulah kita kini sedang sama-sama tunduk, menangisi sebuah kesyukuran justeru terlalu khudhu’ menerima ujian kemenangan.Tahniah yang sejujurnya buat para pemimpin Islam dari saya.

Dalam meneruskan fasa perjuangan berupa pengisian di negeri-negeri 5+1, saya masih terasa akan perlunya kita untuk lebih berhati-hati.

Terkini, setelah membaca dan mengikuti rentak respons rakan-rakan pimpinan kita di dalam PAS dan BA pada umumnya, yang mengatur langkah apa yang dinamakan sebagai ‘era pembaharuan 100 hari’, mungkin ada baiknya kita menyegerakan langkah mewujudkan badan penyelaras peringkat pusat.

Ia wajar berfungsi sebagai badan penentu keutamaan program bertindak mengisi pelaksanaan manifesto “negara berkebajikan” mengikut marhalah di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang.
Apa yang mustahak diawalkan harus didahulukan dan apa yang mungkin kurang prioriti bolehlah dikemudiankan. Mungkin, jika hikmahnya sesuatu itu tidak disebutkan, maka ia seeloknya didiamkan saja buat sementara waktu.

Dalam keghairahan menerima kemenangan, kita perlu cermat di sini. Sesungguhnya, ini saya kira terlalu penting kerana kehadiran kita terkini cukup diikuti oleh seluruh lapisan rakyat dan seteru kita.

Buat diri saya sendiri, InsyaAllah; saya akan lebih berhati-hati untuk mendokong roh kesedaran ini.

Semoga keadaan kita yang sering saling pesan memesan ini akan sentiasa dipimpin oleh petunjuk dan keredhaan dariNYA jua.

Wallahua’lam.
Nik Abdul Aziz Nak Mat
Mursyidul Am PAS

Cetusan idea yang disiarkan dalam akhbar Siasah 30 Mac- 5 April 2008, perlu difahami dengan teliti oleh semua pendokong Parti PAS dan Pemimpin Islam khususnya di dalam memastikan Pakatan Rakyat yang tertubuh dapat diterima dengan baik oleh semua. Bukan sahaja mereka yang tidak teragak agak memberi undi kepada Pakatan Rakyat tempohari tetapi mereka yang tidak keluar mengundi mahupun telah mengundi Barisan Nasional pada PRU ke 12 yang lepas.

Umum mengetahui pergolakan politik di dalam BN khususnya di dalam UMNO telah didalangi oleh beberapa individu di dalam dan di luar parti yang mengkucar-kacirkan keadaan akibat percaturan politik mereka. Maka persoalan asas yang dibawa adalah kredibiliti dan kepimpinan yang ada pada Presiden mereka. Sekuat mana sesebuah pentadbiran dan organisasi, bila ditadbir oleh seorang yang lemah maka akan tetap menjejaskan keutuhannya.

Peluang akan dicari untuk memastikan pemimpin sebegini diturunkan samada desakan daripada dalam mahupun luar. Yang diusahakan adalah mewujudkan konflik. Sehinggakan krisis kepimpinan itu tidak dapat lagi ditampung dengan apa cara sekalipun.

Berundur atau konflik itu berterusan hingga meranapkan seterusnya dicaci dan dinista oleh pengikutnya. Itulah pilihan Pak Lah. UMNO hanyalah sebuah rumah kaca yang tidak kukuh sekarang ini. Bukannya rumah kristal yang dicanai dengan sesempurna mungkin untuk memberikan kekuatan padanya. Kekalutan yang ada tidak memungkinkan mereka melancar serangan balas kepada Pakatan Rakyat walaupun ruang itu ada. Mereka hanya mampu bertahan.

Namun peluang tetap ada untuk mereka mengapi apikan permusuhan di antara komponen Pakatan Rakyat. Maka nasihat daripada Mursyidul Am itu hendaklah diperhatikan sebaik. Setiap parti komponen perlu berhati hati, mengutamakan perpaduan dan persamaan di dalam melaksanakan agenda. Mustahil tiada persefahaman dan ‘common ground’ yang boleh disepakati. Bila semua pihak saling memerlukan, maka perlulah saling menghormati. Yang penting akarnya berfungsi menyerap mineral untuk pohonnya membesar.

Kekuatan yang ada pada Pakatan Rakyat adalah signal sokongan rakyat yang cukup besar kepada mereka. Membandingkan kemenangan Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) di Turki pada Julai 2007, di mana mereka juga sekadar memperolehi hampir 50 peratus undi, namun berjaya memperolehi 341 daripada 550 kerusi parlimen, maka Pakatan Rakyat perlu yakin akan kekuatan mereka.

Dan pendokong mereka khususnya daripada Parti PAS perlu memerhati bagaimana AKP bergerak di dalam sistem politik sekular di negara mereka sebagai sebuah parti yang tidak dilihat ideologikal sebagaimana di tempat lain. Bahkan kemenangannya banyak disokong oleh kejayaannya mentadbir dan menjadi parti tempatan yang melaksanakan tugasnya dengan baik.

Berbeza dengan Turki, parti AKP diserang dari dalam dan luar negara dengan imej Islamis yang cuba dikaitkan dengan mereka, manakala perubahan yang berlaku di negara kita adalah hasil kebencian rakyat kepada sekatan media dan sikap angkuh sesetengah pihak sehinggakan mengamalkan sikap bermusuh dengan media luar negara.

Haruslah difikirkan pendekatan terbaik untuk memastikan kebangkitan rakyat tadi disalurkan dengan tindakan bijak daripada kepimpinan Pakatan Rakyat bagi memastikan rakyat benar benar pasti dan selesa dengan usaha yang ditunjukkan oleh kerajaan kerajaan lima negeri untuk menjaga hak dan kepentingan mereka, bukan setakat berusaha untuk menaikkan nama dan parti masing masing. Rakyat sedang memerhati.

Negara Berkebajikan Negara Tuntutan Syarak

Negara Berkebajikan Negara Tuntutan Syarak

Posted on Monday, April 07

Menyentuh kenyataan yang dikeluarkan oleh Imam Yusuf Al-Qaradhawi berkenaan dengan kebajikan yang telah diterjemahkan oleh penulis semalam. Jelas menunjukkan bahawa istilah yang diperkenal oleh PAS sebelum PRU12 ini bertepatan dengan syarak. Dalam hal ini PAS tidak pernah menggadaikan prinsip untuk menegakkan negara Islam. Bahkan PAS dilihat sedikit demi sedikit cuba memafamkan masyarakat konsep sebuah negara Islam yang sebenar. Bukannya negara Islam yang difahami oleh masyarakat barat yang memandang Negara Islam ialah negara keganasan dan sebagainya.

Ketika PAS mengumumkan dalam manifestonya ke arah negara berkebajikan, ramai dari kalangan ahli-ahli PAS tertanya-tanya, adakah PAS telah menggadaikan prinsip untuk mencapai kemenangan di dalam PRU. Tidak kurang juga ada yang ingin bertindak untuk keluar parti!.

Di dalam hal ini, masyarakat perlu faham bahawa PAS bergerak dalam satu organisasi yang cukup tersusun. Setiap pergerakan PAS dipantau oleh Majlis Syura Ulamak yang sentiasa memastikan PAS bergerak berlandaskan dasar Al-Quran, Hadis, Ijma’ Ulamak dan Qias yang terang lagi nyata. Oleh itu, semestinya setiap keputusan dasar bergerak dan diluluskan di atas kehendak syarak.

Di dalam gerakan Islam, PAS dilihat terkedepan di dalam melaksanakan agenda pembaharuan di dalam perlaksanaan Islam. Kalau dikaji dari sudut sejarah, PAS merupakan gerakan Islam yang pertama di dunia menyertai pilihanraya umum iaitu pada tahun 1955. Ketika itu, gerakan Islam yang lain masih mengharamkan untuk memasuki pilihanraya kerana tidak mahu tertipu dengan barat. Kini, hampir semua gerakan Islam menyertai Pilihanraya seperti Ikhwanul Muslimin di Mesir, Hamas di Palestin, Ak parti di Turki, PKS di Indonesia dan sebagainya. Ini menandakan bahawa Ijtihad PAS pada tahun 1955 itu merupakan ijtihad yang bertepatan dengan syarak.

Begitu juga di dalam bab Tahaluf Siyasi (Kerjasama politik). PAS bergerak di atas dasar syarak. Bahkan di dalam bab PAS mengajar masyarakat bagaimana kerjasama politik yang dibenarkan oleh Islam sebagaimana yang diajar oleh Nabi SAW ketika berada di Mekah dan Madinah. Nabi SAW pernah bersetuju dengan peristiwa Halfu Al-Fudhul. Ringkasan daripada peristiwa ini menunjukkan bahawa Islam membenarkan semua golongan bergabung untuk menyanggah kezaliman. Begitu dengan peristiwa Hudaibiyyah yang memaparkan bagaimana Nabi bertolak ansur dengan Kafir Quraisy selagi mana butir-butir perjanjian itu tidak menyentuh dasar. Kafir Quraisy ketika itu tidak meminta nabi untuk memadamkan nama Islam dalam dasar pemerintahan. Tetapi mereka hanya meminta nabi memadamkan perkataan rasulullah di dalam surat perjanjian.

Setiap pergerakan politik semasa sekarang ini. PAS dilihat semakin matang dalam mengadaptasikan sirah rasulullah SAW dan para sahabatnya dalam kehidupan politik di Malaysia.

Berkenaan dengan nama negara berkebajikan. Saidina Umar Al-Khattab pernah meluluskan untuk membuang nama jizyah di atas permintaan orang bukan Islam yang memandang perkataan jizyah ini merendahkan martabat mereka. Walaupun bayaran dan konsepnya sama. Begitu juga al-Qaradhawi pernah mengeluarkan fatwa mengatakan zaman kini perkataan kafir zimmi tidak sesuai digunakan dan digantikan dengan perkataan al-muwathinun (warganegara). Walaupun konsep dan pergaulan dengan mereka sama dengan konsep kafir zimmi tetapi istilah perlu ditukar untuk melunakkan mereka.

Oleh itu, apa yang dilaksanakan oleh PAS dalam memperkenalkan konsep Negara Berkebajikan ialah supaya orang bukan Islam dapat menerima konsep ini yang juga bertetapan dengan konsep negara Islam. Negara Islam memang sebuah negara berkebajikan. Akhirnya konsep dan manifesto negara berkebajikan dapat diterima oleh pakatan yang lain termasuk DAP. Mereka menolak negara Islam tetapi menerima negara berkebajikan. Bukankah negara Berkebajikan termasuk di dalam negara Islam?.

Akhirnya Imam Al-Qaradhawi sendiri membuat kenyataan tentang kebajikan ini. Beliau menyebut antara lain ialah kebenaran dan kebajikan termasuk di dalam perkara asas agama. Bahkan kedua-dua elemen ini terdapat di dalam maqasid syariah (objektif syarak) yang terpenting iaitu menjaga agama!.

Ini bermakna PAS terkedepan dalam memperkenal istilah baru dalam masyarakat untuk mengembangkan syiar Islam. Jadi inilah yang melambangkan kematangan PAS dalam berpolitik untuk memperkenal dan mengembangkan ajaran Islam di dalam masyarakat.

Berkenaan dengan PAKATAN RAKYAT, penulis berharap agar semua ulamak-ulamak muda dan pendokong parti tidak gopoh dalam mengeluarkan kenyataan dan tindakan. Apa yang perlu diyakini ialah PAS bergerak dengan pantauan syura ulamak. Jadi semestinya segala tindakan PAS selepas ini berdasarkan syarak. PAKATAN RAKYAT ini semestinya dilaksanakan mengikut garis panduan yang ditinggalkan oleh Al-Quran dan Sunnah.

Apa yang penting, setiap ahli sentiasa memberi ketaatan yang setia kepada pimpinan selagi mana mereka bertindak berdasarkan kepada Al-Quran dan Sunnah. Ahli berhak mengkritik dan mengemukakan pandangan khususnya di dalam hal PAKATAN ini, tetapi biarlah pimpinan mengeluarkan pandangan mereka terdahulu untuk diperbincangan.

Semoga PAS akan terus bergerak dengan mantap sehingga berjaya menubuhkan sebuah negara Islam yang juga negara Berkebajikan.

Takbir 1000 x