ALLAH MAHA BESAR ALLAH MAHA BESAR

ALLAH MAHA BESAR ALLAH MAHA BESAR

SEORANG DOKTOR NEUROLOGI MENEMUI KEAJAIBAN ALLAH
……..

Assalam Mu’alaikum Wbrth! Dan Salam Sejahtera!
Sahabat2 semua yang Islam dan juga yang Bukan Islam…
bacalah Email ini dari sahabat yg menetap di US:
“Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk
Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam
penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan
tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal
fikiran.
Dia adalah seorang Doktor Neurologi .
Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan
secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah
klinik yang bertemakan “Perubatan Melalui Al-Qur’an”
.

Kajian perubatan melalui Al-Qur’an membuatkan
ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam
Al-Qur’an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan
termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black
seed) dan sebagainya.
Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk
Islam,
maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau
melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat
saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh
darah . Padahal setiap inci otak manusia memerlukan
darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.
Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya
beliau mendapati Bahawa darah tidak akan memasuki urat
saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika
seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan
Sembahyang!!!
Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk Beberapa
sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa
darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar
sembahyang waktu yang diwajibkan oleh
Islam……Begitulah keagungan ciptaan Allah!!!
tidak menunaikan sembahyang , akan otaknya tidak Akan
dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi
secara normal!!!
Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya
adalah untuk menganuti agama Islam ‘sepenuhnya’ kerana
sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh
Allah dengan agama-Nya yang indah ini.”

PETUA IMAM SYAFIE

4 PERKARA UNTUK SIHAT
Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA’ & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

* Kalau rajin .. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim – Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang  mengajarnya meskipun dia sudah mati.

~DOA SELEPAS SOLAT~

~DOA SELEPAS SOLAT~

Ertinya:
“Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang segala puji bagi Allah Tuhan Pentadbir seluruh alam. Pujian yang melengkapi nikmat-Nya, dan pujian yang menambahkan kelebihan-Nya, wahai Tuhan kami, bagiMu segala puja-puji sebagaimana patut kerana kebesaran zatMu dan agung kekuasaanMu”

Ertinya:
“Ya Allah! Tolonglah kami supaya ingat kepadaMu, syukur kepadaMu dan elok ibadah kepadaMu.”
Ertinya:
“Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kesusahan dan kedukaan. Aku berlindung kepadaMu dari lemah kemahuan dan kemalasan.Aku berlindung kepadaMu dari sifat pengecut dan bakhil. Dan aku berlindung kepadaMu dari banyak hutang dan kezaliman manusia.”

Ertinya:

“Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, segala puji adalah semata-mata untuk Allah, Tuhan Pemerintah alam. Selawat dan salam adalah untuk junjungan besar semulia-mulia Nabi dan Rasul dan begitu juga ke atas keluarga serta sahabat baginda kesemuanya.
Ya Allah! Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami memohon supaya Engkau memelihara kami. KepadaMulah kami pertaruh agama kami. Ahli keluarga kami, harta-harta kami. Ya Allah, jadikanlah kami dan mereka itu di dalam pemeliharaan, perlindungan, keamanan dan penjagaanMu daripada semua syaitan, dan yang mempunyai mata yang mempunyai kedengkian dan yang mempunyai kejahatan. Sesungguhnya Engkau di atas tiap-tiap sesuatu itu Maha Berkuasa.”

Ertinya:
“Ya Allah! Perbaikilah perdamaian kami dan lembutkan antara hati-hati kami dan tunjukkan kami jalan keselamatan dan lepaskan kami daripada kegelapan kepada cahaya dan jauhkan kami daripada sebarang kejahatan samada yang terang atau yang tersembunyi. Ya Allah, berkatilah pada pendengaran dan penglihatan kami dan hati-hati kami dan isteri kami dan keturunan kami dan berilah kami taubat, sesungguhnya Engkau Maha Memberi taubat lagi Maha Penyayang dan jadikanlah kami syukur di atas nikmat-nikmatMu, memuji dengan nikmat pemberianMu menerima dengan pemberian akan nikmatMu dan sempurnakan nikmatMu ke atas kami.”


Ertinya :

“Ya Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebajikan dunia dan kebajikan di akhirat dan pelihara kami daripada azab neraka. Rahmat Allah ke atas penghulu kita, Nabi Muhammad (S.A.W) ke atas keluarga dan para sahabat semuanya. Maha Suci Tuhanmu, Tuhan yang mempunyai sifat kemuliaan daripada apa yang mereka gambarkan. Dan, kesejahteraan ke atas segala Rasul dan segala puji semata-mata untuk Allah yang memerintah sekelian alam.”

P/S: mintala padaNya..