Salah Faham orang bukan Islam telah selesai !!

Sambutan penduduk Cina kepada calon PAS pun semakin meningkat. Kalau sebelum ini mereka sukar didekati namun sekarang tidak lagi. Adakah ini suatu petanda yang cukup menarik?

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat:

Ini sutu perkembangan yang cukup menarik sekali. Memanglah benda baik biar pun ditekan lama-lamaan akan menyerlah juga. Macam bola yang ditekan ke dalam air, lama-lama air akan melantun juga ke atas. Begitu juga dengan kebenaran kita boleh tekan namun lama-kelamaan ia akan naik balik.

Sebelum ini media massa sebut PAS antipembangunan, antikemajuan tetapi Cina di Kelantan tengok setiap hari berlaku pembangunan di negeri ini. Saya sebagai ketua kerajaan yang bergelar ulama boleh datang ke tempat masyarakat orang bukan Islam tanpa sebarang masalah. Saya pergi ke wat Siam di Tumpat. Semasa pemimpin Cina, Foo Chong Yong meninggal dunia. saya juga pergi melawatnya. Akhirnya orang Cina faham mereka diperbodohkan dengan pembohongan. Masa orang Cina buat kenduri kahwin pun saya pergi. Setiap kali orang bukan Islam menjemput saya pergi ke majlis mereka, saya tanya sama ada jemputan itu bagi tujuan agama atau budaya. kalau hanya sekadar budaya saya pergi. Tujuan agama tidak boleh. Setiap kaum ada budayanya sendiri.

Advertisements

Dua kali jemputan hadiri mesyuarat MB ditarik balik

Dua kali jemputan hadiri mesyuarat MB ditarik balik


KOTA BHARU: Keangkuhan pemimpin kerajaan BN terhadap pemimpin pembangkang sukar dilupakan, apatah lagi banyak peristiwa pahit yang terakam dalam lipatan sejarah.

Antara tindak tanduk paling memalukan apabila mereka menarik balik surat yang dihantar kepada Menteri Besar Kelantan supaya hadir pada mesyuarat Menteri-Menteri Besar yang dipengerusikan Perdana Menteri.

Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau pernah dua kali menerima surat supaya hadir pada mesyuarat Menteri-Menteri Besar.

“Namun sebelum sempat hadir, surat yang dihantar ditarik balik. Inikah yang dinamakan demokrasi dalam Umno sehingga pemimpin lain dinafikan hak.

“Umno ternyata lebih suka menggunakan kaedah kekerasan dan bukan lemah lembut. Jauh berbeza dengan pemimpin Pakatan Rakyat yang ada sekarang,” katanya di sini.

Mesyuarat Menteri-Menteri Besar kebiasaannya diadakan menjelang mesyuarat Majlis-Majlis Raja Melayu. Mesyuarat itu dipengerusikan Perdana Menteri.

Menteri Besar yang dijemput hadir sebelum ini hanya dari negeri-negeri yang diterajui Umno. Bagaimanapun bagi mesyuarat Majlis Raja-Raja kehadiran Menteri Besar atau wakilnya adalah wajib mengikut perlembagaan.

Mengulas isu yang sama, Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin berkata, beliau tidak dapat bayangkan bagaimana perasaan Nik Abdul Aziz yang hadir seorang diri pada mesyuarat Majlis Raja-Raja dalam tempoh begitu lama sebelum ini.

“Saya tidak dapat memikirkan keadaan itu. Tetapi sekarang beliau sudah mempunyai kawan daripada Perak, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang yang turut bersama hadir pada mesyuarat tersebut,” katanya pada satu ceramah di Ketereh, baru-baru ini.

Bagaimanapun selepas Umno ditolak majoriti rakyat pada pilihan raya umum lalu, bilangan menteri besar Umno berkurang sehingga menyebabkan semua menteri besar dijemput hadir sekarang.

Nik Abdul Aziz juga berkata, beliau agak terkilan apabila Umno menubuh Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) di Kelantan selepas parti itu tewas pada pilihan raya umum 1990.

“Kerana apa mereka menubuh JPP di sini kalau bukan hendak pecah belah masyarakat. Inilah wajah yang ada pemimpin Umno sehingga mereka ditolak rakyat pada pilihan raya umum lalu,” ujarnya.

Menurutnya sepanjang lebih 18 tahun menerajui Kelantan tidak ada pemimpin Umno yang menjemputnya hadir pada program anjuran mereka di negeri ini.

Kata beliau keadaan itu menggambarkan mereka begitu angkuh dengan kuasa yang ada sehingga memandang rendah orang lain.

Sedangkan beliau berkata, masyarakat bukan Islam lebih terbuka berbanding pemimpin Umno.

Katanya, sekarang masyarakat bukan Islam mulai faham tentang Islam sehingga ramai yang datang menjemputnya hadir pada program anjuran mereka.

“Ini adalah kesan sikap tolak ansur yang kita amalkan dalam Pakatan Rakyat. Modul politik kita laksana jauh berlainan berbanding dengan Umno.

“Segalanya bermula dengan pendekatan yang dilaksanakan di Kelantan sejak 18 tahun lalu, sehingga sekarang orang bukan Islam semakin berani mendekati PAS,” katanya.

Menteri Besar berkata, bantuan dari Tabung Serambi Makkah diberi kepada semua rakyat yang ditimpa musibah tanpa mengira bangsa, agama dan ideologi politik.

Begitu juga dengan skim Takaful Warga Emas (kifaalah) diberi kepada semua warga emas yang berusia 60 tahun ke atas dan mereka layak mendapat manfaat sebanyak RM2,500 apabila meninggal dunia.

Skim Pembangunan Ladang Rakyat juga diberi kepada kepada rakyat miskin dengan mendapat dividen bulanan sebanyak RM200.

“Saya melihat masyarakat bukan Islam lebih terbuka berbanding dengan pemimpin Umno. Sebab itulah ketika mula-mula menjadi ketua kerajaan saya memilih untuk melawat negara China.

“Dan hasil lawatan itu kerajaan negeri membina sebuah masjid berbentuk seni reka Cina di Rantau Panjang dan melantik imam di kalangan mereka.

“Ini menggambarkan Islam bukan hanya untuk orang Melayu dan Arab sahaja, malah milik semua bangsa, namun pemimpin Umno masih enggan menerimanya,ujar beliau.


p/s : sahabat semua..khususnya mahasiswa..anda dari golongan terpelajar..guna “kecerdikan” anda..sama2 lah mengubah “kerajaan retorik” ini kepada kerajaan di bawah naungan Pemerintahan Islam..Islam memimpin acuan negara bukan di anak tirikan..Islam tidak mengongkong penganut agama lainPas for all.

Pusat perlu akui silap sekat peruntukan pembangunan ke Kelantan – MB

Pusat perlu akui silap sekat peruntukan pembangunan ke Kelantan – MB

https://i2.wp.com/saifulislam.com/wp-content/uploads/2007/05/nik_aziz.jpg

Sesuai dengan keghairahan pemimpin-pemimpin Umno memohon maaf di atas kesilapan lampau, maka perkara serupa perlu juga dilakukan terhadap kerajaan Kelantan.

Malah mereka perlu mengakui kesilapan menyekatkan hak Kelantan mendapat peruntukan terutamanya berkaitan pembangunan yang berlaku sejak 18 tahun lalu.

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, dilihat kepada ghairahnya pemimpin Umno memohon maaf, maka perkara yang serupa juga wajar dilakukan terhadap negeri-negeri yang ditadbir pembangkang.

Sekarang masa paling sesuai bagi mengembalikan semangat demokrasi berparlimen memandangkan sejak kebelakangan ini ramai pemimpin BN memohon maaf secara terbuka di atas kesilapan-kesilapan dan penyelewengan yang pernah dilakukan mereka.

Begitu juga dalam kes pemecatan hakim-hakim kanan yang berlaku lebih 20 tahun lalu. Sebagai tanda bersalah kerajaan pusat membayar sejumlah pempasan kewangan kepada hakim yang dipecat ketika itu.

Sangat wajar sekiranya permohonan maaf turut dibuat kerajaan pusat terhadap kerajaan dan rakyat Kelantan kerana sejak sekian lama peruntukan pembangunan dinafikan.

Saya selaku Menteri Besar akan mengutuskan surat rasmi kepada Perdana Menteri supaya mengembalikan semula peruntukan pembangunan yang sepatutnya disalurkan kepada kerajaan negeri, katanya selepas majlis angkat sumpah Adun di Dewan Undangan Negeri Kelantan, hari ini.

Ekoran kemerosotan teruk prestasi pada pilihan raya umum lalu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim mahu kerajaan BN memohon maaf di atas kesilapan memecat bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas dan mencampuri urusan badan kehakiman.

Menurut senator tersebut tindakan pemecatan itu memalukan negara apabila dunia memandang serong terhadap sistem keadilan Malaysia.

Manakala dalam kes lain Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein memohon maaf secara terbuka dalam isu keris Panca Warisan yang sering dijulang setiap kali perhimpunan agung Umno diadakan.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, kalau kerajaan pusat boleh membayar kepada hakim-hakim dan mengaku kesilapan besar memecat mereka, maka perkara yang serupa perlu dilakukan terhadap Kelantan.

Kalau hakim dibayar pampasan, kerajaan Terengganu juga menuntut kembali royalti petroleum maka kerajaan Kelantan juga mempunyai hak serupa, kata beliau.

Malah tegas beliau kerajaan pusat sepatutnya menyalur kembali peruntukan dan bantuan yang menjadi hak kerajaan negeri, sesuai dengan semangat kerjasama antara negeri dengan Persekutuan sebagaimana dijamin perlembagaan.

Menurutnya kerajaan negeri di bawah BN menerima terus peruntukan pembangunan termasuk pembinaan perumahan awam kos rendah, namun ia tidak berlaku di Kelantan sejak lebih 18 tahun lalu semata-mata kerana diperintah PAS.

Sedangkan Kelantan juga sebahagian daripada Malaysia dan kerajaan negeri yang ada sekarang sebuah kerajaan sah dipilih rakyat melalui sistem demokrasi yang sama-sama kita dokongi, ujarnya.

Selain itu kata beliau kerajaan Pusat pimpinan Umno perlu memohon maaf kepada seluruh umat Islam terutamanya di Malaysia kerana melakukan kesilapan besar sepanjang tempoh 50 tahun lalu apabila tidak menjadikan Islam sebagai dasar dalam pemerintahan negara.

Menteri Besar juga melahirkan rasa syukur dan gembira di atas perubahan minda rakyat sehingga membawa kepada kemenangan besar parti-parti Pakatan Rakyat (PR) pada pilihan raya umum, baru-baru ini.

Kemenangan pembangkang dalam pilihan raya umum baru-baru ini sebenarnya melibatkan perubahan pemikiran rakyat yang yakin terhadap kemampuan Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PAS, KeADILan dan DAP.

Perubahan jelas berlaku di kalangan rakyat bukan Islam di mana mereka boleh menerima dan yakin dengan kepemimpinan PAS, kata beliau.

 

100 FAKTA KELANTAN 100 BAKAL MENGUBAH MALAYSIA

100 FAKTA KELANTAN 100 BAKAL MENGUBAH MALAYSIA

100 fakta Kelantan
100 bakal mengubah Malaysia

17 tahun bukan waktu yang pendek
17 tahun juga bukan waktu yang panjang
Tetapi 17 tahun cukup untuk mencipta 100 fakta
Bukti kewibawaan Islam agama memerintah
Mentadbir dan membangun negara

17 tahun rekod mentadbir negeri tanpa rasuah, tuan-tuan
Di zaman manusia sanggup apa saja untuk hidup senang
Menipu mencuri merasuah membunuh memurtad sekalipun
Zaman materialisme hiburan gila-gila di kemuncak ini
Di Kelantan kerajaannya bersih rasuah dan kroni
Di Kelantan tiada judi untuk mempersia-sia ikhtiar manusia
Di Kelantan tiada nite-club untuk menghina wanita
Di Kelantan kadar jenayah paling rendah
Di Kelantan aktiviti ekonominya di tangan Islam

100 fakta Kelantan
100 bakal mengubah Malaysia
Kerja lima hari seminggu di Kelantanlah bermula
Cuti bersalin 60 hari di Kelantanlah bermula
Insurans kematian untuk seluruh rakyat warga emas juga
Di Kelantan bermulanya -Takaful Kifalah

100 fakta Kelantan
100 bakal mengubah Malaysia
Di Kota Bharu pasar basah paling besar dan cantik
3000 wanita berniaga semuanya santun menutup aurat
Dinamakan nama isteri Rasulullah, Siti Khadijah

Di Kelantan ekonomi riba tidak diiktiraf
Biar kita rugi, kata Tok Guru, asalkan tidak dimarah Tuhan
Tetapi mereka tak rugi, kerana mengumpul wang dan harta
Nak senang sementara di dunia bukan tujuan.
Tujuan ialah mengumpul pahala untuk bahagia abadi di syurga
Bagi mereka akhirat adalah nyata

100 fakta Kelantan
100 bakal mengubah Malaysia
Di Kelantan tuan-tuan, menteri besarnya seorang Tok Guru
Tiap-tiap pagi menjadi imam subuh dan memberi tazkirah
Tiap-tiap pagi sebelum ke pejabat

18 tahun masih tinggal di rumah kampung berkembar masjid
Tak ada pagar tak ada pengawal tak ada orang gaji pun
Siapa-siapa boleh masuk dan berjumpa
Dia seorang yang warak dan zuhud
Gaji tiap bulan dipotong 45 peratus untuk parti dan kerajaan
Sejak dulu, elaun rumah tak pernah ambil, elaun keraian tak pernah ambil
Elaun buka puasa tak pernah ambil, elaun hari raya pun tak pernah ambil
Dan tangannya sentiasa ringan memberi sedekah
Itulah Menteri Besar Kelantan
Baru-baru ini BPR datang ke pejabatnya
Bukan kerana dia rasuah, tetapi kerana dia
Tak buat report ada orang cuba beri dia rasuah

100 fakta Kelantan
100 bakal mengubah Malaysia
Waktu mula-mula dulu mereka kata tiga bulan saja
Kerajaan PAS akan bangkrap tak ada duit nak perintah negeri
Kemudian tambah sedikit 6 bulan, kemudian jadi setahun
Sekarang 18 tahun dan ekonomi Kelantan semakin segar
Walau diskriminasi kerajaan pusat bermacam helah
Ditakut-takutkan dan dihalang pelaburan
Namun 17 tahun tanpa riba tanpa rasuah tanpa maksiat
Ekonomi Kelantan meningkat mengatasi lima negeri lain
Dulu nombor dua termiskin sekarang nombor enam di Malaysia

Dan di Kelantan tuan-tuan, tak ada tol,
nampak maupun tidak harga barangan dan makanan pun kekal murah
dan harga nikah pun masih murah

100 fakta Kelantan
100 bakal mengubah Malaysia
Belajarlah daripada Kelantan tuan-tuan
Belajarlah daripada Tok Guru
Belajarlah berfikir sebagai insan merdeka
Bebaskan minda, bebaskan minda!

ALLAHUAKBAR

ALLAHUAKBAR

ALLAHUAKBAR (Allah Maha Besar)

Kenapa sokong PAS?

Kenapa sokong PAS?

Salam. ada org yg tak minat politik, ada yg minat…ada yg sokong umno, ada yg sokong pas dll…bagi yg sokong pas, KENAPA SOKONG PAS?

kadang2 susah jugak nak jawab kan?
pada pendapat saya, sebetulnya menyokong pas kerana ISLAM dan IMAN…


kalau based on islam sahaja, pas parti islam, umno pun dipimpin oleh org melayu islam…walaupun perjuangan umno bersifat asabiyah melayu, org umno pun mengucap 2 kalimah syahadah, solat 5 waktu, puasa, tunai zakat dan pergi haji…

so utk membezakan umno dan pas ialah IMAN

walaupun kita melakukan semua yg digariskan rukun islam yg 5 tu, adakah kita beriman dengan rukun iman yg 6?

rukun iman ialah percaya kepada Allah, percaya kepada malaikat, percaya kepada kitab, percaya kepada rasul, percaya kepada hari akhirat & percaya kepada qada’ dan qadar…inilah dia sepatutnya asas iman yg juga disebut sbg asas AQIDAH kita…


adakah kita dikataan beriman jika kita tidak percaya kepada kandungan kitab al-Quran yg diturunkan Pencipta kita & Pemilik seluruh alam ini, Allah SWT melalui malaikat Jibril kepada Nabi SAW sbg panduan @ manual kepada manusia untuk hidup di dunia sebelum menghadapi hari akhirat?


sedangkan setiap rakaat solat kita, kita diwajibkan membaca surah Al-Fatihah di mana di dalamnya kita memperakukan bahawa Allah SWT adalah Raja hari pembalasan (akhirat), kepada Allah jualah kita menyembah dan kita memohon pertolongan, dan kita memohon ditunjukkan jalan yg lurus…


terkandung di dalam al-Quran mengatakan judi itu haram, tapi kita membenarkan kedai2 nombor ekor dan pusat kasino terbesar di asia tenggara di genting highland…


al-Quran mengatakan arak itu haram, tapi kita membenarkan arak dijual secara terbuka tanpa dihadkan kepada yg bukan islam sahaja…arak dijual sewenang-wenangnya di premis2 7-eleven dsb…


al-Quran mengatakan maksiat itu haram, tapi konsert2 maksiat dibenarkan secara terbuka atas nama malam tahun baru, malam kemerdekaan, konsert akademi fantasia dsb…bahkan kelab2 malam bersepah di ibu kota…


al-Quran mengatakan hukum islam itu yg terbaik kepada umat manusia…tapi kita memperlekehkan hukum Allah SWT dan menggunapakai serta percaya sepenuhnya dgn hukum ciptaan akal kita sendiri…


mungkin kita beralasan bahawa kita sememangnya beriman dan percaya kepada al-Quran…tetapi semua contoh yg disebut diatas itu bukan tanggungjawab kita, ianya tanggungjawab kerajaan melalui pemimpin2 yg kita pilih…lagipun negara ini negara majmuk…ada bukan islam cina, india dll…


sesungguhnya walaupun kita tidak menyokong judi, arak, maksiat, memperlekehkan hukum islam dan segala yg berlawanan dengan isi kandungan al-Quran secara direct, tapi disebabkan sokongan kita, maka kerajaan terbentuk…


jadi apa jua tanggungjawab kerajaan akan tertanggung ke atas diri kita…kita bertanggungjawab sama dengan pemimpin2 yg kita lantik tersebut…


Firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah ayat 166 dan 167:

166: (Iaitu) ketika ketua-ketua yg menjadi ikutan itu berlepas diri dari org2 yg mengikutnya, sedang2 kedua2 pihak melihat betapa ngerinya azab seksa itu, dan (ketika) terputusnya segala hubungan di antara mereka.

167: Dan (pada masa yg mengecewakan itu) berkatalah org2 yg menjadi pengikut: “Alangkah eloknya kalau kami dikembalikan semula ke dunia, maka (dgn itu dapat) kami berlepas diri daripada mereka sebagaimana mereka berlepas diri daripada kami (pada saat ini)! Demikianlah Allah memperlihatkan kepada mereka amal2 mereka (dgn rupa yg mendatangkan) penyesalan yg amat sgt kepada mereka, dan mereka pula tidak akan dapat keluar dari neraka.


boleh jadi pula kita mengatakan yg semua itu tidak berkait dengan diri kita, dengan soal AQIDAH kita…kita mengatakan politik dan pentadbiran negara itu lain, tambahan pula kita kan dalam masyrakat yg majmuk, sedangkan apa yg berkait dengan agama islam itu lain…islam cuma apa yg berkait spt mana rukun2 islam itu sahaja, dalam soal solat 5 waktu, puasa, zakat, pergi haji, soal nikah kawin, urusan jenazah dsb…


sesungguhnya ISLAM ITU SEMPURNA…sepatutnya kita tidak boleh menolak sebahagian dari ajaran islam dan hanya menggunapakai sebahagian yg lain…islam itu meliputi semuanya sekali iaitu dalam soal kehidupan seharian, perniagaan, politik, sosial, sukan, kejiranan, soal nikah kahwin, kematian dsb…


apabila kita hanya mengambil sebahagian dan menolak sebahagian ajaran islam yang lain, sbg contoh kita mengamalkan islam kecuali dalam soal politik dan pentadbiran negara, yg dinamakan juga sebagai SEKULAR, maka sesuailah jika dikatakan kita tidak beriman…bahkan SESAT sama sekali kerana telah menolak islam…


sbg perbandingan, apabila kita pergi membeli sesuatu barang spt sayur contohnya di pasar…kita akan hanya beli sayur yg baik dan tidak rosak…sebaliknya kita akan reject sayur yg buruk, yg dimakan ulat dsb…ini kerana sayur itu tidak sempurna lagi…


begitu jugalah dlm hal ini, apabila kita menolak sistem politik dan pentadbiran negara secara berpaksikan kepada islam, maka kita telah secara tak langsung mengatakan yg islam itu tidak sempurna sama sekali…adakah ini tidak dinamakan SESAT???


sedangkan dalam surah al-Fatihah ketika solat 5 waktu sehari semalam tadi, kita telah memohon kepada Allah agar ditunjukkan jalan yg lurus, jalan yg diberi ni’mat ke atas mereka, bukannya jalan org2 yg Allah murkai dan bukan pula jalan org2 yg sesat…


jadi dalam hal ini, apabila ada segolongan umat islam yg mengajak kita bersatu, harus ditanya atas dasar apakah untuk kita bersatu? Atas dasar islam yg sebenar atau atas dasar secular yg diberi pelbagai nama yg indah2 spt ISLAM HADHARI dsb…


dalam khutbah terakhir Nabi SAW pada 9 Zulhijjah 10H di lembah Uranah, Arafah, antara lain sabda baginda:

“Ingatlah, suatu hari kamu akan menghadap Allah dan harus mempertanggung jawabkan semua amalanmu. Karena itu berhati-hatilah jangan menyimpang dari jalan kebenaran setelah kepergianku nanti.

Ya, saudara-saudaraku, tidak akan ada Nabi atau Rasul sesudahku dan tidak akan ada agama lain yang lahir.

Oleh itu dengarlah baik-baik ya Saudaraku, dan pahamilah kata-kata yang kusampaikan kepadamu, bahwa aku meninggalkan dua pusaka, iaitulah AL-QURAN dan contoh-contohku sebagai AS-SUNNAH dan bila kalian mengikutinya tidak mungkin akan tersesat.”


wallahua’lam…

(mana yg silap, ianya dari kesilapan dan kelemahan saya sendiri yg amat terbatas dari segi ilmu)

Undang-Undang ISLAM

Undang-Undang ISLAM

al – Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan : “ andainya UMNO melaksanakan Islam yang tulen ( bukan Islam Palsu ) PAS sanggup membubarkan partinya.”

Bumi ini milik Allah , malah segalanya dibawah kawalan Allah Jalla wa A’la . Selayaknya bumi ini amnya dan tanahair ini khasnya ditadbir dan diselia berasaskan peraturan dan perundangan ( syariat ) Ilahi .Siapa kita untuk berkata “ tidak !” kepada Allah swt. Lantas PAS sejak awal penubuhannya ( biarpun melalui pelbagai kelemahan dan kekurangan ) terus mencadang supaya hukum Allah ditegakkan sebagaimana

firman Allah swt yang bermaksud :

“Dan hendaklah kamu berhukum diantara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau mengikut keinginan hawa nafsu mereka dan waspadalah terhadap mereka jangan sampai mereka memperdayakan engkau terhadap sebahagian apa apa yang telah diturunkan Allah kepadamu .Jika mereka berpaling ( dari hukum yang telah diturunkan oleh Allah ) maka ketahuilah sesungguhnya Allah berkehendak menimpakan musibah kepada kepada mereka disebabkan sebahagian dosa – dosa mereka dan sungguh kebanyakkan manusia adalah orang – orang yang fasiq .Apakah hukum Jahiliyyah yang mereka kehendaki ? Hukum siapakah yang lebih baik daripada hukum Allah bagi orang – orang yang menyakini ( agamanya ) .

(Surah al Maaidah : Ayat 49 – 50)

Namun malang 1001 kali malang , ternyata UMNO & BN sangat degil dan merekalah pembangkang yang “ istiqamah ” dengan penentangannya terhadap Islam yang dicadangkan oleh PAS agar didaulatkan atas tanahair ini .Sebenarnya tidak timbul siapakah yang akan mendaulatkan Islam , tetapi yang penting ialah Islam mesti didaulatkan . Jika UMNO bersedia mendaulatkan Islam dan melaksanakan syariat sebagaimana yang diajar oleh Nabi saw , PAS sangat bersedia untuk bekerjasama demi kedaulatan Islam.

Malang sekali lagi malang seperti slogan mereka , UMNO dulu , kini dan selamanya membangkang cadangan PAS agar Islam didaulatkan . Persoalannya , kalau PAS cadang nak laksanakan hukum Allah , mereka kata itu hukum PAS , hudud PAS atau Islam PAS lalu dimanakah hukum UMNO , hudud UMNO dan Islam UMNO setelah rakyat memberi mereka mandat yang besar dalam pilihanraya umum 2004 yang lalu dan sebelumnya . Kenapa mereka tidak melaksanakan Islam ?

Firman Allah swt :

“Orang – orang yang jika kami berikan kedudukan ( kuasa ) di muka bumi , mereka mendirikan solat , mengeluarkan zakat dan menegakkan yang ma’ruf ( syariat ) serta mencegah kemungkaran dan kepada Allah kembali segala urusan .”

(Surah Al Hajj : Ayat 41)

Saya tidak percaya mandat yang diberi untuk mereka memerintah adalah untuk mereka menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah seperti arak , judi , kelab malam dan segala macam mungkar serta kezaliman . Apa yang rakyat mahu ialah keadilan dan kesejahteraan jua keamanan sedang segalanya itu ada bersama Islam .

Laksanakanlah !

kenapa PAS tolak mentah2 ISLAM HADHARI!

kenapa PAS tolak mentah2 ISLAM HADHARI!

SEDIA dimaklumi Umno merupakan sebuah parti sekular dan hanya menerima Islam secara serpihan. Sekular bererti kebendaan, keduniaan dan anti agama. Fahaman itu mengasingkan Islam daripada kehidupan.

Sedangkan Islam menyatupadukan di antara kebendaan dengan kerohanian, keduniaan dengan akhirat dan menjadikan agama sebagai prinsip hidup serta dasar pemerintahan.

Pendokong sekular menganggap Islam hanya terbatas setakat ibadat khusus seperti sembahyang, puasa, zakat, haji dan juga urusan nikah kahwin dan pembahagian pusaka.

Mereka tidak pernah menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan mahu pun dasar pemerintahan, politik, ekonomi, kebudayaan, perundangan dan pendidikan.

Bagi mereka Islam hanya semata-mata sebagai alat untuk memenangi pilihan raya. Dulu mereka menggunakan slogan Bersih, Cekap dan Amanah. Kemudian timbul pula konsep Penerapan Nilai-nilai Islam dan Islamisasi.

Islam Hadhari tidak lebih sebagai satu istilah baru yang sukar difahami rakyat bawahan. Ia bukan bertujuan mengubah dasar parti mahu pun hala tuju negara.

Biar pun ada Islam Hadhari Umno tetap sebagai parti sekular dan bergerak menyinsihkan Islam secara halus dan senyap.

Contohnya beberapa tahun lalu Umno berusaha untuk membuang nama Islam yang digunakan PAS. Ini menggambarkan mereka tidak pernah mengiktiraf Islam biar pun kini diberi dengan wajah baru Islam Hadhari.

Ini menjelaskan lagi dasar Umno bukan Islam yang syumul (menyeluruh). Umno umpama mahu kayu bengkok, nampak bayangnya menjadi lurus.

Bagi melihat silap atau sesatnya Islam Hadhari diperturunkan beberapa hujah seperti di bawah:

a) Islam bersifat lengkap dan menyeluruh mencakupi akidah, syariah dan akhlak dalam semua bidang termasuk pendidikan, politik, ekonomi, sosial, kebudayaan, kesenian, perundangan, ketamadunan (hadharah) dan keselamatan.

Istilah Islam itu sendiri sudah mencakupi semua ajaran yang lengkap dan menyeluruh. Gambarannya menyamai istilah ‘pokok’ yang mencakupi ribuan jenis pokok ciptaan Allah di bumi ini. Dan apabila kita menyebut ‘pokok rambutan’ bererti kita telah mengubah maksud “pokok” yang sangat luas itu menjadi terlalu sempit dan terbatas hanya kepada pokok rambutan sahaja, tidak termasuk ribuan jenis pokok lain.

Begitu juga ‘Islam Hadhari’, bererti Umno telah menyempitkan konsep Islam yang lengkap dan sempurna itu menjadi terbatas dalam aspek ketamadunan sahaja, tidak termasuk akidah, akhlak, hukum dan sistem hidup Islam yang lengkap dan sempurna.

b) Islam adalah satu istilah khusus yang bersifat rabbani yang telah digazet oleh Allah SWT sendiri di dalam al-Quran. Justeru, ia tidak boleh diubah atau ditambah-tambah. Ini berbeza dengan penggunaan istilah ‘masyarakat madani’, di mana istilah masyarakat bukanlah sesuatu yang kudus sebagaimana istilah Islam.

Tetapi Islam hanya satu sahaja, tidak ada Islam Hadhari (Islam Bertamadun), Islam Badawi (Islam Mundur), Islam Liberal, Islam Plural dan sebagainya.

c) Istilah Islam hanya ada satu nama sahaja. Manakala masyarakat pula ada banyak jenis dan berbilang nama seperti masyarakat Arab, Melayu, Cina dan India. Sifat masyarakat itu sendiri tidak sempurna sebagaimana sempurnanya Islam sebagai ad-Din.

Justeru, sifat madani yang dinisbahkan kepada istilah masyarakat itu berfungsi untuk menambahkan nilai positif kepada masyarakat berkenaan dan bertujuan untuk membezakannya daripada masyarakat lain yang masih mundur atau belum bersifat madani.

d)Penggunaan istilah Islam Hadhari membawa implikasi dengan menganggap Islam itu ada banyak jenis seperti ada Islam Hadhari, ada Islam Liberal dan Islam Plural. Istilah Islam Hadhari juga boleh digunakan untuk membandingkanya dengan beberapa jenis Islam yang lain. Istilah Masjid Muhammadi contohnya bertujuan untuk membezakannya dengan masjid-masjid yang lain.

Padahal Islam itu sendiri hanya ada satu sahaja dan tidak ada lagi Islam yang kedua, ketiga dan sebagainya. Islam adalah agama tauhid yang menuntut manusia memberikan kepatuhan yang mutlak kepada Allah dan Rasul (al-Quran dan as-Sunnah). Islam telah lengkap dan sempurna.

Kalau Islam ditaja Perdana Menteri bernama Islam Hadhari, maka Islam yang diperjuangkan Nabi Muhammad s.a.w pula bernama Islam apa?

e) Penggunaan istilah Islam Hadhari secara langsung menunjukkan Umno menganggap bahawa Islam yang diperjuangkan Rasulullah s.a.w sebagai Islam yang mundur, kuno dan tidak bertamadun atau dalam bahasa Arabnya disebut Islam Badawi.

f) Penggunaan istilah Islam Hadhari adalah berpunca daripada fahaman sekular yang menolak Islam sebagai ad-Din (sistem hidup yang lengkap). Ajaran Islam yang syumul didapati tidak sesuai dengan hawa nafsu dan fahaman kebendaan.

g) Penggunaan istilah Islam Hadhari itu sendiri adalah satu manifestasi yang membuktikan wujudnya tindakan dan budaya suka melakukan pengubahan dan penyelewengan fakta pada sesetengah ajaran dan hukum Islam.

Istilah rasuah ditukar kepada politik wang yang dianggap tidak berdosa dan tidak bercanggah dengan undang-undang sehingga tidak berhak disiasat BPR.

Atas alasan ini jugalah Umno sanggup melakukan penipuan dalam pilihan raya dan menolak Islam yang berteraskan kebenaran, keadilan dan kebajikan sebagai dasar pemerintahan negara.

h) Penggunaan istilah Islam Hadhari itu sendiri adalah terbalik dan membawa maksud yang sangat negatif. Istilah yang betulnya ialah dengan meletakkan Islam di belakang seperti orang Islam, masyarakat Islam, negara Islam, undang-undang Islam atau Hadharah Islamiyyah.

Bukannya dengan meletakkan Islam di hadapan menjadi nama Islam Hadhari, Islam orang, Islam sejarah dan sebagainya. Bandingannya samalah seperti kita mengatakan rumah along, kereta along dan beruk along, bukannya along beruk, along kereta atau along rumah kerana itu adalah suatu panggilan penghinaan berbentuk caci maki.

i) Tujuan penggunaan istilah Islam Hadhari kerana Umno mahu membebaskan parti mereka daripada petunjuk al-Quran dan Sunnah. Islam hanya dijadikan sebagai alat untuk memperolehi sokongan bangsa Melayu dalam pilihan raya, bukannya sebagai prinsip hidup, dasar parti dan matlamat perjuangan.

j) Tujuan Islam Hadhari untuk melemahkan sokongan rakyat kepada PAS yang berjuang untuk mendaulatkan Islam yang syumul (menyeluruh) di bumi tercinta ini. Islam Hadhari adalah Islam baru yang tidak lagi terikat dengan al-Quran dan as-Sunnah. Ia secara automatik menolak Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.

Kesimpulannya, tujuan dan pendekatan Islam Hadhari diperkenalkan adalah sangat menyeleweng sejak dari awal lagi. Ia dipertikaikan para ulama dan cendikiawan Islam. Bekas Ketua Dewan Ulama’ PAS, Dato’ Harun Taib menegaskan bahawa Islam Hadhari adalah satu agama baru.

Syeikh al-Azhar, Mesir juga tidak bersetuju dengan penggunaan istilah Islam Hadhari. Beliau mencadangkan supaya diubah dengan nama “al-Manhajul Hadhari lil Islam” yang bermaksud “Manhaj Hadhari bagi Islam” yang secara jelas tidak menyokong penggunaan istilah Islam Hadhari. Tapi malangnya pimpinan Umno menterjemahkannya dengan maksud “Manhaj Islam Hadhari”.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat mempersoalkan kalau ada Islam Hadhari, maka ada pula Iman Hadhari? Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang juga menolak Islam Hadhari dalam bukunya ‘Hadharah Islamiyyah bukannya Islam Hadhari’.