Mengapa WANITA sangat Istimewa……

Mengapa WANITA sangat Istimewa……

Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. “..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah….” Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas…leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi.. basuh jap… susun pinggan kat rak, lap dapur.. terpercik kena sambal masa masak tadi…

check air panas dalam flusk.. takut habis pulak nanti malam anak nak susu…memang dah kering pun flusk ni, jerang la air… sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong…. salin la gula…check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi…ishh. ..ni lauk bila ni, semalam…dah beku dah…basuh la kejap….pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh…

penat dah ni, besok je la basuh…sidai kaian lap je lah… tik…bunyi air dah masak…salin air dalam flusk…ok settle… baru teringat tak semayang lagi…on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi…nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska…check. ..baju 2 pasang, towel…towel kecik utk selsama…calamine lotion untuk sapu ruam…pampers 4 keping….alamak. .telupa pulak masukkan botol…basuh botol jap…ok settle…

ternampak pulak beg g keje…emm.. besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je…salin jap barang2 g beg coklat…cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti…hishhh sempit la beg ni…hangin je…nak kena beli ni beg baru…rasenya 25 hb ni Sogo sale nih…mana flyers tadi ek…ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle…

Tetiba dengar suara papa…”..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido..”….”..yelah nak tido la ni..nak smayang jap…” masuk toilet..buat apa2 yang patut…cuci muka dulu..2 jenis lak tu…adoi..gosok gigi…smayang. ..pakai toner…pakai treatment cream…nak lawa and maintain punya pasal lah ni… nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak…huhuhuhu. .. bukak almari…emmm. ..pakai baju hijau ni lah besok…gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni…kat bilik belakang… la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh …g dapur, basuh, sambung gosok baju…gantung elok2…kemaskan baju gantung2…masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor…ok settle.. dgr suara papa lagi…”..i dah ngantuk ni..”..dalam pada nak masuk ke bilik…

owh. ..pokok aku dah nak mati ni ha..lupa dah 3 hari tak siram…ok, siram jap…check jap pintu ni…sah tak kunci lagi…grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku…bukak lampu luar.. ni mainan ni sepah2…masukkan la dalam bakul mainan budak ni…banyak nya…sampai bawah meja makan pun ade…adoi.. ..ok dah … ok dah boleh baring…adoi sakitnya pinggang…cium si comel ni kejap…selimutkan die…la..napa basah ni…emm, tukar la pempers ni…tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la…nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali…ok sayang tido k…kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k…gud nite..sweet dreams…

aaahh…sedapnya dapat baring…mana pulak lotion sapu kurus aku nih…ha, ni dia…sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm…setkan program kerja besok…pg kul 9.30 ade meeting.. ahh…boring. ..panas pulak lotion nih..dah la…emm..sedapnya lelapkan mata…

Ya Allah…terima kasih untuk rezekiMU hari ini,…mohon keberkatan dari mu tuhan…papa pun bangun tutup tv…”…i dah ngantuk sangat ni…nak tido lah…citer pun tak best malam ni, bola pun takde…”…selang seminit …dengar suara papa berkeruh…dah agak dah…. So?….apa yang peliknya..?? Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?…SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT….tu yang tak boleh nak mati cepat tu… ( andaian penulis ) Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah… setiap wanita adalah istemewa dengan cara mereka sendiri… Kalau lelaki mengakui kebenaran ini….hormat dah hargailah mereka…untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari…

From : OrgPuang

Advertisements

Ramadhan :Berlumba-lumba kerjakan ibadah 10 malam terakhir

Ramadhan : Berlumba-lumba kerjakan ibadah 10 malam terakhir


Bulan Ramadhan yang mulia ini sudah menghampiri penghujungnya apabila kita sudah memasuki tahap ketiga Ramadhan iaitu tahap pembebasan umat Islam yang bertaqwa dari seksa neraka.

Penghujung Ramadhan ini juga kebiasaannya disebut-sebut sebagai 10 malam terakhir, di mana umat Islam diseru agar merebut peluang bagi menghidupkan malam-malam akhir Ramadhan yang begitu besar ganjarannya.

Ketika ini, umat Islam sangat dituntut supaya membuat banyak amalan, di mana malam Lailatul Qadaryang digandakan pahala amalan pahala itu selama 1000 bulan.

Bermakna sesiapa sahaja yang melakukan amalan baik seperti membaca al-Quran, solat sunat dan apa jua yang baik, semuanya diberikan bonus 1000 bulan berturut-turut – satu ganjaran yang sangat mahal nilainya.

Anugerah Allah SWT ini tidak lain dan tidak bukan kerana umur umat Nabi Muhammad pendek berbanding umat Islam terdahulu.

Justeru, Allah SWT member peluang kepada kita untuk menggunakan kesempatan yang ada untuk beramal soleh sebagai bekalan di akhirat kelak.

Ketika ini jugalah nafsu kita sebagai umat Islam perlu dikekang sebaik-baiknya. Kerana kebiasaannya dipenghujung Ramadhan ini, surau-surau semakin lengang apabila masing-masing sudah bersiap sedia untuk menyambut hari raya.

Biarpun hari raya itu memang wajar disambut, janganlah sampai terleka hingga amalan-amalan yang sepatut ditingkatkan, tertinggal begitu sahaja.

Umat Islam perlu mencontohi Rasulullah SAW dan para sahabat terdahulu yang bersedih apabila akan meninggalkan Ramadhan yang penuh rahmat ini. Keadaan kita sekarang ini sudah berbeza apabila kita sudah terleka untuk meningkatkan amalan di 10 malam terakhir ini.

Umat Islam juga digalakkan beriktikaf di masjid dan surau-surau menuruti sunnah Rasulullah SAW dan isterinya – yang berhenti dari aktiviti-aktiviti lain untuk meghidupkan malam-malam terakhir tersebut.


Ramai di kalangan umat Islam yang bersedia awal untuk menyambut Syawal, namun berapa ramai yang bersedia untuk menghadapi kematian? Matlamat Ramadhan itu adalah untuk mencapai ketaqwaan.

Sesungguhnya terdapat 4 syarat untuk mendapat darjat taqwa iaitu :

1) Mesti ada rasa gerun pada ALLAH

2) Mereka yang patuh pada syariah

3) Mereka yang reda dengan pemberian ALLAH

4) Mereka yang membuat persiapan untuk menghadapi kematian.

Solat Jemaah : Bila mana perlu Qada Solat Zuhur?

Solat Jemaah : Bila mana perlu Qada Solat Zuhur?

Sesiapa yang luput waktu Zuhur, mereka sedar hanya sesudah masuk waktu Asar, ketika itu dia wajib mendirikan solat Zuhur dahulu, diikuti dengan tunaikan solat Asar pula.

Apabila masuk waktu Asar, dia mendapati solat jemaah Asar sedang didirikan. Dia mesti mengutamakan solat jemaah Asar yang didirikan secara tunai, kemudian diikuti dengan solat Zuhur secara bersendirian.

Kerana solat jemaah yang dilakukan secara tunai itu lebih aula daripada solat secara sendirian qada Zuhur.

Kuliah Daripada Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Terlupa dalam Sembahyang dan sujud Sahwi

Terlupa dalam Sembahyang dan sujud Sahwi

Mengenai orang yang tertinggal tahiyyat yang pertama, ataupun syak tentang rakaat sama ada dia berada pada rakaat kedua, ketiga atau keempat, hukumnya ialah ambil yang yakin.

 

            Misalnya antara satu rakaat atau dua, semestinya yang satulah yang yakin. Antara dua rakaat atau tiga, semestinya dua yang diyakini, ambillah keputusan ke atas yang diyakini.

 

            Sebelum salam dia dikehendaki melakukan dua kali sujud sahwi. Sekiranya sujud sahwi pun terlupa juga, boleh sujud sahwi sesudah salam sekiranya masih masih baru terjadi.

 

            Masalah waswas ketika takbiratul ihram, menurut Imam Al-Ghazali punca waswas ketika niat hanya dua perkara sahaja. Jika tidak mindanya orang itu tidak waras maka kejahilan menjadi penyebabnya.

 

Kuliah Daripada Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Terlalu Cermat dalam Solat tidak dituntut

Terlalu Cermat dalam Solat tidak dituntut

Terdapat segolongan manusia yang terlalu cermat, apabila hendak melakukan solat di keluarkannya segala benda yang terdapat dalam kocek baju atau kocek seluarnya.

 

            Perbuatan yang kononnya hendak bercermat itu boleh dikira melampaui kewajaran dalam beragama, sedangkan perkara tersebut tidak dituntut oleh Islam.

 

            Sebagaimana di firmankan oleh Allah SWT yang bermaksud : “Wahai ahli kitab, janganlah kamu melampaui batas dalam agamamu, janganlah kamu mengatakan terhadap Allah kecuali yang benar”. (Surah an-Nisa ayat 171).

 

            Ayat tersebut meskipun ditujukan kepada ahli kitab, tetapi tujuannya ialah mengingatkan manusia agar jangan melampau dalam beragama.

 

            Mengeluarkan sesuatu atau menanggalkan kerana syak wasangka terhadap kemungkinan adanya najis pada benda-benda itu, suatu sikap yang tidak berasas kepada ilmu yang hak.

 

            Perbuatan terlalu bercermat yang tidak disuruh oleh agama, akibatnya akan menyusahkan diri sendiri dan menganggu orang lain.

 

            Dihuraikan dalam kitab-kitab fiqh seperkara boleh dimaafkan, iaitu najis yang sukar diatasi lantaran bersifat bala umum(umum balwa).Misalnya binatang cicak yang melepaskan najis merata-rata, hingga dalam kolah untuk berwuduk dipenuhi najis cicak yang tidak mungkin dapat sentiasa dibersihkan.

 

Kuliah Daripada Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Solat Jemaah : Sembahyang bukan untuk mendapat rakaat sahaja

Solat Jemaah : Sembahyang bukan untuk mendapat rakaat sahaja

Apabila makmum datang ketika imam sedang sujud, dia tidak seharusnya menunggu imam bangun untuk mendapat rakaat.Sesungguhnya solat itu bukan semata-mata untuk mendapat rakaat, ia adalah sumber pahala berjemaah dengan tidak mengira ketika bagaimana makmum masuk berjemaah.

 

            Diriwayatkan bahawa terdapat manusia pada hari Akhirat kelak timbangan pahala amalnya sama berat antara dosa dan pahala. Rupa-rupanya terdapat pahala yang terhasil daripada amal orang itu, ialah dating ketika sujud bersama imam untuk berjemaah. Sedangkan mereka sedar perbuatannya itu tidak memperolehi rakaat.

 

            Tetapi oleh kerana dia terlalu kasih dan saying kepada Allah SWT, lalu dia sujud bersama imam untuk mendapat fadhilat sujud. Kerana dia yakin bahawa sujud adalah antara amal yang disukai Allah SWT.

 

            Alangkah bahagianya apabila malaikat mendapati amal pahala solehnya mengatasi amalnya yang tidak baik.

 

Kuliah Daripada Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

 

 

Penting..Selamatkan Rakyat Gaza !

Selamatkan Rakyat Gaza !

 
 

Berikut Adalah Surat daripada Setiausaha Gerakan al-Ikhwan al-Muslimun di Mesir untuk umat Islam di seluruh dunia. Surat ini telah dikirimkan kepada pertubuhan-pertubuhan Islam dan kemanusiaan di seluruh dunia. Saya telah diminta untuk menterjemahkannya kepada seluruh rakyat Malaysia yang peduli terhadap isu Palestin. Beberapa perubahan kecil dari teks asalnya sewaktu proses penterjemahan demi menyesuaikannya dengan budaya, mentaliti dan realiti rakyat Malaysia.Diharapkan agar para pembaca dapat menyebarkan surat ini kepada para pembaca bahasa Melayu yang alin demi menyemarakkan usaha menyelamatkan rakyat Gaza yang sedang menderita akibat kepungan Rejim ZIonis yang zalim dengan bantuan Amerika Syarikat.

“Dan Janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang beriman” (Ali-Imran 139).

Seruan daripada Allah s.w.t kepada sekelian orang yang beriman…. Kamu sekali-kali tidak akan ditimpa ketakutan, tidak akan diselubungi kesedihan dan hati kamu sekali-kali tidak akan dirundungi kekecewaan. Kekecewaan tidak sekali-kali akan dapat diharmonikan dengan keimanan. Kamu berada pada darjat yang paling tinggi selagi mana kamu beriman dan sentiasa mempunyai talian yang kuat dengan Allah yang Maha Mulia lagi Berkuasa.

Keadaan di Gaza memerlukan sikap pro-aktif umat Islam sedunia. Adalah menjadi satu kezaliman bagi kaum Muslimin membiarkan saudara mereka di Palestin berterusan dizalimi oleh rejim Zionis Israel dan sekutunya. Kita boleh melakukan banyak perkara demi untuk saudara-saudara kita di Gaza….

Dengan ini, saya menyeru setiap pihak agar:

1- Qunut Nazilah – Membaca qunut nazilah pada setiap kali solat dan ajarkan makna qunut dan cara melakukannya kepada orang-orang yang masih belum mengetahui hakikat qunut.

Keadaan di Gaza memerlukan sikap pro-aktif umat Islam sedunia. Adalah menjadi satu kezaliman bagi kaum Muslimin membiarkan saudara mereka di Palestin berterusan dizalimi oleh rejim Zionis Israel dan sekutunya.


2- Tinggalkan makanan, minuman dan kerehatan yang berlebihan dan salurkannya kepada saudara-saudara kita di Palestin. Salurkan wang anda kepada pertubuhan-pertubuhan kebajikan tempatan yang terlibat menguruskan sumbangan untuk membantu rakyat Palestin.

3- Mendermalah untuk pembelian ubat-ubatan yang diperlukan. Menyumbang secara terus sama ada sumbangan yang berbentuk material ataupun kewangan. Hospital-hospital dan klinik-klinik di Gaza sedang kehabisan ubat-ubatan untuk merawat para pesakit.

4- Bagi sesiapa yang mempunyai kemampuan dan kesempatan, sertailah misi-misi kemanusiaan untuk membantu rakyat Gaza (untuk menyalurkan kelengkapan pakaian, makanan dan bahan api)

5- Mobilisasi rakyat untuk bangkit melahirkan solidariti bersama rakyat Gaza yang dizalimi dan sedang menghadapi krisis kemanusiaan yang semakin meruncing. Demo, bantahan, memorandum dan juga segala wasilah yang sesuai mestilah digunakan untuk tujuan tersebut.

6- Sebarkan maklumat kesengsaraan rakyat Gaza kepada seluruh rakyat dan penduduk dunia melalui teknologi yang ada seperti poster, banner, penulisan artikel di akhbar-akhbar, majalah-majalah, e-mail, laman web, sms, Ym dan lain-lain lagi.

7- Wujudkan Tabung Palestin di setiap rumah (Didiklah anak-anak agar mula menabung dari duit perbelanjaan mereka untuk rakyat Palestin). Sikap ini akan mewujudkan perasaan kebersamaan mereka dengan rakyat Palestin yang ditindas.

8- Bagi para pemudi dan wanita yang beriman, mereka hendaklah berderma dengan barang-barang perhiasan berharga yang mereka miliki.

Sebarkan maklumat kesengsaraan rakyat Gaza kepada seluruh rakyat dan penduduk dunia melalui teknologi yang ada seperti poster, banner, penulisan artikel di akhbar-akhbar, majalah-majalah, e-mail, laman web, sms, Ym dan lain-lain lagi.


9- Kepada seluruh warga yang bekerja, gunakanlah kedudukan kamu untuk menyelamatkan Palestin. Sebagai contoh :-

a. Para Pendakwah : Bangunkan Ummah untuk membantu Palestin dan serulah pihak-pihak berkuasa dengan kebenaran.

b. Ahli-ahli Parlimen : Gunakan segala jentera pemantauan supaya Kerajaan melaksanakan tanggungjawabnya secepat mungkin.

c. Para aktivis Politik dan Parti : Himpunkan rakyat untuk isu ini, berlumba-lumbalah sekarang untuk menyelamatkan ummah.

d. Para Pengamal Undang-undang : Berusahalah di peringkat nasional dan antarabangsa untuk mengutuk perang dan penyembelihan secara beramai-ramai ini.

Para aktivis Politik dan Parti : Himpunkan rakyat untuk isu ini, berlumba-lumbalah sekarang untuk menyelamatkan ummah.


e. Para Wartawan : Gunakan kedudukan anda untuk membentuk pendapat umum rakyat samada melalui media bercetak mahupun media audio visual. Sebarkan kesedaran mengenai usaha ummah untuk menyelamatkan Palestin. Dedahkan pekung musuh, berilah peringatan kepada mereka yang masih bersikap alpa dan leka, serulah ummah dan bangunkan orang-orang yang lalai.

Gerakerja secara kolektif

Ikhwan Muslimin, seluruh parti politik dan pertubuhan-pertubuhan NGO, sekarang ini sedang berhimpun untuk menyusun usaha secara kolektif menuntut supaya pintu masuk di setiap sempadan di Palestin untuk dibuka. Dengan izin Allah, semua pertubuhan ini dengan kerjasama daripada bangsa Arab, umat Islam dan seluruh rakyat di dunia akan melakukan apa yang tidak dilakukan oleh negara-negara dan institusi-institusi antarabangsa.

“Dan katakanlah, “ Bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga RasulNya dan orang-orang Mukmin..” (At-Taubah : 105)

Note:
Dr. Mahmoud Ezzat,
Setiausaha Agung,
Jamaah Ikhwan Muslimin.
Terjemahan : Maszlee Malik