Impikan anak soleh

Alhamdulillah.. perkahwinan itu satu tuntutan untuk kita sebagai seorang Islam.

Perkahwinan bukan hanya untuk seks sahaja, malah lebih besar lagi.. iaitu Amanah kita untuk melahirkan lebih ramai bilangan pengikut nabi kita, Muhammad Ya Rasulullah…

Semua orang impikan anak Soleh dan Solehah..

 

Mendidik anak lebih sukar berbanding menjaga pokok, rumah, kereta dan sebagainya.. Namun, mendidik anak, membawa erti yang sangat menghiburkan hati kita… Kerana anak kita mempunyai perasaan.. dengan perasaan itulah membuatkan kita melahirkan kasih sayang.

Bersabarlah mendidik anak.. DAN reflek pada diri kita sebagai ibubapa.. kita nak anak rajin solat, rajin baca al-quran.. berakhlak baik, berbudi bahasa, MAKA kita harus mulakan pada diri kita dahulu. 

Dan bila kita mendidik anak kita, beradalah diri kita dizamannya, bukan lagi terbawa-bawa zaman kita yang lalu. Peluklah anak kita meskipun dia telah besar.. kerana anak sering ingin ibubapa memeluknya.. Percayalah..

Advertisements