Hikmah Lailatul Qadar

Aku sujud padaMu ya ALLAH..

LAILATUL Qadar adalah malam yang berlaku pada Ramadan. Malam ini disebutkan dalam dua surah al-Quran, iaitu pada surah al-Dukhan dan al-Qadr.

Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya kami telah turunkan al-Quran itu pada malam yang penuh keberkatan dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan.” (Surah al-Dukhan, ayat 2)

Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya kami telah turunkan al-Quran itu pada malam kemuliaan.” (Surah al-Qadr, ayat 1)

Berdasarkan ayat di atas dapat dilihat bahawa malam al-Qadar disebut juga dengan malam yang penuh keberkatan. Sebab pada malam itu Allah mencucuri pelbagai rahmat, keampunan dan keberkatan kepada orang yang beramal dengan khusyuk dan berdoa dengan penuh keikhlasan.

Kepada mereka Allah memberikan ganjaran kebaikan yang sama nilainya dengan beramal seribu. Firman Allah bermaksud: “Malam al-Qadar itu itu lebih baik daripada seribu bulan.” (Surah al-Qadr, ayat 3)

Ada beberapa riwayat yang menceritakan sebab Allah menurunkan malam al-Qadar untuk umat Muhammad.

Menurut Imam Malik, Rasulullah melihat bahawa umur umatnya tidak sepanjang umat sebelum mereka, baginda bermohon kepada Allah memberikan peluang di mana umatnya supaya dapat beramal dengan yang nilainya sama dengan amalan umat sebelum mereka.

Berdasarkan permohonan inilah maka Allah menurunkan Lailatul Qadar.

Syeikh Muhammad Abduh berpendapat bahawa sebab malam itu diturunkan kepada umat Muhamad kerana Qadar itu bermakna ketentuan atau takdir. Pada malam itu Allah mula mentakdirkan agama-Nya dan memerintahkan nabi-Nya untuk menyeru manusia kepada agama yang melepaskan mereka daripada segala kehancuran dan kerosakan.

Pendapat Syeikh Muhammad Abduh ini berdasarkan kenyataan bahawa al-Quran pertama kali diturunkan pada malam al-Qadar. Turunnya al-Quran pada dasarnya adalah watikah pelantikan Muhammad sebagai nabi dan rasul yang bertanggungjawab menyampaikan risalah Islam. Begitu juga dalam mengubah corak hidup manusia daripada alam jahiliah kepada suasana Islam. Ertinya malam al-Qadar itu adalah malam disyariatkan Islam kepada umat Nabi Muhammad sebagai agama penyelamat untuk seluruh alam.

Ada ulama lain yang menyatakan bahawa penyebab dikatakan dengan malam al-Qadar kerana pada malam itu Allah menetapkan takdir setiap makhluk baik berupa rezeki, umur atau sakit atau sihatnya seseorang untuk jangka masa setahun, iaitu dari malam al-Qadar tahun ini hingga ke malam al-Qadar tahun depan.

Mengenai jatuhnya malam al-Qadar, ulama berbeza pendapat mengenainya. Imam Nawawi berkata bahawa sebahagian ulama menyatakan malam itu bergilir dari tahun ke tahun. Ertinya apabila pada tahun ini berlaku pada malam 29 Ramadan, maka tahun akan datang datang pada malam berbeza.

Hal sama dikatakan oleh Ibn Hazm bahawa Lailatul Qadar itu ada kalanya pada malam 21, 23, 25, 27 atau 29 Ramadan.

Sementara menurut jumhur ulama, Lailatul Qadar berlaku pada malam yang sama pada setiap Ramadan iaitu pada malam 27 Ramadan. Ini berdasarkan hadis Rasulullah daripada Ubai bin Ka’ab yang diriwayatkan oleh Tirmizi dan hadis dari Mu’awiyah yang diriwayatkan Abu Dawud. “Saya mendengar Rasulullah bersabda carilah Lailatul Qadar itu pada malam 27.”

Sebahagian sahabat dan ulama mencuba menentukan Lailatul Qadar dengan cara lain, iaitu menggunakan rumusan tertentu.

Ibnu Abbas berkata bahawa surah al-Qadr itu terdiri daripada 30 kalimah. Kata salamum hiya (selamat sejahteralah malam itu) berada pada kalimah yang ke-27. Oleh itu Ibnu Abbas menyatakan bahawa malam al-Qadar berlaku pada malam ke-27.

Sementara sebahagian ulama menyatakan bahawa kalimat Lailatul Qadr terdiri daripada sembilan huruf. Dalam surah al-Qadr kata-kata Lailatul Qadr itu diulang-ulang sebanyak tiga kali. Maka sembilan darab tiga adalah 27. Maknanya Lailatul Qadar itu berlaku pada malam 27.

Sementara ulama lain seperti Ahmad Marzuk dan Ibnu Arabi berpendapat bahawa Lailatul Qadar itu berlaku pada malam Jumaat ganjil pada 10 malam terakhir Ramadan.

Namun dalil yang paling kuat mengenai Lailatul Qadar adalah hadis daripada Aishah yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari. “Carilah sedaya-upaya kamu Lailatul Qadar itu pada sepuluh malam ganjil pada akhir Ramadan.”

Perbezaan pendapat sahabat dan ulama ini sebenarnya adalah satu kenyataan bahawa tidak ada satu dalil jelas yang menunjukkan bila malam ini berlaku. Tetapi sahabat dan ulama bersepakat dengan hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Aishah tadi bahawa malam itu berlaku pada sepuluh malam ganjil akhir Ramadan.

Menurut Prof Wahbah al-Zuhayli, sebab dirahsiakan Lailatul Qadar supaya umat Islam sentiasa berusaha beribadah pada setiap malam Ramadan tanpa menumpukan pada satu malam saja. Ini kerana setiap malam pada Ramadan memiliki hikmah dan rahsia tersendiri

Advertisements

Raihan – Lailatul Qadar

Di dalam bulan Ramadhan
Ada satu malam
Nilainya menyamai
Dengan seribu bulan

Itulah dia malam Al-qadar
Hadiah pada hambanya yang bertaqwa


Di dalam bulan ramadhan
Ada satu malam
Nilainya menyamai
Dengan seribu bulan

Singkaplah tabir
Di sepuluh malam terakhir
Berlumba kita mencari keredhaanNya
Hidupkan malam beribadah dan iktikaf
Berdoa, bertasbih dan memohon keampunan

Malam apakah ini ?
Kiraannya 83 tahun
Melangkaui kadar lazim biasa umum
Usia umat nabi pilihan
Beruntunglah bagi hamba

Di dalam bulan Ramadhan
Ada satu malam
Barangsiapa yang menghidupkan
Lailatul Qadar
Akan diampunkan dosa-dosanya yang silam

Ya Allah
Yang memberi
Kemaafan
Maafkanlah kami
Semua hamba-hambaMu

Balasan atas perbuatan kita

prayer

Pernah kah antum berfikir..bila kat dunia ini..ada orang buat jahat di balas jahat tp ada yang buat jahat di balas baik..dan ada jugak buat baik di balas baik dan juga bila buat baik di balas jahat..

Mengapa persoalan ini timbul?

Ini adalah kerana Dunia dan Akhirat itu berbeza…apa yang perlu antum setkan dalam minda adalah Dunia ini bukan untuk tempat pembalasan sebenar. Dunia adalah tempat untuk mencari bekalan yang perlu dibawa ke Alam yang kekal..Jangan sia-siakan usia antum dengan kelalaian “tipuan dunia”.

Mengapa ana cakap begini…?

Kalau betul dunia tempat pembalasan sebenar..sudah tentu ramai orang jahat akan merana dengan perbuatan jahatnya..dan imam-iman dan alim ulama’ di masjid mesti kaya raya kerana amal baiknya

Di Hari Pembalasan..ingatlah Balasan adalah setimpal dengan perbuatan kita di dunia

Ingat firman Allah SWT ini:

Maksudnya : Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Surah Al-Hujurat ayat 13


**Sesungguhnya hanya ALLAH yang mengetahui**

WaAllahualam…Yang baik itu datang dari Allah SWT, dan yang kurang itu datang dari kelemahan diri ana.. Selamat beramal.

Video: Mulianya Ramadhan, Rem

Hari Esok Kita Berpuasa
Setahun Sekali Hanya Sebulan
Sempatkah Kita Menyempurnakan
Hingga Sampai Ke Penghujungnya

Sebulan Ramadhan Kita Berpuasa
Menahan Diri Dari Lapar Dahaga
Menekan Nafsu Bermaharajalela
Melatih Diri Beramal Sentiasa

Sepanjang Ramadhan
Syaitan Dalam Rantaian
Terbuka Luas Pintu Kebaikan
Tanda Rahmat Kasih Sayang Tuhan
Itulah Kemuliaan Di Bulan Ramadhan

Solat Tarawih Menjadi Amalan
Meriahkan Lagi Keberkatan Malam
Tadarus Quran Penambah Seri
Tenangkan Hati Membersihkan Diri

Paling Istimewa Di Bulan Ramadhan
Berlakunya Malam Lailatul Qadar
Turunlah Malaikat Meraikan Semua
Menyambut Amalan Yang Ikhlas Di Antara Kita

Sebulan Sudah Ramadhan Bersama
Tibalah Syawal Tanda Kemenangan
Sempurnakah Segala Amalan
Adakah Kita Berjumpa Semula
Di Ramadhan Yang Akan Datang

Kelahiran seorang hamba

Allah_Bee

firman Allah :

Maksudnya : Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Surah Al-Hujurat ayat 13

Ibn Masud ada mengatakan bahawa satu ketika Rasulullah S.A.W menggariskan satu garisan dengan tanganya sambil bersabda “ Ini adalah merupakan jalan Allah yang lurus. Kemudian baginda menggariskan di sebelah kanan dan kiri sambil bersabda “ Ini adalah merupakan jalan-jalan yang tidak disertakan setiap jalan itu, kecuali syaitan mengajak manusia mengikuti jalan itu. Lalu Nabi S.A.W membacakan satu Firman Allah S.W.T yang bermaksud : Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (ugama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah _ Hadith riwayat Imam Ahmad ibn Hanbal


Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.” – Surah Al-Baqarah ayat 257


Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.” –  Al-Fatihah ayat 6-7

Belian Barangan Raya

http://www.nuffnang.com.my/

Ramadhan: Kaitan antara puasa dan sabar

sabar umpama bintang2 di langit

KETIKA berpuasa, umat Islam amat dituntut bersabar dan menahan diri daripada melakukan sesuatu yang boleh mengurangkan pahala puasa. Sikap sabar dan puasa saling berkaitan antara satu sama lain kerana tujuan puasa adalah melatih kesabaran.

Imam al-Ghazali dalam kitab Ihya’ Ulumuddin menerangkan, melalui kesabaran ia akan menerbitkan sifat ketakwaan dan sabar juga adalah salah satu proses tazkiyah an-naf (menyucikan diri).

Kaitan sabar dan puasa banyak dijelaskan dalam hadis. Dalam hadis yang masyhur, Rasulullah saw menjelaskan bahawa puasa adalah ibadat yang boleh membentuk sifat sabar.

Sabda Baginda yang bermaksud: “Puasa itu kesabaran dan kesabaran itu sebahagian daripada iman.” (Hadis riwayat Ibn Majah).

Kaitan puasa dengan kesabaran ini menyebabkan Ramadan turut dipanggil Syahru As-Sabr (bulan kesabaran).

Dalam hadis yang masyhur pula, puasa adalah junnah. Junnah bermaksud perisai, benteng atau penyelamat bagi manusia daripada melakukan perbuatan bercanggah dengan ajaran agama.

Kesabaran yang asas pada ibadat puasa mengikut tafsiran ulama adalah imsak iaitu menahan diri daripada makan dan minum, manakala sabar dari sudut terperinci adalah sabar seperti kesabaran yang ditonjolkan oleh Rasulullah.

Justeru dalam banyak riwayat dijelaskan bahawa Rasulullah tetap bersabar walaupun Baginda diperlakukan dengan kejam oleh golongan kafir Makkah.

Selain riwayat muktabar, banyak hadis yang menggesa seseorang supaya bersabar walaupun dicerca, dimaki atau dihina ketika berpuasa.

Tuntutan ini sejajar dengan prinsip akhlak Islam iaitu ‘membalas kebaikan apabila diberi kebaikan dan membalas kebaikan juga apabila diberi kejahatan’.

Bagaimanapun, berkenaan tahap kesabaran, seseorang perlu bijak mengurusnya agar mereka tidak menjadi dayus.

Oleh itu, tidak dinamakan kesabaran apabila seseorang hanya membiarkan pencuri memasuki rumah atau diancam yang mengancam agama, diri, keluarga dan negara.