Doa Dhuha (UNIC) Official

Alhamdulillah sejak mendengar Nasyid Doa Dhuha.. semakin bersemangat kita untuk melaksanakan ibadah Sunat Dhuha.. Jom Kita dengar.

Maher Zain – Open your Lens

Raihan – Lailatul Qadar

Di dalam bulan Ramadhan
Ada satu malam
Nilainya menyamai
Dengan seribu bulan

Itulah dia malam Al-qadar
Hadiah pada hambanya yang bertaqwa


Di dalam bulan ramadhan
Ada satu malam
Nilainya menyamai
Dengan seribu bulan

Singkaplah tabir
Di sepuluh malam terakhir
Berlumba kita mencari keredhaanNya
Hidupkan malam beribadah dan iktikaf
Berdoa, bertasbih dan memohon keampunan

Malam apakah ini ?
Kiraannya 83 tahun
Melangkaui kadar lazim biasa umum
Usia umat nabi pilihan
Beruntunglah bagi hamba

Di dalam bulan Ramadhan
Ada satu malam
Barangsiapa yang menghidupkan
Lailatul Qadar
Akan diampunkan dosa-dosanya yang silam

Ya Allah
Yang memberi
Kemaafan
Maafkanlah kami
Semua hamba-hambaMu

Video: Mulianya Ramadhan, Rem

Hari Esok Kita Berpuasa
Setahun Sekali Hanya Sebulan
Sempatkah Kita Menyempurnakan
Hingga Sampai Ke Penghujungnya

Sebulan Ramadhan Kita Berpuasa
Menahan Diri Dari Lapar Dahaga
Menekan Nafsu Bermaharajalela
Melatih Diri Beramal Sentiasa

Sepanjang Ramadhan
Syaitan Dalam Rantaian
Terbuka Luas Pintu Kebaikan
Tanda Rahmat Kasih Sayang Tuhan
Itulah Kemuliaan Di Bulan Ramadhan

Solat Tarawih Menjadi Amalan
Meriahkan Lagi Keberkatan Malam
Tadarus Quran Penambah Seri
Tenangkan Hati Membersihkan Diri

Paling Istimewa Di Bulan Ramadhan
Berlakunya Malam Lailatul Qadar
Turunlah Malaikat Meraikan Semua
Menyambut Amalan Yang Ikhlas Di Antara Kita

Sebulan Sudah Ramadhan Bersama
Tibalah Syawal Tanda Kemenangan
Sempurnakah Segala Amalan
Adakah Kita Berjumpa Semula
Di Ramadhan Yang Akan Datang

Video – Ramadhan Around the World

Maha Suci ALLAH..yang memelihara Seluruh Alam Raya
Tersentuh hati ana melihat video ini..
tanpa disedari menitis air mata..
betapa kerdilnya ana jika dibandingkan dengan hamba2 Allah yang lain..

Video: Lagu Nasyid Aeman – ibuAyah

Kenapa moderator letak lagu nasyid ni?!

itu mungkin menjadi persoalan pembaca2 sekalian..

adekah ia berkaitan dengan bulan Ramadhan ini?

Ade kaitan atau tidak..itu pembaca perlu nilaikan sendiri..

bagi ana, itu bukan persoalan penting..

Yang menjadi point utamaLagu ini banyak mengubah anak2 sekalian(termasuk ana)..yang selama ini kurang menyayangi mereka, kurang bertanya khabar, kurang menjenguk, kurang mengambil berat tentang mereka…

Mungkin kita sayang mereka..tetapi kita sekali sekala telah lupakan mereka setelah berjauhan dengan mereka, atas kesibukan dunia kita…jadi dengan mendengar lagu ini…terdetik hati kita untuk mendoakan mereka(tanpa perlu tunggu waktu solat) dan terus menelefon mereka untuk bertanyakan khabar…

Semoga antum mengerti apa maksud yang ingin ana sampaikan..

Video:Bagi mereka yang payah untuk mengingati ‘Makna al-Fatihah’