Lim Guan Eng & Umar Abdul Aziz

Lim Guan Eng & Umar Abdul Aziz

 Semenjak saya mengetahui bahawa Lim Guan Eng pernah dipenjarakan kerana mempertahankan nasib seorang gadis Melayu, sungguh-sungguh saya katakan bahawa saya agak berminat untuk mengikuti perjalanan politik beliau. Lebih-lebih lagi apabila beliau membuat kenyataan bahawa dia mahu mencontohi pentadbiran Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang sangat adil dan saksama itu.

Kini saya sudah jadi Ketua Menteri dan saya berazam akan mengotakan janji saya untuk menjadi Umar Abdul Aziz… …dulu semasa saya di penjara, antara orang yang kerap mengunjungi saya ialah Dato’ Fadhil Noor (Al Marhum Presiden PAS). Dan dialah yang membekalkan kepada saya buku-buku berkaitan Islam, termasuk satu buku tentang Umar Abdul Aziz. Bermula dari situ saya kenal tokoh yang hebat ini.

Tentunya kenyataan Lim Guan Eng ini akan dipandang sinis dan prejudis oleh sesetengah orang. Sama ada apa yang beliau nyatakan itu benar-benar ikhlas atau sekadar satu topeng bagi menutup sebuah agenda yang tersembunyi, kita berusaha dan bertawakal sahajalah agar negara kita ini dipimpin oleh mereka yang betul-betul telus dan jujur pada rakyatnya.

Tidak dinafikan bahawa wujud juga seketika sedikit rasa prejudis di hati saya terhadap Lim Guan Eng. Namun saya berusaha memadamkan rasa prejudis itu apabila saya memikirkan bahawa kalau Allah hendak beri hidayah, musuh nombor 1 Islam seperti Umar al-Khattab pun akhirnya menjadi pejuang Islam yang sangat disegani. Apatah lagi Lim Guan Eng yang tidak pernah memusuhi Islam itu. Prejudis adalah ibarat api yang menghanguskan ikatan perpaduan manusia yang berlainan bangsa mahupun di kalangan bangsa yang sama.

Sedangkan orang Amerika, British dan banyak lagi masyarakat dunia boleh menjadikan Mahatma Gandhi sebagai idola, walaupun mereka berlainan bangsa dan agama, maka adakah sesuatu yang mustahil jika Umar Abdul Aziz akan benar-benar menjadi idola kepada Lim Guan Eng ketika mentadbir Pulau Pinang?

Apapun, jangan gaduh-gaduh sangat tentang siapa yang memerintah negara. Yang paling penting, biarlah orang yang memimpin kita itu adil, amanah dan tidak zalim kepada sesiapa. Satu petikan yang saya kutip dari blog A Kadir Jasin ini, amat bermakna untuk kita semua renung dan fikir.

Sesiapa yang berjuang dengan nama Allah dan niat baik sentiasa dalam keredaan Allah, tetapi sesiapa yang lupakan niat, khianat dan tamak akan dimurkai Allah, akhirnya menjadi hina. Kalau orang Melayu (yang) beragama Islam mengkhianati bangsa, negara dan agama, Allah akan gantikan (dengan) bangsa lain yang beragama Islam (bagi) menjaga tanah air kita.”

(Daripada buku Sheikh Abdullah Fahim Penentu Tarikh Kemerdekaan Negara 13 Ogos ’57 oleh Mokhtar Petah, Pustaka Antara 1997).

Untuk sesiapa yang tidak tahu, Sheikh Abdullah Fahim adalah salah seorang ulama besar Tanah Melayu dan telah menjadi mufti pertama di Pulau Pinang. Beliau juga merupakan datuk kepada Pak Lah.

Beri kami TV dan radio sendiri – Husam Musa

Beri kami TV dan radio sendiri – Husam Musa

Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa membidas Menteri Penerangan yang baru, Dato’ Ahmad Sabery Chk yang menyifatkan Menteri Besar Selangor sebagai tamak kuasa apabila Tan Sri Khalid Ibrahim meminta Radio Selangor FM memberikan peruntukan masa satu jam seminggu bagi memboleh beliau dan Exconya menerangkan dasar-dasar pemerintahan Kerajaan Negeri Selangor kepada rakyat negeri itu.

“Siapa yang sebenarnya tamak kuasa dan gila kuasa, Umno/BN yang setiap hari menggunakan televisyen untuk kepentingan Umno dan BN dan tidak langsung memberikan ruang untuk parti-parti pembangkang menerangkan dasar perjuangan, sebaliknya memberikan gambaran yang jahat kepada rakyat, sebenarnya BN yang gilakan kuasa dan tamakkan kuasa,” jelasnya.

Beliau yang mewakili Menter Besar Kelantan Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat berkata demikian di hadapan lebih 50,000 orang yang membanjiri Stadium Perak bagi mendengar amanat dari pimpinan Pakatan Rakyat.

BN telah menggunakan media elektrobik dan surat khabar arus perdana bagi memburuk-burukan Pakatan Rakyat, malah memutar belitkan kenyataan pimpinan Pakatan Rakyat, katanya.

“Rakyat sudah muak dengan gelagat Umno/BN, malah rakyat sudah hilang kepercayaan dengan media arus perdana yang tidak bersikap adil dalam membuat laporan, terutama sekali pada kempen pilihan raya umum ke-12 yang lalu,” ujarnya.

Menurut beliau, sudah sampai masanya Kerajaan Pakatan Rakyat mempunyai siaran televisyen dan radio sendiri bagi menyampaikan maklumat kepada rakyat di kelima-lima negeri yang dikuasainya.

Jesteru, beliau meminta Kerajaan Pusat khususnya Perdana Menteri dan Menteri Penerangan memberikan lesen kepada Kerajaan Pakatan Rakyat untuk menubuhkan dan mengendalikan siaran televisyen dan radio sendiri.

“Beri kami lesen untuk kami menerbitkan siaran televisyen dan radio sendiri agar segala maklumat dapat disampaikan kepada semua rakyat di kelima-lima negeri Pakatan Rakyat sebagai tanda negara ini benar benar mengamalkan demokrasi,” jelasnya.

P/S : Kalau kerajaan BN takut untuk memberi lesen penerbitan siaran televisyen dan radio, seharusnya idea Menteri Besar Selangor sepatutnya diluluskan tanpa apa-apa pemasalahan seperti mana “bekas MB – Khir Toyol“ pernah keudara di stesen Selangor.fm..itu hak sebagai seorang Menteri Besar !!

Malangnya “mereka bertindak seperti Negara kuku besi” kerana takut tak lama lagi mereka tidak boleh lagi melancong ke luar Negara dengan mengunakan duit rakyat sekiranya “rahsia mereka terbongkar”..

Jadikan Umar Abdul Aziz sebagai contoh, Kelantan ucap tahniah kepada Lim Guan Eng

Jadikan Umar Abdul Aziz sebagai contoh, Kelantan ucap tahniah kepada Lim Guan Eng

Ketua Penerangan PAS Kelantan, Ustaz Ahmad Baihaqi Atiqullah, mengucapkan tahniah kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guang Eng, yang ingin menjadikan Khalifah Umar Abdul Aziz sebagai rujukannya dalam memerintah negeri.

Menurutnya, walaupun Guang Eng bukan orang Islam, namun kerana ilmu yang ada padanya, beliau ingin jadikan khalifah yang masyhur itu sebagai “idola”nya dalam pentadbirannya agar semua rakyat di negeri itu mendapat pembelaan dan kebajikan.

Baihaqi berkata demikian ketika diminta mengulas hasrat Lim Guan Eng secara terbuka yang ingin menjadikan Khalifah Umar Abdul Aziz sebagai model untuk dilaksanakan dalam pentadbiran Kerajaan Pulau Pinang.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan taklimat kepada hampir 300 orang rombongan pelawat dari empat buah negeri, iaitu Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.

“Walaupun dia (Lim Guang Eng) bukan orang Islam, namun hasil pembacaan dan penelitiannya beliau berhasrat untuk meniru pentadbiran Umar khususnya dari segi amanah, kebajikan.

“Ia merupakan satu sikap yang amat baik dan perlu diteladani oleh pemimpin Islam itu sendiri, jadi saya ingin mengucapkan tahniah kepada saudara Guan Eng di atas hasratnya sedemikian, ujarnya lagi.

Beliau yang juga Adun Pasir Tumboh berharap Ketua Menteri Pulau Pinang itu melaksanakan apa yang dijanjikannya sekiranya beliau ingin dilihat sebagai seorang pemimpin yang benar-benar menjaga kebajikan rakyat khususnya masyarakat Islam.

Sambungnya, sebagaimana masyarakat bukan Islam menghormati dan menyayangi Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat, kerana sikap kepimpinannya yang tidak meminggirkan golongn minoriti di negeri itu, dalam masa yang sama diharap umat Islam di negeri itu juga mendapat layanan yang sama.

“Namun saya berkeyakinan, saudara Lim akan melaksanakannya, apa lagi menerusi Pakatan Rakyat yang ditubuhkan di empat negeri untuk menjaga kebajikan rakyat,” ujarnya lagi.

Menyentuh Pakatan Rakyat pula beliau berharap semua pimpinan di empat negeri dapat memberikan contoh terbaik pada rakyat seluruhnya agar rakyat dapat menilai sendiri tentang keadilan yang terdapat dalam Pakatan itu.

Tambahnya, apa yang penting perpaduan dalam Pakatan Rakyat hendaklah jitu di samping menghormati pandangan di antara satu sama lain.

Terdahulu ketika menyampaikan taklimat kepada rombongan pelawat berkenaan, Baihaqi berharap semua negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat termasuk Kelantan menjaga kebajikan rakyat sebaik mungkin.

Sambungnya, rakyat tidak perlukan pembangunan duniawi semata-mata, sebaliknya mereka terlalu mengharapkan keperihatinan kerajaan untuk mereka.

“Pembangunan sudah terlalu banyak terutama di Selangor, Pulau Pinang, namun apa yang rakyat inginkan sekarang ialah pembelaan atau ‘cakno’ terhadap mereka yang tidak diperolehi dari kerajaan terdahulu,” ujarnya.

Pada majlis itu juga beliau turut mengucapkan tahniah di atas kesudian mereka masih memilih Kelantan sebagai destinasi pelancongan.

Jelasnya, walaupun empat negeri lagi telah dikuasai pembangkang, iaitu Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak, namun pelawat masih memilih Kelantan untuk dilawati.

Cuti hari Jumaat

Cuti hari Jumaat

 Berhubung idea supaya Pakatan Rakyat menukarkan cuti sabtu ahad kepada jumaat sabtu, rasanya perlu difikirkan secara rasional dan baik.

Bagi muslim, mungkin ada banyak hujah dan nas mengenai kebaikan dan moleknya jika boleh bercuti di hari Jumaat.

Tapi secara rasionalnya, pada ketika ini negeri yang bekerja secara optimum dan efektif hanya kelantan, kedah dan terengganu.

Ini kerana mereka boleh bekerja sepenuh masa pada 5 hari bekerja. Bagi negeri yang mengamalkan cuti sabtu ahad, mereka melakukan pembaziran masa dan kos pada hari Jumaat. Ini kerana bagi pekerja kerajaan, mereka akan rehat dari 12.15 hingga 2.45, melibatkan masa rehat 2 1/2jam sedangkan pada hari biasa rehat 1 jam sahaja. (baca waktu kerja pejabat kerajaan di KL)

Jumlah extra rehat 1 1/2 jam seminggu menyebabkan kerugian kos, masa dan tenaga kerja berbanding negeri kelantan, kedah dan terengganu. Tambahan pula sektor swasta juga terpaksa memberi keizinan pekerja untuk pergi solat jumaat. Sebab itu banyak kilang kat Perak dan Selangor pun bagi cuti hari Jumaat. (kilang tempat aku kerja kat Perak dulu pun cuti hari Jumaat, kilang org cina pulak tu).

Kalau betul kerajaan negeri Pakatan Rakyat berminat dengan idea penjimatan kos dan kerja yang efektif, cuti hari Jumaat perlu dikaji. Kalau kilang-kilang cina pun boleh buat keputusan cuti hari Jumaat, tentu ada rasional yang perlu dikaji sebab kilang sudah tentu berorientasikan keuntungan. Jadi kerajaan negeri juga tentu tidak akan rugi cuti jumaat sebab kilang pun tak rugi cuti hari jumaat.

Cukuplah UMNO-BN yang membazirkan kos/wang dan masa selama ini dengan bekerja sedikit pangkal, dan sedikit hujung pada setiap Jumaat. Org yang biasa berurusan dengan kerajaan tentu perasan bila sudah solat jumaat, semua org gomen mcm dah tak berapa minat nak kerja, sebab tinggal sikit lagi masa sebelum nak balik. Pulak tu esoknya cuti, dah plan nak balik kg, pergi shopping etc.. Pakatan Rakyat perlu efektif kerja 5 hari seminggu dengan optimum ..kena kerja Ahad-Khamis , 8pg-5ptg, full ..”

p/s : kalau di ikut dari ISLAM…sepatutnya kerajaan PR skrg harus mengubah cuti mingguan…Semua orang tahu bahawa hari jumaat ada lah penghulu segala hari..dan hari yang paling mendapat banyak rahmat…

Selain itu juga,,antara dakyah2 orang kafir..mereka tidakmemberi peluang umat ISLAM untuk merebut “pahala jumaat”…dengan cara berkerja hari JUMAAT dan cuti hari AHAD(kalau org kafir..hari itu mereka pergi GEREJA)