Kita beralasan dengan ALLAH SWT?

Kita beralasan dengan ALLAH SWT?


Umumnya, manusia suka menggunakan pelbagai alasan sebagai satu alat untuk melepaskan diri daripada tanggungjawab dan masalah. Ini adalah satu penyakit bagi umat manusia dari dulu sampai sekarang, termasuk kita..
Bukan setakat di dunia sahaja manusia suka beralasan malahan juga di akhirat iaitu sewaktu berlangsungnya perbicaraan di Padang Mahsyar.
Pada hari kiamat nanti Allah akan menolak 4 macam alasan dari 4 jenis manusia.


1. Allah menolak alasan dari orang kaya kalau sekiranya ia berkata “ Kekayaan yg aku cari dgn usaha titik peluh sendiri telah menyibukkan aku sehingga aku tidak sempat melaksanakan amal ibadat dan kebajikan.” Firman Allah kpdnya, “ Kekayaanmu tidaklah setanding dengan kekayaan Nabi Sulaiman tetapi dia sedikitpun tidak lalai dan lupa dari mengingatiKu.”

2. Allah menolak alasan dari hamba sahaya sekiranya ia berkata, “ Aku adalah seorang hamba dan sentiasa terikat kpd suruhan yg menjadikan aku tidak bebas. Oleh sebab itu aku tidak berpeluang utk beribadat kpdMu.” Firman Allah kpdnya, “ UtusanKu yg bernama Nabi Yusuf juga pernah menjadi hamba tetapi tidak pula ia leka mengerjakan ibadatnya kpdKu.”

3. Allah menolak alasan dari orang miskin sekiranya ia berkata, “ Kemiskinan dan kekurangan yg kami miliki inilah yg menyebabakan kami tidak berpeluang utk beribadat kpdMu.” Firman Allah kpdnya, Kemiskinan yg kamu rasai tidaklah semiskin sebagaimana seorang utusanKu iaitu Nabi Isa a.s dan ia tidaklah pula mengabaikan tanggungjawab kpdKu.”

4. Alllah menolak alasan dari orang yang sedang menderita sakit sekiranya ia berkata, “ Penyakit inilah yang menghalang aku dari melakukan sujud kpdMu.” Firman Allah kpdnya, Penyakitmu tidaklah seteruk spt apa yg dialami oleh hambaKu yg mulia iaitu Nabi ayub a.s tetapi lidah dan hatinya sedikitpun tidak berhenti dari menyebut namaKu”

Masihkah kita mau beralasan?

Advertisements

Lagi cerita tentang kewujudan tuhan

Lagi cerita tentang kewujudan tuhan


Ada seorang pemuda mempunyai persoalan yang merunsingkan pemikirannya. Jadi dia ambil keputusan untuk bertanya pada tok imam di kampungnya.

Pemuda: Saya ada tiga soalan yang ingin bertanya pada tok imam:

Soalan pertama; Tunjukkan kepada saya bukti kewujudan tuhan itu?

Soalan kedua; Apa yang dimaksudkan dengan takdir?

Soalan ketiga; Syaitan dan neraka diperbuat daripada api, tetapi mengapakah syaitan dicampak kedalam neraka dan bukannya kedalam air?

Lalu tok imam menampar pemuda tersebut dan berkata.

Tok imam: Tamparan ini untuk menjawab ketiga-tiga soalan tadi, sakit tak tamparan itu?

Pemuda: Tentulah sakit!

Tok imam: Boleh tunjukkan pada saya rasa sakit itu?

Pemuda tersebut terdiam dan itulah jawapan untuk soalan pertama tadi.

Tok imam: Saya nak tanya adakah malam tadi saudara bermimpi saya akan menampar saudara atau telah tahu saya akan menampar saudara?

Pemuda: Tidak!

Jadi, itulah yg dinamakan takdir, soalan kedua sudah pun terjawab.

Tok imam: Tangan ini diperbuat daripada apa ya?

Pemuda: Tanah!

Tok imam: Jadi tamparan tadi menunjukkan pertembungan antara tanah dan tanah dan itu juga menyakitkan. Jadi, syaitan juga akan berasa kesakitan jika di humban kedalam api.

Terjawab sudah soalan ketiga.

Lalu pemuda itu pulang ke rumah dengan penuh keinsafan.

Pengajaran dari kisah ini, jangan mempersoal dan meragui kekuasaan Allah Subhanahu Wa Taala

Doa Sayidina Umar al-Khattab *sangat menarik*

Doa Sayidina Umar al-Khattab *sangat menarik*


Sayidina Umar al-Khattab berdoa kepada Allah SWT yang bermaksud “ Allahuma wahai Tuhanku, tolong jadikan harta kekayaan berada di tangan orang yang baik-baik, mudah-mudahan harta itu akan beredar kepada orang msikin yang berhajat.”

Jika Sayidina Umar mengarang sendiri doa yang dipohonkan kepada Allah SWT berdasarkan keperluan semasa, kita sewajarnya karang doa berdasarkan keperluan semasa.

Perkara yang diperlukan semalam mungkin tidak sama dengan kerperluan hari ini, jika doa hanya semacam setiap ketika bererti keperluan hari ini tidak dipenuhi dalam doa.

Doa Sayidina Umar supaya kekayaan diberikan kepada individu Muslim yang baik, supaya kekayaan itu beredar dalam masyarakat.

Justeru orang yang baik tidak menggunakan kekayaan untuk dirinya semata, utamakan habuan fakir miskin yang perlu pertolongan.

Jika kekayaan jatuh ke tangan orang yang akhlaknya rendah, harta kekayaan terperam hanya dalam koceknya sendiri.

Berdoa dengan penuh harapan supaya orang yang baik-baik dikayakan, agar terbuka hatinya untuk cari orang fakir miskin, mengembirakan hati si miskin dengan pemberian harta miliknya itu.

Sebagaimana doa Nabi SAW memohon rezeki selepas solat Dhuha, sesuai ketika waktunya manusia bertebaran di muka bumi mencari rezeki, antaranya ialah :”Ya Allah wahai Tuhanku, sekiranya rezekiku berada di langit makan turunkanlah, sekiranya di perut bumi keluarkanlah, sekiranya berada di dasar lautan timbulkanlah, jika sedikit maka perbanyakkanlah, seandainya telah banyak maka permudahkanlah dan berilah keberkatan di dalam rezeki tersebut.”

Kuliah Daripada Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Renungan : Usaha merosakkan gambaran Islam sebenar

Renungan : Al-Makr : Usaha merosakkan gambaran Islam sebenar

Bersama : Hj Roslan Harun


Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : “Sesungguhnya kamu akan mengikut Sunnah (jalan atau cara) orang-orang sebelum daripada kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga sekiranya mereka masuk lubang ‘Dab’ nescaya kamu juga akan memasukinya.”

Hadis di atas menggambarkan kepada bahawa terdapat jenis manusia di kalangan umat Islam yang mempunyai pegangan atau pendirian yang kenyal dengan Islam, hingga apabila ada idea atau pandangan yang bukan daripada Islam yang dilihat dari segi zahirnya baik, maka ia diikuti dan dianuti walaupun ia sebenarnya boleh menjerumuskan seseorang iti ke lembah api neraka.

Sehubungan itu, Saidina Omar bin al-Khattab pernah berkata maksudnya: “Kekuatan/kemuliaan/keagungan Islam akan terhakis satu demi satu jika masih terdapat dalam agama Islam, orang Islam yang tidak kenal apa erti Jahiliyyah.”

Sesungguhnya bahaya yang cukup mengancam umat Islam dulu, kini dan selamanya walau di manapun mereka berada ialah, ancaman konsep kebaratan dalam segala aspek kehidupan mereka.

Perkara ini telah dijelaskan oleh seorang tokoh muslim kontemporari, iaitui Ustaz Anwar al-Jundi (Mesir) dalam bukunya “Memhami konsep islam yang betul” pada bab pertama, di mana beliau menegaskan bahawa, konsep kebaratan itu ialah menjadikan umat Islam dan Arab menerima pakai pemikiran yang bukan berorientasikan Islam sebagai paksi utama dan mungkin juga pemikiran yang diinspirasikan oleh puak barat secara total.

Pemikiran itu dijelmakan dalam bentuk Komunisme, Liberisme, Kapitalisme, Nasionalisme, Athisme dan berbaga-bagai isme ciptaan manusia yang meruntuh nilai-nilai harga diri manusia terhadap Pencipta mereka iaitu Allah SWT.

Malah ia menyumbang ke arah runtuhnya aspek kerohanian secara Islam atau cara berfikir islam yang sememangnya amat bertentangan dengan nilai negatif yang menjadikan manusia itu merasa bebas sepenuhnya tanpa ikatan dengan agama sepenuhnya.

Sesungguhnya matlamat atau tujuan utama kosep kebaratan ini ialah untuk menjauhkan orang Islam daripada berfikir secara Islam dengan rasa serba kekurangan dalam diri dan percaya ia berpotensi untuk dipertingkatkan, namun ia dirasakan sebagai satu agenda penting untuk tidak mampu bagi memajukan diri mereka keran ia telah dionarkan gambarannya di peringkat akar umbi lagi.

Bagi menghadapi ancaman bahaya tersebut, menjadi kewajipan ke atas setiap manusia bernama Islam untuk mengetahui serta memahami sedalam-dalamnya hakikat Islam itu sendiri yang sebenarnya memiliki ciri-ciri keistimewaan, sifat fitrah dan semula jadinya, konsep-konsep yang ada di dalamnya, faktor kualiti dan pada masa yang sama perlu mengetahui ancaman dunia barat yang sentiasa mencari ruang dan kesempatan bagi meruntuhkan aspek-aspek Islam.

Aspek pemikiran Islam yang berteras dan berpaksikan akar umbi dengan asal usul yang jelas dan matang mampu berdiri sendiri tanpa dibantu oleh anasir luar yang serba kekurangan dan ketandusan maklumat.

Yang menjadi duri dalam daging kepada Islam, terdapat segelintir pemikir bangsa Arab yang terikat penulisan mereka dengan unsur-unsur kebaratan, tetapi pada masa yang sama cuba dikaitkan dengan Islam yang kononnya ia boleh diintegrasikan, tetapi cara sedemikian sebenarnya akan memberi gambaran tentang Islam dalam bentuk yang menyimpang jauh dari keasliannya akibat kecetekan maklumat yang merugikan Islam itu sendiri.

Sehubungan itu, maka muncullah satu bentuk pendekatan yang bukan berasal dari barat dan bukan juga dari pengajaran Islam, malah ia merupakan satu pendekatan yang palsu direka cipta oleh golongan Yahudi Zionis yang terdapat dalam kitab Talmud (menggantikan kitab Taurat yang diturunkan ke atas Nabi Muasa a.s.) berasaskan kepada beberapa protocol yang disediakan khusus untuk meragukan orang Arab dan kaum muslimin.

Sesungguhnya manhaj keilmuan, kemasyarakatan, kejiwaan, berpolitik dan berekonomi yang telah digaris pandukan oleh barat mengandungi kelemahan yang amat ketara, ini kerana system barat mencampur-aukkan antara akal, hati, kebendaan, roh, dunia dan akhirat sebagai cara untuk menuju kesempurnaan.

Sedangkan aspek peningkatan bagi orang islam dalam membina manhaj tersebut, adalah berdasarkan kebenaran dan menuju ke arah kebenaran yang hakiki yang cuba diseleweng oleh Zionis di peringkat antarabangsa agar ia menjadi suatu pendekatan yang bersifat tidak Islamik.

Coretan : Kecerdikan kanak-kanak, kebodohan “guru”

Coretan : Kecerdikan kanak-kanak, kebodohan “guru


Cikgu tadika

Ada seorang cikgu tadika yang tak percaya wujudnya Tuhan. Dia pun berfikir

bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal…

Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?

Murid-murid : Nampak cikgu.

Guru tadika : Pen ada kan?

Murid-murid : Ada cikgu.

Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..

Guru tadika : Anak-anak,nampak tak pen?

Murid-murid : tak nampak cikgu.

Guru tadika : pen ada tak?

Murid-murid : tak ada cikgu.

Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak?

Murid-murid : tak nampak cikgu.

Guru tadika : Tuhan ada tak?

Murid-murid : tak ada cikgu.

Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak

itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang

pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan…

Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?

Guru tadika : Boleh,mari ke depan.

Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak?

Murid-murid : nampak.

Amin : cikgu ada kan?

Murid-murid : ada.

Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?

Murid-murid : tak nampak.

Amin : cikgu ada otak tak?

Murid-murid : tak ada.

Dua kali jemputan hadiri mesyuarat MB ditarik balik

Dua kali jemputan hadiri mesyuarat MB ditarik balik


KOTA BHARU: Keangkuhan pemimpin kerajaan BN terhadap pemimpin pembangkang sukar dilupakan, apatah lagi banyak peristiwa pahit yang terakam dalam lipatan sejarah.

Antara tindak tanduk paling memalukan apabila mereka menarik balik surat yang dihantar kepada Menteri Besar Kelantan supaya hadir pada mesyuarat Menteri-Menteri Besar yang dipengerusikan Perdana Menteri.

Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau pernah dua kali menerima surat supaya hadir pada mesyuarat Menteri-Menteri Besar.

“Namun sebelum sempat hadir, surat yang dihantar ditarik balik. Inikah yang dinamakan demokrasi dalam Umno sehingga pemimpin lain dinafikan hak.

“Umno ternyata lebih suka menggunakan kaedah kekerasan dan bukan lemah lembut. Jauh berbeza dengan pemimpin Pakatan Rakyat yang ada sekarang,” katanya di sini.

Mesyuarat Menteri-Menteri Besar kebiasaannya diadakan menjelang mesyuarat Majlis-Majlis Raja Melayu. Mesyuarat itu dipengerusikan Perdana Menteri.

Menteri Besar yang dijemput hadir sebelum ini hanya dari negeri-negeri yang diterajui Umno. Bagaimanapun bagi mesyuarat Majlis Raja-Raja kehadiran Menteri Besar atau wakilnya adalah wajib mengikut perlembagaan.

Mengulas isu yang sama, Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin berkata, beliau tidak dapat bayangkan bagaimana perasaan Nik Abdul Aziz yang hadir seorang diri pada mesyuarat Majlis Raja-Raja dalam tempoh begitu lama sebelum ini.

“Saya tidak dapat memikirkan keadaan itu. Tetapi sekarang beliau sudah mempunyai kawan daripada Perak, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang yang turut bersama hadir pada mesyuarat tersebut,” katanya pada satu ceramah di Ketereh, baru-baru ini.

Bagaimanapun selepas Umno ditolak majoriti rakyat pada pilihan raya umum lalu, bilangan menteri besar Umno berkurang sehingga menyebabkan semua menteri besar dijemput hadir sekarang.

Nik Abdul Aziz juga berkata, beliau agak terkilan apabila Umno menubuh Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) di Kelantan selepas parti itu tewas pada pilihan raya umum 1990.

“Kerana apa mereka menubuh JPP di sini kalau bukan hendak pecah belah masyarakat. Inilah wajah yang ada pemimpin Umno sehingga mereka ditolak rakyat pada pilihan raya umum lalu,” ujarnya.

Menurutnya sepanjang lebih 18 tahun menerajui Kelantan tidak ada pemimpin Umno yang menjemputnya hadir pada program anjuran mereka di negeri ini.

Kata beliau keadaan itu menggambarkan mereka begitu angkuh dengan kuasa yang ada sehingga memandang rendah orang lain.

Sedangkan beliau berkata, masyarakat bukan Islam lebih terbuka berbanding pemimpin Umno.

Katanya, sekarang masyarakat bukan Islam mulai faham tentang Islam sehingga ramai yang datang menjemputnya hadir pada program anjuran mereka.

“Ini adalah kesan sikap tolak ansur yang kita amalkan dalam Pakatan Rakyat. Modul politik kita laksana jauh berlainan berbanding dengan Umno.

“Segalanya bermula dengan pendekatan yang dilaksanakan di Kelantan sejak 18 tahun lalu, sehingga sekarang orang bukan Islam semakin berani mendekati PAS,” katanya.

Menteri Besar berkata, bantuan dari Tabung Serambi Makkah diberi kepada semua rakyat yang ditimpa musibah tanpa mengira bangsa, agama dan ideologi politik.

Begitu juga dengan skim Takaful Warga Emas (kifaalah) diberi kepada semua warga emas yang berusia 60 tahun ke atas dan mereka layak mendapat manfaat sebanyak RM2,500 apabila meninggal dunia.

Skim Pembangunan Ladang Rakyat juga diberi kepada kepada rakyat miskin dengan mendapat dividen bulanan sebanyak RM200.

“Saya melihat masyarakat bukan Islam lebih terbuka berbanding dengan pemimpin Umno. Sebab itulah ketika mula-mula menjadi ketua kerajaan saya memilih untuk melawat negara China.

“Dan hasil lawatan itu kerajaan negeri membina sebuah masjid berbentuk seni reka Cina di Rantau Panjang dan melantik imam di kalangan mereka.

“Ini menggambarkan Islam bukan hanya untuk orang Melayu dan Arab sahaja, malah milik semua bangsa, namun pemimpin Umno masih enggan menerimanya,ujar beliau.


p/s : sahabat semua..khususnya mahasiswa..anda dari golongan terpelajar..guna “kecerdikan” anda..sama2 lah mengubah “kerajaan retorik” ini kepada kerajaan di bawah naungan Pemerintahan Islam..Islam memimpin acuan negara bukan di anak tirikan..Islam tidak mengongkong penganut agama lainPas for all.

Kuliah agama : Islam ditohmah sebar agama melalui mata perang

Kuliah agama : Islam ditohmah sebar agama melalui mata perang


Hikmah mengapa al-Ghuzah atau perjuang diberi peruntukan daripada wang Negara atau harta zakat, peruntukan khas itu telah menimbulkan salah anggap di kalangan bukan Islam.

 

Mereka telah jadikan ini untuk mentohmah, peruntukan khas itu menyemarakkan kekerasan melalui askar

 

Penyebaran Islam didakwa tidak dengan dakwah, sebaliknya dengan kekerasan melalui mata pedang.

 

Dengan isyarat para pejuang telah diberi peruntukan khas daripada harta pemberian orang Islam berbentuk zakat, kononnya sebagai galakan untuk berperang.

 

Pada pendapat mereka bagaimana dunia akan selamat dan aman, jika sesebuah negera dikuasai oleh Islam yang didakwa menggalakkan para pejuang untuk berperang.

 

Kepada orang di luar Islam dan kepada generasi muda yang asas pengetahuan Islam terlalu cetek, mungkin mudah terpengaruh dengan persoalan bentuk provokasi itu.

 

Pertanyaan kepada mereka semula, menuduh orang Islam begitu berminat hendak berperang, seolah-olah masyarakat lain tidak terbabit dalam peperangan.

 

Kemukakan suatu fakta bukti adanya kerajaan selain Islam di muka bumi ini, yang tiada belanjawan untuk tentera dan pertahanan?

 

Pasti tidak ditemui Negara yang mengabaikan aspek keselamatan. Kalau diamati merekalah penganjur peperangan, dengan membuka medan perang di merata dunia.

 

Mereka membelanjakan peruntukan wang rakyat dan Negara bertrilion dolar, untuk mencipta dan membuat senjata pemusnah secara besar-besaran.

 

Mereka kritik Islam mengenai askar bukanlah untuk mencari kebenaran, tetapi kerana hendak memperlekeh Islam. Sedangkan perkara yang sama terdapat pada Negara selain Islam.

 

Tiap-tiap Negara saling memiliki senjata dan jentera perang sederhana atau besar, malah sanggup mengecilkan peruntukan yang lain demi kekuatan angkatan perang.

 

Itu dari segi kerajaan itu pasti wujud, hingga sesetengah Negara jatuh muflis, kerana perlumbaan dalam persenjataan di luar kemampuan, menyebabkan hutang Negara meningkat.

 

Dari segi orang perseorangan, manusia mana di dunia ini yang tidak berbalah dengan individual lain. Sama ada orang berfahaman demokrasi, sosialis dan komunis malah di kalangan yang mengaku Islam sendiri pun berkeadaan demikian.

 

Tuhan beri sebanyak sedikit sifat permusuhan kepada mereka, dalam pada itu Tuhan kurniakan juga sifat yang baik.

 

Terserah di kalangan manusia hendak memuja sifat yang hodoh atau sebaliknya. Jika bertembung pemuja perangai buruk sesame buruk pasti mencetuskan perbalahan.

 

Jika individu berbalah sesame individu dinamakan bergaduh, jika antara Negara berbalah dinamakan perang, sama ada perang dingin atau perang bersenjata.

 

Andaikan individu baik bertembung individu jahat, tidak mungkin yang baik akan beralah tanpa mempertahankan diri. Beralah tanpa membela diri boleh membawa kepada menghina diri dan berdosa.

 

Apabila perbalahan dalam bentuk kerajaan mesti membela rakyatnya dari penganiayaan. Apabila mempertahankan diri inilah yang dikatakan berperang, sebagai suatu tanggungjawab terhadap agama Negara dan rakyatnya.

 

Berdasarkan kajian bahawa berperang itu ialah mempertahankan diri, sesungguhnya pertahan diri itu ada dua keadaan.

 

Sama ada pertahan diri di medan sendiri, atau pertahan diri dalam bentuk membuat serangan, sebelum musuh datang menyerang.

 

Terserah kepada strategi yang mana lebih sesuai untuk pertahankan diri atau Negara, apabila ada tanda musuh hendak melakukan khianat sewajarnya ia diserang terlebih dahulu.

 

Sejarah membuktikan bahawa Nabi SAW berbuat demikian dalam perang Tabuk, ternyata strategi itu Berjaya mengempurkan musuh yang lebih besar jumlahnya, hingga mereka takut menyerang Negara Islam Madinah.

 

Dari sudut mana pun orang bukan Islam tiada hak untuk kritik pemberian dan peruntukan zakat untuk fi sabilillah, kerana sudah menjadi perangai manusia di dunia ini tidak sunyi daripada perbalahan.

 

Tuhan jadikan setiap manusia dengan caranya masing-masing, sebagaiman firman Allah SWT yang bermaksud :Katakanlah: Tiap-tiap orang berbuat menurut keadaannya (tabiat dan pengaruh)  masing-masing. Maka Tuhanmu lebih Mengetahui siapa yang lebih benar jalanNya.” (Surah Al-Israa – ayat 84).

 

Justeru itu punca perselisihan sentiasa wujud di kalangan manusia, cara mengelaknya ialah mengikut peraturan tertentu berdasarkan wahyu Ilahi.

 

Jika kerajaan mendisplinkan pegawainya melalui surat pekeliling, Allah SWT lebih dahulu mendisplin makhluk-makhluk melalui wahyu pekeliling-Nya, Al-Quran.

 

Sebelum itu Kitab Injil, Taurat dan Zabur diturunkan kepada para Rasul-Nya, mengikut zamannya masing-masing.

 

Kuliah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat