wanita solehah : sebaik-baik perhiasan

Wanita Solehah : Sebaik-baik Perhiasan

Telah menjadi fitrah semulajadi wanita ingin tampil cantik, anggun dan bergaya. Tetapi, yang menjadi masalahnya sekarang ialah trend barat yang menjadi ikutan kini yang lebih memberi tumpuan kepada aspek kecantikan fizikal dan ini menimbulkan kekeliruan kepada wanita Islam dalam meneliti neraca kecantikan sebenar yang dibenarkan oleh Islam.

Firman Allah SWT :
“Katakanlah kepada wanita beriman,’Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kehormatannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan kecuali yang biasa nampak daripadanya…’”
(an-Nur : 31)

Ayat ini jelas menunjukkan bahawa Islam amat mementingkan penampilan seorang wanita daripada aspek dalaman dan luaran agar wanita itu dihormati dan dilindungi.

SEBAIK-BAIK PERHIASAN

Wanita sememangnya perlu kelihatan cantik kerana itu adalah fitrah kejadian wanita. Namun, cantik di luar sahaja tidak memberikan apa-apa makna, sebaliknya kecantikan dalaman juga perlu diberi perhatian.

Sabda Rasulullah SAW :
“Dunia itu adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah”

Persoalannya sekarang, apakah sebenarnya kayu ukur ynag digunakan untuk mengukur kecantikan manusia khususnya wanita? Kepada siapakah sebenarnya kaum wanita berdandan dan berhiaskan diri? Pengiktirafan siapakah yang hendak diraih?

SUATU KEGILAAN

Penggunaan alat-alat kosmetik dan pembedahan plastik dianggap sebagai jalan pintas untuk mendapat pangkat ratu atau diva. Kegilaan mengejar matlamat agar dilihat sebagai wanita menawan ini dimanipulasi sehebat-hebatnya oleh sistem pasaran kapitalis.

Makna kecantikan wanita di Barat sebenarnya tiada kaitan dengan wanita itu sendiri, sebaliknya ia lebih bertujuan memenuhi kehendak dan selera lelaki. Bak kata mereka,”Sex sells”.

Akibatnya, mendapatkan rupa paras yang cantik serta bentuk badan yang mengghairahkan menjadi obsesi wanita yang merata-rata dipermainkan emosi mereka dan harga diri mereka.

KECANTIKAN HAIWANIAH

Sebagaimana haiwan, manusia dibekalkan dengan kecantikan naluri untuk menarik perhatian manusia lain yang berlainan jantina bagi tujuan pembiakan. Namun demi kemuliaan manusia yang diangkat darjatnya oleh Allah SWT, konsep ‘aurat’ diperkenalkan. Jika manusia membelakangkan arahan Allah, lalu mendedahkan kecantikan haiwaniahnya dengan penuh bangga tanpa sebarang rasa segan silu, maka tidak hairanlah jika interaksinya berakhir dengan persetubuhan yang haram ataupun zina.

Firman Allah SWT :
“Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh syaitan , sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua-dua ibu bapa kamu dari syurga, sambil dia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka aurat mereka(yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah jadikan syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman”
(al-A’raf : 27)


KECANTIKAN INSANIAH

Apabila kecantikan haiwaniah ditutup daripada pandangan umum, maka Allah SWT akan menggantinya dengan kecantikan insaniah yang merangkumi konsep kesopanan dan kesantunan. Dengan menjaga batas-batas aurat yang ditetapkan oleh Allah, manusia mampu berinteraksi antara satu sama lain dengan penuh kehormatan.

Firman Allah SWT :
“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup `auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat”
(al-A’raf : 26)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: