KUBUR BERKATA SEWAKTU SEWAKTU JENAZAH FATIMAH AZ-ZAHRA HENDAK DIKEBUMIKAN.

KUBUR BERKATA SEWAKTU SEWAKTU JENAZAH FATIMAH AZ-ZAHRA HENDAK DIKEBUMIKAN.

Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang, antara :-

1. Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)

2. Hasan (anak Fatima r.a)

3. Husin (anak Faimah r.a)

4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a

Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur, “Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yang kami bawakan kepada kamu ? Jenazah yang kami bawa ini adalah Siti Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah S.A.W.”

Maka berkata kubur, “Aku bukannya tempat bagi mereka yang berdarjat atau orang yang bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yang banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku layan dia dengan seburuk-buruknya).”

Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari siksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :-

1. Hendaklah ia menjaga solatnya

2. Hendaklah dia bersedekah

3. Hendaklah dia membaca al-Qur’an

4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.

Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :-

1. Jangan berdusta

2. Jangan mengkhianat

3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini)

4. Jangan kencing sambil berdiri

Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud, “Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing.”

Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama’ atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini.

Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara kita menghafal. Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara kita yang jahil takutlah kamu kepada Allah dan takutlah kamu kepada soalan yang akan dikemukakan ke atas kamu oleh malaikat Mungkar dan Nakir, maka mereka mungkin akan menjawab, “Ah mudah sahaja, aku boleh menghafal untuk menjawabnya.”

Itu adalah kata-kata orang yang tidak berfikiran. Seseorang itu tidak akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur jikalau dia tidak mengamalkannya sebab yang akan menjawab ialah amalnya sendiri. Sekiranya dia rajin membaca al-Qur’an, maka al-Qur’an itu akan membelanya dan begitu juga seterusnya.

Gambar : Apa kata Anda..??

Gambar : Apa kata Anda..??

Dr. Muhammed Sayyid Tantawi

Baru-baru ini majlis perasmian Multaqa Sedunia Alumni Al-Azhar 2008, Syeikhul Al-Azhar, Dr. Muhammed Sayyid Tantawi sekali lagi menarik perhatian ramai; bersalam dengan perempuan. Maka tersebarlah poster2 seperti di atas di blog-blog dan web di internet. Bermacam-macam andaian dan komen dibuat.

Kenali Siapa dia “ Syeikhul Al-Azhar, Dr. Muhammed Sayyid Tantawi “

–> http://www.izoblog.com/isu-semasa/ulama-al-azhar-bersalam-dengan-perempuan


Dalam Surah al-Nur pula Allah menyatakan (maksudnya): “Dan mana-mana perempuan tua yangtelah putus kedatangan haid, yang tidak mempunyai harapan berkahwin lagi maka tidak ada salahnya mereka menanggalkan pakaian luarnya, dengan tidak bertujuan mendedahkan perhiasan mereka; dalam pada itu perbuatan mereka menjaga kehormatannya (dengan tidak menanggalkan pakaian luarnya itu adalah) lebih baik bagi mereka; dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”

Perlukah Manusia Kepada Tuhan?

Perlukah Manusia Kepada Tuhan?

“Kalau kamu setuju bahawa kamu perlukan Tuhan dalam hidup ini, baru saya boleh jelaskan mengapa kamu kena solat. Jika kamu setuju bahawa kamu perlu bersolat kerana kamu perlukan Tuhan dalam hidup ini, baru saya boleh jawab soalan mengapa kamu kena pakai tudung!”, itu penjelasan yang sering saya ulang di dalam ceramah, ketika mengulas perbualan saya bersama dengan dua remaja yang memaksa saya memerah diri untuk membezakan di antara presented problem dengan real problem.

Masalah yang kelihatan ialah dirinya enggan memakai tudung, enggan bersolat, mahu membela anjing di rumah dan benci kepada JAIS yang menangkap artis di The Zouq, Jalan Ampang.

Tetapi masalah yang lebih besar, adalah kegagalan beliau melihat, apakah beliau perlu kepada Tuhan dalam hidup ini? Justeru masih relevankah agama dalam saki baki kehidupan dunia akhir zaman ini?

Jika persoalan “perlukah manusia kepada Tuhan” tidak diselesaikan, kita mahu membebel marahkan orang yang enggan bersolat, kita mahu menyuruhnya bersolat untuk menyembah apa? Menyembah siapa?

Seandainya hal ini tidak selesai, segala nasihat tentang tudung, aurat, berpakaian sopan dan sebagainya… adalah seumpama bunyi motor rempit melintas jalan di depan rumah. Mengganggu ketenteraman awam, dan menyakitkan telinga.

Cabaran terbesar bagi saya sebagai seorang pendakwah, adalah untuk mengajak manusia berfikir, “perlukah mereka kepada Tuhan?” Itulah sebesar-besar persoalan yang mesti diselesaikan, sebelum segala wacana agama mahu diketengahkan.

cairo1880.jpg

Justeru jatuhlah hukuman paling berat di alam ini, ke atas jenayah paling binasa… apabila manusia HIDUP SAMBIL LEWA dan MALAS BERFIKIR.

Malas itu DOSA kerana ia menyekat manusia dalam kewajipan mengenal diri dan mengenal Tuhan.

Manusia inilah yang menyangka dirinya tuhan…

jatsiyah23.jpg

“Tidakkah engkau perhatikan gelagat orang yang bertuhankan hawa nafsu dirinya sendiri? Dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan Dia berkeadaan demikian)? oleh itu, mengapa kamu (Wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?” [Al-Jatsiyah : 23]

Sedangkan hakikatnya, dia lebih sesat dari haiwan ternakan…

al-aaraaf179.jpg

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya, dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya; mereka itu seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.” [Al-A’raaf : 179]

Kedua-dua ayat di atas, mengaitkan hidup manusia yang bertuhankan diri, serta hidup ala-ala binatang, sebagai berpunca dari akal, mata, telinga dan hati yang tidak berfungsi. Kedua-duanya berpunca dari keengganan berfikir dan memerhati kehidupan. Diberi akal, dengan mata dan telinga untuk melihat dengan hati… tetapi kesibukan duniawi menjadikan manusia lupa siapa dirinya dan siapa DIA.

Selayaknyalah manusia yang alpa ini dihukum Tuhan kerana culas dalam mencari.

Fikir-fikirkanlah…

~ ABU SAIF @ http://www.saifulislam.com ~

KHAS BUAT YB JADI JUGA YB TAK JADI (PAS dan PKR)

KHAS BUAT YB JADI JUGA YB TAK JADI (PAS dan PKR)

a

Perjuangan masih belum sudah,
Selagi Izrail belum menjengah,
Selama itu teruslah tabah,
Dekati rakyat usahlah gundah

Pilihanraya hanyalah medan,
Untuk sama meraih sokongan,
Golongan rakyat yang perlu pembelaan,
Kerajaan adil jadi dambaan

Teruskan usaha cakna masyarakat,
Usaha yang ikhlas kan jadi berkat,
Kepada ALLAH dimohon rahmat,
Pakatan Rakyat suara keramat

Yang Tua dihomati Yang Muda Dikasihi,
Agar mereka tersentuh hati,
Kerana ALLAH kita memberi,
Ganjaran di akhirat sedia menanti
Usah dilayan sikap tak senonoh,
Barisan Nasional & UMNO yang selalu angkuh,
Pakatan mereka tak mustahil roboh
Angkara perpaduan tak sungguh-sungguh

Selamatlah didoakan Pakatan Rakyat,
Islam ditegak Sultan didaulat,
Sama-sama kita melihat
Terengganu kembali bersendi syariat

ALLAHUAKBAR!

Kiasan : Hana Humaira Abdullah

Khaled Mishaal : Israel Tetap Tidak Diiktiraf !

Khaled Mishaal : Israel Tetap Tidak Diiktiraf !

https://i0.wp.com/d.yimg.com/us.yimg.com/p/afp/20070226/capt.sge.aud64.260207192351.photo00.photo.default-396x512.jpg

Ketua Biro Politik Hamas, Khaled Mishaal mengesahkan pada Isnin lalu bahawa pergerakannya tetap dengan pendirian untuk menubuhkan sebuah negara Palestin berdasarkan sempadan tahun 1967 dengan Baitulmuqaddis sebagai ibunegaranya namun tidak mengiktiraf pendudukan Israel terhadap Palestin.

Ulasan Mishaal dibuat pada sidang media yang berlangsung di Damsyik, Syria di mana beliau turut menekankan hak pelarian Palestin untuk pulang ke tanah air mereka di tanah yang diduduki di Palestin.

Beliau juga menerangkan yang pergerakannya “dengan sopan” menolak permintaan bekas presiden AS, Jimmy Carter untuk mengumumkan satu gencatan senjata unilateral selama 30 hari sambil menegaskan serangan roket Palestin ke atas kedudukan IOF dan Israel di sekitar Semenanjung Gaza hanyalah “tindak balas bukannya merupakan tindakan sendiri”.

Kekuatan akidah halang keruntuhan akhlak

Khutbah Rusila: Kekuatan akidah halang keruntuhan akhlak

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Hari ini umat Islam disibukkan dengan isu keruntuhan akhlak muda-mudi. Adakah ia benar-benar berlaku di dalam masyarakat? Ya, memang berlaku, bahkan sampai ke peringkat boleh menggugat keutuhan peribadi umat Islam keseluruhannya.

Pada hari ini, kita sering mendengar berita tentang anak-anak yang tidak menghormati ibu bapa, bahkan sampai ke peringkat mencedera dan membunuh mereka. Berlakunya gejala pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan sehingga melahirkan anak luar nikah, remaja dirosakkan oleh bahan-bahan yang membahayakan tubuh badan seperti dadah, ganja, gam, ubat batuk dan sebagainya, bahkan kita sudah mendengar ada kanak-kanak sekolah yang mencederakan rakan sekolah dan kejadian melawan guru sehingga mahu membakar rumah guru dan sekolah, bukanlah suatu yang pelik pada hari ini.

Di manakah silapnya apabila pemuda pemudi menjadi rosak akhlaknya? Banyak jawapan yang boleh diberikan. Semua jawapan tersebut berkaitan di antara satu sama lain dan bantu membantu ke arah kerosakan akhlak remaja hari ini.

Asas pendidikan remaja adalah di rumah. Sekiranya di rumahnya sendiri mereka tidak mendapat asas pendidikan, maka apabila berada di luar rumah sudah tentu payah untuk membentuk peribadi Muslim yang sejati kerana godaan dan pancaroba di luar sana seperti pergaulan dengan rakan-rakan yang jahat, pergaulan bebas, hiburan yang melalaikan dan sebagainya adalah lebih hebat dan mencabar. Hanya mereka yang mempunyai asas pendidikan Islam dan diwarnai oleh akhlak yang murni yang berpeluang untuk selamat, namun bukan sedikit yang tercicir di pertengahan jalan.

Oleh itu, ajaran Islam telah menentukan cara untuk melahirkan rumah tangga Islam yang sejati, yang akan menumbuhkan tunas-tunas Islam, yang mampu tumbuh menjalar dan membesar dengan sempurna, tidak mampu dihalang dan dicantas oleh gejala maksiat yang bersimpang siur, kiri dan kanan, akan lahirlah pemuda-pemuda dan generasi sebagaimana firman Allah (maksudnya): Mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, maka kami (Allah) menambahkan kepada mereka dengan hidayah. (Al-Kahfi: 13)

Untuk melahirkan rumah tangga Islam yang sejati, di dalamnya terpancar kecantikan ajaran Islam, maka asas perkahwinan mestilah dibina di atas cita-cita Islam, bukan sekadar untuk memenuhi hawa nafsu. Biarlah pasangan yang mahu berkahwin itu berniat daripada perkahwinan mereka untuk melahirkan zuriat keturunan yang baik yang akan meramaikan umat Nabi Muhammad s.a.w. yang akan dibanggakan oleh Nabi s.a.w. di hadapan para nabi dan rasul yang lain, bukan sahaja kerana jumlahnya yang ramai tetapi juga kerana mereka patuh dan tunduk kepada ajaran Allah SWT.

Untuk mencapai tujuan tersebut, mereka yang berkeinginan mendirikan rumah tangga mestilah membuat pilihan pasangan masing-masing melalui kaca mata Islam, bukannya melalui kaca mata nafsu dan bisikan syaitan.

Di dalam satu hadis Rasulullah s.a.w. memberitahu bahawa seseorang perempuan yang dipilih untuk dijadikan isteri berdasarkan empat sifat: kerana kekayaannya, kecantikannya, keturunannya dan agamanya. Sekiranya semua sifat tersebut tidak ada pada diri seseorang perempuan itu kecuali agamanya, maka sifat beragamanya yang mesti menjadi pilihan.

Pada hari ini, kaum lelaki yang ingin berkahwin dan ibu yang hendak mengahwinkan anak perempuan mereka tidak lagi memberi perhatian terhadap sifat beragama dan berakhlak. Perempuan yang mahu dikahwini itu mungkin dikenali di pusat membeli-belah atau di perhentian bas, di tepi pantai atau di dalam surat khabar melalui iklan mencari jodoh. Mereka menjadikan artis, penyanyi dan pelakon sebagai contoh isteri solehah sedangkan artis itulah perosak utama muda-mudi Islam pada hari ini kerana pakaian dan fesyen mereka menjadi ikutan di kota-kota dan pedalaman.

Sementara ibu bapa pula menerima sahaja lamaran untuk meminang anak gadis mereka tanpa menyelidiki sama ada teruna itu sembahyang, puasa menutup aurat atau tidak. Kita bimbang sekiranya anak gadis kita yang asalnya beragama, menutup aurat, sembahyang dan berakhlak mulia, apabila jatuh ke tangan lelaki yang tidak setia kepada agamanya akan membawa fitnah kepada anak gadis kita.

Islam juga mewajibkan ibu bapa mendidik anak dengan pendidikan Islam, mengajar mereka mengenal Tuhan sekalian alam iaitu Allah SWT, mengajar mereka perangai yang baik, akhlak dan kesopanan, mengajar mereka batas-batas halal dan haram dan bersikap tegas kepada anak-anak sekiranya ada timbul bibit-bibit untuk cenderung kepada kejahatan sebelum nasi menjadi bubur.

Firman Allah (maksudnya): Wahai orang-orang yang beriman, jagalah diri kamu dan ahli keluarga kamu daripada azab api neraka, bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu, penjaganya adalah malaikat yang kasar lagi bengis, mereka tidak melanggar perintah Allah ke atas mereka dan mereka lakukan apa yang disuruh. (At-Tahrim: 6)

Allah Taala memerintahkan supaya setiap orang Islam berusaha menyelamatkan diri masing-masing dan ahli keluarga daripada azab api neraka. Bagaimanakah caranya? Caranya ialah dengan beramal menurut ajaran Islam. Suami hendaklah memastikan isteri masing-masing patuh kepada ajaran Islam pada perbuatan, percakapan, berpakaian dan melakasakan apa yang diwajibkan oleh Allah Taala dan meninggalkan apa yang dilarang.

Ibu bapa hendaklah sentiasa memerhatikan tingkah laku anak-anak mereka. Menjadi kewajipan untuk bertanya ke manakah mereka keluar, dengan siapa, bila akan pulang dan pelbagai soalan berkaitan. Jangan membiarkan anak-anak melakukan apa yang mereka suka walaupun melanggar batas agama.

Betapa ramai anak-anak yang tidak bersembahyang kerana berkawan 24 jam, pulang ke rumah untuk tidur dan makan. Betapa ramai anak-anak yang terjebak dengan ketagihan dadah dan ganja, pil khayal dan ubat batuk kerana terpengaruh dengan kawan-kawan. Pada asalnya cuma untuk cuba-cuba tetapi apabila sudah ketagih tidak lagi pulang ke rumah siang dan malam.

Anak-anak gadis sudah pandai berkawan dengan lelaki walaupun masih bersekolah menengah. Anak gadis diarak ke hulu ke hilir dengan motosikal oleh lelaki yang bukan suaminya, sudah menjadi perkara biasa di dalam masyarakat. Ibu bapa tidak lagi mampu berbuat apa-apa, sekadar memerhatikan sahaja gelagat anak muda mereka.

Anak pinak adalah harta penting yang dikurniakan oleh Allah. Jika seseorang itu bekerja bersungguh-sungguh untuk mencari sesuap nasi sedangkan rezeki esok hari belum dapat dipastikan lagi, mengapakah kita mensia-siakan rezeki yang dikurniakan oleh Allah yang berupa anak sedangkan anak itu sendiri akan menjadi pesaka yang amat berharga apabila mati kelak, sekiranya anak itu menjadi anak yang soleh.

Sabda Nabi s.a.w. (maksudnya): Apabila mati anak Adam, maka putuslah amalannya kecuali daripada tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat dan anak yang soleh yang mendoakan untuknya.

Marilah sama-sama kita kembali kepada ajaran Islam di dalam membina rumah tangga. Suami yang baik dijadikan untuk isteri yang baik, akan melahirkan pula anak-anak yang soleh, yang akan menjadi harta yang tidak ada galang ganti, bermanfaat semasa hidup dan sesudah mati. Itulah benteng yang yang paling kukuh untuk menghadapi kerosakan akhlak muda mudi masa ini.

MABUK DALAM CINTA TERHADAP ALLAH

MABUK DALAM CINTA TERHADAP ALLAH

Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat kepada Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, “Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya.”

Berkata Nabi Isa a.s, “Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu.”

Berkata pemuda itu lagi, “Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah.”

Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa a.s pun berdoa, “Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu.” Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ.

Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.

Setelah Nabi Isa a.s mendengat penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah S.W.T, “Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu.” Selesai sahaja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit.

Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata, “Aku ini Isa a.s.”Kemudian Allah S.W.T menurunkan wahyu yang berbunyi, “Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya.”

Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.

1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia.

2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia inginmendapat sanjungan dari manusia.

3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.


Rasulullah S.A.W telah bersabda, “Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima :

1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.

2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.

3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.

4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.

5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur.”

Konvoi ARC Dungun ke Kota Bharu, Kelantan

Kena Tengok Gak :Konvoi ARC Dungun ke Kota Bharu, Kelantan

Dungun : ARC Kawasan Dungun telah berjaya melaksanakan aktiviti yang ditangguhkan pada hujung tahun

lepas iaitu Konvoi Bermotor ARC Dungun ke Kota Bharu, Kelantan pada 4 & 5 April yang lalu. Satu pakej yang menarik telah ditawarkan oleh ARC Dungun kepada para peserta konvoi tersebut. Peserta hanya perlu membayar yuran penyertaan sebanyak RM 35.00 dan mendapat pulangan voucher minyak sebanyak RM 20.00. Sementara segala makan minum dan tempat tinggal disediakan oleh urusetia program.

”Program ini bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim dikalangan rider disamping menerapkan nilai-nilai disiplin sebagai seorang penunggang yang berhemah. Ianya juga bertujuan bagi membendung mereka terlibat dengan gejala yang tidak berhemah” kata pengarah konvoi, En Ahmad Roslin.

Seramai 120 orang telah menyertai konvoi ini manakala 70 buah motorsikal telah berarak diatas jalan raya menuju ke Kota Bharu, Kelantan. 10 buah motorsikal berkuasa tinggi bertindak sebagai marshall untuk mengiringi konvoi tersebut.

Program ini dimulakan dengan bacaa doa oleh Ketua Pemuda PAS Kawasan Dungun, Ustaz Jamaludin Jusoh A-Hafiz dan dilepaskan Oleh YB Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli yang merupakan ADUN Sura bertempat di Surau Tuan Guru Hj Zainal Abidin, Sura Gate. Disamping itu juga kelihatan beberapa kenderaan 4 x 4 turut mengiringi konvoi tersebut. Turut kelihatan adalah sebuah kenderaan Firt Aider yang dianggotai Unit Amal Kawasan Dungun lengkap dengan peralatannya mengiringi konvoi tersebut.

Penulis diberikan sekeping handout ketika menyaksikan acara pelepasan tersebut. Ternyata persediaan yang begitu baik dilaksanakan oleh penganjur untuk aktiviti pertama mereka. Penulis difahamkan konvoi tersebut telah melawat beberapa tempat yang menarik di negeri serambi mekah itu. Penulis listkan disini :


    1. Pondok Pasir Tumboh : disambut oleh adik YB Ust Baihaqi Atiqullah (YB bz agaknye)

    2. Pusat Latihan PASTI Negeri Kelantan : terdisambut oleh YB Wan Ubaidah (DUN Kijang) kebetulan beliau ada disitu. Seterusnya sesi bersama dengan YB Zaki Ibrahim (Ketua DPPN Kelantan)

    3. Malam xtvt bebas : Wakaf Che Yeh kot…

    4. Pulau Melaka : Solat Subuh & Kuliah bersama YAB MB Kelantan dan seterusnya mendengar taklimat daripada SMA Maahad Darul Anuar.

    5. Bandar Kota Bharu : peserta tidak melepaskan peluang membeli belah di Pasar Siti Khadijah.

    6. PUTIK : bersama Urusetia Belia, Sukan & Wanita Kerajaan Negeri Kelantan, terpaksa dipindahkan kesini kerana JKR 10 ada tamu lain.

    7. Pusat Ternakan Ikan Keli, Machang : masa ni peserta agak keletihan. Tengok ikan macam nak makan jer…

    Alhamdulillah, semua peserta selamat tiba di Dungun jam 10.00 malam keesokannya.

    khusyuk mendengar taklimat

    di Pondok Pasir Tumboh

    nape plak nih??

    Bersama Tok Guru MB yg dikasihi

    YB bersama mengaminkan doa

    Marshall memastikan keselamatan peserta

    p/s : tempat kawe ni…hehe..set2 kawe dari Pulau Serai..Tp sayang..aku tak dapat nok join kerana berada di Kota Bharu..Buat Praktikal kat Bangunan Menteri Besar Kelantan…Mmg Gempaq Sungguh…Terima Kasih Pemuda PAS Dungun..

    Renungan Untuk Diri dan Rakan-Rakan Pejuang PAS : Jangan Tinggalkan Bukit Uhud!

    Renungan Untuk Diri dan Rakan-Rakan Pejuang PAS : Jangan Tinggalkan Bukit Uhud!

    Dalam peristiwa perang Uhud, Rasulullah s.a.w membentuk sebuah pasukan pemanah yang terdiri dari 100 orang pemuda. Mereka ditempatkan di satu cabang bukit Uhud yang strategik. Rasulullah s.a.w berpesan kepada mereka supaya tidak sekali-kali meninggalkan bukit Uhud walaupun;

    (1) mereka melihat tentera Islam telah menang dan musuh lari bertempiaran menyelamatkan diri.

    (2) mereka melihat tentera Islam telah tewas dan mayat2 mereka dicincang lumat oleh tentera kafir Quraisy.

    (3) mereka melihat mayat tentera Islam telah dimakan ulat atau burung2.

    Kebijaksanaan Rasulullah s.a.w mengatur strategi menyaksikan tentera musuh tewas teruk dengan serangan mereka dapat dipatahkan dari segenap penjuru, sebahagian besarnya disumbangkan oleh hujanan anak panah dari atas bukit Uhud setiap kali kemaraan mereka.

    Malangnya setelah kemenangan seakan pasti, sebahagian besar pemanah ini turun dari bukit Uhud untuk meraikan kemenangan mereka bersama-sama pasukan tempur barisan hadapan.

    Ketika mereka dilalaikan dengan harta rampasan perang yang bertimbun-timbun, tentera kafir telah berpatah balik dan membunuh pemanah-pemanah ini sehingga hanya tinggal 10orang sahaja yang selamat. Mereka ini patuh pada arahan Rasulullah s.a.w dan tidak terpedaya dengan kilauan harta rampasan perang di bawah bukit itu.

    Sejarah menyaksikan tentera Islam membayar harga yang cukup tinggi untuk ketidakpatuhan ini. Kisah selanjutnya bolehlah dirujuk dalam kitab-kitab yang muktabar.

    Kita boleh mengambil pengajaran dari peristiwa perang Uhud untuk menghadapi situasi selepas PRU12 ini. Kemenangan yang tidak diduga mungkin sedang menyibukkan kita. Adakah kita telah lupa kepada mereka yang telah merintis perjuangan ini, kemudiannya gugur sebelum dapat melihat hasilnya?

    Adakah kita sudah melupakan gerak kerja parti? Adakah kita telah meninggalkan markas parti terbiar dipenuhi sawang dan tahi cicak?

    Adakah kita masih lagi menghadiri usrah, tazkirah dan ceramah? Adakah kita masih lagi Subuh berjemaah.

    Untuk diri dan rakan2, sesungguhnya musuh sedang memerhatikan kita. Jika tersilap langkah kita mungkin akan membayar harga yang cukup mahal pada PRU13 nanti.

    Jika memerlukan petunjuk dan nasihat, rujuklah kepada Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, Tuan Guru Haji Abdul Hadi dan ulama’2. Mereka maju memerintah, dalam masa yang sama gerak kerja parti dilipatgandakan. Parti utuh dan kerajaan kukuh. Insaflah diri!

    Allahu’ akbar…