JASA TUAN GURU HAJI HADI JANGAN DILUPAI

JASA TUAN GURU HAJI HADI JANGAN DILUPAI

  Kemenangan Barisan Rakyat yang kini diperkenalkan dengan nama baru iaitu ”Pakatan Rakyat” merupakan satu kemenangan yang gemilang yang boleh dikatakan julung-julung kalinya berlaku dalam sejarah politik di Malaysia.

Sebilangan penulis menyatakan, segala kemenangan ini adalah kesan dari perjuangan dan keberanian yang dilakukan oleh Allahyarham Ustaz Fadhil Nor dikala Anuar Ibrahim di tangkap, iaitu dengan menubuhkan GERAK ketika itu yang melahirkan PKR dan pergabungan antara parti-parti pembangkang dengan nama Barisan Alternatif. Pemergian Ustaz Fadhil Nor berjumpa dengan Allah menyebabkan ramai pejuang-pejuang islam menitiskan air mata, mengenangkan susahnya hendak mencari pengganti sehebat Allahyarham Ustaz Fadhil Nor ini. 

Pun begitu, perjuangan islam ini bukan dilihat kepada orang, tetapi dilihat kepada dasarnya menyebabkan perjuangan ini sentiasa ada pengganti.

 
Sabda Nabi SAW;

لَا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي يُقَاتِلُونَ عَلَى الْحَقِّ ظَاهِرِينَ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ

Maksudnya;
          “Sentiasa ada satu puak dari kalangan umatku yang mereka berjuang dan menyatakan kebenaran hingga hari kiamat” (Sahih Muslim : 225) 

Di hari menyembahyangkan jenazah Ustaz Fadhil Nor, aku yang hadir majlis sembahyah jenazah itu mendengar dan masih ingat lagi ucapan Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang memetik ucapan Abu bakar As-Siddiq yang berkata;

فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ يَعْبُدُ مُحَمَّدًا صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَإِنَّ مُحَمَّدًا صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَدْ مَاتَ وَمَنْ كَانَ يَعْبُدُ اللَّهَ فَإِنَّ اللَّهَ حَيٌّ لَا يَمُوتُ

Maksudnya;
 
“Barangsiapa dikalangan kamu yang menyembah Muhammad, maka sesungguhnya Muhammad itu sudah mati, barangsiapa yang menyembah Allah, maka sesungguhnya Allah itu hidup tidak akan mati” (Sahih Al-Bukhari : 1165)
 

Ucapan Tuan Guru itu menyuntik semangat yang berkobar agar sentiasa berusaha dengan perjuangan Islam, walaupun dikala itu, ustaz Fadhil Nor telah meninggalkan kita.
 



TUAN GURU HAJI ABDUL HADI 

Selepas Ustaz Fadhil, Tuan Guru Haji Abdul Hadi terpaksa memikul tugas sebagai pemangku presiden, merangkap pemangku Ketua Pembangkang dalam Parlimen ketika itu.

Ramai orang mempertikaikan kewibawaan Tuan Guru ketika itu, ini melihat banyak kenyataan Tuan Guru yang agak keras yang menyebabkan sebilangan pejuang Islam agak tersinggung.
 Pun begitu, disebabkan ketiadaan tokoh yang menggantikan Ustaz Fadhil Nor, menyebabkan Tuan Guru telah dilantik menjadi Presiden PAS sehingga kini.

Di awalnya, ramai juga yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan Tuan Guru Haji Abdul Hadi, tetapi apa yang dapat dilihat, keadaan itu sudah berubah.


Secara peribadi, aku amat respek dengan Tuan Guru. Aku sendiri sudah beberapa kali makan sehidangan dengan tuan Guru dan dengan itu  dapat merasakan betapa tingginya pekerti Tuan Guru disamping kebijaksanaan beliau dalam mengurus parti dan pemerintahan.


Ramai menyatakan Tuan Guru adalah seorang yang sombong, tetapi jika mereka pernah bercakap dan berbual-bual dengan Tuan Guru, Tuan Guru merupakan seorang tokoh politik yang amat ramah dan boleh berkongsi maklumat, walaupun jika dibandingkan dengan Tuan Guru, aku ini diumpamakan budak-budak.


Hari raya tahun lepas, aku pergi menziarahi tuan Guru di rumah beliau. Agak terkilan, apabila aku naik atas rumah tuan guru, yang ketika itu Tuan Guru sedang berbual dengan menantunya, Ustaz Zaharuddin Muhammad, Tuan Guru bangun berdiri dan bersalaman denganku sebagai tanda penghormatan.


Inilah Presiden PAS, yang merupakan seorang yang hebat dalam politik, disamping orang yang mempunyai kehebatan dalam ilmu-ilmu Islam.
 


KEMENANGAN PAKATAN RAKYAT


Tidak dinafikan kekalahan teruk berlaku kepada pihak pembangkang pada pilihanraya ke 11 yang lalu. Kekalahan itu semakin menjadi-jadi apabila isu negara Islam yang dimomokkan sebagai ganas oleh UMNO menjadi bahan bukti yang kuat menyebabkan DAP keluar mengundur diri dari pakatan Barisan Alternatif ketika itu.


Dalam keadaan itulah, PAS seakan-akan tertekan sedikit. Tetapi dengan kebijaksanaan Tuan Guru, semua ini dapat diselesaikan dengan jayanya.


Perhimpunan BERSIH yang diideakan oleh ”pakatan rakyat” telah menyebabkan rakyat semakin membuka mata. Ianya berlaku dengan hebat, ekoran kelemahan dan kezaliman yang dilakukan pihak pemerintahan Barisan Nasional telah dirasai oleh rakyat.


Dengan perhimpunan BERSIH itu, rupa-rupanya telah menghampirkan balik jurang yang terpisah antara PAS dan DAP yang berpecah seketikacuma.


Mengejutkan lagi, beberapa hari selepas himpunan BERSIH itu, menyebabkan berlakunya perhimpunan yang didokong oleh pihak Hindu atau dikenali sebagai Hindraf atas ketidak puas hati mereka ekoran runtuhan Kuil yang dilakukan oleh pihak Kerajaan barisan Nasional.


Dengan perhimpunan itu, nampaknya UMNO semakin tertekan sehingga melobi disemua peringkat UMNO agar kononnya memperjuangkan bangsa melayu.


Kebijaksanaan Tuan Guru semakin menyerlah, apabila UMNO ketika itu mendesak agar PAS menyatakan penderian mereka tentang perhimpunan Hindu ketika itu. 


Tuan Guru tidak terus menjawab, bahkan beliau membiarkan seketika, iaitu dikala UMNO semakin menjadi-jadi mengeluarkan kenyataan yang berbau perkauman bangsa yang amat ketara.
 Setelah api perkauman semakin menjadi-jadi membakar, Tuan Guru menyatakan bahawa, tindakan golongan hindu mengadakan himpunan itu tidak salah, tetapi yang salah apabila ada sebilangan tuntutan mereka yang agak keterlaluan. 

Disamping itu juga, tuan guru menyatakan bahawa, bukan kuil sahaja diruntuh di Malaysia, tetapi Masjid dan Surau juga diruntuhkan. Yang pastinya, yang meruntuhkan kuil itu adalah UMNO, sepertimana UMNO meruntuhkan Masjid dan Surau.


Kenyataan tersebut telah menyebabkan keadaan politik Malaysia bergoncang, apabila ketua Hindraf menyatakan bahawa Hindraf bukan bermusuh dengan orang melayu, tetapi bermusuh dengan UMNO.


Kenyataan ini terus menjadikan golongan india 80 % telah berpaling dari memberi kepercayaan kepada MIC kepada memberi kepercayaan kepada PAS, PKR dan DAP yang menyebabkan Pakatan rakyat berjaya memerintah di lima buah negeri, iaitu Kelantan, Kedah, Selangor, Perak dan Pulau Pinang.
 


POLITIK TERENGGANU


Dalam jangka awalnya, antara negeri yang akan dikuasai PAS adalah negeri terengganu. Tetapi mengejutkan, Terengganu tidak jatuh, tetapi yang jatuh adalah 4 buah negeri.
 UMNO di terengganu agar riang dengan kemenangan, disamping Idris Jusoh agak berkeyakinan untuk meneruskan jawatan Menteri Besar di Negeri Terengganu.

Kuasa Allah mengatasi perancangan manusia, menyebabkan Terengganu yang dimenangi oleh Barisan Nasional itu bergolak dikala hendak mengadakan perlantikan Menteri Besar.

Sultan Terengganu dengan terang-terang tidak menerima perlantikan Idris Jusoh sebagai Menteri Besar, walaupun beliau telah mendapat ”watikah” dari Perdana Menteri malaysia.

Tindakan sultan itu, sedikit sebanyak telah menjatuhkan ”moral” Perdana Menteri yang dianggap sebagai orang yang berhak memberi nasihat kepada sultan, disamping Sultan amat relevan mendengar dan menerima nasihat beliau.


Disebalik kemelut itu, pihak Sultan telah melantik Ahmad Said sebagai Menteri besar. Dengan perlantikan pihak istana terhadap Ahmad Said sebagai menteri Besar itu, menyebabkan sebilangan besar ”barua-barua” idris Jusuh membantah dengan kerasnya sehingga menaikkan sepanduk yang berbau penghinaan terhadap Sultan.


Dalam keadaan politik terengganu berkecamuk, Tuan Guru Haji Abdul hadi sekali lagi menunjukkan kebijaksanaannya dengan mengeluarkan kenyataan rasmi, menyokong pilihan Sultan dengan melantik Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu, walaupun Ahmad Said bukan dari orang yang bermazhab PAS.


Sokongan itu telah memberi kesan besar kepada politik terengganu yang menyebabkan rakyat terengganu dapat menilai keikhlasan perjuangan yang diperjuangkan oleh PAS di Malaysia.


Dengan kenyataan itulah, menyebabkan puluhan ribu rakyat terengganu telah menyambut kepulangan Sultan Mizan ketika pulang dari Kuala Lumpur ke Terengganu baru-baru ini.


Secara moralnya, dengan kehadiran rakyat berpuluh ribu itu, sedikit sebanyak memberi kesan mendalam kepada Sultan yang merupakan yang dipertuan Agong malaysia pada kali ini.
 



PENUTUP


Jangan terlalu mengagong-agong orang yang telah pergi meninggalkan kita sehingga terlupa kepada jasa yang telah dilakukan oleh orang yang masih hidup.


Tidak dinafikan, besarnya jasa yang telah dilakukan oleh Allahyarham Ustaz Fadhil Nor dalam membentuk iklim politik Malaysia, tetapi dalam masa yang sama, Tuan Guru Haji Abdul Hadi adalah tokoh yang tidak boleh diabaikan jasanya, bahkan jasanya dalam membetuk iklim Politik malaysia juga agak besar.


Mudah-mudahan kita semua sentiasa berada dalam perjuangan Islam, yang dengannya dihadiahkan oleh Allah dengan syurga – Amin Ya Rabbal ’Alamin.


Wallahu ’Alam


Sekian

Sokong : Antara Islam atau Muslim

Mari kita sama-sama renungi hujahan yang telah beliau kemukakan di bawah ini. Smile

SOKONG ISLAM ATAU MUSLIM?

Berat soalan ini.

Jika anda menyokong ISLAM, bermakna anda menyokong PRINSIP. Islam sebagai prinsip menjulang keadilan, ketelusan, komitmen kepada perjanjian dan amanah, iaitu nilai-nilai yang didukung bukan sahaja di atas nama Islam, tetapi boleh juga tanpa nama Islam.

Akan tetapi jika anda menyokong MUSLIM, maka anda mempertimbangkan identiti calon, dan bukan prinsip serta integritinya. Jika anda mengundi seorang calon hanya kerana dia itu MUSLIM… anda tidak berlaku adil, anda pengamal ASABIYYAH.

“Rasulullah SAW ditanya, apakah dianggap ‘Asabiyyah jika seseorang itu mengasihi kaumnya? Baginda SAW menjawab, “TIDAK, AKAN TETAPI APA YANG DIANGGAP SEBAGAI ‘ASABIYYAH ITU IALAH APABILA SESEORANG ITU MENOLONG KAUMNYA ATAS KEZALIMAN!” [Musnad al-Imam Ahmad bin Hanbal, hadith Wathilah bin al-Asqa’]

Sama ada seseorang itu diundi kerana dirinya seorang Melayu, atau semata-mata dirinya seorang Muslim, sedangkan pengundian itu bakal mengekalkan kezaliman pasukan yang diwakilinya ke atas sekalian rakyat, maka pemilihan itu adalah ASABIYYAH, tidak mungkin sama sekali boleh dilihat sebagai suatu pilihan yang disandarkan kepada mana-mana prinsip Islam.

Islam menjulang keadilan dan menentang kezaliman.

Keadilan harus dipertahankan, biar pun dengan mempertahankan seorang bukan Muslim.

Kezaliman mesti dibanteras, biar pun pelakunya adalah seorang Muslim, hatta bapa atau anakmu sendiri.

KISAH UMAR DAN AMRU BIN AL-‘AAS

Kita tidak lupa kepada kisah seorang warga Mesir yang bukan Muslim telah datang mengadu kepada Umar al-Khattab, bagaimana kejayaannya di dalam lumba kuda telah dinafikan oleh Muhammad iaitu anak kepada Amru bin al-‘Aas, Gabenor Mesir ketika itu. Muhammad telah menempelak lelaki itu dan menghinanya sebagai orang kebanyakan sedangkan beliau adalah anak seorang Gabenor, seorang yang mulia.

Lelaki itu telah mengadu kepada Umar al-Khattab tentang kezaliman yang menimpa dirinya, lalu Umar memerintahkan Amru bin al-‘Aas dan anaknya Muhammad datang bertemu beliau di Madinah. Umar telah memerintahkan lelaki itu mengkasari semula Muhammad sebagaimana ia telah diperlakukan olehnya. Lantas Umar telah melafazkan ucapannya yang masyhur:

Wahai Amru, bagaimana kamu boleh memperhambakan manusia sedangkan mereka dilahirkan oleh ibu-ibu mereka bebas merdeka!”

KEADILAN UNTUK SEMUA

Prinsip Islam tidak mengenal Muslim atau bukan Muslim. Apa yang dipertahankan dan dijulang adalah keadilan.

Pilihanraya adalah proses terpenting untuk membersihkan negara daripada keangkuhan kuasa yang sudah lama bertahan, dan sewenang-wenangnya melakukan kezaliman dan penindasan.

Daripada Anas Radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, “BANTULAH SAUDARA KAMU, SAMA ADA DIA ITU ZALIM ATAU DIZALIMI”. Para sahabat berkata, “wahai Rasulullah, kami pasti membantu orang yang dizalimi ini, tetapi bagaimana pula kami boleh mambantu orang yang zalim?”. Baginda SAW menjawab, “CEGAHLAH SI ZALIM ITU DARI TERUS MELAKUKANNYA” (hadith riwayat al-Bukhari)

TOLONG MEREKA YANG DIZALIMI

Jika anda mahu membantu sekalian yang dizalimi sama ada di dalam tahanan ISA, yang dituduh tanpa kesalahan, yang menjadi mangsa penipuan, penindasan, tekanan ekonomi, politik dan sosial, MAKA BUATLAH PILIHAN YANG BETUL DENGAN MENYOKONG ISLAM, BUKANNYA MUSLIM. Sokonglah pasukan yang memperjuangkan keadilan, ketelusan, dan kebajikan sekalian rakyat tanpa memilih bangsa dan agama.

TOLONG MEREKA YANG ZALIM

Jika anda mahu benar-benar membantu sekalian yang zalim dan bongkak selama ini, hentikan mereka dari terus menang dan berpeluang meneruskan kezaliman.

Itu juga pesan mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir ke arah membersihkan BN dan Malaysia.

TOLONG KEZALIMAN

Akan tetapi, jika anda memilih Muslim dan non Muslim yang zalim atau menambahkan kekuatan pasukan yang zalim, untuk terus melakukan kezaliman, “ucapkanlah selamat tinggal kepada umat yang pasti binasa itu!”

Bila kalian mendapati keadaan di mana umatku takut untuk berkata kepada orang zalim, “Wahai zalim”, maka kamu telah diucapkan selamat tinggal daripada mereka (HR. Ahmad)

“Seeru ‘ala barakatillah”

satu detik bersejarah buat rakyat di negeri Selangor ( 31/03/08)

Tempat Bersejarah..Stadium Melawati…



Jom masuk Stadium..

Persediaan utk solat Maghrib..


Ketibaan Presiden PAS TGHA

TGHA Solat Maghrib



Orang Ramai bersalam dgn TGHA

Pentas Utama…



Ketibaan MB Baru Selangor


Muslimat..









Antara tetamu Non Muslim yg hadir..




Pemandangan dari Pentas utama..


Persembahan Nasyid.. Oleh Kumpulan In-Team

Nyanyian Lagu Negaraku & Lagu Rasmi PAS


InsyaAllah..tak lama lagi kita akan menawan Stadium sebelahnya pulak..

WAHAI PEMUDA !

WAHAI PEMUDA !

Pemuda adalah harapan semua ummat untuk mengembalikan ISLAM. Pemuda perlu:-

•fikir tentang ummat lebih banyak dari fikir diri sendiri.
•faham dakwah yang betul. Dakwah kurun ke 15 Hijrah.
•Hanya satu dakwah yang boleh menyelamat manusia – ISLAM – manusia sedang menunggu-nunggu.
•Ianya perlukan pengorbanan (Kesah Seerah Nabi dan Sahabat)
•Fikrah Islam hendaklah tulin (tanpa seleweng , tambah atau kurang). Musuh telah cuba merosakkan Islam beberapa lama.


Tugas kita:-

•Menceritakan hakikat Islam dengan jelas(teori).
•Mengajak beramal dengan Islam yang syumul (amali).
•Menjadikan Al-Quran & Sunnah rujukan utama.
•Berjuang terus hingga mati.
•Slogan kita : ‘Allah matlamat – Rasul Ikutan – Quran perlembagaan – Jihad jalan & Mati syahid cita-cita tertinggi’.
•Berkeyakinan diri ; kita adalah ‘tuan’ di bumi ini. Kemenangan adalah milik kita.


Titik kekuatan:-

•Iman
•Ukhuwwah
•Zahir (Tubuh badan, senjata, peralatan, pengurusan dsb)

•Program kita:-

•Individu Muslim
•Rumahtangga Muslim
•Ummat Islam
•Kerajaan Islam
•Watan Islam (Tanahair)
Menawan balik negeri Islam yang dirampas.
•Menjadi pemerintah dunia.


Peringatan!!

•Disangka angan-angan oleh manusia. Siapa tidak bekerja kearah ini maka sila cari cara lain.
•Kita bukan lemah
•Kita tidak akan memisahkan agama dan negara, solat dan masyarakat dll.
•Islam adalah sistem yang sempurna.
•Mengapa orang sangat memperelokkan solat tetapi melalaikan bidang Islam yang lain?
•Orang Islam ialah: Pendita dimalam hari dan satria di siangnya.
•Kita tidak mengabaikan negara dan bangsa kita tapi semua kerana Iman.
•Kebangsaan kita adalah semua negara Islam.
•Kita hendaklah maju dalam semua perkara kerana kemunduran akan merosakkan kita.
•Hendaklah melepaskan dari sebarang fahaman lain selain Islam.
•Hendaklah menguntukkan seluruh tenaga dan masa untuk Akidah ini.
•Kita akan capai antara 2 kebaikan: Menang atau Syahid.
•Siapa yang masih teragak-teragak dan berdolak dalih, Tentera Allah akan terus berjalan meninggalkannya tanpa mengira sedikit atau ramai..

Mari berjihad bersama Parti Islam Se-Malaysia yang bakal menjadi sebahagian dari Parti Islam Se-Dunia Very Happy

Berkasih Sayang Kerana Allah

Berkasih Sayang Kerana Allah

Banyak hadith yang meriwayatkan tentang keutamaan persaudaraan kerana Allah dan kedudukan yang tinggi bagi mereka yang menjalin persaudaraan kerana Allah. Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Barangsiapa yang menjalin persaudaraan kerana Allah maka Allah akan meninggikan darjatnya di dalam syurga, tidak condong suatu apapun dalam amalannya”. Berkata Abu Idris Al Khaulani kepada Muaz bin Jabal: “Sesungguhnya aku mencintai anda kerana Allah”. Maka Muaz berkata: “Sampaikanlah berita gembira dan bergembiralah. Sesungguhnya aku telah mendengar daripada Rasulullah SAW bersabda: “Suatu kelompok manusia kelak akan memperoleh kursi di sekitar Arsy pada hari kiamat, wajah mereka bagaikan bulan purnama pada malam lailatul qadar, waktu itu manusia terkejut padahal mereka tidak merasa terkejut, dan manusia takut padahal mereka tidak merasa takut, mereka itu adalah Auliya Allah yang tidak pernah takut terhadap mereka (musuh-musuh Allah) dan tidak pernah merasa khuatir”.
Kemudian aku (Muaz) bertanya: “Siapakah mereka itu ya Rasulullah ?”
Baginda menjawab: “Mereka adalah yang berkasih sayang kerana Allah”. (Riwayat Ahmad dan Hakim)

Persaudaraan dan kasih sayang kerana Allah ini adalah didirikan kerana ingin menegakkan kalimah Allah dan meninggikan asma Allah. Mereka berjumpa kerana menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran. Mereka mengutamakan kesejahteraan kaum muslimin daripada dirinya sendiri, dan menjaga hubungan persaudaraan itu dengan akhlak yang mulia. Jika konsep persaudaraan kerana Allah ini dapat dilaksanakan oleh umat Islam seluruhnya maka bahagialah umat ini hingga akhir hayat.

Dalam sebuah hadith diterangkan, sesungguhnya Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Allah SWT berfirmaan pada hari kiamat: “Dimana orang-orang yang menjalin rasa cinta kerana Aku ? Hari ini pada saat tidak ada lagi naungan apapun kecuali naungan-Ku, maka akan Aku naungi mereka di bawah naungan-Ku. Ada sebanyak tujuh kelompok dari mereka itu yang mendapat perlindungan Allah di saat tidak ada perlindungan lain pada hari itu kecuali perlindungan-Nya saja.


Sebagaimana diriwayatkan Asy Syaikhani bahawa di antara yang tujuh kelompok itu adalah dua orang yang menjalin cinta kerana Allah, berkumpul kerana Allah dan berpisah juga kerana Allah. (Ibnu Hibban dan Hakim dari Anas ra)


Sila rujuk buku:
1. Permata Idaman Mutiara Syurga ‘Lelaki Soleh DN 105

From : shark, on March 31st, 2008

Soalan :

salam
nak tanya wajarkah ilmu “awal-awaluddin marifatullah”
diajarkan….

terima kasih

Jawapan Nuraiman :

Makna Awaluddin Makrifatullah adalah “awal agama dalam mengenal Allah”. Mempelajari ilmu tauhid merupakan asas dalam agama Islam untuk mengenal Allah yang Maha Esa. Ilmu Tauhid merupakan dasar jiwa manusia dan merupakan ilmu yang wajib paling awal dan paling dahulu dipelajari sebelum ilmu yang lain. Sebab hanya dari jiwa yang bertauhid akan melahirkan cahaya ketaqwaan terhadap Allah SWT.

Tauhid maksudnya, mengetahui bahawa sesuatu itu satu. Menurut definisi secara lebih jelas tauhid iaitu; “Ilmu yang dapat menetapkan aqidah (tekad) keagamaan seseorang yang dicari (dikasab) dari dalil-dalilnya yang berdasarkan keyakinan”. Yang dimaksudkan dalil-dalil yang dapat menimbulkan keyakinan itu berdasarkan dalil naqli dan dalil aqli.

Banyak perkara yang kita ketahui dengan mempelajari ilmu tauhid jika dikaji dan dipelajari dengan teliti, umpamanya dari segi tujuannya (maudhu’nya) iaitu mengenai sifat-sifat Allah yang wajib, mustahil dan jaiz bagi-Nya, kemudian mengetahui sifat-sifat rasul dan lainnya. Hasilnya (tsamrah) iaitu untuk makrifat (mengetahui) Zat Allah iaitu mempunyai iktikad yang teguh, tidak goyang, tidak ada keraguan dan sesuai dengan keadaan berdasarkan dalil-dalilnya dan bukan sangkaan atau dugaan tanpa dalil.

Sebab kepercayaan tanpa dalil atau sumber adalah kepercayaan yang hampa dan tidak berguna. Darjatnya (fadhilahnya) merupakan ilmu yang paling tinggi kerana bertalian dengan Zat Allah dan sifat-sifat-Nya. Kedudukannya (nisbahnya) adalah segala ilmu agama Islam dan ilmu-ilmu lainnya merupakan cabangnya.

Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT tidak mewajibkan sesuatu yang lebih utama dari tauhid dan solat”.

__________________________________________________________________

ALLAH ADA, ALLAH LIHAT (Mengenali Allahswt)

Pengetahuan pertama yang patut diberi kepada anak ialah ilmu Tauhid – pengesaan terhadap Allah diikuti dengan pengenalan terhadap Nabi Muhammad saw. sesuai dengan konsep ‘awaludin makrifatullah’ atau awal-awal agama ialah mengenal Allah.

Dalam usaha menerapkan jiwa tauhid ini, seorang bapa mengajar anaknya supaya mengulang beberapa kali ayat berikut “Allah ada, Allah melihat”. Si anak tadi terus menjadikannya seperti wirid dengan mengulang berkali-kali ungkapan “Allah ada, Allah lihat”. Kalau tak dapat diucapkan dengan mulut, ia dilintaskan di dalam hati.

Al-Kisah:

Pada satu hari, si-bapa dan anaknya berjalan-jalan di sebuah dusun buahan jirannya. Dia ternampak buah rambutan sedang masak di sebuah pokok. Teringin di hatinya untuk mengambil beberapa tangkai lalu dia pun menyuruh anaknya memanjat. Sebelum memanjat dia mengingatkan anaknya supaya meneriaknya jika ternampak ada orang menghala ke situ. Si anak yang taat itu pun memanjat sebagaimana yang disuruh oleh bapanya.

Apabila hendak memetik, si-anak terus memekik “ada orang! ada orang!”. Bapanya terperanjat dan lari lintang pukang bersembunyi di balik semak. Apabila anaknya turun dan mendapati tiada siapa di situ, si-bapa bertanya mana orangnya. Si-anak tadi memberitahu bapanya, “Allah ada, Allah melihat. Allah melihat apa yang saya buat. Sebab itu saya terjerit!”

Si-bapa terdiam malu mendengar kata-kata anaknya itu.

MORAL & IKTIBAR

Mengajar tauhid kepada anak sejak kecil lagi adalah fardhu ain

Taufiq dan hidayah adalah pemberian Allah kepada sesiapa yang dikehendakiNya

Allah tidak suka kepada orang yang tidak mengamalkan apa yang dikatakannya

Kadang-kadang orang yang belajar lebih pandai daripada orang yang mengajar

Jangan lihat siapa yang berkata tapi dengar apa yang dikatakannya

Ungkapan seperti ‘Allah melihat apa yang kita buat’ patut diterapkan dalam sanubari kita hingga benar-benar sebati dengan darah daging kita.

Ilmu agama khususnya bidang akidah lebih berkesan diberi semasa kecil

Orang senior perlu juga mendengar kata nasihat orang junior

Mengingat Allah menjauhkan kita dari melakukan maksiat

NUR MUHAMMAD wrote:

MENGENAL ALLAH HUKUMNYA WAJIB. MENTAATI PERINTAH ALLAH HUKUMNYA WAJIB. MENYURUH ANAK ISTERI KELUARGA MASYARAKAT BERTAQWA KPD ALLAH JUGA HUKUMNYA WAJIB. ILMU MENGENAL ALLAH IALAH ILMU YANG AWAL DAN MUDAH DIPELAJARI SERTA DIFAHAMI KERANA ALLAH TAALA TELAH PERMUDAHKAN ILMU YANG TINGGI INI SUPAYA MUDAH DIFAHAMI OLEH SELURUH GOLONGAN MANUSIA TERMASUK YANG KAYA, YANG MISKIN, YANG BERPELAJARAN, YANG BUTA HURUF,YANG TUA, YANG MUDA, YANG PEKAK, YANG BISU, YANG BERBANGSA CINA,INDIA,PUTIH,JEPUN,ARAB,ME LAYU DLL. MANAKALA ILMU MENTAATI PERINTAH ALLAH PULA ADALAH ILMU YANG SUSAH DAN PAYAH UNTUK DILAKSANAKAN SEHINGGA MUNCUL PELBAGAI DALIH DAN HELAH DISERTAI DENGAN PELBAGAI PERSOALAN DAN FALSAFAH SEPERTI “Sekiranya seseorang itu sembahyang tanpa mengenal Allah, maka sia-sialah sembahyangnya”. SAYANG SEKALI APABILA ILMU MENGENAL ALLAH YANG TINGGI DISISI ALLAH DAN MUDAH DIFAHAMI SERTA BOLEH MENYELAMAT MANUSIA DARI SYIRIK KPD ALLAH TERSEBUT TELAH DIPUTARBELITKAN OLEH ORANG2 YAHUDI DGN PELBAGAI FALSAFAH DAN TEKA TEKI SEJAK ABAD KE 7 MASIHI UNTUK MEMECAHBELAHKAN UMAT ISLAM SETELAH GAGAL MELALUI PEPERANGAN KERANA UMAT ISLAM KAYA DENGAN SENJATA YANG PALING CANGGIH DIDUNIA IAITU “JIHAD”.

Manusia dan iman, dimanakah kita?

Manusia dan iman, dimanakah kita?

Ustaz Zainudin Hashim

Allah SWT telah mengingatkan kepada kita tentang kecenderungan manusia kepada kejahatan menerusi ayat 7-8 surah as-Syams bermaksud : Dan jiwa (hati manusia) serta kesempurnaan penciptaannya. Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaan.

Jelas dalam ayat di atas, Allah SWT menegaskan bahawa hati manusia terlebih dahulu cenderung kepada perkara yang jahat dan kemudian baru menoleh kepada yang baik (takwa), setelah mengharungi dan tenggelam dalam perkara yang boleh menjatuhkan manusia pada kancah kehinaan, tetapi dia boleh dianggap bernasib baik kerana beralih kepada yang baik, berbanding dengan mereka yang terus berada dalam maksiat dengan menentang Allah SWT dalam pelbagai bentuk dan sifatnya.

Benarlah, bahawa fenomena keruntuhan iman apabila tidak dibaja dan dipelihara setiap hari dengan ilmu, pembacaan al-Quran, zikir atau wirid, ia akan mendatangkan masalah kepada orang tertentu, kerana iman boleh turun dan boleh naik, masyarakat umat Islam hari lebih cenderung melihat iman mereka turun dan merundum jatuh bagaikan pasaran saham di papan utama Bursa Malaysia.

Masalah pembuangan bayi orang Islam secara terbuka seperti yang dilaporkan oleh media cetak baru-baru semakin berleluasa, pecah amanah tabung haji, penghinaan terhadap baginda Rasulullah s.a.w serta para isterinya, penganjuran konsert dengan menampilkan individu artis yang kontroversi dari dalam dan luar negara, penganjuran pelbagai majlis anugerah bintang popular dan penyanyi dengan penampilan pakaian artis wanita yang separa telanjang di bulan Muharram yang menganjurkan kita supaya berhijrah dan terlalu banyak lagi yang tidak mampu untuk menjelaskan kesemuanya, adalah menunjukkan keruntuhan iman, harga diri, minda yang begitu cetek terhadap agama Islam itu sendiri, sedangkan Islam seperti yang diketahui umum, adalah satu-satunya agama yang diperakui oleh Allah SWT.

Justeru, para alim ulama telah membahaskan isu berkenaan menerusi forum agama dalam laman web islamonline.net, islam-qa.com, islamweb.net dan pelbagai yang lain, ia bertujuan untuk menyelamatkan umat Islam dari menjadi mangsa keruntuhan iman yang semakin meruncing, mereka telah membahagikan perbincangan keruntuhan iman itu kepada tiga bahagian :

Pertama: Fenomena keruntuhan iman.
Kedua:
Faktor-faktor yang menyumbang kepada keruntuhan iman.
Ketiga: Penyelesaian kepada keruntuhan iman.

Fenomena keruntuhan iman

1- Kekal dalam melakukan maksiat kepada Allah, walaupun ia dianggap kecil.

2- Tidak memelihara diri dari melakukan ketaatan kepada Allah.

3- Hati tidak terkesan atau berbekas dengan ayat-ayat al-Quran.

4- Tidak merasakan hati menjadi keras apabila terjebak dalam perkara yang menentang Allah.

5- Lalai dari berzikir atau mengingati Allah kerana tenggelam dalam hiburan yang mengasyikkan.

6- Tidak memberikan tumpuan sepenuhnya dalam melakukan amal-amal ibadat.

7- Tidak bersikap lapang dada.

8- Bersikap kedekut atau bakhil.

9- Tidak suka bersahabat dengan mereka yang boleh membimbing ke jalan kebenaran.

10- Tiada perasaan marah dalam hati apabila melihat perkara keji dan mungkar berlaku di hadapan mata tanpa diubah kepada kebaikan.

11- Suka, cenderung dan gila kepada kemasyhuran, jawatan dan pengaruh walaupun tidak berkelayakan.

12- Suka duduk bersembang dengan membuang masa pada perkara yang tidak sedikitpun menguntungkan agama, negara, keluarga dan masyarakat.

13- Bercakap pada perkara yang tidak boleh dilakukannya, kerana ada sifat berpura-pura dalam diri.

14- Tidak mengambil berat/tahu mengenai urusan orang Islam dengan tidak merasa duka cita apabila mereka ditimpa sesuatu musibah dan tidak merasa gembira apabila mereka mendapat kebaikan.

15- Terlibat dalam perkara syubhat (samar mengenai halal dan haramnya) dan perkara yang membawa kepada dosa.

16- Tidak mempedulikan perkara yang baik-baik (yang diberi pahala) walaupun ia kecil pada pandangan manusia.

17- Tidak menjaga keutuhan perpaduan sesama muslim, sedangkan ia adalah tuntutan agama.

18- Tidak ada perasaan tanggungjawab dan bersungguh-sungguh dalam sesuatu urusan pekerjaan yang boleh menguntungkan agama.

19- Rasa takut, terkejut dan menggelabah apabila berlaku sesuatu bencana.

20- Banyak terlibat dalam pertikaian dan suka berbantah-bantahan pada perkara yang tidak memberi manfaat untuk semua.

21- Hati terpaut pada dunia dan segala yang melalaikan.

Tetapi, apakah yang sebenarnya berlaku hingga umat Islam tidak menyedari terlibat secara langsung atau tidak langsung, apakah faktor yang menjadikan mereka tidak peka pada persoalan yang dikemukakan di atas.

Faktor-faktor yang menyumbang kepada keruntuhan iman

1- Jauh dari ikatan iman yang berpanjangan.

2- Jauh dari ikutan contoh teladan yang baik-baik.

3- Tidak ikut serta dan berada dalam kelas-kelas pengajian agama, kelas al-Quran, hadis, sirah, program motivasi dan lain-lain yang boleh mengingatkan diri terhadap tanggungjawab kepada Allah.

4- Berlaku maksiat di tengah-tengah masyarakat yang tidak diubah dengan perkara makruf.

5- Sibuk dengan urusan keluarga dengan mencari keredaan isteri, anak-anak dan harta-benda hingga tidak sanggup berkorban untuk agama.

6- Panjang cita-cita terhadap perkara dunia dan lupa jalan ke akhirat.

7- Boros dalam perkara makan-minum, tidur yang berlebihan, berjaga malam bukan untuk beribadat, bersembang pada perkara yang sia-sia dan bergaulk secara bebas antara lelaki dan perempuan.

Penyelesaian kepada keruntuhan iman

1- Meneliti dengan mendalam dan terperinci isi-isi kandungan al-Quran secara serius.

2- Merasakan keagungan Allah selaku Pencipta dalam menghayati dan mengenali nama-nama dan sifat-sifat,Nya.

3- Menuntut ilmu Syariat, Usuluddin secara bersungguh-sungguh.

4- Banyak melakukan perkara yang baik-baik dan mengisi waktu untuk tujuan itu, walaupun ia dianggap kecil menurut pandangan manusia.

5- Berterusan dalam melakukan amal-amal yang baik, walaupun ia sedikit.

6- Menyesali diri kerana kurang melakukan perkara baik dan bercita-cita untuk melakukannya pada masa akan datang.

7- Sentiasa mengharapkan rahmat Allah, optimis bahawa setiap amalan yang telah dilakukannya diterima di sisi-Nya dan takut ia ditolak dan dianggap sebagai amal yang sia-sia.

8- Mempelbagai dan memperbanyakkan amalan selain solat, puasa, haji dan lain-lain yang boleh menambahkan iman dan takwa kepada Allah SWT.

9- Berwaspada dengan amalan songsang yang tidak memungkinkan mati dalam Islam.

10- Memperbanyakkan penelitian terhadap ayat-ayat al-Quran yang bersangkutan dengan ciptaan-ciptaan Allah seperti langit, bumi, manusia, malam, siang dan lain-lain.

11-Bermunajat kepada Allah dengan segala rendah diri, mengurangkan cita-cita, tidak terpedaya dengan janji dan habuan dunia yang melalaikan, mengagungkan kebesaran Allah pada setiap bahan ciptaan-Nya.

Tingkatan pembahagian iman

*Iman yang tetap ialah iman para malaikat kerana mereka tiada disertakan dengan nafsu.

*Iman yang turun naik ialah iman manusia biasa yang mudah terdorong oleh hawa nafsu.

*Iman yang sentiasa naik ialah iman para nabi iaitu manusia pilihan yang di tarbiah oleh Allah secara langsung.

Iman kita juga boleh diperbaharui dari masa ke semasa. Jika iman menjadi “baru” nescaya kita akan menjaganya sebaik mungkin dan meletakkannya di tempat yang paling istimewa.

Umat Islam hari ini ada potensi untuk menjadi umat yang kuat imannya kepada Allah

Al-Marhum Syeikh Said Hawwa dalam kitabnya Al-Asas Fi al-Tafsir juzuk 2 ketika menafsirkan surah ~Ali Imran, ada menukilkan riwayat mafhumnya, bahawa Rasulullah s.a.w menerusi satu hadisnya pernah bertanya kepada para sahabat dalam satu majlis ilmu : Siapakah agak-agaknya di antara makhluk Allah yang paling kamu kagum iman mereka kepada Allah?

Para sahabat menjawab : Para Malaikat, tidak kata Rasulullah, kerana mereka adalah golongan yang sentiasa bersedia untuk melakukan segala perintah Allah dan meninggalkan segala tegahan dan larangan-Nya, kalau begitu wahai Rasulullah, mereka itu ialah para Anbiya (nabi-nabi), tidak juga, kerana para Anbiya dianugerahkan Allah kitab-kitab atau suhuf-suhuf (lembaran-lembaran agama) dan mereka juga adalah golongan yang maksum (terpelihara dari membuat dosa), jadi kalu begitu kamilah wahai Rasulullah, tidak juga, kerana kamu boleh jadi orang-orang yang beriman kerana aku berada bersama dengan kamu, yang sebenarnya kata baginda, makhluk yang aku maksudkan itu ialah mereka yang akan datang (lahir) selepas kamu (mereka yang hidup tanpa melihat baginda Rasulullah kerana kewafatannya), kerana mereka boleh berpegang dengan al-Quran dan jadi orang-orang yang beriman walaupun aku tiada di sisi mereka.

Dalam satu riwayat hadis yang lain pula, baginda ada menegaskan, bahawa; Beruntunglah mereka yang melihat aku dan beriman kepadaku (Nabi hanya mengungkapkan sekali sahaja), dan beruntunglah mereka yang tidak melihat aku dan boleh beriman kepadaku, (baginda mengungkapkan ucapan itu hingga diulang sebanyak tujuh kali).

Saudara-saudaraku sekelian!

Iman yang ada di dalam hati kita itu, akan terus diperbaharui apabila kita berhasrat untuk melakukan reformasi perubahan dalam diri iaitu ingin menjadi hamba Allah yang terbaik dalam pelbagai aspek kehidupan, ia boleh dilakukan dengan perubahan sikap, seterusnya akan sampai kepada satu tahap kemuncaknya iaitu peningkatan, meningkat iman, kefahaman, cara berfikir, bertindak yang akhirnya melonjaknya diri kita sebagai umat yang mampu menyuruh manusia seluruhnya kepada yang makruf dan mencegah mereka daripada melakukan mungkar seperti membunuh, memfitnah, memberi dan menerima rasuah dan lain-lain.

Wallhu Alam.

PAHLAWAN NERAKA

PAHLAWAN NERAKA

 

Suatu hari satu pertempuran telah berlaku di antara pihak Islam dengan pihak Musyrik. Kedua-dua belah pihak berjuang dengan hebat untuk mengalahkan antara satu sama lain. Tiba saat pertempuran itu diberhentikan seketika dan kedua-dua pihak pulang ke markas masing-masing.

Di sana Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat telah berkumpul membincangkan tentang pertempuran yang telah berlaku itu. Peristiwa yang baru mereka alami itu masih terbayang-bayang di ruang mata. Dalam perbincangan itu, mereka begitu kagum dengan salah seorang dari sahabat mereka iaitu, Qotzman. Semasa bertempur dengan musuh, dia kelihatan seperti seekor singa yang lapar membaham mangsanya. Dengan keberaniannya itu, dia telah menjadi buah mulut ketika itu.

 

“Tidak seorang pun di antara kita yang dapat menandingi kehebatan Qotzman,” kata salah seorang sahabat.

Mendengar perkataan itu, Rasulullah pun menjawab, “Sebenarnya dia itu adalah golongan penduduk neraka.”

Para sahabat menjadi hairan mendengar jawapan Rasulullah itu. Bagaimana seorang yang telah berjuang dengan begitu gagah menegakkan Islam boleh masuk dalam neraka. Para sahabat berpandangan antara satu sama lain apabila mendengar jawapan Rasulullah itu.

Rasulullah sedar para sahabatnya tidak begitu percaya dengan ceritanya, lantas baginda berkata, “Semasa Qotzman dan Aktsam keluar ke medan perang bersama-sama, Qotzman telah mengalami luka parah akibat ditikam oleh pihak musuh. Badannya dipenuhi dengan darah. Dengan segera Qotzman meletakkan pedangnya ke atas tanah, manakala mata pedang itu pula dihadapkan ke dadanya. Lalu dia terus membenamkan mata pedang itu ke dalam dadanya.”

 

“Dia melakukan perbuatan itu adalah kerana dia tidak tahan menanggung kesakitan akibat dari luka yang dialaminya. Akhirnya dia mati bukan kerana berlawan dengan musuhnya, tetapi membunuh dirinya sendiri. Melihatkan keadaannya yang parah, ramai orang menyangka yang dia akan masuk syurga. Tetapi dia telah menunjukkan dirinya sebagai penduduk neraka.”

Menurut Rasulullah S.A.W lagi, sebelum dia mati, Qotzman ada mengatakan, katanya, “Demi Allah aku berperang bukan kerana agama tetapi hanya sekadar menjaga kehormatan kota Madinah supaya tidak dihancurkan oleh kaum Quraisy. Aku berperang hanyalah untuk membela kehormatan kaumku. Kalau tidak kerana itu, aku tidak akan berperang.”

 

Riwayat ini telah dirawikan oleh Luqman Hakim.

Gurau Rasulullah SAW

Gurau Rasulullah SAW

 

Rasulullah SAW bergaul dengan semua orang. Baginda menerima hamba, orang buta, dan anak-anak. Baginda bergurau dengan anak kecil, bermain-main dengan mereka, bersenda gurau dengan orang tua. Akan tetapi Baginda tidak berkata kecuali yang benar saja.

Suatu hari seorang perempuan datang kepada beliau lalu berkata,

“Ya Rasulullah! Naikkan saya ke atas unta”, katanya.

“Aku akan naikkan engkau ke atas anak unta”, kata Rasulullah SAW.

“Ia tidak mampu”, kata perempuan itu.

“Tidak, aku akan naikkan engkau ke atas anak unta”.

“Ia tidak mampu”.

Para sahabat yang berada di situ berkata,

“bukankah unta itu juga anak unta?”

 

Datang seorang perempuan lain, dia memberitahu Rasulullah SAW,

“Ya Rasulullah, suamiku jatuh sakit. Dia memanggilmu”.

“Semoga suamimu yang dalam matanya putih”, kata Rasulullah SAW.

Perempuan itu kembali ke rumahnya. Dan dia pun membuka mata suaminya. Suaminya bertanya dengan kehairanan, “kenapa kamu ini?”.

“Rasulullah memberitahu bahwa dalam matamu putih”, kata isterinya menerangkan. “Bukankah semua mata ada warna putih?” kata suaminya.

Seorang perempuan lain berkata kepada Rasulullah SAW,

“Ya Rasulullah, doakanlah kepada Allah agar aku dimasukkan ke dalam syurga”. “Wahai ummi fulan, syurga tidak dimasuki oleh orang tua”.

Perempuan itu lalu menangis.

Rasulullah menjelaskan, “tidakkah kamu membaca firman Allah ini,

 

Serta kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, serta kami jadikan mereka sentiasa perawan (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya”.

 

Para sahabat Rasulullah SAW suka tertawa tapi iman di dalam hati mereka bagai gunung yang teguh. Na’im adalah seorang sahabat yang paling suka bergurau dan tertawa. Mendengar kata-kata dan melihat gelagatnya, Rasulullah turut tersenyum.

AKP mungkin diharam – Parti pemerintah Turki dituduh cuba hapus sekular, bawa sistem Islam

AKP mungkin diharam – Parti pemerintah Turki dituduh cuba hapus sekular, bawa sistem Islam

https://i0.wp.com/press.jrc.it/NewsExplorer/photos/01/05/105.jpg

ANKARA 31 Mac – Mahkamah Perlembagaan Turki hari ini mengarahkan parti pemerintah yang berasaskan Islam, Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) dibicarakan atas dakwaan menjalankan aktiviti antisekular.

Panel 11 hakim yang bersidang hari ini sebulat suara menerima pendakwaan yang dibuat pada 14 Mac lalu oleh Ketua Pendakwa Raya Turki, Abdurrahman Yalcinkaya.

Beliau sebelum ini turut meminta mahkamah mengharamkan AKP kerana didakwa cuba keluar dari prinsip sekular dan menggantikannya dengan sistem Islam.

Abdurrahman turut meminta supaya 71 pegawai AKP, termasuk Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan dan Presiden Abdullah Gul diharamkan daripada menyertai politik selama lima tahun.

Minggu lalu, sebuah mahkamah telah melantik pelapor untuk menyelesaikan satu kajian teknikal mengenai dakwaan tersebut, bagi membolehkan 11 anggota tribunal yang dibentuk membuat keputusan sama ada pendakwaan itu mempunyai asas atau sebaliknya.

Pendakwaan

Perbicaraan bagaimanapun hanya akan dijalankan jika mahkamah – yang telah mengharamkan lebih 20 parti politik sejak 1960-an – menerima pendakwaan tersebut.

Keputusan perbicaraan dijangka diketahui dalam tempoh enam bulan.

Pihak pendakwa mendakwa, AKP cuba mengembangkan fahaman Islamnya dengan mewujudkan sistem berasaskan Islam.

Antaranya, menarik balik pengharaman memakai tudung di universiti dan penjualan alkohol di restoran-restoran oleh pihak berkuasa tempatan yang dilantik oleh AKP.

AKP sebaliknya menyangkal dakwaan tersebut dan menyifatkan kes itu bertentangan dengan demokrasi.

Sementara itu, Kesatuan Eropah (EU) menggesa mahkamah Turki mengambil kira keinginan negara itu untuk menyertai kesatuan tersebut dalam penghakiman mereka.

“Saya harap, hakim-hakim yang bersidang akan mengambil kira keinginan Turki untuk menyertai EU sejak sekian lama. EU sentiasa menghormati prinsip-prinsip demokrasi,” kata Pesuruhjaya Pembesaran EU, Olli Rehn selepas Mesyuarat Menteri-Menteri Luar EU di Slovenia.

p/s :

sama2 kita berdoa..semoga parti AKP dibawah pimpinan Abdullah Gul dapat mempertahankan kerajaan beliau sekarang..Ini adalah kerana, beliau satu-satunya pemimpin ISLAM di Turki yang cuba untuk membangunkan kegemilangan ISLAM di negara Turki..kerana kita tahu bahawa..Kerajaan Turki sebelum kejatuhannya kira-kira 1914 tahun lalu adalah satu-satunya Kerajaan ISLAM…