Batalkan sahaja Monsoon Cup

Batalkan sahaja Monsoon Cup

Masih tidak terlewat untuk membicarakan isu Piala Monsun (Monsoon Cup) yang akan diteruskan dengan sedikit ubah suai sebagaimana dijelaskan oleh Exco Kerajaan Terengganu, Dato’ Abdul Rahin Mohd Said baru-baru ini.

Acara ini antara projek membazir Barisan Nasional (BN) mendapat bantahan banyak pihak khususnya rakyat negeri itu.

Sebanyak RM300 juta setahun dibelanjakan untuk Monsoon Cup dikendalikan oleh Patrick Lim, kroni Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Rakyat Terengganu hanya menyaksikan projek itu dilaksanakan termasuk penduduk Pulau Duyong tanpa ada apa-apa manfaat besar untuk mereka.

Sementara itu terbongkar kisah di sebalik projek membazir itu, Dato’ Abu Bakar Chik, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu yang juga Pengerusi Institut Kajian Polisi Negeri (IKPNT) menyatakan bahawa pihak PAS Terengganu mempunyai maklumat tentang beberapa tata cara kewangan yang agak pelik berlaku di dalam pengurusan pembangunan Pulau Duyong dan Pulau Wan Man Kuala Terengganu.

“Antaranya adalah penglibatan Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PERMINT) sebagai badan penyaluran Wang Ehsan kepada projek-projek di Pulau Duyong dan Pulau Wan.

“Wang Royalti atau Wang Ehsan tidak masuk ke dalam akaun negeri, tetapi disalurkan terus melalui akaun PERMINT kepada projek-projek tersebut,” kata Dato’ Abu Bakar Chik baru-baru ini.

Patrick Badawi (meminjam gelaran oleh Tun Mahathir) akan terus memonopoli penganjuran Monsoon Cup untuk selama 8 tahun.

Ini merupakan perjanjian kontrak yang telah dimeterai Patrick Badawi dengan menteri besar lama, Dato’ seri Idris Jusoh sebelum ini.

Oleh itu, dipercayai Monsoon Cup tidak boleh dihentikan kerana terikat dengan kontrak yang dirangka sebegitu rupa, yang sudah tentu telah mengambil kira kepentingan diri masing-masing dalam agenda rompakan duit rakyat.

Didakwa Patrick Lim mendapat kira-kira RM300 juta setahun untuk penganjuran Monsoon Cup dan tempohnya tamat sehingga 2012, dikira kontrak bermula tahun 2005.

Bayangkan berapa banyak wang akan diperolehi kroni Umno itu dari projek berkenaan?

Persoalannya apakah manfaat yang diperolehi oleh rakyat setempat dari penganjuran Monsoon Cup itu?

Apakah hasilnya kepada kerajan negeri diperolehi dari projek itu, hanya sekadar memperkenalkan Terengganu ke mata dunia. Berapakah pelaburan asing berjaya di tarik masuk ke negeri tersebut melalui Monsoon Cup?

Berapa juta pelancong asingkah datang ke Terengganu untuk menyaksikan pertandingan itu dan berapa bilionkah wang dihasilkan dari kedatangan pelancong berkenaan?

Berapakah jumlah penduduk setempat menjadi kaya dan membabitkan diri dalam projek monsoon cup itu?

Yang pasti beratus juta wang rakyat dihabiskan untuk permainan perahu layar di muara sungai yang tidak bercabaran itu.

Yang pastinya kroni Umno membolot kekayaan tidak terhingga dari Monsoon Cup. Rakyat setempat terus miskin dan terhimpit dengan masalah kemiskinan.

Kerajaan tidak ada masalah untuk membatalkan projek membazir itu demi semata-mata untuk menyelamatkan wang rakyat dibelanja kepada perkara yang tidak perlu apa lagi di saat dunia kini menghadapi krisis ekonomi dan makanan meruncing.

Seharusnya ia diberhentikan segara tanpa memikirkan bagaimana mahu mengubahsuainya lagi.

Tumpuan perlu diberikan kepada bagaimana melaksanakan projek untuk kebaikan rakyat termasuk bersedia menghadapi krisis kenaikan harga barang dan kekurangan makanan dunia yang impaknya lambat laun tertimpa juga ke atas kehidupan rakyat negeri tersebut.

 

From : mohd ihsan, on April 19th, 2008

From : mohd ihsan, on April 19th, 2008


Pertanyaan : Adakah dalam hidup ini kita mempunyai pilihan. adakah perjalanan hidup kita ditentukan Allah swt

Jawapan :

“Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk memperhambakan diri kepada-Ku.” (az-Zariat: 56)

Secara jelasnya hidup kita telah ditentukan…Tujuan utama kita diciptakan adalah untuk beribadah dan melaksanakan apa yang telah diperintahkan..

Jodoh..Ajal Maut..Rezeki..Itu hanya Allah yang mengkehendakinya..tetapi harus diingat…

Firman Allah SWT:

“Nasib sesebuah kaum tidak berubah melainkan merekalah yang akan mengubahnya”

Dikuatkan lagi..

“Qada dan Qadak Allah tidak berubah melainkan dengan DOA”

Sabda Rasulullah S.A.W. :

“Berdoa lah kamu dengan bersungguh-sungguh..Nescaya Allah maha pemurah lagi maha mendengar..”

Firman Allah Taala;

“ Sesungguhnya Allah Taala suka kepada orang yang bertaubat dan suka kepada orang yang suci”

Hidup..ada pilihannya.. sama ada kita ingin hidup dalam golongan orang-orang yang beriman atau dalam golongan orang-orang yang kufur…Kita percaya bahawa hidup di dunia bukan penghujung hayat kita…kita akan di bangkitkan kelak..nescaya pada masa itu..kita mula berfikir..bagaimana keadaan kita di sana..BERTEMU DENGAN ALLAH DALAM KEADAAN BERIMAN ATAU KUFUR..selama ini..bagaimana pilihan kita…kita diberi AKAL dan NAFSU..bagaimana kita mengawal AKAL dan bagaimana pula kita mengawal NAFSU?? Pilihan Kita..Berlandaskan Al-Quran dan Al-Sunnah..Ikut MEREKA..selamatlah Dunia dan Akhirat..

Firman Allah Taala;

“ Dia mengurniakan hikmah kepada sesiapa yang Ia kehendaki. Dan barangsiapa yang dikurniakan hikmah maka sesungguhnya Dia telah dikurniakan satu kurniaan yang sangat besar. Dan tidaklah ada sesiapa yang mampu mengambil pengajaran darinya melainkan orang yang berakal”

FirmanNya lagi yang tafsirnya :

“Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.”

UMNO ibarat anjing tersepit, babi dijadikan senjata

UMNO ibarat anjing tersepit, babi dijadikan senjata

 Dengan Nama Allah Yang Maha Perkasa dan Maha Mengetahui Ya Allah, Selamatkanlah Malaysia daripada pemimpin yang kufur, munafik dan zalim kepada rakyatnya.

Jadikanlah hari-hari mendatang lebih baik dari semalam dan hari ini. Letakanlah agamamu yakni Islam tempat yang sepatutnya. Kami tidak mahu Islam Hadhari, Islam atas nama sahaja, akan tetapi isi kandungannya?

Kasihan sungguh kerajaan negeri Selangor di bawah PR, tidak sempat untuk bernafas, tidak ada peluang untuk mempertahankan diri, diserang di segenap sudut.

Diumpamakan, Baru sahaja mendiami rumah baru, sudah tentulah cat masih lagi berbau, perabotnya pula masih belum lengkap, pintu dan pagarnya belum ditambah dengan ciri keselamatan. Sudah tentulah sedang berkira-kira untuk merancang yang mana patut diperbaiki dan yang mana patut diubahsuai.

Bila babi menjadi senjata politik UMNO, maka jadilah negeri Selangor negeri Babi, seolah-olah kerajaan negeri akan menjadikan Selangor negeri maju dengan babi, mewujudkan koridor Babi sebanyak 100 juta untuk rakyat yang makan babi.

UMNO dan sekutunya media akan merubah landskap Selangor dengan mewujudkan Babi Moden di negeri itu.

Itulah habuannya, kepada rakyat negeri Selangor, kerana menyokong dan mengundi PR pada PRU 12 baru-baru ini, sehingga tumbangnya UMNO dan BN di Selangor.

Rupa-rupanya UMNO dan BN belum lagi serik, dalam sisa-sisa hayat yang sedikit Cuma, nafsunya semakin besar. Namun, mereka lupa dalam keadaan ghairah mengatur strategi untuk mengalih pandangan rakyat, kapal yang mereka naiki perlahan-lahan akan karam di lautan dalam yang tidak mungkin lagi dapat diselamatkan.

Malang sungguh negara kita, pemimpin negara mencanangkan Malaysia sebagai negara Islam tetapi sikap double standard begitu jelas dan nyata. Arak dan babi, adalah keduanya diharamkan oleh ALLAH SWT, tapi babi sahaja dijauhi, sementara Arak diproses, diiklan dan dijual secara meluas, sedangkan nas-nas pengharaman arak lebih banyak dan tegas daripada larangan memakan babi. Kenapa jadi begini? Kerana babi sudah menjadi mangsa UMNO dan BN.

Persoalannya, kenapa dan mengapa Kerajaan persekutuan tidak mahu membantu kerajaan negeri, malah mendera sedemikian rupa. Mereka tidak mahu mengenepikan perbezaan ideologi politik seketika untuk sama-sama berganding bahu membantu rakyat meningkatkan lagi taraf hidup dari segi agama, ekonomi, sosial dan sebagainya.

Apa yang mereka mahu? Hanyalah mengajak PAS dan PKR bersama-sama dalam UMNO atas dasar kepentingan Melayu padahal untuk survival mereka sendiri apabila tersepit. Ila liqaq.

p/s : Aqidah…itu pegangan kita dalam Islam… Tanpa Akidah..hidup kita umpama seekor kambing..makan dan minum hanya utk hidup..seperti seekor lembu..meragut runput hanya untuk memenuhi perut…

Tp berlainan dengan manusia yang berIman..Hidup penuh dengan mencari keredhaan Illahi..Hidup berbekalkan amalan dunia untuk memenuhi cita-cita di akhirat…

Hidup dengan berhalwa nafsu…jadi lah seperti ini..tidak kenal yang mana Halal..yang mana Haram…yang mana dosa..yang mana pahala..yang mana di suruh…yang maan di larang..yang mana amal makruf..yang mana di mungkar…

Dalami hati kita..

Lim Guan Eng & Umar Abdul Aziz

Lim Guan Eng & Umar Abdul Aziz

 Semenjak saya mengetahui bahawa Lim Guan Eng pernah dipenjarakan kerana mempertahankan nasib seorang gadis Melayu, sungguh-sungguh saya katakan bahawa saya agak berminat untuk mengikuti perjalanan politik beliau. Lebih-lebih lagi apabila beliau membuat kenyataan bahawa dia mahu mencontohi pentadbiran Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang sangat adil dan saksama itu.

Kini saya sudah jadi Ketua Menteri dan saya berazam akan mengotakan janji saya untuk menjadi Umar Abdul Aziz… …dulu semasa saya di penjara, antara orang yang kerap mengunjungi saya ialah Dato’ Fadhil Noor (Al Marhum Presiden PAS). Dan dialah yang membekalkan kepada saya buku-buku berkaitan Islam, termasuk satu buku tentang Umar Abdul Aziz. Bermula dari situ saya kenal tokoh yang hebat ini.

Tentunya kenyataan Lim Guan Eng ini akan dipandang sinis dan prejudis oleh sesetengah orang. Sama ada apa yang beliau nyatakan itu benar-benar ikhlas atau sekadar satu topeng bagi menutup sebuah agenda yang tersembunyi, kita berusaha dan bertawakal sahajalah agar negara kita ini dipimpin oleh mereka yang betul-betul telus dan jujur pada rakyatnya.

Tidak dinafikan bahawa wujud juga seketika sedikit rasa prejudis di hati saya terhadap Lim Guan Eng. Namun saya berusaha memadamkan rasa prejudis itu apabila saya memikirkan bahawa kalau Allah hendak beri hidayah, musuh nombor 1 Islam seperti Umar al-Khattab pun akhirnya menjadi pejuang Islam yang sangat disegani. Apatah lagi Lim Guan Eng yang tidak pernah memusuhi Islam itu. Prejudis adalah ibarat api yang menghanguskan ikatan perpaduan manusia yang berlainan bangsa mahupun di kalangan bangsa yang sama.

Sedangkan orang Amerika, British dan banyak lagi masyarakat dunia boleh menjadikan Mahatma Gandhi sebagai idola, walaupun mereka berlainan bangsa dan agama, maka adakah sesuatu yang mustahil jika Umar Abdul Aziz akan benar-benar menjadi idola kepada Lim Guan Eng ketika mentadbir Pulau Pinang?

Apapun, jangan gaduh-gaduh sangat tentang siapa yang memerintah negara. Yang paling penting, biarlah orang yang memimpin kita itu adil, amanah dan tidak zalim kepada sesiapa. Satu petikan yang saya kutip dari blog A Kadir Jasin ini, amat bermakna untuk kita semua renung dan fikir.

Sesiapa yang berjuang dengan nama Allah dan niat baik sentiasa dalam keredaan Allah, tetapi sesiapa yang lupakan niat, khianat dan tamak akan dimurkai Allah, akhirnya menjadi hina. Kalau orang Melayu (yang) beragama Islam mengkhianati bangsa, negara dan agama, Allah akan gantikan (dengan) bangsa lain yang beragama Islam (bagi) menjaga tanah air kita.”

(Daripada buku Sheikh Abdullah Fahim Penentu Tarikh Kemerdekaan Negara 13 Ogos ’57 oleh Mokhtar Petah, Pustaka Antara 1997).

Untuk sesiapa yang tidak tahu, Sheikh Abdullah Fahim adalah salah seorang ulama besar Tanah Melayu dan telah menjadi mufti pertama di Pulau Pinang. Beliau juga merupakan datuk kepada Pak Lah.

KISAH UNTA MEMATAHKAN RANCANGAN ABU JAHAL UNTUK MEMBUNUH RASULULLAH S.A.W

KISAH UNTA MEMATAHKAN RANCANGAN ABU JAHAL UNTUK MEMBUNUH RASULULLAH S.A.W

Setelah pelbagai usaha oleh kaum Quraisy untuk menyekat dan menghapuskan penyebaran agama Islam menemui kegagalan, maka Abu Jahal semakin benci terhadap Rasulullah S.A.W. Kebencian Abu Jahal ini tidak ada tolok bandingnya, malah melebihi kebencian Abu Lahab terhadap Rasulullah S.A.W.

Melihatkan agama Islam semakin tersebar, Abu Jahal pun berkata kepada kaum Quraisy di dalam suatu perhimpunan, “Hai kaumku! Janganlah sekali-kali membiarkan Muhammad menyebarkan ajaran barunya dengan sesuka hatinya. Ini adalah kerana dia telah menghina agama nenek moyang kita, dia mencela tuhan yang kita sembah. Demi Tuhan, aku berjanji kepada kamu sekalian, bahawa esok aku akan membawa batu ke Masjidil Haram untuk dibalingkan ke kepala Muhammad ketika dia sujud. Selepas itu, terserahlah kepada kamu semua samada mahu menyerahkan aku kepada keluarganya atau kamu membela aku dari ancaman kaum kerabatnya. Biarlah orang-orang Bani Hasyim bertindak apa yang mereka sukai.”

Tatkala mendengar jaminan daripada Abu Jahal, maka orang ramai yang menghadiri perhimpunan itu berkata secara serentak kepadanya, “Demi Tuhan, kami tidak akan sekali-kali menyerahkan engkau kepada keluarga Muhammad. Teruskan niatmu.”

Orang ramai yang menghadiri perhimpunan itu merasa bangga mendengar kata-kata yang diucapkan oleh Abu Jahal bahawa dia akan menghapuskan Muhammad kerana jika Abu Jahal berjaya menghapuskan Nabi Muhammad S.A.W bererti akan terhapuslah segala keresahan dan kesusahan mereka selama ini yang disebabkan oleh kegiatan Rasulullah S.A.W menyebarkan agama Islam di kalangan mereka.

Dalam pada itu, terdapat juga para hadirin di situ telah mengira-ngira perbelanjaan untuk mengadakan pesta sekiranya Nabi Muhammad S.A.W berjaya dihapuskan. Pada pandangan mereka adalah mudah untuk membunuh Nabi Muhammad S.A.W yang dikasihi oleh Tuhan Yang Maha Esa serta sekalian penghuni langit. Padahal Allah tidak akan sekali-kali membiarkan kekasih-Nya diancam dan diperlakukan seperti binatang.

Dengan perasaan bangga, keesokan harinya di sebelah pagi, Abu Jahal pun terus pergi ke Kaabah iaitu tempat biasa Nabi Muhammad S.A.W bersembahyang. Dengan langkahnya seperti seorang satria, dia berjalan dengan membawa seketul batu besar di tangan sambil diiringi oleh beberapa orang Quraisy yang rapat dengannya. Tujuan dia mengajak kawan-kawannya ialah untuk menyaksikan bagaimana nanti dia akan menghempapkan batu itu di atas kepala Nabi Muhammad S.A.W.

Sepanjang perjalanan itu dia membayangkan bagaimana keadaan Nabi Muhammad nanti setelah kepalanya dihentak oleh batu itu. Dia tersenyum sendirian apabila membayangkan kepala Nabi Muhammad S.A.W pecah dan tidak bergerak lagi. Dan juga membayangkan bagaimana kaum QUraisy akanmenyambutnya sebagai pahlawan yang telah berjaya membunuh musuh nombor satu mereka.

Sebaik sahaja Abu Jahal tiba di perkarangan Masjidil Haram, dilihatnya Rasulullah S.A.W baru sahaja sampai dan hendak mengerjakan sembahyang. Dalam pada itu, Nabi Muhammad S.A.W tidak menyedari akan kehadiran Abu Jahal dan kawan-kawannya di situ. Baginda tidak pernah terfikir apa yang hendak dilakukan oleh Abu Jahal terhadap dirinya pada hari itu.

Sebaik-baik sahaja Abu Jahal melihat Rasulullah S.A.W telah mula bersembahyang, dia berjalan perlahan-lahan dari arah belakang menuju ke arah Nabi Muhammad S.A.W. Abu Jahal melangkah dengan berhati-hati, setiap pergerakannya dijaga, takut disedari oleh baginda.

Dari jauh kawan-kawan Abu Jahal memerhatikan dengan perasaan cemas bercampur gembira. Dalam hati mereka berkata, “Kali ini akan musnahlah engkau hai Muhammad.”

Sebaik sahaja Abu Jahal hendak menghampiri Nabi Muhammad S.A.W dan menghayun batu yang dipegangnya itu, tiba-tiba secepat kilat dia berundur ke belakang. Batu yang dipegangnya juga jatuh ke tanah. Mukanya yang tadi merah kini menjadi pucat lesi seolah-olah tiada berdarah lagi. Rakan-rakannya yang amat ghairah untuk melihat Nabi Muhammad S.A.W terbunuh, tercengang dan saling berpandangan.

Kaki Abu Jahal seolah-olah terpaku ke bumi. Dia tidak dapat melangkahkan kaki walaupun setapak. Melihatkan keadaan itu, rakan-rakannya segera menarik Abu Jahal dari situ sebelum disedari oleh baginda. Abu Jahal masih terpinga-pinga dengan kejadian yang dialaminya.

Sebaik sahaja dia sedar dari kejutan peristiwa tadi, rakan-rakannya tidak sabar untuk mengetahui apakah sebenarnya yang telah berlaku. Kawannya bertanya, “Apakah sebenarnya yang terjadi kepada engkau, Abu Jahal? Mengapa engkau tidak menghempapkan batu itu ke kepala Muhammad ketika dia sedang sujud tadi?”

Akan tetapi Abu Jahal tetap membisu, rakan-rakannya semakin kehairanan. Abu Jahal yang mereka kenali selama ini seorang yang lantang berpidato dan menyumpah seranah Nabi S.A.W, tiba-tiba sahaja diam membisu.

Dalam pada itu, Abu Jahal masih terbayang-bayang akan kejadian yang baru menimpanya tadi. Dia seolah-olah tidak percaya dengan apa yang dilihatnya, malah dia sendiri tidak menyangka perkara yang sama akan berulang menimpa dirinya.

Perkara yang sama pernah menimpa Abu Jahal sewaktu Rasulullah S.A.W pergi ke rumah Abu Jahal apabila seorang Nasrani mengadu kepada baginda bahawa Abu Jahal telah merampas hartanya. Pada masa itu Abu Jahal tidak berani berkata apa-apa pada baginda apabila dia terpandang dua ekor harimau menjadi pengawal peribadi Rasulullah S.A.W.

Kemudian setelah habis mereka menghujani Abu Jahal dengan pelbagai soalan, maka Abu Jahal pun mula bersuara, “Wahai sahabatku! Untuk pengetahuan kamu semua, sebaik sahaja aku menghampiri Muhammad hendak menghempapkan batu itu ke kepalanya, tiba-tiba muncul seekor unta yang besar hendak menendang aku. Aku amat terkejut kerana belum pernah melihat unta yang sebegitu besar seumur hidupku. Sekiranya aku teruskan niatku, nescaya akan matilah aku ditendang oleh unta itu, sebab itulah aku berundur dan membatalkan niatku.”

Rakan-rakan Abu Jahal berasa amat kecewa mendengar penjelasan itu, mereka tidak menyangka orang yang selama ini gagah dan beria-ia hendak membunuh Nabi Muhammad S.A.W hanya tinggal kata-kata sahaja. Orang yang selama ini diharapkan boleh menghapuskan Nabi Muhammad S.A.W dan pengaruhnya hanya berupaya bercakap seperti tin kosong sahaja.

Setelah mendengar penjelasan dari Abu Jahal yang tidak memuaskan hati itu, maka mereka pun berkata kepada Abu Jahal dengan perasaan kehairanan, “Ya Abu Jahal, semasa kau menghampiri Muhammad tadi, kami memerhatikan engkau dari jauh tetapi kami tidak nampak akan unta yang engkau katakan itu. Malah bayangnya pun kami tidak nampak.”

Rakan-rakan Abu Jahal mula sangsi dengan segala keterangan yang diberikan oleh Abu Jahal. Mereka menyangka Abu Jahal sentiasa mereka-reka cerita yang karut itu, mereka mula hilang kepercayaan terhadapnya. Akhirnya segala kata-kata Abu Jahal mereka tidak berapa endahkan lagi.