Siapa Aku? (Sebuah Puisi Biografi Syeikh Ahmad Yasin)

Siapa Aku? (Sebuah Puisi Biografi Syeikh Ahmad Yasin)

SIAPA AKU?
(Sebuah Puisi Biografi Syeikh Ahmad Yasin, 1938-2004)

Lahirku di Kampung Al-Jaurah,
Selatan Tebing Gaza, 1938 Masihiah,
Tercetus perang 1948, familiku berpindah,
Mengharung kaki menuju Ghazzah. (Gaza)

Tika asyik beriadah bersama teman,
Malang menimpa, aku terhumban,
Lumpuh seluruh badan,
Namun, kutekad kekuatan,
Lumpuhku tidak bisa menghalang pergerakan,
Minda, fikiran, tadbir jua amalan…

Kutamatkan pengajian sekolah,
Kuteruskan ke Universiti Ain Syams, padah,
Setahun berlalu dan aku terpaksa berhenti,
Hati yang terhiris itulah,
Yang kubawa ke Mesir gagah,
Kukenal Ikhwan, sertai jamaah.

Di Palestin,
Akulah guru, mengajar tatatertib,
Berkhutbah di masjid, akulah khatib,
Akulah pengasas Majma’ Islami,
Pada 70-an tekad bersemi.

1983, aku ditangkap dituduh,
Pengasas Majd Mujahidin pembunuh,
13 tahun penjara, mahkamah menyuruh,
Namun terbebas selepas bulan kesepuluh.

Kuasaskan lagi gerakan HAMAS,
Gerakan Penentangan Islamiah, kemas,
1987, HAMAS berdiri tegas!

Sekali lagi, ditangkap askar Yahudi,
Dihukum penjara seumur abadi,
Ditambah 15 tahun lagi,
Kerana mengasas HAMAS menggempa Yahudi!

Makin hari, kumakin lemah, di penjara,
Pandangan kananku hilang mutiara,
Mata kiriku kabur, terseksa didera,
Penyakitku kronik, dihantar ke Hospital Penjara.

Subuh 1 Oktober 1997 barakah,
Aku dibebas dengan janji payah,
Antara Jordan & Israel laknatullah,
Selepas serangan Khalid Masy’al tergagal, musnah.

Kusenyum, kulihat
Intifadah Aqsa, bangkitnya ummat,
Menentang, melawan Zionis penjajah laknat,
Hingga terbunuh jua tercedera berat.

Pagi,
Malam Isnin aku bersolat sendiri,
Munajatku mohon ke hadrat Ilahi,
Agar ganjaran Syahid diberi di sisi,
Dan kuniat puasa di pagi hari.

Masjid, 22 Mac 2004 – Fajarnya,
Usai solat Subuh, tiada lama hanya,
Tika berjalan pulang, aduh sakitnya,
Tiada rasa nyeri, pulanglah,
Pulanglah ke hadrat Tuhanku, Allah,
Haruman syurgawi, rohpun terbanglah,
Duniaku, pisahlah,
Nyata kerananya dan kerana-Nya aku lelah…

Akulah Syeikh Ahmad Ismail Yasin!
Siapa kamu?
Apa yang kamu telah sumbangkan untuk agama Allah?

3 April 2004,
Hotel Fatamorgana,
Sweileh, Amman.

Pindaan Auku dikehendaki lebih menyeluruh, dipersetujui ramai pihak

Pindaan Auku dikehendaki lebih menyeluruh, dipersetujui ramai pihak

Pindaan Auku 1972 yang lebih kepada penglibatan pelajar universiti dalam aktiviti kemasyarakatan, bukannya politik, dilihat sebagai strategik licik Kementerian Pengajian Tinggi dalam memenuhi gesaan pelajar yang mahukan akta itu dimansuhkan.

Bekas Presiden Persatuan Mahasiswa UKM, Abdullah Abdul Karim ketika memberi respons berhubung pindaan itu berkata, pindaan itu sebenarnya masih tidak memberi kebebasan kepada mahasiswa yang lebih menjurus kepada persatuan yang ada hubungan dengan kerajaan.

Semalam Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Dato’ Idris Harun dilaporkan berkata, seseorang mahasiswa tidak semestinya hanya tertumpu kepada bidang yang dipelajarinya sebaliknya boleh melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan seperti Belia 4B.

Mengulas perkara ini, Abdullah membidas pertubuhan Belia 4B yang sedia maklum lebih cenderung kepada kerajaan dan ini secara tidak langsung mereka akan terlibat dengan politik kerajaan.

“Amat tidak adil kerajaan bertindak demikian, dalam masa sama ada niat tersembunyi kerajaan di sebalik pindaan tersebut,” katanya ketika menghubungi Harakahdaily hari ini.

Mengulas kebenaran pelajar terlibat dalam Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Abdullah mencabar kerajaan supaya tidak menyekat pelajar untuk terlibat dengan mana-mana pertubuhan NGO selain Belia 4B seperti Teras, Jemaah Islah Malaysia (JIM), Suaram, Gerak, Jerit, dan sebagainya.

“Jika pelajar boleh terlibat dalam NGO, saya minta mereka juga tidak dihadkan untuk NGO tertentu sahaja biarlah ia menyeluruh,” tegas beliau.

Berhubung senario mahasiswa terlibat dengan politik katanya, perkara itu tidak dapat dielakkan dan sememangnya pelajar akan tetap dipergunakan oleh mana-mana parti politik termasuk kerajaan sendiri seperti Putri Umno dan Putra Umno.

Justeru katanya, kementerian sepatutnya memperbetulkan prosedur tatatertib univsersiti terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan membuat pindaan akta.

“Bahkan kementerian juga patutnya mengambil kira pandangan semua pihak termasuk pelajar, NGO dan parti politik sebelum meminda akta berkenaan,” katanya.

Remaja Wanita Kini Telanjang

Remaja Wanita Kini Telanjang

Aku selalu merantau ke banyak tempat sehinggakan aku merasa hairan keadaan fesyen remaja wanita sekarang.

Perasan tak ramai dari mereka memakai tudung tapi berpakaian seksi. Kadang-kadang aku merasakan agaknya harga baju dah terlalu tinggi sekarang nie sehingga mereka sanggup memakai baju adik-adik mereka.

Dahlah ketat  pakai bra warna-warni pulak. Aku tak faham kenapa mereka mesti memakai tudung, adakah itu penghinaan keatas agama yang dianuti?

Seluar pulak cawatnya pendek, bila duduk nampak pulak seluar dalam. Apa semuanya ini? Lebih menghairankan tiada pula pemuda yang menasihati hanya syok memerhatii.A ku pernah menyindir hinggakan mereka melihat aku terus melarikan diri. Aku rasa masyarakat harus bersikap kritis dimana bila melihat perkara tersebut harus menyindir barulah mereka sedar yang dipakai itu tidak sopan.

Katakan pada mereka nak buat “Free Show Ke” atau bagi mereka duit 20 ringgit suruh beli baju baru kalau tak ada duit sangat. Abang-abang harus memainkan peranan jika ada adik sebegini.  Jangan marah tapi belikan baju yang besar atau baju kurung suruh pakai. Jangan jadikan tudung yang di pakai itu sebagai pembalut nangka. Ianya adalah lambang keislaman.

Jangan kita hanya tengok aje.Sebagai ahli masyarakat tugas kita untuk membetulkannya.Walaupun kecil tapi sekiranya semua masyarakat berganding bahu maka aku rasa kita akan melihat perubahan yang drastik.

Buat macam zaman dulu, semua masyarakat memainkan peranan kearah kebaikan. Perasan tak kalau dulu jika mereka berpakaian sebegini mereka akan di renung semacam makhluk asing sehingga mereka tidak mahu memakai pakaian sebegini. Kita harus bertindak drastik kalau mahukan perubahan segera. Jangan biarkan anak perempuan melayu terus menjadi begini. Makin hari makin teruk. Pakatlah beramai-ramai megubah keseksian remaja kita. Insyallah!

Jangan biarkan mereka terus bertelanjang setiap hari walaupan mereka berpakaian. Ibu Ayah tolong jalankan amanah yang diberikan. Jangan nampak itu hanya satu kesalahan yang kecil aje. Tutuplah maruah mereka kerana itulah juga maruah kita. Fikirkanlah……….