Gambar-gambar TG Haji Hadi dari HSNZ

Gambar-gambar TG Haji Hadi dari HSNZ

Oleh amdang81

a


Bismillahir rahmanir rahim.. Assalamu alaikum wbt…

Berikut adalah sedikit gambar ehsan dari kawan-kawan yang menziarahi TG Haji Hadi. Aku sempat juga semalam masuk untuk berjumpa dan bersalaman. Ayah Chik kelihatan sihat dan dikatakan tidak serius. Hanya kerana perasan adanya tanda-tanda stroke sahaja Ayah Chik dimasukkan. Namun pada sebelah petang semalam semuanya beransur pulih. b
Ustaz Nasarudin Mat Isa tiba kira-kira jam 6 petang semalam.

a
YB Salahudin Ayub yang tiba bersama Ustaz Nasa.

c
YB Hussam tiba dekat-dekat jam 7 malam.

d
Ceria berbicara. TG Kelihatan sihat.

e
Bergambar bersama TG

a
YB Dato Tg Hassan dan isteri keluar dari bilik TG. YB Ladang ini hadir pada sebelah pagi lagi.

r
Dato Man Bakar turut hadir menziarahi TG.

a
Antara pelawat yang hadir.

f
Bersalaman dengan pelawat

d
Adik ini turut bersalaman dengan TG

semoga Allah memanjangkan usia pejuang Islam untuk menegakkan daulah Islamiyyah di bumi Malaysia in……sesungguhnya segala kesakitan adalh ujian dari Allah untuk hambaNya……Allahuakbar…

Orang muda dan masjid

Orang muda dan masjid

Selepas keputusan pilihanraya seorang sahabat lama saya pulang ke kampung.Dalam setahun hanya beberapa kali sahaja dia pulang ke kampung, walhal masih bujang.bila ditanya,mengambil baki cutinya,mencari ARAH katanya.

Kami sama-sama belajar di UiTM shah alam dan satu geng melepak di seksyen 2 waktu petang2. 🙂 Saya taknaklah bercerita sangat mengenai kisah2 zaman muda dulu.Tapi dia ni antara sahabat yang selalu mengikut geng usrah di kolej Perindu.Kegiatan keagamaan tidaklah begitu aktif di UiTM,itu pandangan saya lah.

Sekarang sahabat saya tu bekerja di kementerian yang dijaga oleh Azalina Othman.

Yang menarik tentang sahabat saya ini,tujuan dia balik adalah untuk pergi berjemaah magrib/isyak di masjid/surau sekitar Kelantan.JALAN-JALAN SOLAT JEMAAH,katanya.

Saya diajaknya kerana kebanyakkan member sebaya semua keje luar kelantan, dan dia balik dgn bas,jadi takde kenderaan lah mamat ni.Apalagi saya ni keje sendiri,jadi mudahlah nak diajak kehulu hilir.

Kami memilih untuk berjemaah magrib/isyak kerana waktu itu kebanyakkan orang masa tu masa ‘free’, dan selalunya jemaah masa tu ramai orang ke masjid berbanding waktu solat lain.


Hampir 2 minggu kami berjemaah di serata tempat di Kota Bharu dan daerah lain,sampai masuk ke dalam kampung apa nama pun saya tidak tau.
(kerana tidak menghafal nama masjid/surau yang kami singgah,saya hanya sebutkan nama tempat).

Antara masjid yang kami singgah ialah masjid Kubang Kerian.Menariknya ketika itu selepas isyak,ada ustaz mengajar hadith.Beliau ialah Maulana Ustaz Asri.Lebih kurang 25/30 jemaah mengikuti pegajian Ustaz Asri, membanggakan separuhnya golongan muda,malah dibawa video kamera untuk merakam pengajian tersebut.

Di sebuah surau di kampung jalan Pasir Tumbuh,kami berjemaah 6 orang sahaja (diulangi, 6 ORANG SAHAJA) waktu magrib!!di Machang,masjid besar tepi jalan,sungguh meriah pula jemaahnya, tersusun berderet kereta di tepi jalan.Suasana masjid di Bukit Bunga pula biasa sahaja,mungkin kerana masjid tersebut dalam menaik taraf.

Kami singgah juga di Berek 12,masjid Paya Bemban.Jemaah disini agak ramai termasuk budak2 kecil.Di ketereh,juga masjid ditepi jalan ada 2,3 saf penuh. manakala di Pasir Hor,surau tepi jalan,dapatlah 2 saf penuh.Kami juga singgah di Rantau Panjang,masjid lepas pemeriksaan kastam.Di Pasir Mas kami solat magrib di masjid selepas ’roundbout’,jemaah isyak di masjid dalam bandar tepi balai polis Pasir Mas.

Dalam tempoh tersebut lebih kurang 15/16 masjid/surau kami singgah.Kos minyak,semua member tanggung.hehe..biasanya kami bertolak selepas asar,dan arah kami ialah tempat2 yang ada rumah samada rakan saya atau dia.Berjumpa/ziarah rakan lama jugak!Di Bukit Bunga,Rantau Panjang adalah sambil bershopping.Hehehe.


Destinasi terakhir adalah masjid Muhammadi di tengah bandar Kota Bharu, dan kami terlupa untuk singgah di masjid dekat rumah Tok Guru Nik Aziz,di Pulau Melaka!


Apa yang sebenarnya saya ingin sampaikan adalah,dari Jalan-Jalan Solat Jemaah kami,sedih/pilu kami nyatakan bahawa TERLALU SIKIT GOLONGAN MUDA yang berjemaah di masjid.Bahkan di Masjid Muhammadi,jemaah magrib/isyak siap dgn kuliah magribnya (ketika kami pergi, Ustaz Saibom dari Maik sedang mengajar),3 saf penuh,tidak sampai 10 orang pun golongan muda dari 100 lebih jemaah.

Kecewa terlihat diwajah sahabat saya,ingatkan suasana jemaah di Kelantan lebih meriah,sangkaannya meleset.

Di sebuah surau di Pasir Tumbuh,jalan tiong rasanya,dalam 15/16 jemaah,hanya kami berdua yang muda,yang lain pangkat atuk2 kami.

Saya tidak ingin simpulkan apa2,kerana diri pembaca sendiri lebih afdal mengenai mereka.

Setelah berbual panjang bertukar pendapat dgn sahabat saya,berdetik perasaan sayu di hati.

Takkanlah bila dah tua,kederat dah x kuat,pendengaran kurang jelas,berjalan kena bertongkat,baru terhegeh-hegeh nak mendekati masjid,mengaji agama,belajar hadith??

Ketika di masjid Muhammadi,ada seorang pemuda lingkungan 20an,kakinya bengkok,wajahnya macam budak ‘down syndrom’,(wallahualam,tak pasti) tapi masih berjemaah di masjid!Di saf hadapan sekali,seorang warga emas,bengkok juga kakinya,terpaksa solat duduk,datang jugak ke masjid!Orang cacat pun sanggup bersusah payah menunaikan jemaah,yang muda2 yang di manakah mereka ini?Takkan la semua tengah merempit?

Yang pastinya ramai berada di pasar-pasar malam,di supermarket2 dan baru habis mengesat peluh,menanggal kasut bola, tentu lagi ramai asyik menonton drama-drama cina/indo/korea/sepanyol kat kaca tv!

Sebelum2 ini,saya x ‘miss’ jemaah magrib/isyak,tetapi hari ini,saya akan mencuba menunaikan solat berjemaah untuk semua waktu.Insyallah.

Untuk pengetahuan pembaca juga, Rasulullah,setelah solat diwajibkan,tidak pernah sepanjang hidup Baginda menunaikan solat bersendirian.

Hinanya menjadi seorang guru @ pendidik

Hinanya menjadi seorang guru @ pendidik

 Keperluan terhadap guru sangat penting dalam memastikan sistem pendidikan di negara kita berjalan degan lancar. Tetapi dalam pada masa yang sama waktu kini, pelbagai cerita , rencana dan tihmahan yang dilemparkan terhadap guru.

Adakah hina menjadi guru pada masa kini. Kebanyakan hinaan dan tohmahan berkisar pada cara guru menghukum pelajar. Ada yang dirotan,ditampar, ditendang dan sebagainya lagi. Namun begitu, kisah ini adalah kisah yang terpinggir tetapi telah dibesarkan oleh media, apa tujuannya, untuk menyedarkan masyarakat bahawa guru ini adalah satu kumpulan tenaga pengajar yang ganaskah? Kita imbau kembali zaman arwah ayahku dan zaman aku sendiri bersekolah dan kini aku menjadi seorang guru. Menurut cerita arwah ayahku, apabila guru menghukum contohnya memberi penampar, maka murid akan berterima kasih kepada guru tersebut kerana telah memberi pengajaran kepadanya. jika arwah ayahku mengadu kepada arwah datukku maka bonus tambahan akan diberi pula. jika guru lempang kiri, arwah datukku lempang kanan.hukuman berdiri sambil menjunjung kerusi atau buku ditengah panas telah menjadi kelaziman.

Di zamanaku pula, pernah gigi tercabut ditampar guru matematik, hanya kerana aku lupa membawa buku. walhal akulah pelajar terbaik disekolah tersebut. aku cuba mencari simpati dari ibuku, namun hampa. yang aku dapat juga bonus tambahan dari ibu. namun aku tak berkecil hati kerana aku tau itu salahku. mungkin sebagai pengajaran. ibu bapa dikala itu mempunyai rasa hormat yang amat sangat terhadap guru. pesannya yang masih ku ingat. “jangan menderhaka pada tiga perkara, Allah, Ibubapa dan guru”. dan aku tak pernah tanya kenapa.

sekarang aku menjadi guru di sebuah sekolah rendah. apabila aku rotan anak murid kerana pelbagai kesalahan. (kat tapak tangan je pun).kes aku sampai ke pengetahuan pejabat pelajaran daerah dantelahdiberi amaran. Ada wujud ibubapa yang bertindak sedemikian. walhal kalau berjumpa dengan guru besar atau aku sendiri lebih baik. senang la nak cerita perangai anak-anak mereka yang tersangat baik dan tersangat menghormati guru tu.

Secara kesimpulannya, guru sekarang tidak lagi dihormati seperti guru pada masa lalu, walaupun hukuman guru dahulu lebih ganas dari guru pada masa kini. Dan dapat kita perhatikan sekarang, masyarakat kita sangat lembik jati dirinya dan tidak begitu arif tentang berdikari. maka dari situlah terhasilnya penagih, rempit, rogol dan sebagainya. Perkara ini tidak akan selesai jika guru tidak dapat menghukum, malah tidak dapat menegur anak muridnya. jika dilakukan juga mungkin guru pula yang kena lempang, tumbuk atau diadukan kepada pihak atasan. ibubapa sekarang pula ramai yang kenal orang politik itu dan ini. kemungkinan ditukarkan adalah sangat cerah jika anak-anak mereka yang dihukum guru.

Jadi untuk saranan “JANGAN LA JADI GURU, CARI LA KEJE LAIN” kerana guru sekarang lebih banyak dihina dari dipuji. (bukan nak dipuji, cakap tima kasih cukup la). Ramai guru yang bersungut tetapi apa kan daya, guru ibarat mentimun. golek ke tak golek ke tetap punah. Menteri pelajaran sekarang pun macam hampas. bukan nak jaga kebajikan guru, malah kutuk guru lagi ada. bebankan guru dengan berbagai-bagai kerja baru dan susahkan guru untuk mengajar sains dan matematik dalam bahasa inggeris.(aku bukan tak sokong, tapi, takkan tak leh cari ilmu dalam bahasa melayu. ke hina bahasa melayu sampai tak leh jadi bahasa dalam mencari ilmu)

aku juga nak minta maaf kat ibubapa yang masih lagi ada perasaan hormat kat guru. tetapi kisah ini dah jadi lumrah dalam hidup guru sekarang ni. anak gagal, guru salah.anak berjaya sebab dia pandai dan rajin belajar sendiri. pikir-pikirkan lah.

banyak lagi nak cerita. tengoklah kalau da kelapangan. wassalam