BALASAN MENINGGALKAN SOLAT

BALASAN MENINGGALKAN SOLAT

Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis.

Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, “Wahai orang muda kenapa kamu menangis?”

Maka berkata orang muda itu, “Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya.”

Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, “Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam.”

Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.

Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, “Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?”

Berkata orang muda itu, “Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat.” Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, “Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam.”

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.

Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, “Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat.”

Lalu para sahabat bertanya, “Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?”

Berkata ular, “Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :”

1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah.

1. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.

1. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

Maka inilah balasannya.

Koleksi gambar Himpunan Rakyat di Ipoh

Koleksi gambar Himpunan Rakyat di Ipoh ( April 16, 2008 )

Setelah rakyat Perak menunggu untuk masuk ke Stadium Perak selama 50 tahun, malam yang lepas mencatat sejarah yang baru dengan kehadiran lebih 70,000 rakyat untuk mendengar amanat dari 5 Menteri Besar dan Ketua Menteri dalam program Himpunan Rakyat yang diadakan. Pihak penganjur telah membariskan Menteri Besar Perak selaku tuan rumah, YAB Ir. Nizar, Menteri Besar Kedah, YAB. Ust. Azizan Razak, Wakil Menteri Besar Selangor, YB. Dato’ Dr. Hassan Ali, Wakil Menteri Besar kelantan, YB. Dato’ Husam Musa, dan Wakil Ketua Menteri YB Nga Kor Ming yang juga Exco Kerajaan Perak. Berikut antara gambar-gambar yang sempat dirakamkan.


gempaq arr bebb..lagi “panas” kerusi BN… 🙂

Perkara-perkara yang Boleh Menjadi Murtad.

Perkara-perkara yang Boleh Menjadi Murtad.

Allah berfirman, ertinya :

Dan sesiapa diantara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari agamanya (agama Islam) lalu dia mati, sedang dia tetap kafir, maka orang yang demikian rosaklah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat dan mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya (selama-lamanya) .

(surah al-Baqarah : 217)

Rasulullah bersabda, ertinya :

Sesiapa yang menukar agamanya maka hendaklah kamu membunuhnya.

(Hadis riwayat al-Bukhari)


Mengikut Islam, murtad boleh terjadi dengan melalui salah satu dari

tiga perkara berikut; melalui perkataan, ucapan dan kata-kata, melalui

perbuatan atau tingkah laku dan melalui iktiqad, kepercayaan dan

keyakinan dalam hati atau niat. Di bawah ini akan dijelaskan

sebab-sebab tersebut.

Kata-kata (menghina atau merendahkan) mana-mana hukum Islam seperti :

� Hukum apa ini ?
� Hukum ini sudah lapuk.
� Zaman sekarang tidak sepatutnya diharamkan riba’ kerana menghalang kemajuan.
� Dalam zaman serba maju ini kaum wanita tak perlu dibungkus-bungkus (tutup aurat dengan memakai telekong).
� Berzina kalau suka sama suka apalah haramnya?
� Minum arak kalau dengan tujuan hendak menyihatkan badan untuk beribadat apa salahnya.
� Berjudi kalau masing-masing sudah rela menerima untung ruginya apa salahnya.
� Kalau hendak sangat menurut hukum-hukum Islam, sampai kiamat kita tidak maju.
� Seseorang berkata,”Perbuatan yang demikian tidak beradab”, apabila diceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW selepas makan baginda menjilat sisa makanan dijarinya (sebelum dibasuh tangan).
� Seseorang berkata,”Aku tidak mahu memotong kuku sekalipun sunnah”, apabila diberitahu bahawa memotong kuku adalah sunnah.
� Membaca ayat-ayat suci al-Quran, hadith nabi dan nama-nama Allah dengan cara mempersenda dan mempermain-mainkann ya.
Ungkapan yang disebut di atas adalah beberapa contoh kata-kata yang boleh menjadi murtad.

Melalui Perbuatan atau Tingkah Laku.

Apabila seseorang Islam melakukan apa-apa perbuatan atau apa-apa tingkah laku yang boleh membatalkan imannya maka orang itu boleh menjadi murtad seperti sujud kepada berhala, matahari, bulan, manusia, kepada malaikat atau kepada mana-mana makhluk lain atau melakukan ibadat terhadap selain daripada Allah S.W.T. Seperti menyembah batu, pokok kayu dan lain-lain

Begitu juga mana-mana perbuatan yang menghina, merendah dan mempersendakan Islam seperti mencampakkan al-Quran ke tempat-tempat kotor secara sengaja atau kitab-kitab hadith dan tafsir atau memijak-mijaknya dengan niat menghina.

Melalui Akidah atau Kepercayaan atau Niat.

dia yakin hukum hudud (jinayah Islam) tidak layak dilaksanakan sekarang dalam masyarakat moden.

Begitu juga apabila seseorang Islam yakin Allah tidak berkuasa, Allah tidak mencipta alam ini, Allah lemah, mempunyai sifat sama seperti makhluk dan lain-lain lagi. Demikian juga jika seseorang itu percaya bahawa Nabi Muhammad SAW bukan nabi akhir zaman, syariat dan ajaran Islam yang dibawa bukan untuk seluruh manusia, atau dia percaya hukum Islam yang dibawa oleh baginda adalah hukum-hukum lapok, tidak sesuai dengan keadaan zaman. Dia menghina apa-apa ajaran yang dibawanya, dia beriktiqad tidak ada dosa dan pahala, tidak ada syurga dan neraka, manusia tidak dibangkit semula sesudah mati, beriktiqad agama orang kafir lebih baik dari agama Islam, atau berbalik-balik hati antara mahu manjadi kafir pada masa akan datang dan lain-lain lagi keyakinan dan iktiqad yang salah.

Hukum Orang Murtad.

Orang murtad dikenakan ke atasnya beberapa hukum iaitu, pertama; disuruh bertaubat, kedua; dihukum bunuh kalau tidak mahu bertaubat, ketiga; dirampas hartanya (ditarik hak milik harta), keempat; terputus hubungan suami isteri dan tidak boleh pusaka mempusakai antara suami isteri, ayah ibu dan anak-anak, kelima; penyembelihannya tidak halal dan pahala ibadatnya terbatal. Dibawah ini diterangkan hukum-hukum secara detail.

Kesimpulan

Dari ulasan-ulasan yang panjang lebar di atas jelaslah bahawa murtad mengikut pandangan Islam merupakan satu jenayah yang paling besar dan paling bahaya kerana ia menghina Islam, menghina Allah S.W.T. dan Rasulullah S.A.W. Oleh itu hukum bunuh dengan memancung leher adalah satu hukuman yang setimpal dengan jenayah yang dilakukan. Hukum tersebut juga untuk menakutkan orang lain supaya tidak malakukan jenayah seperti itu.

Selain itu apabila murtadnya seseorang Islam, beberapa hukum lain dikenakan ke atasnya, seperti hartanya perlu dirampas oleh pemerintah, terpisah hubungan suami isteri, tidak boleh mempusakai harta, mayatnya tidak boleh dimandikan, disembahyang dan ditanam di perkuburan Islam dan lain-lain lagi.

Semoga kertas ini dapat memberi penjelasan kepada masyarakat mengenai murtad mengikut pandangan ulama’ Islam.

Penerangan Lanjut : KLIK

Cantiknya Wanita

Cantiknya Wanita

Allah berfirman:


“Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa.
Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan.”

“Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya.”

“Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.”

“Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya.”

“Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya.”

“Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu.”

“Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan.”

“Kau tahu: Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.” “Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada.”

Tudung nipis, baju singkat, seluar ketat

Tudung nipis, baju singkat, seluar ketat

“Bicara kali ini tentang batas aurat,

Terutama sekali bagi muslimat,

Kerana kelihatan dalam masyarakat,

Dibuang Islam dijauhi adat.

Yang kelihatan pada remaja,

Batas aurat tidak diambilkira,

Pakaian tersalut ditubuh tak terjaga,

Tanpa malu, silu dan dosa

Tudung nipis terbayang rambut,

Atau rambut terjulur kerana singkat,

Kain dililit kepala pakai ikat,

Jambul tertonjol rasa hebat.

T-shirt menjadi kegemaran,

Nampak ketiak tiada lengan,

Bulu roma jelas kelihatan,

Parut dan tahi lalat bertebaran.

Baju sendat tertonjol dada,

Sepatutnya dilabuh berlaku tiada,

Lelaki melihat menempa dosa,

Menjadi fasiq mudah sahaja.

Seluar ketat menjadi pakaian,

Tak beza lelaki dan perempuan,

Terutama jeans pudar jadi pilihan,

Sarung nangka pun boleh tahan

Apa jadi dengan remaja,

Islam namanya, iman tiada,

Perintah Tuhan buat bersahaja,

Larangan Allah buat selamba,

Allah murka Syaitan senang,

Nabi kata: ‘Perempuan berpakaian tapi bertelanjang’

Ada baju tak cukup benang,

dihumban ke neraka cukup malang.

Saya hanya boleh menasihat,

Kepada remaja dan muslimat,

Ikut Islam akan selamat

Ikut syaitan akan dilaknat.

KISAH SEORANG KRISTIAN MASUK ISLAM BERKAT MEMULIAKAN ASYURA’

KISAH SEORANG KRISTIAN MASUK ISLAM BERKAT MEMULIAKAN ASYURA’

Alkisah disebutkan bahawa di kota Array terdapat Qadhi yang kaya-raya. Suatu hari kebetulan hari Asyura’ datanglah seorang miskin meminta sedekah. Berkatalah si miskin tadi, “Wahai tuan Qadhi, adalah saya seorang miskin yang mempunyai tanggungan keluarga. Demi kehormatan dan kemuliaan hari ini, saya meminta pertolongan daripada tuan, maka berilah saya sedekah sekadarnya berupa sepuluh keping roti, lima potong daging dan duit dua dirham.”

Qadhi menjawab, “Datanglah selepas waktu zohor!”

Selepas sembahyang zohor orang miskin itu pun datang demi memenuhi janjinya. Sayangnya si Qadhi kaya itu tidak menepati janjinya dan menyuruh si miskin datang lagi selepas sembahyang Asar. Apabila dia datang selepas waktu yang dijanjikan untuk kali keduanya itu, ternyata si Qadhi tidak memberikan apa-apa. Maka beredarlah simiskin dari rumah si Qadhi dengan penuh kecewa.

Di waktu si miskin jalan mencari-cari, ia melintas di depan seorang kristian sedang duduk-duduk di hadapan rumahnya. Kepada orang Kristian itu si miskin minta sedekah, “Tuan, demi keagungan dan kebesaran hari ini berilah saya sedekah untuk menyara keluarga saya.”

Si Kristian bertanya, “Hari apakah hari ini?”

“Hari ini hari Asyura”, kata si miskin, sambil menerangkan keutamaan dan kisah-kisah hari Asyura’. Rupanya orang Kristian itu sangat tertarik mendengar cerita si peminta sedekah dan hatinya berkenan untuk memberi sedekah.

Berkata si Kristian, “Katakan apa hajatmu padaku!”

Berkata si peminta sedekah, “Saya memerlukan sepuluh keping roti, lima ketul daging dan wang dua dirham sahaja.”

Dengan segera ia memberi si peminta sedekah semua keperluan yang dimintanya. Si peminta sedekah pun balik dengan gembira kepada keluarganya. Adapun Qadhi yang kedekut telah bermimpi di dalam tidurnya.

“Angkat kepalamu!” kata suara dalam mimpinya. Sebaik sahaja ia mengangkat kepala, tiba-tiba tersergam di hadapan matanya dua buah bangunan yang cantik. Sebuah bangunan diperbuat dari batu-bata bersalut emas dan sebuah lagi diperbuat daripada yaqut yang berkilau-kilauan warnanya. Ia bertanya, “Ya Tuhan, untuk siapa bangunan yang sangat cantik ini?”

Terdengar jawapan, “Semua bangunan ini adalah untuk kamu andaikan sahaja kamu mahu memenuhi hajat si peminta sedekah itu. Kini bangunan itu dimiliki oleh seorang Kristian.”

Apabila Qadhi bangun dari tidurnya, iapun pergi kepada Kristian yang dimaksudkan dalam mimpinya.

Qadhi bertanya kepada si Kristian, “Amal apakah gerangan yang kau buat semalam hingga kau dapat pahala dua buah bangunan yang sangat cantik?”

Orang Kristian itu pun menceritakan tentang amal yang diperbuatnya bahawa ia telah bersedekah kepada fakir miskin yang memerlukannya pada hari Asyura’ itu.

Kata Qadhi, “Juallah amal itu kepadaku dengan harga seratus ribu dirham.”

Kata si Kristian, “Ketahuilah wahai Qadhi, sesungguhnya amal baik yang diterima oleh Allah tidak dapat diperjual-belikan sekalipun dengan harga bumi serta seisinya.”

Kata Qadhi, “Mengapa anda begitu kedekut, sedangkan anda bukan seorang Islam?”

Ketika itu juga orang Kristian itu membuang tanda salibnya dan mengucapkan dua kalimah syahadat serta mengakui kebenaran agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W.

Cukupkah Sedekah RM1 Seminggu

Cukupkah Sedekah RM1 Seminggu

Sedekah-RM1Sedekah Hari Jumaat – Peringatan Untuk Diri Saya | Selepas solat Jumaat bersama dengan penduduk kampung, Imam pada hari itu bangun dan membuat beberapa pengumuman. Antaranya yang menarik ialah hal ehwal tabung masjid yang kontang. Kekurangan tabungan begitu ketara dan mungkin akan mengganggu pendtadbiran dan perjalanan aktiviti masjid.

Beliau menyeru agar kariah lebihkan sumbangan kepada tabung masjid seminggu sekali itu. Antara lain beliau juga menyebut, tanpa maksud atau niat menghina, masih ada yang memberi 20 sen, 50sen walhal secara umum penduduk kampung mampu memberikan lebih dari itu. Tambahan pula harga getah sekarang lebih dari RM3 berbanding sekitar RM1.50 sebelumnya.

Memang benar, walaupun kecil ia tetap bermakna dari erti kata sedekah. Namun tidak banyak dapat yang boleh dilakukan jika penduduk terus memberikan nilai 70’an sedangkan kos pengurusan dan aktiviti memerlukan lebih dari itu. Selain itu beliau juga menyebut soal sedekah jariah dan impaknya kepada masyarat Islam.

Amat menarik ulasan dan pandangan yang beliau berikan. Paling hebat, ia membuat saya sendiri tersentak dan berfikir. Alangkah kecilnya sumbangan saya selama ini terhadap masyarakat dan Islam dari segi material. Kedekutnya saya! Apakah selama ini saya begitu alpa dan tidak yakin bahawa setiap yang saya keluarkan dengan ikhlas pasti mendapat rahmat. Bukan saja di akhirat, malah Allah menjanjikan balasan “cash” di dunia. Semakin banyak kita keluarkan atas jalan Allah semakin bertambah rezeki kita. Selama ini mungkin saya sendiri begitu lalai dan tidak sedar.

Jumaat itu benar benar mengajar dan mengingatkan saya untuk berlebih sedikit bila bersedekah dan berjariah. Selama di Kuala Lumpur saya memang biasa bersedekah pada hari Jumaat tetapi malangnya, seperti kata Iman tersebut, nilainya seperti zaman 70’an. Seringgit seminggu! Sungguh, saya sungguh malu kerana selama ini saya begitu kedekut. Dengan nikmat pendapatan beribu ringgit setiap bulan saya cuma mampu bersedekah RM4 seminggu! Walhal banyak lagi perbelanjaan tidak penting dan kadang kadang membazir – jumlahnya jika dihitung mungkin lebih dari ratusan ringgit sebulan.

Mungkin ramai di antara kita (pastinya termasuk saya) menggunakan wang yang banyak untuk diri sendiri, untuk hobi, mengisi masa lapang, berhibur dan sebagainya. Sebagai contoh, membeli sekotak rokok setiap hari dengan harga antara RM5.90 – RM8.20 (Dunhill). Sebulan? Atau pergi berhibur dengan belanja RM50 seminggu sekali. Ya, kita ada keperluan sendiri namun kita begitu berat untuk bersedekah. Seolah akan luak dan rugi jika bersedekah lebih. Cuba buat kira-kira berapa peratus kita bersedekah dan kita boleh nilaikan, adakah cukup atau sememangnya kita kedekut.

Mungkinkah ada diantara kita tidak percaya kepada pengurusan kewangan masjid? Atau dalam hati kita terdetik, baik sedekah ke tempat lain (mungkin sesuai untuk masjid yang kaya) atau sebenarnya kita sengaja mencari alasan. Saranan yang sepatutnya ialah kita sama sama membanyakkan sedekah tidak kira hari Jumaat atau hari lain.

Jika pulang ke kampung, perhatikan masjidnya dan ingat-ingatlah kita pesan Imam yang saya ceritakan tadi.

Kata-kata Sheikh Ibn Qayyim Al-Jauziyah

Sheikh Ibn Qayyim Al-Jauziyah r.h.l. berkata (dalam buku Al-Fawa’id):

Jika seseorang hamba menjalani hidupnya di waktu pagi dan petangnya, sedangkan tiada yang menjadi fokusnya melainkan Allah s.w.t. semata-mata, maka Allah s.w.t. akan menanggung untuknya akan hajat-hajatnya seluruhnya (Allah s.w.t. akan menunaikannya), Allah s.w.t. akan memalingkan kesusahan daripadanya, dan akan mengosongkan hatinya hanya semata-mata untuk disikannya dengan makrifatNya (mengenaliNya), dan menjadikan lidahnya sentiasa memperingatiNya, dan Dia akan menjadikan anggota badannya seluruhnya dalam ketaatan kepadaNya.

Adakah kita bersyukur??

Adakah kita bersyukur??

Assalaamu’alaikum,

Pernahkah Anda bayangkan bila pada saat kita berdoa, kita mendengar ini:

Terima kasih, Anda telah menghubungi Baitullah”.

Tekan 1 untuk ‘meminta’.
Tekan 2 untuk ‘mengucap syukur’.
Tekan 3 untuk ‘mengeluh’.
Tekan 4 untuk ‘permintaan lainnya’.”

Atau….

Bagaimana jika Malaikat memohon maaf seperti ini:

“Saat ini semua malaikat sedang membantu pelanggan lain. Tetaplah
sabar menunggu. Panggilan Anda akan dijawab berdasarkan urutannya.”

Atau, pernahkah Anda bayangkan bila pada saat berdoa, Anda mendapat
respons seperti ini:


“Jika Anda ingin berbicara dengan Malaikat,

Tekan 1. Dengan Malaikat Mikail,
Tekan 2. Dengan malaikat lainnya,
Tekan 3. Jika Anda ingin mendengar sari tilawah saat Anda menunggu,
Tekan 4. “Untuk jawapan pertanyaan tentang hakikat syurga &
neraka,silakan tunggu sampai Anda tiba di sini!!”

Atau mungkin juga Anda mendengar ini :


Sistem kami menunjukkan bahawa Anda telah satu kali menelefon hari ini. Silakan cuba lagi esok.”

atau…

Pejabat ini ditutup pada hujung minggu. Sila hubungi semula pada hari Isnin selepas pukul 9 pagi.”

Alhamdulillah. .. Allah SWT mengasihi kita, Anda dapat menelefon-Nya setiap saat!!!

Anda hanya perlu untuk memanggilnya bila-bila saja dan Dia mendengar anda.. Kerana bila memanggil Allah,tidak akan pern ah mendapat talian sibuk. Allah menerima setiap panggilan dan mengetahui siapa pemanggilnya secara pribadi.

Ketika Anda memanggil-Nya, sila gunakan nombor utama ini: 24434

2 : solat Subuh
4 : solat Zuhur
4 : solat Asar
3 : solat Maghrib
4 : solat Isya

Atau untuk lebih sempurna dan lebih banyak afdhalnya, gunakan nombor ini :
28443483

2 : solat Subuh
8 : solat Dhuha
4 : solat Zuhur
4 : solat Asar
3 : solat Maghrib
4 : solat Isya
8 : Solat Tahajjud atau lainnya
3 : Solat Witir

Maklumat terperinci terdapat di Buku Telefon berjudul “Al Qur’anul Karim & Hadis Rasul”

Talian terus , tanpa Operator tanpa Perantara, tanpa bil..

Nombor 24434 dan 28443483 ini memiliki jumlah talian hunting yang tak terhingga dan dibuka 24 jam sehari 7 hari seminggu 365 hari setahun!!!

Sebarkan maklumat ini kepada orang-orang di sekeliling kita. Mana tahu mungkin mereka sedang memerlukannya

Sabda Rasulullah S.A.W : “Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi
Allah dan Malaikat serta diampuni dosa- dosanya walau sebanyak buih laut”

7 Kalimah ALLAH:

1. Mengucap “Bismillah” pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap “Alhamdulillah” pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap “Astaghfirullah” jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.
4.. Mengucap “Insya-Allah” jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap “La haula wala kuwwata illa billah” jika menghadapi
sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap “inna lillahi wa inna ilaihi rajiun” jika menghadapi dan
menerima musibah.
7. Mengucap “La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah” sepanjang
siang dan malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.

Dari tafsir Hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat. ..
mudah- mudahan selalu, walau sambil lalu… mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa.

Sekarang anda mempunyai 2 pilihan :

1. Biarka n E-mail ini tetap dalam mailbox anda. Insya-Allah tidak akan ada sesuatu yang terjadi pada diri anda.
2. Forward E-mail ini ke sejumlah orang yang anda kenal dan Insya-Allah ridha Allah akan dianugerahkan kepada setiap orang yang anda kirim.

Amin….

Wassalaamu’alaikum. …