Islam cara hidupku

Islam cara hidupku

Oleh notan

“assalamualaikum para muslimin dan muslimah sekelian semuga sentiasa
didalam perlindungan allah sentiasa
selawat dan salam ke atas junjungan S.A.W.

apakah islam?
apakah agama?
apakah carahidup?


sesungguhnya agama yang diredai ialah islam…. ayat19 surah al’imran
agama dalam ayat itu dalam bahasa arabnya ialah deen atau dengan
kata dasarnya addeen apakah makna addeen?


diterjemahkan addeen itu sebagai
carahidup maka agama didefinasi dengan betul ialah carahidup dan carahidup yang diredai ialah islam. dalam keterangan alquran yang lain allah berfirman bahawa sesiapa yang mengambil selain islam sebagai carahiupnya(agamanya atau kepercayaannya) ianya tidak akan diterima . begitu juga allah memerintahkan kita untuk masuk islam sepenuhnya.itulah antara keterangan yang menjelaskan makna carahidup yang disebut sebagai agama dan agama itu ialah islam carahidup pula bermaksud seluruh kaedah dan panduan untuk melaksanakan kehidupan seluruhnya termasuk kaedah dan panduan untuk kehidupan selepas kematian. itulah carahidup yang sebenarnya dan yang diterima olih allah azawajal.

seluruh kehidupan bermakna tidak ada satupun dari mana mana cabang kehidupan yang dicabut keluar dari islam. itu hakikat yang benar maka barangsiapa yang mengasingkan salah satu dari cabang kehidupan dari jalan islam yakni jalan yang berdasarkan perintah dan larangan allah maka telah berlaku pencemaran yang nyata dalam meneruskan kehidupan ini.

apakah lagi kalau ada yang mendifinasikan agama sebagai satu budaya yang hanya berbentuk upacara atau ritual dan mendakwa islam itu satu bentuk perlakuan budaya demi memenuhi keperluan ruhani semata sedang keperluan fizikal terlepas dari islam.

lantaran akan sering kedengaran suara menyeru umat islam bersatu sambil berusaha untuk membangun tanpa ikatan dari panduan serta keterangan yang terdapat dalam islam dan akibatnya membangunlah umat seperti membangunnya umat bukan islam dan timbul jugalah istilah islam yang berbagai seperti islam sederhana ,islam fanatik,islam kolot islam madani dan muktakir kita mendengar ungkapan islam hadhari.

rumusan kepada semua ini hanya satu yakni agama didefinasi sebagai budaya bukan carahidup seperti yang difirmankan olih allah dalam alquran.

waallah wahlam “

One Response

  1. Salam tuan saya suka membaca ilmu apatah lagi ianya berkenaan dengan agama kita dengan menuntut ilmu hukumnya wajib supaya dapat disampaikan pula pada orang lain.mohon maaf terlebih dahulu teguran ini kiranya hanya untuk membetulkan bukan bertujuan untuk memperkecilkan semangat dakwah tuan..bila menyampaikan sesuatu mesti berilmu sangat wajib bila menulis nama “Allah” itu haruslah di mulakan huruf besar bukan “allah” kerana menyatakan kebesaranNya.. Allah swt mesti mempamerkan dalam keadaan yang sepatutnya kerana “Dia (Allah) sangat agung..salam ukhwah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: