BANTUAN : AMAN PALESTIN

AMAN PALESTIN ® adalah sebuah badan/organisasi yang ditubuhkan khusus untuk memberi bantuan kebajikan dan kemanusiaan untuk rakyat Palestin terutamanya anak-anak yatim dan para pelarian Palestin. Menjadi amanah bagi Aman Palestin untuk sentiasa berusaha memastikan setiap ringgit yang didermakan oleh rakyat Malaysia akan dimanfaatkan sebaik mungkin di bumi Palestin.


Derma Palestin.

maklumat lanjut : http://amanpalestin.com/v1/index.php

Sinar cahaya ayat Al-Kursi

Sinar cahaya ayat Al-Kursi

https://i0.wp.com/lehrer.schule.at/islam/sure/akursi.gif

Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya adalah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah.

Sebab itulah Rasulullah s.a.w. tidak akan masuk rumah sehingga Baginda mendengar jawapan salam isterinya. Pada saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat ayat Al-Kursi mengikut hadis-hadis:

1. Barang siapa membaca ayat al-Kursi ketika berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua malaikat memeliharanya hingga subuh.

2. Barang siapa membaca ayat al-Kursi pada akhir setiap sembahyang fardu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3. Barang siapa membaca ayat al-Kursi pada akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah di sekitarnya.

4. Barang siapa membaca ayat al-Kursi pada akhir tiap-tiap shalat fardu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi-nabi, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.

5. Barang siapa membaca ayat al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 malaikat kepadanya – mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6. Barang siapa membaca ayat al-Kursi pada akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan, nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin ‘Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, yang bermaksud: “Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…”

Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk Duniamu, utamakan SHOLAT dan ZAKAT untuk Akhiratmu. Yang baik daripada Allah, yang tidak elok atau kurang tepat, kelemahan saya jua. Harap dimaaf jika ada kesilapan.

NGO Islam sambut baik keputusan tidak perlu beritahu keluarga jika peluk Islam

NGO Islam sambut baik keputusan tidak perlu beritahu keluarga jika peluk Islam

Pelbagai pihak menyambut baik keputusan Persidangan Penyelarasan Undang-undang Syarak/Sivil ke-18 yang sebulat suara berpendapat tidak perlu bagi seseorang yang ingin memeluk Islam memaklumkan hasratnya itu kepada keluarga terlebih dahulu.

Pegawai dakwah di Islamic Information and Services Foundation (IIS), Shah Kirit Kokulal Govindji menganggap keputusan tersebut juga bertepatan dengan syarak. Katanya jika dilihat sejarah pada zaman Rasulullah s.a.w, beberapa orang sahabat baginda memeluk Islam secara sembunyi tanpa memaklumkan kepada keluarga masing-masing kerana dikhuatiri berlaku sebarang ancaman.

Jelasnya, tindakan merahsiakan pengislaman tersebut bukan kerana ‘Islam agama yang perlu dirahsiakan’ tetapi dibimbangi berlaku pelbagai ancaman termasuk boleh mencederakan fizikal dan mendera emosi saudara baru itu.

Tambahnya sekiranya dijadikan suatu peraturan, sudah tentu ramai individu yang berhasarat ingin memeluk Islam akan membatalkan hasrat mereka. Malah katanya, peraturan tersebut juga mungkin melanggari hak kemanusiaan seseorang individu dalam melaksanakan hasrat murni mereka untuk memeluk Islam.

“Islam sesuatu yang indah dan apabila kita memeluk Islam, naluri dan perasaan kita semestinya ingin berkongsi kegembiraan dan keindahan tersebut bersama orang yang kita sayang. Malangnya keadaan tidak mengizinkan kerana keluarga sukar untuk menerima berita tersebut sehingga berlaku pergaduhan,” katanya.

Selain itu katanya, kesukaran untuk menerima hakikat pengislaman juga menyebabkan timbul ancaman untuk membunuh diri di kalangan ahli keluarga itu sendiri.

Jelas Shahkirit, berdasarkan pengalamannya sewaktu ingin memeluk Islam suatu ketika dahulu, hampir lapan tahun beliau menghadapi tekanan setelah keluarganya memperolehi gambaran beliau akan memeluk Islam.

Selain berlaku pergaduhan, ahli keluarga saya juga mengugut untuk membunuh diri sekiranya saya memeluk Islam. Mereka juga mengugut saya yang harus bertanggung jawab di atas tindakan mereka itu. Segala kesalahan memang diletakkan kepada saya.

“Walaupun menerima pelbagai ancaman, semangat saya tetap kuat dan saya sudah tidak dapat tangguh lagi untuk memeluk Islam,” katanya yang merahsiakan keislamannya selama enam bulan daripada pengetahuan keluarganya.

Sementara itu katanya, beliau juga menyokong tindakan seseorang saudara baru itu sekiranya ingin memberitahu ahli keluarga tentang pengislaman mereka.

Bagaimanapun katanya, ia terpulang kepada individu tersebut kerana individu tersebut lebih mengetahui reaksi yang akan diterima daripada keluarga mereka.

Dalam pada itu, Angkatan Belia Islam (Abim) berpandapat berdasarkan pengalaman pertubuhan tersebut bersama beberapa NGO lain yang mengendalikan urusan dan bantuan kepada saudara baru, secara realiti dan praktikalnya peraturan seumpama itu boleh menimbulkan banyak masalah kepada mereka.

Menurut Setiausaha Agung Abim melalui kenyataannya kepada Harakahdaily, ada di kalangan keluarga baru itu memerlukan masa untuk memaklumkan kepada keluarga mereka termasuk faktor psikologi, keselamatan dan keharmonian keluarga itu sendiri.

Sehubungan itu katanya, beberapa langkah penambah baikan perlu dibuat khususnya melibatkan prosedur pendaftaran dan kaedah mengendali serta membantu saudara baru.

Jelasnya, penambahbaikan akan lebih berkesan sekiranya diikuti dengan pandangan dan pengalaman NGO Islam yang terlibat secara langsung membantu mereka yang baru memeluk Islam.

Alwi Che Mat Yang Celupar – Menghina MB Kelantan

Alwi Che Mat Yang CeluparMenghina MB Kelantan

Datuk Alwi Che Mat, ADUN Kok Lanas yang kini menggantikan Datuk Anuar Musa sebagai Ketua Pembangkang di DUN Kelantan tidak menerima kenyataan bahawa Kerajaan Persekutuan telah mendiskriminasi kerajaan Kelantan, malah dengan celuparnya beliau mempersoalkan samada tuntutan YAB Menteri Besar Kelantan TG Ni Aziz adalah untuk memasukkan peruntukan ke poket sendiri.

Sedangkan telah terbukti di dalam sidang dewan penggal lepas, Datuk Mustapha Mohd selaku menteri kerajaan persekutuan sendiri telah mengakui beliau terlibat di dalam menyekat peruntukan pembangunan kepada negeri Kelantan.

CINTA SEJATI SEORANG IBU TERHADAP ANAK-ANAKNYA

CINTA SEJATI SEORANG IBU TERHADAP ANAK-ANAKNYA

http://hdmessa.files.wordpress.com/2007/06/ibu-2.jpg

Wanita itu sudah tua, namun semangat perjuangannya tetap menyala seperti wanita yang masih muda. Setiap tutur kata yang dikeluarkannya selalu menjadi pendorong dan bualan orang disekitarnya. Maklumlah, ia memang seorang penyair dua zaman, maka tidak kurang pula bercakap dalam bentuk syair. Al-Khansa bin Amru, demikianlah nama wanita itu. Dia merupakan wanita yang terkenal cantik dan pandai di kalangan orang Arab. Dia pernah bersyair mengenang kematian saudaranya yang bernama Sakhr :

“Setiap mega terbit, dia mengingatkan aku pada Sakhr, malang. Aku pula masih teringatkan dia setiap mega hilang di ufuk barat Kalaulah tidak kerana terlalu ramai orang menangis di sampingku ke atas mayat-mayat mereka, nescaya aku bunuh diriku.”

Setelah Khansa memeluk Islam, keberanian dan kepandaiannya bersyair telah digunakan untuk menyemarakkan semangat para pejuang Islam. Ia mempunyai empat orang putera yang kesemuanya diajar ilmu bersyair dan dididik berjuang dengan berani. Kemudian puteranya itu telah diserahkan untuk berjuang demi kemenangan dan kepentingan Islam. Khansa telah mengajar anaknya sejak kecil lagi agar jangan takut menghadapi peperangan dan cabaran.

Pada tahun 14 Hijrah, Khalifah Umar Ibnul Khattab menyediakan satu pasukan tempur untuk menentang Farsi. Semua Islam dari berbagai kabilah telah dikerahkan untuk menuju ke medan perang, maka terkumpullah seramai 41,000 orang tentera. Khansa telah mengerahkan keempat-empat puteranya agar ikut mengangkat senjata dalam perang suci itu. Khansa sendiri juga ikut ke medan perang dalam kumpulan pasukan wanita yang bertugas merawat dan menaikkan semangat pejuan tentera Islam.

Dengarlah nasihat Khansa kepada putera-puteranya yang sebentar lagi akan ke medan perang, “Wahai anak-anakku! Kamu telah memilih Islam dengan rela hati. Kemudian kamu berhijrah dengan sukarela pula. Demi Allah, yang tiada tuhan selain Dia, sesungguhnya kamu sekalian adalah putera-putera dari seorang lelaki dan seorang wanita. Aku tidak pernah mengkhianati ayahmu, aku tidak pernah memburuk-burukkan saudara-maramu, aku tidak pernah merendahkan keturunan kamu, dan aku tidak pernah mengubah perhubungan kamu. Kamu telah tahu pahala yang disediakan oleh Allah kepada kaum muslimin dalam memerangi kaum kafir itu. Ketahuilah bahawasaya kampung yang kekal itu lebih baik daripada kampung yang binasa.”

Kemudian Khansa membacakan satu ayat dari surah Ali Imran yang bermaksud, “Wahai orang yang beriman! Sabarlah, dan sempurnakanlah kesabaran itu, dan teguhkanlah kedudukan kamu, dan patuhlah kepada Allah, moga-moga menjadi orang yang beruntung.” Putera-putera Khansa tertunduk khusyuk mendengar nasihat bonda yang disayanginya.

Seterusnya Khansa berkata, “Jika kalian bangun esok pagi, insya Allah dalam keadaan selamat, maka keluarlah untuk berperang dengan musuh kamu. Gunakanlah semua pengalamanmu dan mohonlah pertolongan dari Allah. Jika kamu melihat api pertempuran semakin hebat dan kamu dikelilingi oleh api peperangan yang sedang bergejolak, masuklah akmu ke dalamnya. Dan dapatkanlah puncanya ketika terjadi perlagaan pertempurannya, semoga kamu akan berjaya mendapat balasan di kampung yang abadi, dan tempat tinggal yang kekal.”

Subuh esoknya semua tentera Islam sudah berada di tikar sembahyang masing-masing untuk mengerjakan perintah Allah iaitu solat Subuh, kemudian berdoa moga-moga Allah memberikan mereka kemenangan atau syurga. Kemudian Saad bin Abu Waqas panglima besar Islam telah memberikan arahan agar bersiap-sedia sebaik sahaja semboyan perang berbunyi. Perang satu lawan satu pun bermula dua hari. Pada hari ketiga bermulalah pertempuran besar-besaran. 41,000 orang tentera Islam melawan tentera Farsi yang berjumlah 200,000 orang. Pasukan Islam mendapat tentangan hebat, namun mereka tetap yakin akan pertolongan Allah .

Putera-putera Khansa maju untuk merebut peluang memasuki syurga. Berkat dorongan dan nasihat dari bondanya, mereka tidak sedikit pun berasa takut. Sambil mengibas-ngibaskan pedang, salah seorang dari mereka bersyair,

“Hai saudara-saudaraku! Ibu tua kita yang banyak pengalaman itu, telah memanggil kita semalam dan membekalkan nasihat. Semua mutiara yang keluar dari mulutnya bernas dan berfaedah. Insya Allah akan kita buktikan sedikit masa lagi.”

Kemudian ia maju menetak setiap musuh yang datang. Seterusnya disusul pula oleh anak kedua maju dan menentang setiap musuh yang mencabar. Dengan semangat yang berapi-api ia bersyair,

“Demi Allah! Kami tidak akan melanggar nasihat dari ibu tua kami Nasihatnya wajib ditaati dengan ikhlas dan rela hati Segeralah bertempur, segeralah bertarung dan menggempur mush-musuh bersama-sama Sehingga kau lihat keluarga Kaisar musnah.”

Anak Khansa yang ketiga pula segera melompat dengan beraninya dan bersyair,

“Sungguh ibu tua kami kuat keazamannya, tetap tegas tidak goncang Beliau telah menggalakkan kita agar bertindak cekap dan berakal cemerlang Itulah nasihat seorang ibu tua yang mengambil berat terhadap anak-anaknya sendiri Mari! Segera memasuki medan tempur dan segeralah untuk mempertahankan diri Dapatkan kemenangan yang bakal membawakegembiraan di dalam hati Atau tempuhlah kematian yang bakal mewarisi kehidupan yang abadi.”

Akhir sekali anak keempat menghunus pedang dan melompat menyusul abang-abangnya. Untuk menaikkan semangatnya ia pun bersyair,

“Bukanlah aku putera Khansa’, bukanlah aku anak jantan Dan bukanlah pula kerana ‘Amru yang pujiannya sudah lama terkenal Kalau aku tidak membuat tentera asing yang berkelompok-kelompok itu terjunam ke jurang bahay, dan musnah mangsa oleh senjataku.”

Bergelutlah keempat-empat putera Khansa dengan tekad bulat untuk mendapatkan syurga diiringi oleh doa munajat bondanya yang berada di garis belakang. Pertempuran terus hebat. Tentera Islam pada mulanya kebingungan dan kacau kerana pada mulanya tentera Farsi menggunakan tentera bergajah di barisan hadapan, sementara tentera berjalan kaki berlindung di belakang binatang tahan lasak itu. Namun tentera Islam dapat mencederakan gajah-gajah itu dengan memanah mata dan bahagian-bahagian lainnya. Gajah yang cedera itu marah dengan menghempaskan tuan yang menungganginya, memijak-mijak tentera Farsi yang lannya. Kesempatan ini digunakan oleh pihak Islam untuk memusnahkan mereka. Panglima perang bermahkota Farsi dapat dipenggal kepalanya, akhirnya mereka lari lintang-pukang menyeberangi sungai dan dipanah oleh pasukan Islam hingga air sungai menjadi merah. Pasukan Farsi kalah teruk, dari 200,000 tenteranya hanya sebahagian kecil sahaja yang dapat menyelamatkan diri.

Umat Islam lega. Kini mereka mengumpul dan mengira tentera Islam yang gugur. Ternyata yang beruntung menemui syahid di medan Kadisia itu berjumlah lebih kurang 7,000 orang. Dan daripada 7,000 orang syuhada itu terbujur empat orang adik-beradik Khansa. Seketika itu juga ramailah tentera Islam yang datang menemui Khansa memberitahukan bahawa keempat-empat anaknya telah menemui syahid. Al-Khansa menerima berita itu dengan tenang, gembira dan hati tidak bergoncang. Al-Khansa terus memuji Allah dengan ucapan,

“Segala puji bagi Allah, yang telah memuliakanku dengan mensyahidkan mereka, dan aku mengharapkan dari Tuhanku, agar Dia mengumpulkan aku dengan mereka di tempat tinggal yang kekal dengan rahmat-Nya!”

Al-Khansa kembali semula ke Madinah bersama para perajurit yang masih hidup dengan meninggalkan mayat-mayat puteranya di medan pertempuran Kadisia. Dari peristiwa peperanan itu pula wanita penyair ini mendapat gelaran kehormatan ‘Ummu syuhada yang ertinya ibu kepada orang-orang yang mati syahid.”

Tafsir Al-Maidah ayat 73-75: Orang Kristian, Yahudi tidak upaya berhujah

Tafsir Al-Maidah ayat 73-75: Orang Kristian, Yahudi tidak upaya berhujah

Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Firman Allah yang bermaksud: Dan jika sekiranya mereka tidak berhenti daripada apa yang mereka perkatakan.” (Surah al-Maidah: 73)

Jika sekiranya mereka tidak berhenti mendakwa kononnya Allah itu satu daripada tiga unsur dan Isa al-Masih juga sebagai tuhan.

Allah berfirman yang bermaksud, “nescaya mesti akan mengenai akan orang-orang kafir di kalangan mereka, azab yang pedih.” (Surah al-Maidah: 73)

Yang kafir di kalangan mereka mesti mengenai azab yang pedih. Mereka diberi amaran yang keras setelah diberi nasihat.

Memang orang Kristian dan Yahudi degil dalam masalah akidah. Apabila diajak berbincang mereka lari dan mereka tidak berani berdebat dalam masalah ketuhanan. Cuma mereka masuk ke kawasan pedalaman menyebarkan dakyah Kristian yang mana ramai di kalangan penduduk di kawasan berkenaan terdiri daripada orang jahil, miskin dan orang asli. Mereka boleh berbohong kepada masyarakat seumpama itu.

Sebaliknya mereka tidak boleh berhujah dan berdepan dengan masyarakat yang mempunyai ilmu pengetahuan. Mereka lari dan tidak berani berdepan dengan orang ramai di kawasan berkenaan. Banyak bukti dan keterangan menunjukkan bahawa mereka tidak berani berdepan dengan kebenaran.

Perkara ini berlaku termasuk di negara mereka sendiri iaitu England dan Amerika Syarikat. Paderi-paderi mereka tidak berani berhujah dengan orang Islam. Memang mereka tidak betul dalam perkara ini.

Bahkan orang Nasrani Najran yang berhujah dengan Nabi s.a.w. tidak berupaya berhujah. Apabila mereka diajak bermubahalah supaya Allah Taala menurunkan laknat ke atas siapa yang bohong. Bagaimanapun mereka menolak pelawaan itu. Bererti mereka sedar bahawa mereka tergolong di kalangan orang yang tidak benar.

Firman Allah yang bermaksud; “Apakah mereka itu tidak bertaubat kepada Allah dan memohon keampunan daripada-Nya dan Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah al-Maidah: 74)

Mengapa mereka tidak mengambil peluang daripada pintu taubat yang dibuka seluas-luasnya? Mereka tidak mengambil peluang daripada keampunan dan kemurahan Allah dengan mereka bertaubat, dengan memohon supaya Allah mengampunkan dosa mereka. Mengapa mereka degil dalam kekufuran itu?

Allah Taala bertanya kepada mereka dan ayat al-Quran dibacakan kepada mereka. Ada di kalangan mereka yang faham bahasa al-Quran kerana ada yang berbangsa Arab.

Ada juga Orientalis yang mengerti bahasa dan makna isi kandungan al-Quran. Apabila diajak masuk Islam mereka menolaknya kerana mereka mendakwa bahawa Allah Taala telah cap (tutupkan) hati mereka.

Ini adalah antara perangai orang Krisitian. Seterusnya Allah berfirman yang bermaksud, “Tiadalah al-Masih Ibnu Mariam itu melainkan dia seorang rasul yang diutuskan oleh Allah. Sesungguhnya telah berlalu sebelumnya rasul-rasul yang lain.“(Surah al-Maidah: 75)

Isa bin Mariam adalah seorang rasul sebagaimana rasul-rasul yang lain yang telah diwahyukan oleh Allah.

Semua rasul tidak mengaku menjadi tuhan termasuk Nabi Isa a.s. Jika seorang rasul itu tuhan maka rasul lain pun menjadi tuhan juga. Tetapi semua rasul mengakui bahawa mereka adalah hamba Allah dan utusan-Nya. Begitu juga al-Masih Isa bin Mariam.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan ibunya adalah seorang yang membenarkan Allah.” (Surah al-Maidah: 75)

Ibunya Mariam percayakan Allah dan janji-janji-Nya serta kurnia daripada-Nya termasuk berita yang akan datang. Dia beriman kepada-Nya.

Sehingga Mariam mengandung Nabi Isa dalam keadaan menghadapi ujian yang sangat dahsyat kerana mengandung tanpa suami.

Allah berjanji dan dia percaya kepada janji Allah. Dia tidak membunuh diri. Dia tidak memohon supaya dimatikan agar tidak menghadapi ujian yang dahsyat itu.

Mariam tetap bersabar menghadapi ujian itu. Mariam a.s. adalah seorang yang membenarkan Allah dan beriman kepada-Nya.

Hamas Mengutuk Keputusan Kongres Amerika untuk Menjadikan Palestin Tanah Yahudi.

Hamas Mengutuk Keputusan Kongres Amerika untuk Menjadikan Palestin Tanah Yahudi.

 

 

 

Rabu, 30/4/2008 –Gerakan Hamas mengutuk sekeras-kerasnya pada hari Ahad tindakan kongres Amerika meluluskan satu resolusi yang meminta supaya menjadikan Palestin sebegai tanah air Yahudi dan tindakan ini merupakan satu kezaliman dan berat sebelah.

Fawzi Barhoum, jurucakap Hamas berkata Hamas akan sentiasa menentang segala perancangan yang menidakkan hak-hak rakyat Palestin seperti hak pulang semula ke Palestin.

Barhoum berpendapat resolusi ini membuktikan segala perbincangan, perjanjian dan pelan damai presiden Amerika George Bush dengan presiden Palestin Mahmoud Abbas hanyalah permainan semata-mata dan untuk membeli masa bagi kepentingan Israel. Ini juga membuktikan puak pelobi Zionis mengawal institusi politik dan dasar luar negeri Amerika dengan mengabaikan segala saranan dan seruan dari rakyat Amerika dan hak rakyat Palestin.

Barhoum menggesa masyarakat antarabangsa bersatu menentang kezaliman Amerika dan Israel. Beliau juga menguatkan lagi cadangan beliau untuk segerakan penubuhan pakatan negara Arab dan Islam dalam mempertahankan Palestin daripada menjadi mangsa kerakusan Amerika dan Israel.