Negara Islam…. Satu Renungan Bersama

Negara Islam…. Satu Renungan Bersama

https://i0.wp.com/www.isb.org.uk/images/islam_explained.jpg

Perbincangan tentang Negara Islam masih lagi hangat di perkatakan, seakan-akan perkara negara Islam ini sesuatu yang baru dan tidak pernah wujud sebelum daripada ini, sedangkan Negara Islam yang di asaskan oleh Rasulullah saw adalah satu kerajaan yang paling lama memerintah di atas muka bumi, lebih dari seribu tahun.

Namun pada hari ini kita memerhatikan seolah-olah perkara ini tidak pernah wujud di atas muka bumi. Sepatutnya mereka yang ingin memperkatakan perkara ini perlulah menoleh sejenak kebelakang melihat sejarah yang telah tercipta dengan tinta emas, bagaimana Kerajaan Islam itu dapat bertahan dan terus memberikan keadilan kepada semua rakyat tanpa mengira agama, bangsa dan keturunan.

Kemungkinan perancangan golongan Kuffar untuk menggelapkan perkara ini amat berjaya, sebagaimana mereka berjaya menutup kewujudan negara Islam di Spanyol dan di Eropah, yang ada hanyalah kejayaan mereka (kuffar) mewujudkan berbagai revolusi yang di katakan membawa kepada kemajuan, Kemungkinan ilmu inilah yang dipelajari oleh sesetengah pimpinan di tanahair kita pada hari ini samada di dalam UMNO, PKR mahupun DAP, seakan mereka tidak pernah mendengar atau membaca tentang kewujudan Kerajaan Islam dahulu yang memerintah berbagai bangsa, agama dan keturunan sehingga seolah-olah mereka meragui akan keupayaan Islam memerintah Malaysia.

Begitu juga, apabila berbincang tentang negara Islam, yang menjadi sasaran adalah PAS, PAS di minta supaya berlapang dada, berfikiran terbuka, jangan fanatik, jadilah orang politik yang bijak, jangan jumud, dan berbagai-bagai lagi saranan yang di ajukan kepada PAS, tetapi apakah yang di lakukan oleh yang membuat cadangan itu kepada PAS, apakah mereka sudah mempelajari apakah itu negara Islam, apakah mereka telah membuka minda dan pemikiran mereka terhadap agama Islam, adakah merek cuba untuk melepaskan diri mereka dari kejumudan, kesempitan Sekularisma, Nasionalisma dan fahaman-fahaman lain lagi.

Bila menyebut perkara ini saya teringat akan satu aduan dari seorang sahabat yang bertugas sebagai gur j-Qaf di satu sekolah, dimana telah di taklimatkan oleh pihak Guru Besar bahawa semua guru mestilah terlibat dalam kegiatan Ko-Kurikulum di sekolah di waktu petang, dan di tekankan bahawa semua guru agama mestilah terlibat, semua mestilah memakai pakaian sukan termasuk ustazah tua, “kita mesti open-minded” kata guru besar, maka dengan arahan itu semua guru mematuhi arahan tersebut atas alasan mestilah berfikiran terbuka…..tetapi bagaimana pula dengan Kem Solat?, Kem Ibadah? Tasmi’ Quran? kenapa tidak arahan terus daripada sekolah supaya cikgu-cikgu lain turut terlibat, kenapa tidak ada arahan kepada guru-guru lain (yang beragama Islam jugak) supaya open-minded la sikit untuk menerima program-program keagamanan ini.

Berbalik kepada polimik sekarang?
adakah PAS tidak melakukan apa yang sepatutnya lagi? PAS sudah lebih daripada apa yang sepatutnya di lakukan, dan PAS pasti akan terus melakukan apa sahaja demi untuk menjayakan PR (Pakatan Rakyat) cuma kita minta orang lain cuba la buka sikit fikiran terhadap Negara Islam, bacalah sikit perkara yang berkaitan dengannya dalam buku-buku ulama’ yang muktabar, JANGAN duk terima takrif KERAJAAN ISLAM DARI UMNO

http://www.zahidyusof.blogspot.com

Islam cara hidupku

Islam cara hidupku

Oleh notan

“assalamualaikum para muslimin dan muslimah sekelian semuga sentiasa
didalam perlindungan allah sentiasa
selawat dan salam ke atas junjungan S.A.W.

apakah islam?
apakah agama?
apakah carahidup?


sesungguhnya agama yang diredai ialah islam…. ayat19 surah al’imran
agama dalam ayat itu dalam bahasa arabnya ialah deen atau dengan
kata dasarnya addeen apakah makna addeen?


diterjemahkan addeen itu sebagai
carahidup maka agama didefinasi dengan betul ialah carahidup dan carahidup yang diredai ialah islam. dalam keterangan alquran yang lain allah berfirman bahawa sesiapa yang mengambil selain islam sebagai carahiupnya(agamanya atau kepercayaannya) ianya tidak akan diterima . begitu juga allah memerintahkan kita untuk masuk islam sepenuhnya.itulah antara keterangan yang menjelaskan makna carahidup yang disebut sebagai agama dan agama itu ialah islam carahidup pula bermaksud seluruh kaedah dan panduan untuk melaksanakan kehidupan seluruhnya termasuk kaedah dan panduan untuk kehidupan selepas kematian. itulah carahidup yang sebenarnya dan yang diterima olih allah azawajal.

seluruh kehidupan bermakna tidak ada satupun dari mana mana cabang kehidupan yang dicabut keluar dari islam. itu hakikat yang benar maka barangsiapa yang mengasingkan salah satu dari cabang kehidupan dari jalan islam yakni jalan yang berdasarkan perintah dan larangan allah maka telah berlaku pencemaran yang nyata dalam meneruskan kehidupan ini.

apakah lagi kalau ada yang mendifinasikan agama sebagai satu budaya yang hanya berbentuk upacara atau ritual dan mendakwa islam itu satu bentuk perlakuan budaya demi memenuhi keperluan ruhani semata sedang keperluan fizikal terlepas dari islam.

lantaran akan sering kedengaran suara menyeru umat islam bersatu sambil berusaha untuk membangun tanpa ikatan dari panduan serta keterangan yang terdapat dalam islam dan akibatnya membangunlah umat seperti membangunnya umat bukan islam dan timbul jugalah istilah islam yang berbagai seperti islam sederhana ,islam fanatik,islam kolot islam madani dan muktakir kita mendengar ungkapan islam hadhari.

rumusan kepada semua ini hanya satu yakni agama didefinasi sebagai budaya bukan carahidup seperti yang difirmankan olih allah dalam alquran.

waallah wahlam “

Pusat perlu akui silap sekat peruntukan pembangunan ke Kelantan – MB

Pusat perlu akui silap sekat peruntukan pembangunan ke Kelantan – MB

https://i0.wp.com/saifulislam.com/wp-content/uploads/2007/05/nik_aziz.jpg

Sesuai dengan keghairahan pemimpin-pemimpin Umno memohon maaf di atas kesilapan lampau, maka perkara serupa perlu juga dilakukan terhadap kerajaan Kelantan.

Malah mereka perlu mengakui kesilapan menyekatkan hak Kelantan mendapat peruntukan terutamanya berkaitan pembangunan yang berlaku sejak 18 tahun lalu.

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, dilihat kepada ghairahnya pemimpin Umno memohon maaf, maka perkara yang serupa juga wajar dilakukan terhadap negeri-negeri yang ditadbir pembangkang.

Sekarang masa paling sesuai bagi mengembalikan semangat demokrasi berparlimen memandangkan sejak kebelakangan ini ramai pemimpin BN memohon maaf secara terbuka di atas kesilapan-kesilapan dan penyelewengan yang pernah dilakukan mereka.

Begitu juga dalam kes pemecatan hakim-hakim kanan yang berlaku lebih 20 tahun lalu. Sebagai tanda bersalah kerajaan pusat membayar sejumlah pempasan kewangan kepada hakim yang dipecat ketika itu.

Sangat wajar sekiranya permohonan maaf turut dibuat kerajaan pusat terhadap kerajaan dan rakyat Kelantan kerana sejak sekian lama peruntukan pembangunan dinafikan.

Saya selaku Menteri Besar akan mengutuskan surat rasmi kepada Perdana Menteri supaya mengembalikan semula peruntukan pembangunan yang sepatutnya disalurkan kepada kerajaan negeri, katanya selepas majlis angkat sumpah Adun di Dewan Undangan Negeri Kelantan, hari ini.

Ekoran kemerosotan teruk prestasi pada pilihan raya umum lalu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim mahu kerajaan BN memohon maaf di atas kesilapan memecat bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas dan mencampuri urusan badan kehakiman.

Menurut senator tersebut tindakan pemecatan itu memalukan negara apabila dunia memandang serong terhadap sistem keadilan Malaysia.

Manakala dalam kes lain Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein memohon maaf secara terbuka dalam isu keris Panca Warisan yang sering dijulang setiap kali perhimpunan agung Umno diadakan.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, kalau kerajaan pusat boleh membayar kepada hakim-hakim dan mengaku kesilapan besar memecat mereka, maka perkara yang serupa perlu dilakukan terhadap Kelantan.

Kalau hakim dibayar pampasan, kerajaan Terengganu juga menuntut kembali royalti petroleum maka kerajaan Kelantan juga mempunyai hak serupa, kata beliau.

Malah tegas beliau kerajaan pusat sepatutnya menyalur kembali peruntukan dan bantuan yang menjadi hak kerajaan negeri, sesuai dengan semangat kerjasama antara negeri dengan Persekutuan sebagaimana dijamin perlembagaan.

Menurutnya kerajaan negeri di bawah BN menerima terus peruntukan pembangunan termasuk pembinaan perumahan awam kos rendah, namun ia tidak berlaku di Kelantan sejak lebih 18 tahun lalu semata-mata kerana diperintah PAS.

Sedangkan Kelantan juga sebahagian daripada Malaysia dan kerajaan negeri yang ada sekarang sebuah kerajaan sah dipilih rakyat melalui sistem demokrasi yang sama-sama kita dokongi, ujarnya.

Selain itu kata beliau kerajaan Pusat pimpinan Umno perlu memohon maaf kepada seluruh umat Islam terutamanya di Malaysia kerana melakukan kesilapan besar sepanjang tempoh 50 tahun lalu apabila tidak menjadikan Islam sebagai dasar dalam pemerintahan negara.

Menteri Besar juga melahirkan rasa syukur dan gembira di atas perubahan minda rakyat sehingga membawa kepada kemenangan besar parti-parti Pakatan Rakyat (PR) pada pilihan raya umum, baru-baru ini.

Kemenangan pembangkang dalam pilihan raya umum baru-baru ini sebenarnya melibatkan perubahan pemikiran rakyat yang yakin terhadap kemampuan Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PAS, KeADILan dan DAP.

Perubahan jelas berlaku di kalangan rakyat bukan Islam di mana mereka boleh menerima dan yakin dengan kepemimpinan PAS, kata beliau.

 

Soal akhlak perlu diberi penekanan dalam pendidikan

Soal akhlak perlu diberi penekanan dalam pendidikan

Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.

Ahli Dewan Negara, Senator Muntaz Md Nawi mahu penekanan terhadap pendidikan kepada generasi muda diberi keutamaan bagi melahirkan pejuang Islam, muslimin dan muslimat yang mempunyai kekuatan akhlak sejajar dengan ajaran Islam.

Katanya, kecemerlangan di dalam pendidikan tanpa akhlak hanya akan memburukkan keadaan seperti yang berlaku kepada remaja pintar yang dibantu kerajaan Malaysia bernama Sufiah Yusof yang kini memilih jalan hidup sebagai pekerja seks di Britain.

Menurutnya, kejayaan di dalam pendidikan formal belum tentu akan melahirkan generasi yang berjaya dalam hidup.

Ini kerana terdapat kajian yang menunjukkan 20 peratus individu yang menempa kejayaan luar biasa di dalam hidup bukan terdiri daripada mereka yang cemerlang di dalam pendidikan formal, katanya.

Katanya lagi, terdapat juga kajian menunjukkan individu yang berjaya adalah individu yang mempunyai akhlak mulia.

Katanya, 80 peratus daripada kejayaan bergantung kepada akhlak. Justeru di antara perkara utama yang dibawa oleh Rasullulah s.a.w ialah menyempurnakan akhlak yang mulia.

“Di tangan kita, para ibu bapa, terutama muslimat terletaknya tanggung jawab untuk melahir dan mendidik generasi muda yang berakhlak mulia dan beriman,” ujarnya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agong Dewan Muslimat PAS Kawasan Lipis kali ke-20, di Markaz PAS Tempoyang, dekat sini.

Muntaz berkata, muslimat memainkan peranan peranan penting dalam pendidikan dan politik negara malah undi wanita ada di antara punca yang menyebabkan kekalahan PAS/BA di beberapa negeri termasuk Pahang.

“Di kebanyak negeri, undi wanita adalah punca kekalahan PAS/BA, hanya di Kelantan undi wanita memihak kepada PAS/BA,” ujarnya.

Katanya, model kejayaan PAS yang mendapat sokongan wanita hasil usaha gigih menganjur ratusan program khusus untuk muslimat serta kewujudan puluhan NGO wanita, mungkin boleh dijadikan panduan bagi PAS di negeri-negeri lain.

Peranan wanita remaja seperti Nisa’ dalam menggerakkan perjuangan muslimat amat diperlukan, katanya.

“Perkara ini harus diberi perhatian, iaitu mewujudkan Nisa’ yang akan bergandingan dengan Dewan Muslimat,” katanya.

Muslimat juga, kata beliau harus bersedia untuk memikul tanggung jawab sekiranya PAS/BA berjaya memerintah negeri dan negara.

Ini kerana apabila berjaya sudah tentu akan diberi tanggung jawab yang besar seperti terlibat dengan pentadbiran dan sebagainya, katanya.