Soal akhlak perlu diberi penekanan dalam pendidikan

Soal akhlak perlu diberi penekanan dalam pendidikan

Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.

Ahli Dewan Negara, Senator Muntaz Md Nawi mahu penekanan terhadap pendidikan kepada generasi muda diberi keutamaan bagi melahirkan pejuang Islam, muslimin dan muslimat yang mempunyai kekuatan akhlak sejajar dengan ajaran Islam.

Katanya, kecemerlangan di dalam pendidikan tanpa akhlak hanya akan memburukkan keadaan seperti yang berlaku kepada remaja pintar yang dibantu kerajaan Malaysia bernama Sufiah Yusof yang kini memilih jalan hidup sebagai pekerja seks di Britain.

Menurutnya, kejayaan di dalam pendidikan formal belum tentu akan melahirkan generasi yang berjaya dalam hidup.

Ini kerana terdapat kajian yang menunjukkan 20 peratus individu yang menempa kejayaan luar biasa di dalam hidup bukan terdiri daripada mereka yang cemerlang di dalam pendidikan formal, katanya.

Katanya lagi, terdapat juga kajian menunjukkan individu yang berjaya adalah individu yang mempunyai akhlak mulia.

Katanya, 80 peratus daripada kejayaan bergantung kepada akhlak. Justeru di antara perkara utama yang dibawa oleh Rasullulah s.a.w ialah menyempurnakan akhlak yang mulia.

“Di tangan kita, para ibu bapa, terutama muslimat terletaknya tanggung jawab untuk melahir dan mendidik generasi muda yang berakhlak mulia dan beriman,” ujarnya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agong Dewan Muslimat PAS Kawasan Lipis kali ke-20, di Markaz PAS Tempoyang, dekat sini.

Muntaz berkata, muslimat memainkan peranan peranan penting dalam pendidikan dan politik negara malah undi wanita ada di antara punca yang menyebabkan kekalahan PAS/BA di beberapa negeri termasuk Pahang.

“Di kebanyak negeri, undi wanita adalah punca kekalahan PAS/BA, hanya di Kelantan undi wanita memihak kepada PAS/BA,” ujarnya.

Katanya, model kejayaan PAS yang mendapat sokongan wanita hasil usaha gigih menganjur ratusan program khusus untuk muslimat serta kewujudan puluhan NGO wanita, mungkin boleh dijadikan panduan bagi PAS di negeri-negeri lain.

Peranan wanita remaja seperti Nisa’ dalam menggerakkan perjuangan muslimat amat diperlukan, katanya.

“Perkara ini harus diberi perhatian, iaitu mewujudkan Nisa’ yang akan bergandingan dengan Dewan Muslimat,” katanya.

Muslimat juga, kata beliau harus bersedia untuk memikul tanggung jawab sekiranya PAS/BA berjaya memerintah negeri dan negara.

Ini kerana apabila berjaya sudah tentu akan diberi tanggung jawab yang besar seperti terlibat dengan pentadbiran dan sebagainya, katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: