Tazkirah: Menjadi seorang Muslim yang baik

Tazkirah: Menjadi seorang Muslim yang baik

Selasa 8 April 2008 | 1 Rabiul Akhir 1429 Hijrah

Ustaz Zain Hashim

Setiap insan bernama Islam, sama ada lelaki ataupun perempuan perlu berusaha meningkatkan diri dengan pelbagai amal ibadat yang boleh mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Ini kerana masing-masing mahukan diri mereka mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah sebagai hamba-Nya yang taat dengan melakukan segala titah perintah-Nya dan meninggalkan segala tegahan dan larangan-Nya dengan penuh rasa rendah diri dan berserah diri kepada-Nya.

Justeru, mengetahui kaedah terbaik bagi tujuan di atas, adalah sesuatu yang amat digalakkan, agar setiap Muslim/Muslimah mencapai status hamba Allah yang diterima di sisi-Nya, antara kaedah berkenaan yang perlu diberi perhatian adalah seperti berikut:

* Melakukan solat lima waktu dengan baik (sama ada dari sudut pada awal waktu pelaksanaannya, kaifiat serta tata-cara bagi menjamin penerimaannya).

* Mengetahui sedalam-dalamnya bahawa meninggalkan solat dengan sengaja boleh membawa kepada kekufuran, kerana ia adalah tiang agama dan perkara pertama yang akan ditanya oleh Allah di akhirat kelak.

* Melaksanakan seluruh hukum-hukum syariat Islam, bagi Muslimah, memakai hijab, kerana ia adalah arahan Allah dalam al-Quran, membaca al-Quran dengan memahami isi kandungannya.

* Mengkaji secara mendalam serta mentelaah sirah Nabi Muhammad s.a.w., sirah para sahabat Nabi, bagi Muslimah, perlu memilih serta bercampur wanita-wanita solehah bagi menjamin pegangan dan akidah mereka.

* Sentiasa melakukan muhasabah diri, khususnya memerhatikan persiapan buat hari esok di akhirat dengan amalan, sumbangan kepada agama, perkara-perkara kebajikan buat umat Islam, menjauhi perkara yang menjadi kemurkaan Allah dan sebagainya.

* Perbanyakkan program kebaikan yang membawa ketaatan kepada Allah dan banyak berdoa kepada Allah agar diri diberi petunjuk ke jalan kebenaran dengan tetap dan cekal terhadapnya.

Bolehkah Umat Islam hari ini menjadi mukmin yang baik seperti pada zaman Rasulullah s.a.w.?

Umat Islam hari ini ada potensi untuk menjadi umat yang kuat imannya kepada Allah, menurut Al-Marhum Syeikh Sa�id Hawwa dalam kitabnya �Al-Asas Fi al-Tafsir� juzuk kedua ketika menafsirkan surah ~Ali �Imran, ada menukilkan riwayat mafhumnya, bahawa Rasulullah s.a.w. menerusi satu hadisnya pernah bertanya kepada para sahabat dalam satu majlis ilmu: Siapakah agak-agaknya di antara makhluk Allah yang paling kamu kagum iman mereka kepada Allah? Para sahabat menjawab: Para Malaikat. Tidak kata Rasulullah, kerana mereka adalah golongan yang sentiasa bersedia untuk melakukan segala perintah Allah dan meninggalkan segala tegahan dan larangan-Nya. Kalau begitu wahai Rasulullah, mereka itu ialah para Anbiya� (nabi-nabi),. Tidak juga, kerana para Anbiya� dianugerahkan Allah kitab-kitab atau suhuf-suhuf (lembaran-lembaran agama) dan mereka juga adalah golongan yang maksum (terpelihara dari membuat dosa). Jadi kalau begitu kamilah wahai Rasulullah. Tidak juga, kerana kamu boleh jadi orang-orang yang beriman kerana aku berada bersama dengan kamu. Yang sebenarnya kata baginda, makhluk yang aku maksudkan itu ialah mereka yang akan datang (lahir) selepas kamu (mereka yang hidup tanpa melihat baginda Rasulullah disebabkan kewafatan baginda), kerana mereka boleh berpegang dengan al-Quran dan jadi orang-orang yang beriman walaupun aku tidak ada di sisi mereka.

Dalam satu riwayat hadis yang lain pula riwayat Imam Ahmad, Imam Bukhari, Ibnu Hibban dan al-Hakim daripada Anas, baginda ada menegaskan, bahawa; beruntunglah mereka yang melihat aku dan beriman kepadaku (Nabi hanya mengungkapkan sekali sahaja), dan beruntunglah mereka yang tidak melihat aku dan boleh beriman kepadaku (baginda mengungkapkan ucapan itu hingga diulang sebanyak tujuh kali).

Iman yang ada di dalam hati kita itu, akan terus diperbaharui apabila kita berhasrat untuk melakukan reformasi perubahan dalam diri iaitu ingin menjadi hamba Allah yang terbaik dalam pelbagai aspek kehidupan, ia boleh dilakukan dengan perubahan sikap, seterusnya akan sampai kepada satu tahap kemuncaknya iaitu peningkatan, meningkat dalam persoalan iman, kefahaman, cara berfikir, bertindak yang akhirnya melonjaknya diri kita sebagai umat yang mampu menyuruh manusia seluruhnya kepada yang makruf dan mencegah mereka daripada melakukan mungkar seperti membunuh, memfitnah, memberi dan menerima rasuah dan lain-lain, Wallhu �Alam.

Mudah-mudahan kita sentiasa mendapat rahmat dan naungan daripada Allah agar boleh mati pada jalan yang diredai-Nya. Amin.

Link : Nasihat Untuk Sahabat dan Sajak Buat Sahabat Seperjuangan

Negara Islam PAS vs Pakatan Rakyat

Negara Islam PAS vs Pakatan Rakyat

Oleh Roslan SMS

a

Sesiapa yang rajin membeli akhbar di pagi Ahad lalu, pasti walaupun tidak dapat membaca (kecuali yang mahir) akan terserempak dengan gambar besar muka depan Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang di akhbar bahasa Cina, Sin Chew Daily. Gambar warna itu menunjukkan Tuan Guru ditemuramah oleh dua orang wartawan akhbar berkenaan di rumahnya di Rusila.

Sedutan wawancara itu disiarkan oleh akhbar The Sun hari ini.

Menurut Tuan Guru cita-cita Negara Islam yang diperjuangkan PAS tetap menjadi matlamat perjuangan parti walaubagaimanapun ia tidaklah bermakna parti berkenaan akan tergesa-gesa menuntut dilaksanakan beberapa peraturan yang masih dianggap kontroversial.

Tuan Guru mengakui bahawa sebab utama PAS tidak dapat melaksanakan sepenuhnya tuntutan sebuah Negara Islam adalah kerana realiti politik menunjukkan yang PAS tidak dapat membentuk sebuah kerajaan yang teguh bersendirian. Oleh itu tambah beliau tidak ada sebab bagi masyarakat bukan Islam untuk bimbang terhadap isu Negara Islam tersebut.

Berhubung dengan Pakatan Rakyat, Tuan Guru berkata bahawa kerajaan neger-negeri di bawah pakatan ini akan masing-masing mendapat pandangan dan berunding dengan rakan-rakan dalam komponan Pakatan Rakyat sebelum sesuatu polisi dilaksanakan. Beliau menegaskan PAS akan menghormati pandangan rakannya DAP walaupun di Kelantan.

Di Kelantan kata Tuan Guru walaupun PKR hanya memiliki satu kerusi manakala DAP langsung tidak bekerusi namun PAS akan menghormati pandangan dan pendapat merekA.

Demikianlah jauhnya pandangan dan matangnya berpolitik Presiden PAS. Beliau tidak lari dari masalah tetapi menanganinya dengan penuh bijaksana. Negara Islam adalah isu sebenar, ia tidak boleh disapu ke bawah tikar semata-mata untuk memuaskan kepentingan mana-mana pihak. Sukar bagi ahli-ahli PAS yang bergelut dan berjuang lebih 50 tahun untuk tiba-tiba melupakan atau disuruh melupakan perjuangan untuknya. Malah PAS tidak menjadi PAS jika ia tidak lagi memperjuangkannya.

Tetapi Tuan Guru menggariskan keutamaan dan keperluan semasa. Realiti perlu didakap dan diterima namun usaha akan berjalan terus. Rakyat dan kawan-kawan perlu dibentuk dan diberi kefahaman. Kata beliau: “Perkara yang kita perbalahkan, wajar ditolak ketepi terlebih dahulu sehinggalah timbul keperluan untuk ianya diperbincangkan”. Yang penting sebagaimana ditegaskan beliau adalah persamaan antara ketiga-tiga parti, ini yang perlu diteroka, dipupuk dan dipadukan buat masa ini.

Saya percaya sekaligus sikapnya terhadap Kelantan, menuntut rakan-rakan lain agar turut menghormati pula pandangan dan pendapat PAS di negeri-negeri Pakatan Rakyat yang PAS tidak dominan termasuklah di Selangor dan Perak serta di Pulau Pinang. Tidak ada negeri Pakatan Rakyat dimana PAS tiada wakil, maka sebagaimana PAS menghormati kawan-kawan hatta di negeri yang rakan lain tiada perwakilan maka sewajarnyalah PAS juga turut dihormati dan diminta pandangan dan pendapatnya.

Saya yakin Pakatan Rakyat ini memiliki masadepan yang cerah dan akan terus diterima rakyat Malaysia jika semua kita matang dan menerima realiti yang ada.

Sementara itu Presiden PAS kini berada di Pulau Pinang dalam rangka kunjungan hormatnya kepada Ketua Menteri Pakatan Rakyat Pulau Pinang, Sdr Lim Guan Eng. Semoga berjayalah usaha kita.

Lima Menteri Besar bakal gegarkan Stadium Perak

Lima Menteri Besar bakal gegarkan Stadium Perak(14 April ini bermula jam 8.30 malam)

Selasa 8 April 2008 | 1 Rabiul Akhir 1429 Hijrah

https://i0.wp.com/saifulislam.com/wp-content/uploads/2007/05/nik_aziz.jpg http://ijok2007.files.wordpress.com/2007/04/tsk-2.jpg

https://i0.wp.com/upload.wikimedia.org/wikipedia/ms/thumb/e/ed/AzizanAbdulRazak.jpg/180px-AzizanAbdulRazak.jpg Mohammad Nizar Jamaluddin

Stadium Perak yang selama ini digegarkan sorakan ‘Kejo Yop Kejo’ pada setiap kali pertandingan bolasepak Liga Super, buat pertama kalinya stadium ini akan digegarkan oleh puluhan ribu rakyat negeri Perak dengan laungan takbir, reformasi dan ‘makkal sakti’ apabila lima Menteri Besar Kerajaan Pakatan Rakyat berpidato pada 14 April ini bermula jam 8.30 malam.

Lima Menteri Besar Kerajaan Pakatan Rakyat, iaitu Menteri Besar Kelantan,Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor akan berpidato di hadapan puluhan ribu sempena Himpunan Rakyat Negeri Perak anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Perak.

Demikian dinyatakan oleh Ketua Penerangan PAS Perak yang juga Setiausaha Politik Menteri Besar Perak, Misbahul Munir Masduki, dalam satu pertemuan dengan wartawan Harakah di pejabatnya sebentar tadi.

“Seluruh rakyat diminta hadir untuk mendengar amanat daripada lima orang Menteri Besar, inilah buat pertama kalinya dalam sejarah Stadium Perak akan bakal menyaksikan himpunan puluhan ribu atas nama pakatan rakyat,” katanya lagi.

Acara dimulakan dengan solat Isyak, diikuti dengan solat hajat, selepas itu pidato lima Menteri Besar akan bermula dan orang ramai yang hendak hadir dinasihatkan membawa sejadah.

“Kalau di Stadium Melawati,Shah Alam, Selangor himpunan seumpama itu dihadiri lebih kurang 30,000 orang, insya-Allah puluhan ribu juga akan hadir di Stadium Perak bagi mendengar pidato lima Menteri Besar,” katanya.

Menyerupai Yahudi

Menyerupai Yahudi

Soalan:

SAYA terbaca pendapat yang mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w. melarang kita meniru orang kafir seperti Yahudi dan lain-lain sekalipun pada perkara yang baik dan menguntungkan umat Islam. Oleh itu apakah maksud sabdanya bermaksud: Siapa yang menyerupai sesuatu kaum itu dia adalah sebahagian daripada kaum tersebut.

JAWAPAN:

Anda tidak sepatutnya terpengaruh dengan pemikiran mereka yang keliru seperti ini. Mereka tidak faham maksud hadis yang tersebut di atas. Cuba anda fikir bahawa Rasulullah mengarah kita belajar dan mengambil daripada sesiapa sahaja dalam perkara kebaikan dan menguntungkan kita. Malah Rasulullah sendiri ikut sama berpuasa pada 10 Muharam kerana meraikan kejayaan Nabi Musa pada hari itu dan katanya, Aku lebih berhak dengan Nabi Musa dari kamu semua (Yahudi) tetapi untuk tidak menyerupai mereka ditambahkan puasa tersebut menjadi dua hari dan bukan satu hari, itu sahaja caranya untuk tidak menyerupai perayaan mereka.

Jadi dengan menambah atau mengurangkan sesuatu itu, ianya sudah menjadi tidak serupa dan tidak menyamai sesuatu yang ditiru tersebut. Jangan jadi keliru pula umpamanya puasa tersebut dikatakan tidak sunat kerana dilarang menyerupai dan meniru orang lain. Pada zaman Rasulullah sendiri baginda pernah menyuruh umat Islam belajar daripada orang bukan Islam (tawanan perang).

Apakah yang dilakukan oleh baginda itu bertentangan dengan apa yang telah disabdakan dalam hadis yang anda maksudkan? Jelas di sini maksud hadis itu perlu difahami dari perspektif yang menyeluruh bukannya kita memahami sesuatu itu mengikut sumber yang tidak berasas contohnya di Internet. Satu contoh lagi umpamanya orang Yahudi biasanya menaruh misai yang panjang maka disuruhnya kita menggunting misai dan meyimpan serta memanjangkan janggut lalu sabdanya

“Salahilah mereka” maksud hadis.

Demikian maksud tidak menyerupai mereka. Jangan menolak langsung ibadat sunat puasa serta perkara kebaikan yang lain kerana kononnya tidak mahu menyerupai orang lain. Demikianlah dalam perkara kebaikan yang lain seperti perayaan maulidur Rasul, persenjataan, perekonomian dan ilmu pengetahuan sains dan teknologi. Sedangkan perayaan kita langsung tidak sama dengan perayaan mereka di mana kita berselawat dan mengadakan majlis ilmu (yang amat disukai Rasulullah sendiri).

Jangan sampai kita jadi bodoh pula oleh kerana alat senjata dan kelengkapan pertahanan ini kebanyakannya meniru dari bukan Islam maka ingin kita tinggalkan. Malah sepatutnya alat pertahanan kita ditambah baik serta lebih canggih dan kuat berbanding pertahanan mereka.

Realitinya mereka yang tidak mahu menyerupai orang lain itu (bukan Islam) lebih banyak meniru dan menyerupai mereka terutama dalam pertahanan dan ilmu pengetahuan sains dan sebagainya. Wallahualam.

Kerugian besar lengahkan solat

Kerugian besar lengahkan SOLAT

https://i0.wp.com/www.smktar.edu.my/solat_imad.gif

RASULULLAH SAW bersabda: Solat itu adalah tiang agama, sesiapa yang mendirikan solat, sesungguhnya ia sudah menegakkan agama dan sesiapa yang meninggalkan solat, sesungguhnya ia meruntuhkan agama.

Hakikatnya solat adalah satu suruhan yang mesti dilaksanakan atau disempurnakan oleh setiap umat Islam walau dalam keadaan apa sekalipun.

Sayangnya, masih ada di kalangan umat Islam yang tidak langsung mendirikan solat, kalau buat pun, ada yang melengah-lengahkan waktu solat, melakukan solat secara tergesa-gesa serta tidak khusyuk dan banyak lagi.

Sungguhpun waktu solat itu telah ditentukan, mengapa kita digalakkan agar tidak melengah-lengahkannya dan apakah ganjaran mereka yang bersolat di awal waktu?

Keperluan untuk menunaikan solat di awal waktu jelas daripada hadis yang bermaksud: “Ditanya Nabi SAW, apakah amalan yang terbaik, maka jawab Nabi : Solat di awal waktu.” (riwayat at-Tirmizi dan Abu Daud)

Namun ada beberapa ketika yang dibenarkan untuk melewatkan solat seperti jika cuaca terlampau panas dan berjemaah secara terbuka di luar. Sabda Nabi SAW: Tangguhlah sehingga sejuk bagi solat Zuhur, kerana kekuatan panas (matahari) adalah daripada bahang neraka jahanam. (riwayat al-Bukhari).

Namun mungkin keadaan terlalu panas ini sudah kurang timbul kerana kini, kita menunaikan solat di masjid yang redup dan berhawa dingin.

Bagi menjelaskan ganjaran mereka yang menjaga waktu solat. Rasulullah bersabda: Pada suatu hari Rasulullah ditanya oleh seorang sahabat: Amalan apakah yang paling utama? Baginda menjawab: Solat tepat pada waktunya. (riwayat Bukhari dan Muslim).

Di samping itu, Rasulullah pernah bersabda: “Barang siapa yang bersolat tepat pada waktunya dan melengkapkan rukuk, sujud dan khusyuk maka solat itupun naik ke atas dalam keadaan putih dan cemerlang. Solat itu berkata: “Semoga Allah menjaga dirimu sebagaimana engkau menjaga aku (menyempurnakan rukun solat itu). Tetapi barang siapa yang tidak bersolat, tidak dalam waktu yang ditentukan dan tidak pula menyempurnakan wuduknya serta tidak pula melengkapkan rukuk, sujud dan tanpa khusyuk sama sekali, maka solat itupun naiklah ke atas dalam keadaan hitam kelam sambil berkata: “Semoga Allah mensia-siakan dirimu sebagaimana engkau mensia-siakan aku. Selanjutnya setelah solat itu berada di suatu tempat seperti dikehendaki Allah, ia pun lalu dilipatkan sebagaimana dilipatnya baju yang koyak rabak kemudian dipukulkanlah kepada mukanya.” (riwayat al-Tabrani dan Baihaqi).

Sementara, dalam surah al-Mukmin ayat 8 hingga 11 yang bermaksud: Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya, dan orang yang memelihara solatnya; mereka itulah orang yang berhak mewarisi syurga Firdaus, mereka kekal di dalamnya.

Perkataan memelihara solat mempunyai pengertian yang cukup luas?

Erti memelihara solat yang termudah adalah menjaga solat fardu lima kali sehari semalam. Namun, lebih dalam dari itu, penjagaan solat juga menuntut kita untuk mendirikannya dan bukan sekadar menunaikannya. ‘Tunaikan’ dan ‘dirikan’ adalah dua benda yang berbeza. Tunai lebih cenderung kepada proses melaksanakannya pada satu-satu waktu dan kemudian ia dikira selesai tanpa mengira kesan selepas dan persembahan spiritual semasa pelaksanaannya.

Manakala erti ‘mendirikan’ solat pula tidak bermaksud sedemikian, ini kerana kita dituntut untuk melaksanakan solat secara fizikal dan spiritual lalu berterusanlah kesan solat itu dalam kehidupan seharian kita.

Perlu sama-sama kita menyedari bahawa yang dituntut semasa solat adalah usaha untuk meyakinkan yang kita sedang berhadap dengan Allah dan hati kita juga sedang dilihat oleh-Nya. Ini ditegaskan oleh Nabi SAW yang bermaksud: Apabila kamu solat, janganlah kamu menoleh (ke sana sini yakni tidak fokuskan pandangan), kerana Allah SWT mengarahkan wajah-Nya ke wajah hamba-Nya yang sedang bersolat selagi mana hamba-Nya tidak menoleh ke lain. (al-Bukhari dan Abu Daud)

Perasaan inilah yang perlu dibawa hingga keluar solat, maka dengannya kita pasti akan dapat merasakan setiap tindakan kita dilihat oleh Allah SWT.


Apakah yang dimaksudkan solat berkualiti dan bagaimana memperolehnya?

Maksud solat berkualiti merangkumi semua hal-hal yang telah saya nyatakan sebelum ini, selain itu solat ini juga didirikan berlandaskan ilmu dan bukannya secara ikutan tanpa mengetahui asas sesuatu pergerakan dan tindakan itu.

Solat bagi mereka yang mengikuti mana-mana ilmuwan dan alim ulama secara ‘lihat, pandang dan dengar’ sudah tentu sah jika menepati rukun dan syaratnya.

Namun, apabila kita ingin mengulas perihal berkualiti, ia sudah tentu perlu lebih dari sekadar sah. Atas sebab demikian ia memerlukan ilmu yang lebih jelas tentang dalil-dalil yang disandarkan pandangan ulama tersebut. Inilah namanya menaiktarafkan tahap ilmu agar pencapaian pahala dan keyakinannya semakin tinggi.

Pahala bagi seorang yang menunaikan ibadah dengan ilmu amat berbeza dengan solat mereka yang tidak didasari ilmu.

Khalifah Umar bin Abd Aziz berkata: “Sesiapa yang beramal tanpa ilmu, maka kerosakan lebih banyak dihasilkan daripada kebaikan. (Jami’ Bayan al-‘Ilm wa fadlihi, Ibn Abd Barr, 1/27)

Malah Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud: “Disebutkan kepada nabi terdapat dua orang lelaki, seorang daripadanya ahli ibadat manakala yang satu lagi ahli ilmu. Lalu Nabi memberi respons, keutamaan orang yang punyai ilmu melebihi daripada orang yang beribadat (tanpa ilmu) adalah seperti keutamaanku dengan yang paling rendah daripada kalangan kamu (sahabat). (riwayat Tirmizi, no. 2685, 5/50)

Syeikh Al-Mubarakfuri menghuraikan bahawa ahli ibadat yang dimaksudkan dalam hadis ini adalah mereka yang banyak melakukan ibadat tetapi hanya didasari ilmu yang sedikit. Beliau juga menjelaskan bahawa Nabi membandingkan keutamaan dirinya dengan seorang sahabat yang paling rendah kemuliaannya, itu perbandingan si alim dengan si ahli ibadat. (Tuhfatul ahwazi, 7/379)

Inilah juga yang ditegaskan oleh Syeikh Khatib As-Syarbini As-Syafie di dalam kitabnya di mana beliau menegaskan erti ‘lihat’ dalam hadis Nabi: “Solatlah kamu sebagaimana kamu lihat aku mendirikan solat.” adalah ilmu iaitu, sebagaimana aku mengetahui kaedah dan sifat aku solat.

Solat sebegini akan lebih mudah meraih nikmat khusyuk yang merupakan satu kenikmatan spiritual yang amat bernilai buat kehidupan di dunia dan di akhirat.

Bagaimanakah cara berhikmah untuk mengajak orang mendirikan solat kerana kita tidak mahu perkara ini dipertanggungjawabkan ke atas kita di akhirat kelak atas alasan segan atau takut mengecilkan hati mereka?

Sebaik-baik cara adalah kembali kepada asas (back to basic). Kita cuba ajak mereka berfikir semula bahawa hidup dan keseronokan dunia hanyalah untuk beberapa puluh tahun sahaja. Jangan kita tujukan kepada mereka, tetapi tujukan kepada diri kita terlebih dahulu iaitu termasuk mereka yang sedang ingin menasihati. Ingatkan perihal kematian, ia adalah saranan Nabi SAW dalam hadisnya: “Perbanyakkanlah ingatan kepada perkara yang memutuskan kenikmatan sementara, iaitu mati.”

Jika penerimaannya baik, boleh diteruskan dengan memberi kefahaman perihal dosa mereka yang meninggalkan solat, antaranya adalah satu kaki sudah menjadi kafir, sebagaimana disebut di dalam hadis: “Sempadan antara seorang itu Islam dan kafir adalah jika mereka meninggalkan solat.” Ini bererti, mereka yang meninggalkan solat dikira sudah separuh badan di sempadan kekafiran yang amat berbahaya.

Gunakan cara nasihat yang didasari kasih sayang dan ingin membantu, cara lembut sentiasa lebih utama daripada kaedah yang keras dan menempelak. Kaedah ini juga datang dari al-Quran dan hadis.

Setelah itu, sentiasa galakkan dan bina kemampuan solat orang dituju secara beransur-ansur. Jika sukar, boleh sahaja minta dia mendirikan satu waktu solat sehari terlebih dahulu dan seterusnya semakin baik. Insya-Allah.

Jawapan : PERLUAS SOFA DAN MARWAH TIDAK BERCANGGAH DENGAN SYARIAH ???

Jawapan : PERLUAS SOFA DAN MARWAH TIDAK BERCANGGAH DENGAN SYARIAH ???

“Merujuk satu tulisan seorang yang menggunakan Abu Syafiq sebagai nama pena, yang artikle beliau itu terpapar dalam lamanweb Tranungkite tentang ulasan beliau berkenaan tindakan kerajaan Saudi yang memperluaskan tempat sa’I Sofa dan marwah, menyebabkan perasaan ini ingin menulis tentang perkara yang dibincangkan itu, walaupun dari sudut hati kecil, agak malas dan merasakan bagaikan “buang masa” untuk melayan pendakwa-pendakwa salafi, wahabi, sufi, tarekat dan sebagainya yang mereka sentiasa tidak berkesudahan.

Disebabkan ketaassuban kepada guru yang terlalu membenci kepada Wahabi, menyebabkan si penulis sanggup menuduh segala perbuatan yang dibuat oleh kerajaan Saudi itu dikira dari wahabi.

Tidak diketahui, berapa tinggikah nilai pemikiran keilmuan “hamba Allah” ini sehinggakan tidak dapat membezakan antara isu yang berkaitan dengan wahabi dan tentang kemaslahatan yang diizinkan oleh Allah SWT.


Tulisan ini, bukanlah hendak membela golongan-golongan yang didakwa sebagai Wahabi, ataupun mempertikaikan pengikut-pengikut ghuluw kepada golongan Ahbash, tetapi sekadar menyatakan, perlunya berfikir rasional dalam mengulas isu-isu agama, agar tidak terhitung sebagai golongan yang terkongkong dengan fikiran kejumudan dalam beragama.


PERLUAS SOFA DAN MARWAH


Sofa dan Marwah yang berada berhampiran dengan masjid Al-haram merupakan dua tempat yang menjadi kewajipan kepada mereka yang mengerjakan haji dan Umrah untuk melakukan sa’i.


Melihat kepada keadaan pengunjung di Tanah haram ketika melakukan ibadat haji dan Umrah, pihak Kerajaan Arab Saudi telah mengambil tindakan yang berbeza dengan aliran pemikiran asal mereka, iaitu mereka telah sanggup memperluaskan tempat menunaikan Sai, lantaran kehadiran jemaah haji dan Umrah yang datang agak ramai sehingga menjadi kepayahan bagi mereka menunaikan ibadat tersebut.


Justeru itu, tidak menjadi satu kesalahan kepada pihak kerajaan Arab Saudi memperluaskan tempat Sai antara sofa dan marwah.

Ianya adalah kerana, tidak wujud dalam nas yang mengharamkan perbuatan memperluaskan tempat sai, bahkan yang wujudnya adalah nas yang menguatkan lagi atas keizinan memperluaskannya, atas alasan “agama Islam adalah agama mudah”.

Perkara ini ditegaskan sendiri oleh Dr Yusuf Al-Qaradhawi dalam satu kenyataannya yang termaktub dalam lamanweb beliau, iaitu http://www.qaradawi.net ketika ditanya berkenaan tindakan kerajaan Arab Saudi itu.


Beliau menyatakan
[1], keizinan itu adalah didasarkan kepada firman Allah;

يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ

Maksudnya;
Allah mahu kamu senang, dan Allah tidak mahu mahu susah”

(Surah Al-Baqarah : 185)

Juga firman Allah;

مَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيَجْعَلَ عَلَيْكُمْ مِنْ حَرَجٍ

Maksudnya;
“Allah tidak mahu menjadikan kepada kamu sebarang kepayahan”

(Surah Al-Maidah : 6)


Firman Allah lagi;

يُرِيدُ اللَّهُ أَنْ يُخَفِّفَ عَنْكُمْ

Maksudnya;
“Allah mahu meringankan kamu”

(Surah An-Nisa’ : 28)


Juga sabda Nabi SAW;

فَإِنَّمَا بُعِثْتُمْ مُيَسِّرِينَ وَلَمْ تُبْعَثُوا مُعَسِّرِينَ

Maksudnya;
“Kamu dibangkitkan dalam keadaan senang, dan kamu tidak dibangkitkan dalam keadaan menyusahkan” (Sahih Al-Bukhari : 213)

Juga sabda Nabi SAW;

يَسِّرُوا وَلَا تُعَسِّرُوا

Maksudnya;

“Permudahkan, jangan memayahkan” (sahih Al-Bukhari : 67)


Al-Qaradhawi menyatakan juga, Allah menyatakan dalam Al-Quran tentang “jangka tempat” sai itu, antara sofa dan Marwah, tanpa Allah menyatakan “lebar laluan” ke sofa dan “lebar laluan” ke marwah.


Firman Allah;

إِنَّ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ فَمَنْ حَجَّ الْبَيْتَ أَوِ اعْتَمَرَ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِ أَنْ يَطَّوَّفَ بِهِمَا

Maksudnya;
“Sesungguhnya Sofa dan marwah sebahagian dari syiar-syiar Allah. barangsiapa buat haji di Bait ataupun buat Umrah, maka tidak menjadi dosa atasnya mengelilingi kedua-duanya”

(Surah Al-Baqarah : 158)


Maka dengan itu, tidak menjadi kesalahan memperluaskan tempat Sai antara sofa dan marwah dengan tujuan untuk memberi kemudahan kepada orang yang melakukan haji dan Umrah.


Perkara ini juga disokong kuat oleh Majma’ Al-Fiqh Al-Islami dan sebilangan ulama-ulama yang didakwa beraliran “Wahabi” seperti Syaikh Abdullah bin Abdur Rahman, dan ulama yang agak “mengkritik Wahabi”, iaitu Syaikhuna Dr Ali Jumaah, Mufti kerajaan Mesir sekarang.


PENUTUP


Tidak dinafikan, terdapat juga ulama yang melarang perbuatan memperluaskan tempat sa’i itu. Alasan mereka, tempat itu adalah batasan Syariah yang telah ditetapkan, dan ia tidak boleh dilebihkan dan dikurangkan. Antara ulama yang menyatakan demikian adalah Seorang ulama yang dianggap beraliran “wahabi” iaitu Syaikh Soleh Fauzan.


Walaubagaimanapun, dalam berinteraksi dengan perkara khilaf, selayaknya kita merujuk kepada kemaslahatan yang telah diizinkan oleh syarak, terutama dalam perkara yang melibatkan keadaan orang ramai yang bersesak-sesak.


Mudah-mudahan kita semua mendapat petunjuk Allah dan mendapat keredhaan dari Allah atas segala usaha dan ikhtiyar kita.


Sekian


Wallahu ‘Alam


Al-Bakistani

Apa Sudah Jadi Pada Saudi?

Apa Sudah Jadi Pada Saudi?

 Disusun oleh: Abu Syafiq ( 012-2850578 )

JOM PAKAT-PAKAT BANTAH WAHHABI KERANA TUKAR TEMPAT SA’I SOFA & MARWAH

Saban hari umat Islam kini pergi menunaikan Umrah. Tetapi kerana kejahatan Wahhabi pengkhianat agama Allah waktu yang sama melakukan amalan bid’ah yang paling besar iaitu menukar tempat Nabi melakukan sa’i antara bukit Sofa dan Bukit Marwah ke tempat yang lain. Mari Berpakat dan Bersatu Menbantah Wahabi !! Sekiranya amalan sambutan Maulid dianggap bid’ah sampai beria-ria mengedarkan risalah yang lama lagi kuno kononnya membantah amalan Maulid tapi yang sekarang ini Wahhabi TUKAR tempat sa’i kepada tempat & kawasan lain tanpa berdalilkan sehuruf nas pun dari mana-mana dalil Al-Quran mahupun Hadith adakah ia bukan bid’ah?!

Nah! sekalipun Wahhabi tidak menganggap perbuatan menukar tempat sa’i itu adalah bid’ah maka mana nas yang kata harus?! adakah dari kenyataan orang Barat kafir yang Wahhabi berkerjasama menjatuhkan kerajaan Islam dahulu dan membunuh ribuan umat Islam bersama kafir Barat?!
atau berdalilkan dari ruh Muhammad bin Abdul Wahhab yang menjelma hidup semula menjadi ” NABI ” memberi sabda?!

Inilah Wahhabi..pengkhianat agama Allah…pencetus hura-hara..tanduk fitnah.. tidak cukup aqidah sesat Wahhabi ” Allah Letih Duduk Atas Kerusi” disebarkan dikampung2 kini tempat ibadah (sa’i) yang tetap pula telahpun diubah.

Ketahuilah bahawa Wahhabi sekarang telah melakukan sekurang-kurangnya 5 perkara bid’ah pada tempat sa’i :

1- Wahhabi robohkan tempat sa’i yang asal sehingga orang yang buat umrah sekarang melakukan sa’i BUKAN lagi di kawasan Bukit Sofa dan Marwah tetapi dikawasan yang baru luar dari kawasan sa’i yang disahkan oleh Nabi Muhammad. Dan ketahuilah bahawa sesiapa yang melakukan sa’i di tempat yang baru tersebut maka sa’i nya tidak sah dan tidak harus disisi Islam kerana Nabi Muhammad tidak pernah melakukan sa’i disitu.

2- Wahhabi membina kawasan baru yang kononnya dianggap tempat sa’i di luar kawasan Ziqoq Al-‘Attorain iaitu tempat yang telah di naskan sebagai tidak sah sekalipun melakukan sa’i di situ ( Ziqoq Al-‘Attoroin ) . Malangnya Wahhabi membina tempat sa’i yang baru luar dan jauh sama sekali dari tempat tersebut.

3- Wahhabi melebarkan tanpa dalil syara’ ukuran lebar Bukit Sofa yang ke arah luar kawasan asal sehingga membawa ke kawasan berhampiran hotel-hotel dan kedai-kedai bersebelahan disebelah Timur sehingga kawasan itu pula dijadikan tempat sa’i sedangkan ianya telah terkeluar jauh dari kawasan lebar Bukit Sofa yang asal.

4- Wahhabi tidak ada amanah bila mana dalam kerja mengorek kawasan baru tersebut mereka sendiri dapati bahawa Bukit Sofa & Marwah tidaklah selebar yang mereka sangkakan dan (terbaru) mereka sendiri dapati tempat sa’i yang baru mereka bina itu tidak termasuk dalam kawasan lebar Bukit Sofa & Marwah.
Tetapi cinta dunia dan benci agama menyebabkan lidah terkelu membicarakan kebenaran dek billion Dollar & Riyal telah mengaburi mata mereka.Subhanallah…..

5- Wahhabi akan menyiapkan bentuk tempat sa’i nanti (bulan Ramadhan) dengan bentuk one way iaitu orang ramai akan diarah melakukan sa’i antara Sofa ke Marwah dalam kawasan yang SAH tetapi dari Bukit Marwah ke Sofa pula mereka akan diarah mengunakan kawasan sa’i yang baru yang TIDAK SAH. Ini menjadikan sesiapa yang melakukan sa’i tersebut hukum sa’i nya adalah tidak sah bahkan masih dalam keadaaan Ihram selama-lamanya(sampai buat cara yang betul di tempat yang betul).

* KESEMUA WAHHABI DAN WEBSITE-WEBSITE WAHHABI SERTA MUFTI WAHHABI MALAYSIA MEMPERSETUJUAN PERUBAHAN TEMPAT SA’I TERSEBUT BERSELARI DENGAN IDEA WAHHABI YANG MEROBOH DAN MENUKAR TEMPAT SA’I YANG ASAL.

Semoga Allah membantu hamba-hambaNya yang berakidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah dan memberi hidayah iman kepada hamba-hambaNya yang beraqidah Wahhabi.

p/s : kalau cerita ini di keluarkan oleh “wahabi”..mmg ada sesuatu yang agak di jangkal..mesti diteliti..jgn ambik bulat2…ini jawapan dia !!

Maisarah harap adik peluk Islam

Maisarah harap adik peluk Islam

“Oleh QAMARUL MUNIRAH SAID

a
Nurmaisarah Chang.

Satu perasaan yang sukar diungkap dan digambarkan tatkala menerima berita bahawa bapa dan adik-adiknya telah mengikut jejak langkah ibu dan dirinya.

Bapanya, Ahmad Chang dan adik-adiknya, Nurazziyati, 20, Muhammad Adam, 16, Nurhusnina, 10 dan Muhammad Afiq, 8, memeluk Islam serentak di Pusat Islam Paroi, Negeri Sembilan.

Menurut Nurmaisarah Chang, 21, berita gembira itu diterimanya selepas beberapa bulan dia dan ibunya memeluk Islam.

“Ini adalah hadiah yang tidak ternilai dalam hidup saya. Boleh dikatakan seluruh ahli keluarga saya memeluk Islam selepas saya dan ibu,” katanya dalam pertemuan dengan Mega, baru-baru ini.

Anak kelahiran Seremban ini turut mengakui, apa yang memeranjatkan dia mahu pun ibunya, masing-masing tidak mengetahui siapa yang terlebih dahulu terbuka hati untuk memeluk Islam.

“Saya hanya mengetahui tentang pengislaman ibu semasa di kampung sewaktu pulang bercuti selepas seminggu saya memilih Islam. Semua ahli keluarga yang lain juga tidak mengetahui tentang penghijrahan ibu termasuklah bapa.

“Ibu menyembunyikan perkara itu sehinggalah saya dapat mengetahuinya semasa bercuti. Itupun secara kebetulan sahaja,” jelasnya.

Menurut penuntut tahun dua Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini, ibunya amat berhati-hati terutama apabila tiba waktu untuk makan.

“Ibu hanya makan nasi dan tidak menyentuh lauk-lauk yang lain. Ini menyebabkan saya kehairanan lantas bertanya kepada ibu semasa kami duduk berbual, adakah dia juga seperti saya dan ibu mengakuinya.

“Betapa gembiranya kami saat itu dan ia sukar untuk diungkapkan kerana kami kini sama-sama telah memilih satu jalan yang diredai Allah iaitu Islam,” jelasnya.

Menurut Maisarah, ibunya terlebih dahulu menghidu tentang penghijrahannya itu melalui perwatakan dan tingkah lakunya yang berlainan daripada kebiasaan.

“Satu hari, ibu bertanya kepada saya, kamu masuk Islam ya, saya hanya tersenyum pada ibu dan saya terkejut apabila ibu langsung tidak memarahi saya. Rupa-rupanya ketika itu ibu juga telah memeluk Islam,” ujar anak sulung daripada enam beradik ini lagi.

Menurut Maisarah, selang beberapa bulan selepas itu, bapa dan adik-adiknya yang lain turut memeluk Islam.

“Saya sangat bersyukur kerana kaum keluarga dan saudara mara kami dapat menerima perubahan keluarga kami.

“Kami tetap menyambut Tahun Baru Cina dan tetap pulang ke kampung untuk menyambutnya seperti biasa. Kini, kami menyambut dua perayaan setiap tahun, Hari Raya dan Tahun Baru Cina,” katanya.

Menurut gadis ini lagi, walaupun salah seorang adiknya tidak memeluk Islam, ia tidak menjadi masalah kepada mereka sekeluarga.

“Cuma adik saya yang berumur 18 tahun sahaja yang masih belum mengikut jejak langkah kami. Saya sentiasa berdoa semoga suatu hari nanti dia juga turut menerima hidayah seperti kami,” jelasnya.

Bagaimanapun, kata Maisarah, hubungan mereka masih seperti dulu dan tidak berubah. “Kadang-kadang, dia yang mengingatkan kami untuk bersolat. Kami tidak pernah memaksanya untuk berubah kerana itu adalah pilihannya.

“Apa yang boleh kami lakukan cuma berharap dan sentiasa berdoa semoga suatu hari nanti dia memeluk Islam seperti kami,” katanya.

Menceritakan detik penghijrahannya, menurut Maisarah, dia berkawan rapat dengan seorang senior di UKM yang selalu bercerita tentang Islam kepadanya.

Sebelum ini, katanya, dia memandang Islam sesuatu yang melecehkan kerana perlu bersolat dan menutup aurat serta perkara-perkara lain yang perlu dilakukan oleh umatnya.

“Saya hanya terfikir untuk menganut agama Islam ini jika saya berkahwin dengan lelaki yang beragama Islam dan jika tidak, saya tetap dengan agama saya iaitu Buddha.

“Namun Allah membuka pintu hati saya terhadap Islam selepas mendengar cerita-cerita yang disampaikan oleh senior saya, Kak Sabrina,” katanya.

Menurutnya lagi, Sabrina menjadi tempatnya mengadu dan tempat untuk meluahkan perasaan serta segala kerunsingan.

“Melaluinya saya mengenali sedikit sebanyak tentang Islam dan dia memperkenalkan saya dengan seseorang yang banyak mengislamkan pelajar-pelajar UKM sebelum ini.

“Beliau ialah seorang pegawai di Kementerian Pelajaran dan saya memanggilnya dengan panggilan Ustaz Azrai. Kini, saya menjadi anak angkat Ustaz Azrai dan beliau banyak membimbing saya tentang Islam,” tambahnya.

Selepas memeluk Islam, Maisarah mengakui bahawa kini hidupnya sangat berbeza malah semakin teratur.

“Dulu, jiwa saya seakan-akan kosong dan tidak ada arah tuju berbanding selepas memeluk Islam, ketenangan itu saya peroleh dan hidup semakin teratur dan bermakna.

“Pergaulan dengan rakan-rakan juga turut berubah di mana sebelum Islam saya bebas bergaul dengan lelaki bukan mahram namun kini saya telah hadkan diri saya dan membataskan setiap perbuatan agar tidak terpesong dari agama Islam,” ujarnya yang memeluk Islam pada Februari 2007.

Menurutnya, dia banyak belajar solat daripada Sabrina selain dari menghadiri kursus di bawah anjuran Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

“Saya juga telah mula berpuasa sebelum memeluk Islam lagi kerana terikut-ikut dengan rakan-rakan yang beragama Islam dan ia juga merupakan salah satu cara saya menghormati mereka,” katanya.

Sebenarnya, kata Maisarah, sejak kecil dia telah terdedah dengan budaya orang Melayu dan Islam jadi apabila telah memeluk Islam, ia tidak menjadi satu bebanan kepada saya.

“Tetapi, biasalah kalau baru memeluk Islam, kesukarannya tetap ada dan saya menerimanya sebagai satu cabaran dan berusaha untuk memperbaikinya dari semasa ke semasa,” katanya.

Maisarah mengakui setelah memeluk Islam rezekinya semakin bertambah dan dirinya seolah-olah dilindungi.

p/s : Alhamdulillah…Syukur pada Allah..atas pemberian nikmat kepada kamu..Sesungguhnya tiada Agama lain sesempurna ISLAM..tiada Agama lain diterima Allah kecuali ISLAM…

Saya berharap kamu sentiasa istiqamah dalam perjuangan Agama Islam..Bila menghadapi sesuatu ujian..jangan kecewa atau sedih..itu hanya satu peringatan buat kamu..supaya kamu lebih bertaqwa dan beriman pada Allah SWT..

Allah SWT tidak menurunkan ujian berat pada kamu kerana Dia amat mengetahui sejauh mana kemampuan kamu…

Sentiasa Syukur pada Nikmat Allah..