Menyerupai Yahudi

Menyerupai Yahudi

Soalan:

SAYA terbaca pendapat yang mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w. melarang kita meniru orang kafir seperti Yahudi dan lain-lain sekalipun pada perkara yang baik dan menguntungkan umat Islam. Oleh itu apakah maksud sabdanya bermaksud: Siapa yang menyerupai sesuatu kaum itu dia adalah sebahagian daripada kaum tersebut.

JAWAPAN:

Anda tidak sepatutnya terpengaruh dengan pemikiran mereka yang keliru seperti ini. Mereka tidak faham maksud hadis yang tersebut di atas. Cuba anda fikir bahawa Rasulullah mengarah kita belajar dan mengambil daripada sesiapa sahaja dalam perkara kebaikan dan menguntungkan kita. Malah Rasulullah sendiri ikut sama berpuasa pada 10 Muharam kerana meraikan kejayaan Nabi Musa pada hari itu dan katanya, Aku lebih berhak dengan Nabi Musa dari kamu semua (Yahudi) tetapi untuk tidak menyerupai mereka ditambahkan puasa tersebut menjadi dua hari dan bukan satu hari, itu sahaja caranya untuk tidak menyerupai perayaan mereka.

Jadi dengan menambah atau mengurangkan sesuatu itu, ianya sudah menjadi tidak serupa dan tidak menyamai sesuatu yang ditiru tersebut. Jangan jadi keliru pula umpamanya puasa tersebut dikatakan tidak sunat kerana dilarang menyerupai dan meniru orang lain. Pada zaman Rasulullah sendiri baginda pernah menyuruh umat Islam belajar daripada orang bukan Islam (tawanan perang).

Apakah yang dilakukan oleh baginda itu bertentangan dengan apa yang telah disabdakan dalam hadis yang anda maksudkan? Jelas di sini maksud hadis itu perlu difahami dari perspektif yang menyeluruh bukannya kita memahami sesuatu itu mengikut sumber yang tidak berasas contohnya di Internet. Satu contoh lagi umpamanya orang Yahudi biasanya menaruh misai yang panjang maka disuruhnya kita menggunting misai dan meyimpan serta memanjangkan janggut lalu sabdanya

“Salahilah mereka” maksud hadis.

Demikian maksud tidak menyerupai mereka. Jangan menolak langsung ibadat sunat puasa serta perkara kebaikan yang lain kerana kononnya tidak mahu menyerupai orang lain. Demikianlah dalam perkara kebaikan yang lain seperti perayaan maulidur Rasul, persenjataan, perekonomian dan ilmu pengetahuan sains dan teknologi. Sedangkan perayaan kita langsung tidak sama dengan perayaan mereka di mana kita berselawat dan mengadakan majlis ilmu (yang amat disukai Rasulullah sendiri).

Jangan sampai kita jadi bodoh pula oleh kerana alat senjata dan kelengkapan pertahanan ini kebanyakannya meniru dari bukan Islam maka ingin kita tinggalkan. Malah sepatutnya alat pertahanan kita ditambah baik serta lebih canggih dan kuat berbanding pertahanan mereka.

Realitinya mereka yang tidak mahu menyerupai orang lain itu (bukan Islam) lebih banyak meniru dan menyerupai mereka terutama dalam pertahanan dan ilmu pengetahuan sains dan sebagainya. Wallahualam.

One Response

  1. Assalamualaikum wbt

    Pertama kali sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengendali blog ini kerana memberikan peluang catitan saya ini dibaca.

    Untuk makluman pembaca-pembaca blog yang saya hormati, saya sedang berusaha untuk membina sebuah perniagaan berkebajikan. Projek Pertama saya adalah mengumpul dana untuk pembelian buku untuk Rumah Anak Yatim.
    (Saya masih belum lagi menamakan Rumah Anak Yatim yang akan saya dermakan kerana ingin memberikan peluang kepada pembaca untuk menyatakan cadangannya dib log saya)

    Untuk makluman, saya adalah ahli MIBO yang boleh mengedarkan beberapa produk telekomunikasi seperti Streamyx, Celcom (Pakej Korporat dan Celcom Broadband), VOIP (Penjimatan Bil Telefon Untuk Syarikat), SmartCall (Juga produk penjimatan bil telefon Syarikat, hanya boleh dilanggan selepas anda menggunakan VOIP selama 3 bulan terlebih dahulu), TM Line untuk rumah dan syarikat, IZZI dan Astro serta MBF juga.

    Untuk keterangan lanjut pls clik pada nama saya. Saya memerlukan bantuan pembaca supaya saya dapat merealisasikan sebuah perniagaan berkebajikan yang saya contohi daripada usahawan-usahawan Islam yang berjaya. Nasihat dan pandangan juga diperlukan kerana saya amat mentah lagi.

    Sekian, Terima kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: