Negara Islam PAS vs Pakatan Rakyat

Negara Islam PAS vs Pakatan Rakyat

Oleh Roslan SMS

a

Sesiapa yang rajin membeli akhbar di pagi Ahad lalu, pasti walaupun tidak dapat membaca (kecuali yang mahir) akan terserempak dengan gambar besar muka depan Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang di akhbar bahasa Cina, Sin Chew Daily. Gambar warna itu menunjukkan Tuan Guru ditemuramah oleh dua orang wartawan akhbar berkenaan di rumahnya di Rusila.

Sedutan wawancara itu disiarkan oleh akhbar The Sun hari ini.

Menurut Tuan Guru cita-cita Negara Islam yang diperjuangkan PAS tetap menjadi matlamat perjuangan parti walaubagaimanapun ia tidaklah bermakna parti berkenaan akan tergesa-gesa menuntut dilaksanakan beberapa peraturan yang masih dianggap kontroversial.

Tuan Guru mengakui bahawa sebab utama PAS tidak dapat melaksanakan sepenuhnya tuntutan sebuah Negara Islam adalah kerana realiti politik menunjukkan yang PAS tidak dapat membentuk sebuah kerajaan yang teguh bersendirian. Oleh itu tambah beliau tidak ada sebab bagi masyarakat bukan Islam untuk bimbang terhadap isu Negara Islam tersebut.

Berhubung dengan Pakatan Rakyat, Tuan Guru berkata bahawa kerajaan neger-negeri di bawah pakatan ini akan masing-masing mendapat pandangan dan berunding dengan rakan-rakan dalam komponan Pakatan Rakyat sebelum sesuatu polisi dilaksanakan. Beliau menegaskan PAS akan menghormati pandangan rakannya DAP walaupun di Kelantan.

Di Kelantan kata Tuan Guru walaupun PKR hanya memiliki satu kerusi manakala DAP langsung tidak bekerusi namun PAS akan menghormati pandangan dan pendapat merekA.

Demikianlah jauhnya pandangan dan matangnya berpolitik Presiden PAS. Beliau tidak lari dari masalah tetapi menanganinya dengan penuh bijaksana. Negara Islam adalah isu sebenar, ia tidak boleh disapu ke bawah tikar semata-mata untuk memuaskan kepentingan mana-mana pihak. Sukar bagi ahli-ahli PAS yang bergelut dan berjuang lebih 50 tahun untuk tiba-tiba melupakan atau disuruh melupakan perjuangan untuknya. Malah PAS tidak menjadi PAS jika ia tidak lagi memperjuangkannya.

Tetapi Tuan Guru menggariskan keutamaan dan keperluan semasa. Realiti perlu didakap dan diterima namun usaha akan berjalan terus. Rakyat dan kawan-kawan perlu dibentuk dan diberi kefahaman. Kata beliau: “Perkara yang kita perbalahkan, wajar ditolak ketepi terlebih dahulu sehinggalah timbul keperluan untuk ianya diperbincangkan”. Yang penting sebagaimana ditegaskan beliau adalah persamaan antara ketiga-tiga parti, ini yang perlu diteroka, dipupuk dan dipadukan buat masa ini.

Saya percaya sekaligus sikapnya terhadap Kelantan, menuntut rakan-rakan lain agar turut menghormati pula pandangan dan pendapat PAS di negeri-negeri Pakatan Rakyat yang PAS tidak dominan termasuklah di Selangor dan Perak serta di Pulau Pinang. Tidak ada negeri Pakatan Rakyat dimana PAS tiada wakil, maka sebagaimana PAS menghormati kawan-kawan hatta di negeri yang rakan lain tiada perwakilan maka sewajarnyalah PAS juga turut dihormati dan diminta pandangan dan pendapatnya.

Saya yakin Pakatan Rakyat ini memiliki masadepan yang cerah dan akan terus diterima rakyat Malaysia jika semua kita matang dan menerima realiti yang ada.

Sementara itu Presiden PAS kini berada di Pulau Pinang dalam rangka kunjungan hormatnya kepada Ketua Menteri Pakatan Rakyat Pulau Pinang, Sdr Lim Guan Eng. Semoga berjayalah usaha kita.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: