Jawapan : PERLUAS SOFA DAN MARWAH TIDAK BERCANGGAH DENGAN SYARIAH ???

Jawapan : PERLUAS SOFA DAN MARWAH TIDAK BERCANGGAH DENGAN SYARIAH ???

“Merujuk satu tulisan seorang yang menggunakan Abu Syafiq sebagai nama pena, yang artikle beliau itu terpapar dalam lamanweb Tranungkite tentang ulasan beliau berkenaan tindakan kerajaan Saudi yang memperluaskan tempat sa’I Sofa dan marwah, menyebabkan perasaan ini ingin menulis tentang perkara yang dibincangkan itu, walaupun dari sudut hati kecil, agak malas dan merasakan bagaikan “buang masa” untuk melayan pendakwa-pendakwa salafi, wahabi, sufi, tarekat dan sebagainya yang mereka sentiasa tidak berkesudahan.

Disebabkan ketaassuban kepada guru yang terlalu membenci kepada Wahabi, menyebabkan si penulis sanggup menuduh segala perbuatan yang dibuat oleh kerajaan Saudi itu dikira dari wahabi.

Tidak diketahui, berapa tinggikah nilai pemikiran keilmuan “hamba Allah” ini sehinggakan tidak dapat membezakan antara isu yang berkaitan dengan wahabi dan tentang kemaslahatan yang diizinkan oleh Allah SWT.


Tulisan ini, bukanlah hendak membela golongan-golongan yang didakwa sebagai Wahabi, ataupun mempertikaikan pengikut-pengikut ghuluw kepada golongan Ahbash, tetapi sekadar menyatakan, perlunya berfikir rasional dalam mengulas isu-isu agama, agar tidak terhitung sebagai golongan yang terkongkong dengan fikiran kejumudan dalam beragama.


PERLUAS SOFA DAN MARWAH


Sofa dan Marwah yang berada berhampiran dengan masjid Al-haram merupakan dua tempat yang menjadi kewajipan kepada mereka yang mengerjakan haji dan Umrah untuk melakukan sa’i.


Melihat kepada keadaan pengunjung di Tanah haram ketika melakukan ibadat haji dan Umrah, pihak Kerajaan Arab Saudi telah mengambil tindakan yang berbeza dengan aliran pemikiran asal mereka, iaitu mereka telah sanggup memperluaskan tempat menunaikan Sai, lantaran kehadiran jemaah haji dan Umrah yang datang agak ramai sehingga menjadi kepayahan bagi mereka menunaikan ibadat tersebut.


Justeru itu, tidak menjadi satu kesalahan kepada pihak kerajaan Arab Saudi memperluaskan tempat Sai antara sofa dan marwah.

Ianya adalah kerana, tidak wujud dalam nas yang mengharamkan perbuatan memperluaskan tempat sai, bahkan yang wujudnya adalah nas yang menguatkan lagi atas keizinan memperluaskannya, atas alasan “agama Islam adalah agama mudah”.

Perkara ini ditegaskan sendiri oleh Dr Yusuf Al-Qaradhawi dalam satu kenyataannya yang termaktub dalam lamanweb beliau, iaitu http://www.qaradawi.net ketika ditanya berkenaan tindakan kerajaan Arab Saudi itu.


Beliau menyatakan
[1], keizinan itu adalah didasarkan kepada firman Allah;

يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ

Maksudnya;
Allah mahu kamu senang, dan Allah tidak mahu mahu susah”

(Surah Al-Baqarah : 185)

Juga firman Allah;

مَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيَجْعَلَ عَلَيْكُمْ مِنْ حَرَجٍ

Maksudnya;
“Allah tidak mahu menjadikan kepada kamu sebarang kepayahan”

(Surah Al-Maidah : 6)


Firman Allah lagi;

يُرِيدُ اللَّهُ أَنْ يُخَفِّفَ عَنْكُمْ

Maksudnya;
“Allah mahu meringankan kamu”

(Surah An-Nisa’ : 28)


Juga sabda Nabi SAW;

فَإِنَّمَا بُعِثْتُمْ مُيَسِّرِينَ وَلَمْ تُبْعَثُوا مُعَسِّرِينَ

Maksudnya;
“Kamu dibangkitkan dalam keadaan senang, dan kamu tidak dibangkitkan dalam keadaan menyusahkan” (Sahih Al-Bukhari : 213)

Juga sabda Nabi SAW;

يَسِّرُوا وَلَا تُعَسِّرُوا

Maksudnya;

“Permudahkan, jangan memayahkan” (sahih Al-Bukhari : 67)


Al-Qaradhawi menyatakan juga, Allah menyatakan dalam Al-Quran tentang “jangka tempat” sai itu, antara sofa dan Marwah, tanpa Allah menyatakan “lebar laluan” ke sofa dan “lebar laluan” ke marwah.


Firman Allah;

إِنَّ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ فَمَنْ حَجَّ الْبَيْتَ أَوِ اعْتَمَرَ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِ أَنْ يَطَّوَّفَ بِهِمَا

Maksudnya;
“Sesungguhnya Sofa dan marwah sebahagian dari syiar-syiar Allah. barangsiapa buat haji di Bait ataupun buat Umrah, maka tidak menjadi dosa atasnya mengelilingi kedua-duanya”

(Surah Al-Baqarah : 158)


Maka dengan itu, tidak menjadi kesalahan memperluaskan tempat Sai antara sofa dan marwah dengan tujuan untuk memberi kemudahan kepada orang yang melakukan haji dan Umrah.


Perkara ini juga disokong kuat oleh Majma’ Al-Fiqh Al-Islami dan sebilangan ulama-ulama yang didakwa beraliran “Wahabi” seperti Syaikh Abdullah bin Abdur Rahman, dan ulama yang agak “mengkritik Wahabi”, iaitu Syaikhuna Dr Ali Jumaah, Mufti kerajaan Mesir sekarang.


PENUTUP


Tidak dinafikan, terdapat juga ulama yang melarang perbuatan memperluaskan tempat sa’i itu. Alasan mereka, tempat itu adalah batasan Syariah yang telah ditetapkan, dan ia tidak boleh dilebihkan dan dikurangkan. Antara ulama yang menyatakan demikian adalah Seorang ulama yang dianggap beraliran “wahabi” iaitu Syaikh Soleh Fauzan.


Walaubagaimanapun, dalam berinteraksi dengan perkara khilaf, selayaknya kita merujuk kepada kemaslahatan yang telah diizinkan oleh syarak, terutama dalam perkara yang melibatkan keadaan orang ramai yang bersesak-sesak.


Mudah-mudahan kita semua mendapat petunjuk Allah dan mendapat keredhaan dari Allah atas segala usaha dan ikhtiyar kita.


Sekian


Wallahu ‘Alam


Al-Bakistani

One Response

  1. […] p/s : kalau cerita ini di keluarkan oleh “wahabi”..mmg ada sesuatu yang agak di jangkal..mesti diteliti..jgn ambik bulat2…ini jawapan dia !! […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: