Khutbah Dari Rusila: Majoriti umat manusia alpa persoalan akhirat

Khutbah Dari Rusila: Majoriti umat manusia alpa persoalan akhirat

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Wahai hamba-hamba Allah, saya berpesan kepada kamu dan kepada diri saya sendiri supaya bertakwa kepada Allah dengan mengikut segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.

Maka sesungguhnya berjayalah orang-orang yang bertakwa. Carilah bekalan, sebaik-baik bekalan itu ialah bertakwa kepada Allah.

Seterusnya marilah kita melihat betapa Allah Taala telah menunjukkan di hadapan manusia di seluruh dunia tanda-tanda kemusnahan alam akibat daripada perbuatan manusia.

Berlakunya beberapa bencana yang menenggelamkan bumi, menghancurkan bukit dan gunung-ganang serta bencana yang mengorbankan jiwa manusia yang ramai, menghilangkan harta benda, ia tidak mampu ditolak oleh kemajuan sains dan teknologi sehingga akhirnya ahli-ahli sains dan termasuk mereka yang tidak percaya kepada berlakunya hari kiamat, percaya bahawa dunia ini akan musnah.

Mereka percaya suatu masa bahawa bumi ini akan kiamat, namun mereka tidak membincangkan apakah persediaan untuk kiamat tersebut.

Inilah persoalan yang tidak diberikan perhatian oleh kebanyakan manusia. Allah Taala telah mengingatkan kita dalam al-Quran, antara firman-Nya (yang bermaksud): (Ingatlah) hari (kiamat yang padanya) tiap-tiap seorang akan mendapati apa sahaja kebaikan yang telah dikerjakannya dan demikian juga apa sahaja kejahatan yang telah dikerjakannya. Ketika itu tiap-tiap orang yang bersalah ingin kalau ada jarak yang jauh antaranya dengan amalnya yang jahat itu. Dan Allah perintahkan supaya kamu ingat beringat terhadap kekuasaan dirinya dan Allah amat belas kasihan kepada hamba-hamba-Nya. (Surah Ali Imran: ayat 30)

Ayat ini adalah peringatan daripada Allah SWT kepada seluruh manusia bahawa Allah akan memperlihatkan semua amalan mereka, akan dihisab sama ada amalan yang baik mahupun jahat. Bukan sahaja diketahui oleh Allah bahkan ia dicatat oleh para malaikat dan disaksikan oleh anggota badan manusia sendiri.

Firman Allah Taala yang bermaksud: Pada waktu itu, Kami mengunci mulut mereka dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing) dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan. (Surah Yaasin: ayat 65) : Keterangan

Pada hari itu, setelah dibuka segala amalan mereka, mereka hanya mahu amalan-amalan yang baik sahaja. Kalau boleh amalan jahat yang dilakukan oleh mereka dijauhkan dengan sejauh-jauhnya. Padahal amalan jahatlah yng sangat diingati oleh mereka dalam kehidupan di dunia ini.

Itulah peringatan Allah Taala tetapi kebanyakan manusia melupai perkara ini, bahkan mereka dilalaikan oleh kehidupan yang menggoda. Allah Taala memperingtakan dalam al-Quran yang menyatakan bahawa amalan mereka akan diperhitungkan dengan penuh teliti.

Antara lainnya, firman Allah Taala yang bermaksud: Maka sesiapa berbuat kebaikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya amalnya dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya. (Surah Al-Zalzalah: ayat 7-8)

Tetapi apa yang malangnya ialah semua hal yang seumpama ini tidak diberikan perhatian oleh kebanyakan manusia. Maka seolah-olah manusia tenggelam dalam kehidupan dunia selama-lamanya.

Pada mereka, tidak ada kematian yang akan berlaku, lantas mereka lari daripada petunjuk Allah Taala. Mereka lari daripada agama Allah Taala dan membuat ajaran-ajaran sendiri, kemudian beramal mengikut kemahuan diri sendiri. Tindakan itu menyebabkan mereka hanyut dalam kehidupan yang menyusahkan di dunia serta di akhirat akan mengalami keadaan yang lebih susah dan lebih menyulitkan.

Firman Allah Taala yang bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad), jika benar kamu mengasihi Allah, maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. Katakanlah (wahai Muhammad), taatlah kamu kepada Allah dan rasul-Nya, oleh itu, jika kamu berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir. (Surah Ali Imran: ayat 31-32)

NEGARA ISLAM : JANGAN TERBURU-BURU BERTINDAK

NEGARA ISLAM : JANGAN TERBURU-BURU BERTINDAK

Tidak dinafikan, Negara Islam merupakan cita-cita PAS dalam pemerintahan Malaysia. Berbagai-bagai usaha dan tindakan yang telah dilakukan oleh PAS bagi merealisasikan cita-cita itu.

Agenda penerangan tentang bentuk dan cirri-ciri Negara Islam telah dibuat, tetapi keadaan tidak berbelah pihak kepada PAS, yang mana segala penerangan PAS itu telah diselewengkan oleh UMNO-Barisan Nasional dengan diputar belitkan kenyataannya yang melahirkan satu gambaran, Negara Islam adalah Negara yang akan menindas golongan non muslim.

Golongan non muslim tidak menerima negara Islam yang diperjuangkan oleh PAS, adalah kerana mereka bimbang nasib dan masa depan mereka dizalimi, sedangkan dalam bentuk negara islam yang dicadangkan oleh PAS, tidak pernah mengabaikan hak-hak non muslim dalam sesebuah negara, bahkan Islam menetapkan hukum haram bagi kerajaan Islam mengabaikan hak-hak non muslim.

Penolakan mereka itu adalah bersebab,
mereka sentiasa dimomokkan dan digambarkan oleh media Barisan Nasional, bahawa Islam adalah ganas, sedangkan Islam bukanlah seperti yang digambarkan oleh Barisan Nasional.

Disamping itu juga, mereka tidak memahami maksud sebenar disebalik perlaksanaan Negara Islam. Sedangkan Negara Islam adalah pemerintahan yang mementingkan amanah, kebajikan, kestabilan ekonomi, politik, kasih sayang, perlaksanaan undang-undang yang memberi keadilan kepada semua pihak hatta kepada non muslim sekalipun, yang semua ini ditunjangkan kepada Aqidah Islamiyyah.



DAP MENENTANG NEGARA ISLAM

Penentangan dari DAP terhadap Negara Islam, tidaklah pelik bagi pandangan peribadiku. Tetapi, yang lebih pelik, apabila yang menentang Negara islam itu adalah orang islam sendiri.

Penentangan DAP terhadap Negara Islam, antara sebabnya mereka tidak memahami bentuk Negara Islam yang sebenar, disamping sentiasa diburukkan bentuk Negara Islam ini oleh UMNO-Barisan Nasional yang menyebabkan DAP termakan dengan hasutan syaitan itu.

Dalam hal itu, gabungan PAS, PKR dan DAP, sedikit sebanyak dapat merapatkan jurang yang sekian lama terpisah.

Dengan gabungan ini, PAS dapat “berdakwah” dengan menjelaskan kepada mereka dalam keadaan formal atau tidak formal tentang keadilan islam.

Kita kena ingat, dalam pakatan yang telah dibuat secara tidak rasmi dalam menghadapi pilihanraya ke 12 baru-baru ini, sedikit sebanyak pihak DAP telah mengenali PAS dan bentuk Negara Islam.

Ekoran dari itu, tidak hairan, ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guang Eng sendiri pernah menyatakan bahawa beliau akan melaksanakan pemerintahan di Pulau Pinang seperti pemerintahan Omar bin Abdul Aziz.

Ucapan ini sedikit sebanyak, merupakan kesan dari keadilan yang mereka faham dari Islam. Tetapi disebabkan mereka bukan beragama islam, disamping ideology perjuangan mereka juga tidak Islam, menyebabkan mereka masih lagi dengan cara mereka.


SIKAP KITA

Kenyataan Karpal Singh yang dikeluarkan baru-baru ini, tidak perlu diperdebatkan sehingga memburukkan keadaan.

Memberi pandangan itu bagus, tetapi jangan sampai melahirkan satu natijah, jurang yang sudah dihampirkan berjauhan kembali.

Tindakan Karpal menyatakan pandangan beliau sedemikian adalah kerena, beliau tidak memahami bentuk Negara Islam yang sebenar. Ianya adalah kerana, pemahaman beliau tentang Negara Islam sekadar melalui bacaan sahaja, sedangkan banyak unsur-unsur yang dididik dalam islam tidak wujud dalam pegangan hidup beliau yang tidak beragama Islam.

Disamping itu juga, beliau tidak merasakan keadilan yang dijanjikan oleh islam dengan penubuhan Negara Islam. ekoran dari itulah, menyebabkan beliau menolak bentuk Negara Islam yang dicadangkan oleh PAS.

orang arab ada menyebut;

لا يدري من لم يذق

Maksudnya;
“Tidak mengetahui dengan sebenar oleh orang yang tidak merasai”

Dalam hal ini, Islam mengajar kepada kita, agar tidak melayan sangat statement dari orang yang tidak memahami Islam, apabila mereka bercakap tentang islam. Bahkan, kita kena berfikir dan berusaha, agar memberi kefahaman kepada mereka tentang islam sehingga sampai satu tahap, mereka yakin dengan keadilan yang dijanjikan oleh islam.

Firman Allah;

خُذِ الْعَفْوَ وَأْمُرْ بِالْعُرْفِ وَأَعْرِضْ عَنِ الْجَاهِلِينَ

Maksudnya;
“Ambillah sikap memaafkan, suruhlah melakukan kebaikan dan jangan layan dari orang-orang yang tidak mengerti”

(Surah Al-‘Araf : 199)


Dalam menafsirkan maksud “ambil kemaafan” ini, Imam Ibni Kathir menukilkan kata-kata seorang mufassir yang hebat bernama Mujahid, yang mana beliau menyatakan, maksud dengan ambil kemafaan itu adalah terhadap akhlak-akhlak dan amalan-amalan mereka yang tidak merasakan kebenaran. (Tafsir Ibni Kathir : 3/531)

Maka dengan ini, Karpal tidak pernah merasa bentuk negara Islam, disamping digambarkan Barisan Nasional sebagai zalim, menyebabkan beliau begitu marah dengan pembentukan negara Islam.

Sebagai muslim, tidak sepatutnya kita memarahi beliau, tetapi yang patut dimarah adalah UMNO dan Barisan Nasional yang tidak habis-habis menabur fitnah dan menjadi batu api untuk merosakan usaha PAS dalam memahamkan Islam kepada non muslim.


SIKAP DAN TINDAKAN KITA

Cita-cita kearah merealisasikan pemerintahan Islam merupakan tanggungjawab yang wajib ditunaikan. Pun begitu, halangan yang dihadapi, perlu ditempuhi dengan bijaksana. Kebijaksanaan seperti kata pepatan, menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus dan tepung tidak berselerak.

Tidak dinafikan, UMNO-barisan Nasional akan menyerang PAS dengan isu-isu sebegini, terutama kekalahan mereka dalam pilihanraya baru-baru ini ditakrifkan sebagai terlalu teruk dalam sejarah Malaysia.

Bagi menghadapi perkara ini, diharapkan penyokong dan pendokong PAS agar tidak bertindak dengan tindakan yang boleh memburukkan lagi suasana.

Pilihanraya kali ini, kita telah berjaya merapatkan jurang antara PAS dan DAP, yang dengan itu, kita perlu berusaha menerangkan kepada mereka tentang keadilan Islam.

Para ulama dalam PAS, tidak seharusnya terlalu membicarakan tentang perkara-perkara kecil, bahkan wajib berusaha menyelongkar segala maqasid-maqasid yang terkandung dalam Al-Quran dan As-Sunnah, ianya bertujuan untuk menyampaikan mesej dakwah kepada non muslim.

Para ulama perlu menyelongkar keadilan yang wujud disebalik kandungan ayat-ayat Al-Quran dan Hadis yang berbicara tentang  undang-undang, ekonomi, jihad dan sebagainya. Semuanya bertujuan, untuk memberi keyakinan kepada non muslim (khususnya DAP) kepada perlaksanaan Islam.


PENUTUP

Pakatan Rakyat yang diideakan oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi telah berjaya ditubuhkan. Dalam menentukan orang yang mengepalai pakatan rakyat ini, dalam keadaan sekarang, kita perlu mengambil sikap toleransi lagi.

Kalau keadaan DAP kini yang tidak yakin lagi dengan PAS, apa gunanya kita mengepalai Pakatan Rakyat, yang dengan itu boleh membawa perpecahan yang banyak merugikan kepada dakwah islamiyyah.

Jangan terlalu gopoh untuk mencapai kemenangan, kerana dibimbangi dengan kegelojohan itu akan menghasilkan kerugian dalam mencapai kemenangan yang sebenar.

Ulama-ulama fiqh ada menyatakan satu kaedah fiqh yang berbunyi;

مَنْ اسْتَعْجَلَ شَيْئًا قَبْلَ أَوَانِهِ عُوقِبَ بِحِرْمَانِهِ

Maksudnya;
“Barangsiapa yang gopoh untuk mencapai sesuatu sebelum masanya, diakibatkan perkara itu menjadi haram” (Al-‘Asybah wa An-Nazair : 1/274 : kaedah fiqh yang ke 30))

Lantaran itu, dalam keadaan sekarang, apa salahnya kita serahkan kepada orang yang mengepalai pakatan rakyat dari kalangan mereka yang boleh di terima oleh DAP, yang dengan itu, kita dapat menyampaikan dakwah kepada mereka.

Apabila dakwah kita kuat, yang memungkinkan mereka semakin faham kepada Islam (walaupun mereka tidak masuk islam), yang ketika itu,  sudah pasti, Islam akan menjulang, dan menjadi agama yang terlaksana dalam Negara yang dicintai ini, Insya Allah.

Mudah-mudahan Allah menjadikan kita dari kalangan orang yang bijak menghadapi situasi politik kini, yang dengannya akan melahirkan natijah yang menguntungkan kepada Islam dan kepada rakyat.

Sekian

Wallahu ‘Alam

Lim Kit Siang Perlu Faham : Kalau PAS hendak negara Islam dah lama bersama UMNO

Lim Kit Siang Perlu Faham : Kalau PAS hendak negara Islam dah lama bersama UMNO

a

Konsep menggabung parti dalam politik demokrasi di Malaysia masih di peringkat ‘infancy’ atau baru. Sebab itulah politcian lama saperti Lim Kit Siang dan Karpal masih tak faham dan sentiasa membuat desakan karut. Mengapa DAP begitu sensitif sngat dengan matlamat perjuangan Negara Islam PAS. Kalau lah mereka takut PAS kerat tangan mereka, DAP tidak di asaskan untuk mencuri harta rakyat.

Kalau DAP takut PAS menang menegakkan negara Islam, DAP PERLU TAHU JALAN YANG PALING CEPAT UNTUK MENEGAKKAN NEGARA ISLAM DI MALAYSIA IALAH DENGAN BERGABUNG DENGAN UMNO BUKANNYA BERGABUNG DENGAN DAP. Sebab PAS tak bergabung dengan UMNO , itu panjang ceritanya..

Kita tidak tahu apa yang DAP curigai terutama pemimpin lama nya saperti Lim Kit Siang dan Karpal Singh. Saya menganggap DAP terlalu di kuasai oleh dua pemimpin lama ini seolah olah mereka adalah Lee Kuan Yew Singapure. Mungkin mereka terlalu taasub kepada konsep secular socialist chinese dominated state sehingga mereka tidak dapat memberi ruang langsung kepada muslim majoriti di Malaysia. Ini adalah fahaman yang sangat tidak sihat dan kurang mendapat tempat di Malaysia.

PAS lebih liberal dan telus kerana mereka tidak berselindung dengan mana mana agenda. Agenda PAS hanyalah berpakat dengan sebarang parti yang dapat menerima apa yang mereka perjuangangkan dalam ruang lingkup demokrasi. PAS mahu mencegah kemunkaran peringkat pemerintahan dan ideally penyelesaian pAS ialah islamic state dan oleh kerana Islamic state masih tidak di fahami oleh DAP dan PKR kerana fitnah dari umno, maka PAS menggunakan istillah negara kebajikan. Itu saja.

DAP perlu memahami bahawa dalam pakatan politik semua parti memegang dan terus dengan idea, kepercayaan dan matlamat mereka sendiri tanpa perlu di paksa itu membuang kepercayaan mereka. PAS tidak memaksa orang DAP masuk Islam untuk berpakat dengan PAS. Pakatan itu hanya pakatan untuk tidak membazir undi, pakatan untuk bersatu menentang salah laku BN dan pakatan untuk menafikan dua pertiga dengan harapan BN menjadi lebih adil. Itu saja.

DAP perlu ingat bahawa gagasan rakyat serupalah gagasan tiga orang manusia, cina socialist, muslim melayu dan western liberal. Kalau tiga orang ini mahu berniaga, mereka tak perlu membuang ugama mereka dan jadi murtad kerana itu tidak perlu dalam satu pakatan politik

Kalau DAP tidak boleh berpakat secara parti pembangkang kerana PAS tidak mahu murtad atau meninggalkan perkara yang wajib ia itu negara islam, maka eloklah DAP bersendirian dan PAS juga bersendirian. Tetapi yang untung nya BN kerana mereka telah dapat terus menzalimi rakyat.

Jika DAP merasa terlalu susah untuk berpakat maka elok lah DAP bergabung saja dengan BN, habis cerita. PAS boleh mencari rakan lain untuk bergabung.Yang peliknya mengapa perkara ini tidak di sebut sebelum pilihanraya.

Mengapa DAP begitu sensitif dengan matlamat perjuangan Negara Islam PAS itu kita tidak tahu. Kalau lah mereka takut PAS kerat tangan mereka, DAP tak perlu takut kerana DAP tidak di asaskan untuk mencuri harta rakyat. Kalau DAP takut PAS menang menegakkan negara Islam, DAP PERLU TAHU JALAN YANG PALING CEPAT UNTUK MENEGAKKAN NEGARA ISLAM DI MALAYSIA IALAH DENGAN BERGABUNG DENGAN UMNO BUKANNYA BERGABUNG DENGAN DAP.

Ini adalah rungutan Lim Kit Sing tapi masih kita tidak faham mengapa mereka begitu merunggut tentang matlamat PAS untuk menegakkan negara Islam.

Kenyataan yang dimaksudkannya termasuklah yang dibuat timbalan menteri besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakub bahawa “PAS wajar menjadi tunjang kepada pakatan itu sekiranya ia mahu merealisasikan impian menubuhkan sebuah Negara Islam.”

“Kenyataan-kenyataan dalam tempoh tiga hari ini membangkitkan persoalan sama ada ketiga-tiga parti ini benar-benar telah mengambil iktibar daripada krisis BA pada 2001, ketika DAP meninggalkan gabungan itu kerana sikap tidak berganjak PAS untuk menunaikan matlamat negara Islam, yang tidak termasuk dalam manifesto BA,” kata Lim dalam satu kenyataan, semalam.

Adab-adab Seorang Penuntut Ilmu


Adab-adab Seorang Penuntut Ilmu

“Assalamu’alaikum W.B.T.

Mudah2an kita semua sentiasa diampuni Allah, dirahmati Allah dan diberi petunjuk oleh Allah.

Segala puji dan syukur kpd Allah yang telah menyampaikan Al-Quran kpd Nabi Muhammad S.A.W., dan daripada Nabi Muhammad, dan beliau menyampaikan pula Al-Quran kpd para sahabat tanpa sebarang khilaf, para sahabat menyampaikan pula Al-Quran dan Hadis kpd para pengikut, para imam2, ulama2 dan seterusnya kpd para pendakwah2. Selawat dan salam keatas kekasih Allah dan Tn Guru kepada semua umat Islam didunia, Rasulullah S.A.W., kaum keluarganya dan sahabat2nya.

Saya bukanlah Ustaz atau Ustazah atau orang yg menuntut ilmu agama secara formal. Sekadar yg saya sampaikan ini adalah petikan daripada buku “Bidayatul Hidayah” tulisan Al-Imam Hijjatul Islam Al-Ghazali r.a.



Fasal Ketiga: Adab-adab seorang murid

(nota saya: murid di sini bukan sahaja terhad kepada mereka yg menuntut ilmu agama secara formal, malah kepada mereka yg menuntuk ilmu agama di masjid2 atau surau2.)

Adapun adab-adab seorang murid terhadap gurunya maka iaitu:

  1. Apabila menemui gurunya maka hendaklah ia memberi salam kepadanya terlebih dahulu
  2. Jgn membanyakkan bercakap-cakap di hadapan gurunya
  3. Jangan ia bercakap-cakap sebelum gurunya bertanya kepadanya.
  4. Jangan ia bertanya kepada gurunya sebelum ia meminta izin.
  5. Jangan ia menyangkal (menunjukkan rasa tidak puas hati) terhadap perkataan gurunya seperti ia berkata sipulan itu menyalahi akan yang engkau kata itu.
  6. Jangan ia mengisyaratkan kepada gurunya dengan menyalahi pendapatnya maka ia menyangka bahawa ia lebih mengetahui daripada gurunya.
  7. Jangan ia berbisik dengan orang yang duduk ditepinya ketika gurunya memberikan pelajaran.
  8. Jangan ia berpaling ke kiri dan ke kanan di hadapan gurunya tetapi hendaklah ia menundukkan kepalanya dengan penuh tenang lagi beradab seolah-olah dia sedang sembahyang.
  9. Jangan ia membanyakkan soalan kepada gurunya ketika ia letih.
  10. Apabila gurunya berdiri hendaklah ia berdiri untuk menghormatinya.
  11. Jangan mengikuti gurunya dengan perkataan atau soalan ketika ia bangkit dari majlisnya.
  12. Jangan bertanya kepada gurunya di tengah jalan sehingga ia sampai ke rumahnya atau ke tempat duduknya.
  13. Jangan jahat sangka terhadap gurunya apabila ia melihat gurunya mengerjakan sesuatu pekerjaan yang pada zahirnya menyalahi ilmunya (bukan menyalahi agama) maka gurunya itu adalah lebih mengetahui dengan rahsia segala perbuatannya dalam hal ini hedaklah ia mengingati akan perkataan nabi Musa A.S. bagi Nabi Khidhir A.S. seperti yang disebutkan dalam Al-Quran Surah Al-Kahfi ayat 71 yang maksunya:

“Berkata (Nabi Musa kepada Nabi Khidhir): Apakah engkau rosakkan kapal ini untuk engkau menenggelamkan semua penumpangnya. Sesungguhnya engkau telah melakukan satu perbuatan yang mungkar.”

Maka hendaklah ia mengingati bahawa sebenarnya dia yang tersalah pada keingkaran itu. Kerana ia hanya memandang hukum yang zahir pada sisinya sahaja.



Cintailah ilmu terutamanya ilmu akhirat, atau sekurang2nya cintailah orang yang cintakan ilmu agama dan janganlah berburuk sangka dgn mereka. Sesungguhnya apa yg mereka buat adalah antara mereka dgn Allah, apa yg penting adakah kita sendiri sudah amat hampir dgn Allah lebih dari para ustaz/ustazah/ulama ?

Sesungguhnya bala paling besar utk seseorang manusia itu ialah apabila Allah tutup mata hati daripada menerima petunjuk dan hidayah Allah, dan akhirnya semakin jauh daripada Allah. Saya mohon pembaca agar mendo’akan saya dan semua pembaca supaya sentiasa mendapat petunjuk dari Allah dan dilindungi dari kemurkaanNya.

Maaf, jika ada yg terasa.

Wallah hu’alam.

Universiti Antarabangsa tetapi Pakai Undang-undang Orang Utan

Universiti Antarabangsa tetapi Pakai Undang-undang Orang Utan

a

Berbanggakah anda melihat negara kita Malaysia mempunyai universiti yang diiktiraf di peringkat antarabangsa tetapi menggunakan undang-undang orang Utan?

Inilah yang akan terjadi apabila orang yang diberi kuasa tidak tahu menilai antara intan dan permata. Yang mereka tahu adalah untuk mengikut kehendak nafsu jahat pemimpin. Ikuti kisah pelajar ini. P’raya 8 Mac: Siswa UIA kena tindakan

Seorang pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dikenakan tindakan tatatertib kerana terlibat dalam pilihanraya umum lalu.

Meor Isfandi Meor Azizan, pelajar tahun akhir jurusan pengajian Islam dan sains politik, dipanggil menghadap jawatankuasa disiplin universiti itu pada Selasa depan.

Menurut surat universiti, katanya kepada Malaysiakini, UIA telah menggantung pengajiannya dan menahan beliau menerima pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

UIA juga meelarangnya mengambil keputusan penuh.

meorisfandi 040408 uiam student

“Oleh sebab itu, saya telah tergendala untuk memohon mana-mana kerja kerana saya gagal menunjukkan transkrip penuh dan mungkin juga saya ditahan daripada menerima ijazah sewaktu konvokesyen nanti disebabkan kelewatan menjelaskan yuran terakhir dan melakukan penjelasan-penjelasan teknikal lain yang diwajibkan ke atas seorang graduan,” kata Meor Isfandi.

Beliau bagaimanapun mendakwa telah tamat pengajian penghujung tahun lepas apabila berakhir peperiksaan pada November lepas.

“Adakah saya masih digelar pelajar sedangkan saya tidak mengikuti apa-apa subjek di universiti, tidak membayar yuran pengajian dan penginapan?

“Adakah saya dikira bersalah jika saya mencari apa-apa kerja yang lain dan terlibat dalam mana-mana parti politik, NGO (badan bukan kerajaan) dan sebagainya selepas saya sempurnakan pengajian saya?” katanya.

Selepas tamat peperiksaan, katanya, beliau mula mengurus kehidupannya sebagai seorang pemuda yang telah tamat pengajian.

“Saya menjalani hidup biasa, mencari kerja dan mencari tawaran-tawaran di universiti-universiti lain untuk menyambung pelajaran saya di peringkat sarjana,” kata Meor Isfandi dalam mesej emel.

“Saya juga terlibat dalam pilihanraya umum lalu kerana ia menjadi tanggungjawab sosial dan hak saya sebagai warganegara Malaysia.”

UIA mempunyai pandangan berbeza – Meor Isfandi masih seorang pelajar sehinggalah tamat pengajian dan tertakluk kepada peraturan universiti, kata penolong pengarah unit perundangannya, Mohamad bin Mos, kepada Malaysiakini.

Meor Isfandi juga berkata UIA “tidak profesional” mengendalikan kesnya – mengenakan tindakan sebelum beliau mengemukakan buktinya.

Prosiding terhadapnya ditetapkan pada 8 April ini.

Beliau mendakwa, UIA hanya mengirim mesej emel dan menelefon beliau memaklumkan tentang prosing – tetapi Mohamad menafikannya.

Pegawai itu berkata universiti menggunakan beberapa kaedah untuk memaklumkan kepada pelajar, termasuk surat selain emel dan telefon.

sumber : Malaysiakini.

Apa pandangan Saudara/Saudari…Adakah mereka ingin “menakut-nakutkan Mahasiswa” supaya tidak menyokong pembangkang??? Seperti mana mereka menakut-nakutkan “pekerja dr Kerajaan” dengan mengugut akan diberhentikan atau di tukar kerja jika menyokong pembangkang?!!…ini lah demokrasi ala-ala Malaysia..

Tafsir al-Quran: Menentang biarpun tahu kebenaran Islam

Tafsir al-Quran: Menentang biarpun tahu kebenaran Islam

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Tafsir Surah al-Maidah Ayat 69: Bukan sahaja mereka menentang dengan cakap-cakap mereka bahkan diikuti dengan perbuatan dengan melancarkan peperangan Ahzab. Merekalah yang berada di belakang peperangan itu apabila mereka memberi semangat kepada orang-orang musyrikin supaya memerangi Rasulullah s.a.w.

Sementara pada zamam mutakhir ini pula mereka menganjurkan Peperangan Salib beratus-ratus tahun ke atas umat Islam.

Sekali gus mereka menghancurkan masyarakat dan negara Islam di Eropah apabila Islam datang menegakkan negara di Sepanyol dan beberapa wilayah lain di benua itu.

Mereka menghancurkan Islam dengan tindakan ganas dan jahat pada hal mereka tahu Islam adalah benar. Nabi Muhammad s.a.w. adalah benar bahkan diakui di kalangan mereka sendiri termasuk di kalangan paderi-paderi Keristian yang memberi nasihat kepada pengikut-pengikut mereka supaya tidak berbuat demikian kepada orang Islam.

Mereka berkata, orang Islam pun pengikut agama langit. Begitu juga pendita-pendita Yahudi yang menasihatkan supaya mereka berlembut dengan orang Islam kerana orang Islam juga beragama kitabiyy (agama langit).

Mereka mengetahui benarnya agama Islam tetapi sedikit di kalangan mereka yang mengikut Islam dan sedikit sahaja di kalangan mereka yang bersikap baik terhadap orang Islam.

Kebanyakan daripada mereka makin jahat apabila mendengar ayat-ayat Allah (al-Quran). Firman Allah yang bermaksud: “Maka janganlah engkau berputus asa terhadap orang-orang yang kafir itu.” (Surah al-Maidah: 68).

Yakni berdukacita dan jangan berasa gerun ketika berhadapan dengan orang-orang kafir itu. Ibn Jarir telah meriwayatkan di dalam tafsirnya bahawa beberapa orang pendita Yahudi yang bernama Rofi’, Salam bin Masykam, Malik bin ‘Asif telah mengadu kepada Nabi s.a.w. dan berkata yang bermaksud:

“Adakah engkau tidak mengaku bahawa engkau mengikut anutan yang dibawa oleh Ibrahim dan agamanya dan engkau beriman dengan apa yang ada di sisi kami (Taurat).”

Nabi s.a.w. bersabda: “Ya memang aku beriman kepada agamanya Ibrahim dan beriman dengan kitab Taurat dan Injil yang diturunkan kepada kamu tetapi kamu mengingkari isi kandungannya.

Kamu sendiri tidak percaya kepada kitab kamu dan kamu juga menyembunyikan kandungannya. Kami mengambil apa yang ada di hadapan kami tidak melebihi daripada itu dan kamilah orang yang berada di atas jalan yang benar dan hidayah dari Allah.”

“Dan kamilah di atas petunjuk yang benar.”

Lalu Allah menurunkan apa yang dibaca tadi, “katakanlah wahai Muhammad s.a.w.: Wahai ahlil kitab, kamu tidak ada di atas agama yang sebenar sedikitpun. Sehinga kamu menegakkan Taurat dan Injil dan apa yang diturunkan kepada kamu.

Sehingga kamu mengikut apa yang terkandung di dalam kitab kamu. Tetapi sayang, tidak menambahkan kepada mereka melainkan kekufuran, kejahatan serta permusuhan terhadap Islam.”

Firman Allah yang bermaksud: Allah Ta’ala menyuruh Nabi s.a.w. supaya jangan bersedih dan jangan takut kepada mereka. Sesungguhnya orang-orang yang beriman menjadi pengikut Nabi Muhammad s.a.w.dan orang-orang Yahudi, yang mendakwa yang menjadi pengikut nabi Musa a.s. dan berpegang dengan kitab Taurat.” (Surah al-Maidah: 16) Sesetengah ulama mengatakan bahawa orang-orang Sobiin mereka adalah satu golongan dari penganut agama Nasrani dan Majusi yang mempunyai kepercayaan yang berasingan.

Mengikut riwayat yang lain, juga mereka dari kalangan Majusi, mereka dari kalangan Yahudi dan Majusi.

Mengikut satu riwayat yang lain, mereka ialah golongan yang menyembah malaikat, bersembahyang tanpa kiblat dan mereka membaca kita Zabur. Di mana golongan Sobiin masih berada di Iraq sehingga sekarang.

Firman Allah yang bermaksud, “Golongan Yahudi dan orang-orang Kristian, yang mendakwa bahawa mereka berpegang dengan kitab Injil dan menjadi pengikut nabi Isa a.s. Dan orang-orang Kristian yang mendakwa bahawa mereka pengang dengan kitab Injil, menjadi pengikut Nabi Isa a.s.

Yang selamat adalah sesiapa yang beriman kepada Allah Taala dan hari kiamat dan beramal dengan amal yang soleh sebagaimana terkandung di dalam syariat yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. yang diutuskan kepada seluruh manusia. Maka tiada ketakutan kepada mereka dan tidaklah mereka berdukacita.” (Surah al-Maidah: 87).

Kekejaman Israel : Fatwa Halalkan Darah warga Arab Palestin.

Kekejaman Israel : Fatwa Halalkan Darah warga Arab Palestin.

Maszlee Malik, Durham, UK

Laman web al-jazeera.net melaporkan bahawa para khakham (ulama besar) Yahudi telah meluluskan fatwa menghalalkan darah warga Arab Palestin (Islam dan Kristian) sebagai balasan kepada pembunuhan kader-kader mereka di bandar al-Quds. Fatwa yang akan disebarkan keapda umum pada hari Sabtu, 29 Mac 2008 melalui majalah rasmi kumpulan ultra ortodoks Yahudi itu bertajuk ‘Darah Yahudi lebih mahal dari emas’.

Rabbi dari bandar Safd, Samuel Eliyahu telah mengesahkan perkara tersebut dan menyeru agar kerajaan Israel mengulangi menubuhkan semula unit 101 yang pernah diketuai oleh Ariel Sharon pada masa lampau. Unit tersebut terkenal dengan kekejaman mereka membunuh warga awam Arab dan juga pembunuhan kelarga-keluarga Arab di kampung Qabyah dan Nahalin pada tahun 50’an. Unit yang diketuai oleh Ariel Sharon itu juga terkenal dengan kekejaman mereka membunuh seluruh penduduk kampung Arab, termasuk wanita, kanak-kanak dan warga tua di dalam sebuah rumah yang diletupkan secara kejam.

Eliyahu menjelaskan bahawa fatwa berkenaan adalah bersumberkan dari Taurat. Menurut beliau darah kaum selain dari Yahudi adalah halal dan mereka berhak untuk melakukan perkar ayang sedemikian. Beliau mendakwa, jika pihak AS dan Rusia boleh menumpahkan darah kaum Muslimin, mengapa kaum Yahudi tidak boleh dibenarkan melakukan perkara yang sama. Fatwa tersebut telah mengundang kritikan dan penentangan dari ahli parlimen Arab di dalam knesset rejim Zionis Israel. Mereka membawa isu tersebut ke pihak pengadilan dan meminta agar fatwa yang berbau keganasan tersebut diharamkan oleh pihak mahkamah tinggi kerajaan rejim.

Unit yang diketuai oleh Ariel Sharon itu juga terkenal dengan kekejaman mereka membunuh seluruh penduduk kampung Arab, termasuk wanita, kanak-kanak dan warga tua di dalam sebuah rumah yang diletupkan secara kejam.


Agak ironik, darah lebih 100 rakyat Gaza telah ditumpahkan sebelum peristiwa serangan ke atas kader-kader Yahudi ultra Ortodoks. Tidak pula kedengaran mana-mana ulama Islam di Gaza menghalalkan darah warga awam Yahudi di seluruh dunia. Peliknya, apabila nyawa para kader-kader ultra ortodoks Yahudi Zionis yang juga merupakan anggota tentera sukarelawan rejim terbunuh, mereka menghalalkan darah semua warga Arab Palestin.

Di manakah media antarabangsa untuk mempamerkan kepada dunia wajah sebenar ‘pengganas dunia’?