Tafsir al-Quran: Menentang biarpun tahu kebenaran Islam

Tafsir al-Quran: Menentang biarpun tahu kebenaran Islam

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Tafsir Surah al-Maidah Ayat 69: Bukan sahaja mereka menentang dengan cakap-cakap mereka bahkan diikuti dengan perbuatan dengan melancarkan peperangan Ahzab. Merekalah yang berada di belakang peperangan itu apabila mereka memberi semangat kepada orang-orang musyrikin supaya memerangi Rasulullah s.a.w.

Sementara pada zamam mutakhir ini pula mereka menganjurkan Peperangan Salib beratus-ratus tahun ke atas umat Islam.

Sekali gus mereka menghancurkan masyarakat dan negara Islam di Eropah apabila Islam datang menegakkan negara di Sepanyol dan beberapa wilayah lain di benua itu.

Mereka menghancurkan Islam dengan tindakan ganas dan jahat pada hal mereka tahu Islam adalah benar. Nabi Muhammad s.a.w. adalah benar bahkan diakui di kalangan mereka sendiri termasuk di kalangan paderi-paderi Keristian yang memberi nasihat kepada pengikut-pengikut mereka supaya tidak berbuat demikian kepada orang Islam.

Mereka berkata, orang Islam pun pengikut agama langit. Begitu juga pendita-pendita Yahudi yang menasihatkan supaya mereka berlembut dengan orang Islam kerana orang Islam juga beragama kitabiyy (agama langit).

Mereka mengetahui benarnya agama Islam tetapi sedikit di kalangan mereka yang mengikut Islam dan sedikit sahaja di kalangan mereka yang bersikap baik terhadap orang Islam.

Kebanyakan daripada mereka makin jahat apabila mendengar ayat-ayat Allah (al-Quran). Firman Allah yang bermaksud: “Maka janganlah engkau berputus asa terhadap orang-orang yang kafir itu.” (Surah al-Maidah: 68).

Yakni berdukacita dan jangan berasa gerun ketika berhadapan dengan orang-orang kafir itu. Ibn Jarir telah meriwayatkan di dalam tafsirnya bahawa beberapa orang pendita Yahudi yang bernama Rofi’, Salam bin Masykam, Malik bin ‘Asif telah mengadu kepada Nabi s.a.w. dan berkata yang bermaksud:

“Adakah engkau tidak mengaku bahawa engkau mengikut anutan yang dibawa oleh Ibrahim dan agamanya dan engkau beriman dengan apa yang ada di sisi kami (Taurat).”

Nabi s.a.w. bersabda: “Ya memang aku beriman kepada agamanya Ibrahim dan beriman dengan kitab Taurat dan Injil yang diturunkan kepada kamu tetapi kamu mengingkari isi kandungannya.

Kamu sendiri tidak percaya kepada kitab kamu dan kamu juga menyembunyikan kandungannya. Kami mengambil apa yang ada di hadapan kami tidak melebihi daripada itu dan kamilah orang yang berada di atas jalan yang benar dan hidayah dari Allah.”

“Dan kamilah di atas petunjuk yang benar.”

Lalu Allah menurunkan apa yang dibaca tadi, “katakanlah wahai Muhammad s.a.w.: Wahai ahlil kitab, kamu tidak ada di atas agama yang sebenar sedikitpun. Sehinga kamu menegakkan Taurat dan Injil dan apa yang diturunkan kepada kamu.

Sehingga kamu mengikut apa yang terkandung di dalam kitab kamu. Tetapi sayang, tidak menambahkan kepada mereka melainkan kekufuran, kejahatan serta permusuhan terhadap Islam.”

Firman Allah yang bermaksud: Allah Ta’ala menyuruh Nabi s.a.w. supaya jangan bersedih dan jangan takut kepada mereka. Sesungguhnya orang-orang yang beriman menjadi pengikut Nabi Muhammad s.a.w.dan orang-orang Yahudi, yang mendakwa yang menjadi pengikut nabi Musa a.s. dan berpegang dengan kitab Taurat.” (Surah al-Maidah: 16) Sesetengah ulama mengatakan bahawa orang-orang Sobiin mereka adalah satu golongan dari penganut agama Nasrani dan Majusi yang mempunyai kepercayaan yang berasingan.

Mengikut riwayat yang lain, juga mereka dari kalangan Majusi, mereka dari kalangan Yahudi dan Majusi.

Mengikut satu riwayat yang lain, mereka ialah golongan yang menyembah malaikat, bersembahyang tanpa kiblat dan mereka membaca kita Zabur. Di mana golongan Sobiin masih berada di Iraq sehingga sekarang.

Firman Allah yang bermaksud, “Golongan Yahudi dan orang-orang Kristian, yang mendakwa bahawa mereka berpegang dengan kitab Injil dan menjadi pengikut nabi Isa a.s. Dan orang-orang Kristian yang mendakwa bahawa mereka pengang dengan kitab Injil, menjadi pengikut Nabi Isa a.s.

Yang selamat adalah sesiapa yang beriman kepada Allah Taala dan hari kiamat dan beramal dengan amal yang soleh sebagaimana terkandung di dalam syariat yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. yang diutuskan kepada seluruh manusia. Maka tiada ketakutan kepada mereka dan tidaklah mereka berdukacita.” (Surah al-Maidah: 87).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: