Sampai Bila Negara Islam Bergantung Kepada Minyak?

Sampai Bila Negara Islam Bergantung Kepada Minyak?

Kesimpulan yang dapat dibuat ketika ini, Negara-negara Islam boleh dikatakan sudah mampu menguasai Dunia menggunakan proksi pengeluaran minyak dunia. Bagi yang pertama kali mengetahuinya, ia sudah tentu sesuatu yang membanggakan kerana Negara Islam Berjaya memaafaatkan hasil kurniaan Allah S.W.T. untuk membangunkan ekonominya. Namun ironinya, sajauh manakah menyokong pembangunan ekonomi Negara Islam untuk jangka masa panjang?

Persoalan ini timbul berdasarkan satu artikel yang dikeluarkan oleh majalah online, Dinar Standard penghujung tahun lalu.

CARTA DINAR STANDARD 2007 (DS 100) – INDUSTRI MINYAK DAN GAS

1. Saudi Aramco ==  Arab Saudi ==  AS$ 199 bilion

2. Nation Iranian == Iran == AS$ 90,795 bilion

3. Kuwait Petroleum == Kuwait == AS$ 59,403 bilion

4. Petronas == Malaysia = AS$ 50,987 bilion

5. Iraq National == Iraq == AS$ 45,036 bilion

6. KOC Holding == Turki == AS$ 34,511 bilion

7. Abu Dhabi National == UAE == AS$ 30,811 bilion

8. Nigerian National == Nigeria == AS$ 29,896 bilion

9. National Oil == Libya == AS$ 28,715 bilion

1 Sonatrach == Algeria == AS$ 28,425 bilion

Tetapi sampai bilakah Negara-negara Islam perlu bergantung kepada sumber asli untuk mencari KEKAYAAN.?

Sejak tahun 1990-an lagi, Negara-negara Islam, khususnya di Timur Tengah seolah lupa akan “kepentingan pembangunan modal Insan”, selain pembangunan idea-idea bisnes baru selain minyak dan gas.

Sedangkan negara-negara barat boleh maju tanpa bergantung kepada minyak untuk meneruskan evolusi kemajuan dan pembangunan akan datang.

Minyak Menambahkan Hutang !!

Pakar Ekonomi seperti Profesor Jeffry Sachs dan Andrew Warner menyatakan

“ Kebergantungan sesebuah Negara kepada sumber minyak, berpotensi mewujudkan masalah KEMISKINAN dan KEBULURAN dalam jangka masa panjang ”.

Ini kerana, terdapat bukti menunjukkan masalah RASUAH dan SALAH GUNA KUASA wang hasil jualan minyak kerap kali berlaku di Negara-negara miskin di benua Afrika.

Dalam kajian juga, lebih banyak sesebuah Negara itu menghasilkan dan mengeksport minyaknya, lebih banyak ia berhutang untuk membangunkan industry minyak dan gas. Negara seperti Nigeria misalnya, merancang mengandakan pengeluaran minyaknya sehingga 160 peratus menjelang tahun 2010.

Tetapi rancangan tersebut menyebabkan Negara miskin ini bakal menanggung hutang berjumlah AS$ 21 bilion untuk tempoh 2 tahun akan datang. Ini kerana, membangunkan sesebuah penggerudian dan penapisan minyak memerlukan jumlah yang sangat besar.

Kalau harga minyak meningkat, mudah pelabur itu mendapat pulangan modal. Namun, jika harga minyak jatuh secara mengejut sehingga mencecah AS$ 20 setong seperti yang berlaku pada tahun 2000, bayangkan bagaimana Negara seperti Nigeria mampu membayar semula hutang daripada pelaburan AS$ 21 bilion itu?

Potensi untuk harga tersebut jatuh sangat besar, dan boleh berlaku pada bila-bila masa. Ia amat bergantung kepada keadaan ekonomi semasa global, yang terjejas akibat penguncupan ekonomi Amerika Syarikat.

Siapa Jadi Mangsa ??

Bersambung… 🙂

Nasihat beramal dengan al-Quran: Pemimpin cakap tidak serupa bikin

Nasihat beramal dengan al-Quran: Pemimpin cakap tidak serupa bikin

Zaini Hashimi

Dari Ali Karramallahu Wajhahu, katanya: Sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah Salallahu Alayhi Wasallam bersabda: “Sesungguhnya akan berlaku fitnah yan banyak.” Aku pun bertanya: “Apakah jalan keluar darinya duhai Rasulullah?”

Baginda menjawab: Kitabullah (al-Quran). Kerana di dalamnya terdapat kisah-kisah orang dan perkara sebelum kamu dan perkhabaran tentang apa yang akan datang sesudah kamu; dan terdapat di dalamnya hukum-hakam di antara kamu; Ia (al-Quran) adalah kata putus dan bukan senda gurau; sesiapa yang meninggalkannya (menolaknya) kerana sombong, ia akan dibinasakan oleh Allah; dan sesiapa sahaja yang mencari petunjuk selain darinya akan disesatkan oleh Allah; Ia adalah tali Allah� yang teguh dan ia adalah pengajaran (peringatan) yang bijaksana.

Ia adalah as-Siratul Mustaqim (jalan yang lurus); Ia adalah kitab yang dengan sebab berpegang teguh kepada ajarannya, hawa nafsu seseorang tidak akan menyeleweng dan terpesong; dan Ia adalah kitab yang kalimah-kalimahnya tidak samar dan berputar-belit; dan para ulama pula tidak pernah puas menggali ilmu darinya (demikian juga) keindahan, kemanisan dan kelazatan membacanya tidak akan pernah hilang dan kandungannya menakjubkan, tidak berkesudahan. Ia adalah kitab yang jin tidak berhenti mendengarnya sehingga mereka berkata, “Sesungguhnya kami mendengar bacaan al-Quran yang menakjubkan, ia menunjuk ke jalan yang benar, lalu kami beriman kepadanya.” Sesiapa sahaja berkata dengannya, benarlah perkataannya; sesiapa� yang beramal dengannya, dia akan diganjari pahala, sesiapa yang berhukum dengannya, adillah dia dan sesiapa yang menyeru kepadanya, nescaya dia akan diberi petunjuk Siratil Mustaqim (jalan yang lurus) – HR Tirmizi dan Darimi.

Memang benar dan tepat sekali penjelasan baginda s.a.w. seperti dalam hadis di atas, bahawa di akhir zaman akan berlaku terlalu banyak fitnah yang ditimpakan ke atas Islam dan Muslimin.

Sama ada fitnah itu dilakukan oleh mereka yang bukan Islam yang menaruh sifat benci amat mendalam serta dendam kesumat terhadap Islam dan umatnya, ataupun dilakukan sendiri oleh mereka yang bernama Islam.

Antara fitnah yang dilakukan oleh orang Islam sendiri seperti meninggalkan solat tanpa alasan atau sebab yang boleh diterima kerana menonton pertandingan bola sepak, pertandingan akhir mencari juara bintang popular dan sebagainya, tidak kurang juga golongan remaja muda dan tua yang tidak mengenakan kod berpakaian yang disyariatkan oleh Allah SWT, terlibat dalam pembunuhan, perjudian, rasuah, pecah amanah, penipuan dalam pilihan raya dan banyak lagi.

Kesemua yang disebutkan itu adalah fitnah yang menyukarkan golongan pendakwah untuk menyampaikan mesej Islam kepada bukan Islam tentang keindahan agama Islam kerana tindakan-tindakan liar itu menjadi batu penghalang kepada bukan Islam untuk menerima Islam, ataupun minat, cenderung atau simpati kepadanya.

Tetapi yang lebih besar lagi fitnah terhadap al-Quran, di mana Malaysia merupakan juara dalam mempelbagai pendekatan mencari juara, sama ada juara dalam tilawah al-Quran, Akademi al-Quran atau Akademi Fantasia, Mentor, Malaysian Idol, So You Think You Can Dance dan lain-lain.

Baru-baru ini rancangan realiti Akademi al-Quran telah melabuhkan tirainya yang menandakan berakhirnya musim keduanya disusuli pula dengan Musabaqah Tilawah al-Quran yang sedang berlangsung di negeri Melaka yang menandakan bahawa hampirnya umat Islam seluruh dunia dengan kedatangan bulan Ramadan.

Apa yang ingin dipertikaikan di sini, ialah sikap pilih kasih pihak penganjur/penaja dalam memartabatkan al-Quran, ini kerana kalau dicongak-congak hadiah yang dibawa pulang oleh para pemenang dalam Akademi al-Quran tidak mencecah jumlah lebih dari RM50,000, berbanding dengan para juara Akademi Fantasia sebagai contoh yang sudah sampai musim kelima, kebanyakannya membawa pulang hadiah yang cukup lumayan hingga memperolehi sebuah kondominium, kereta dan sebagainya, ini menunjukkan bahawa juara hiburan lebih mendapat tempat di hati masyarakat berbanding juara Akademi al-Quran.

Persoalannya di sini, pihak manakah yang patut bertanggungjawab dalam memartabatkan al-Quran, bukan sahaja di akademinya, malah dalam segenap tuntutan al-Quran, seperti penguasaan isi kandungannya, pelaksanaan hukum-hakamnya, menjadi rujukan dalam mentadbir negara dan lain-lain?

Tidak lain jawapannya ialah para pemerintah, tapi bagaimana mereka nak laksanakan isi-isi kandungan al-Quran jika ia hanya dijadikan bahan pertandingan tanpa dirungkai permasalahan yang ada di dalamnya.

Musabaqah tilawah al-Quran 2007 satu lakonan terbaik para pemerintah anak didik penjajah

Pada musabaqah tilawah kali ini yang sedang berlangsung di sebuah negeri yang pernah melaksana serta mendaulatkan hukum-hukum Islam seperti hudud, qisas dan ta�zir.

Dalam ucapan perasmian yang disempurnakan oleh TPM, Dato� Seri Najib Tun Razak, bagi menggantikan Perdana Menteri yang tidak tahu ke mana dia pergi berbulan madu sebelum masuknya bulan Ramadan yang banyak aktiviti tidak boleh dijalankan di siang hari, maka ada beberapa perkara yang boleh dikongsi sama sebagai bahan renungan.

Ini kerana, Dato� Seri Najib dalam ucapannya yang cukup hebat hingga terkedu lidah penonton untuk berkata-kata, kerana motivasi, peringatan, nasihat, teguran bermakna yang disampaikan oleh beliau, antara lain beliau mengingatkan agar umat Islam di Malaysia menjadikan al-Quran sebagai rujukan utama, beramal dengan isi kandungannya kerana ia boleh memperkasa umat Islam sebagai umat terbaik.

Tidak dinafikan kenyataan serta ucapannya cukup bernas hingga menginsafkan golongan pendengar, sama ada yang berada di majlis perasmian tersebut atau penonton di rumah.

Tetapi alangkah terkejutnya bila selesai menyampaikan ucaptamanya itu dan kembali ke tempat duduk, isteri beliau merupakan orang pertama di situ menyanggah ketegasan ucapannya untuk beramal dengan al-Quran, kerana beliau (Datin Seri Rosmah Mansor) secara ikhlas disebutkan tidak memakai tudung kepala yang sempurna yang mendukacitakan banyak pihak termasuk penganjur yang sukar mencari jawapan bagaimana hendak menangkis serangan daripada orang ramai.

Kalau rasa-rasanya Dato� Seri tidak boleh beramal dengan al-Quran, janganlah bercakap tentang al-Quran, kerana tindakan itu boleh disifatkan cakap tidak serupa bikin, kerana Allah SWT amat marah dengan golongan seumpama seperti yang ditegaskan menerusi ayat 2 surah as-Sof (surah ke-61) yang bermaksud : �Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang kamu tidak boleh buat? Amat besar kemarahan di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa yang kamu tidak boleh buat.�

Lebih baik Dato� Seri bercakap tentang masalah pengangkutan di daratan, lautan lebih-lebih lagi udara, dengannya boleh dipertingkatkan usaha untuk memahami al-Quran seperti yang dijelaskan Allah menerusi surah ke-17 (al-Isra�) ayat 70 yang bermaksud: �Sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam, Kami angkut mereka di daratan dan lautan, Kami beri mereka rezeki dari bahan yang baik-baik, Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan.�

Mudah-mudahan ia boleh jadi satu peringatan atau motivasi agar Dato�Seri mahu lakukan perubahan dalam hidup di dunia ini sebelum berlakunya kiamat, di mana pada waktu itu segala penyesalan sudah tidak berguna lagi, khususnya dalam mengingatkan orang-orang di bawah jagaan kita seperti isteri dan anak-anak.

Kehidupan di dunia adalah tempat beramal dan menyatakan penyesalan, sementara akhirat pula adalah tempat untuk perhitungan amalan.