Cukupkah Sedekah RM1 Seminggu

Cukupkah Sedekah RM1 Seminggu

Sedekah-RM1Sedekah Hari Jumaat – Peringatan Untuk Diri Saya | Selepas solat Jumaat bersama dengan penduduk kampung, Imam pada hari itu bangun dan membuat beberapa pengumuman. Antaranya yang menarik ialah hal ehwal tabung masjid yang kontang. Kekurangan tabungan begitu ketara dan mungkin akan mengganggu pendtadbiran dan perjalanan aktiviti masjid.

Beliau menyeru agar kariah lebihkan sumbangan kepada tabung masjid seminggu sekali itu. Antara lain beliau juga menyebut, tanpa maksud atau niat menghina, masih ada yang memberi 20 sen, 50sen walhal secara umum penduduk kampung mampu memberikan lebih dari itu. Tambahan pula harga getah sekarang lebih dari RM3 berbanding sekitar RM1.50 sebelumnya.

Memang benar, walaupun kecil ia tetap bermakna dari erti kata sedekah. Namun tidak banyak dapat yang boleh dilakukan jika penduduk terus memberikan nilai 70’an sedangkan kos pengurusan dan aktiviti memerlukan lebih dari itu. Selain itu beliau juga menyebut soal sedekah jariah dan impaknya kepada masyarat Islam.

Amat menarik ulasan dan pandangan yang beliau berikan. Paling hebat, ia membuat saya sendiri tersentak dan berfikir. Alangkah kecilnya sumbangan saya selama ini terhadap masyarakat dan Islam dari segi material. Kedekutnya saya! Apakah selama ini saya begitu alpa dan tidak yakin bahawa setiap yang saya keluarkan dengan ikhlas pasti mendapat rahmat. Bukan saja di akhirat, malah Allah menjanjikan balasan “cash” di dunia. Semakin banyak kita keluarkan atas jalan Allah semakin bertambah rezeki kita. Selama ini mungkin saya sendiri begitu lalai dan tidak sedar.

Jumaat itu benar benar mengajar dan mengingatkan saya untuk berlebih sedikit bila bersedekah dan berjariah. Selama di Kuala Lumpur saya memang biasa bersedekah pada hari Jumaat tetapi malangnya, seperti kata Iman tersebut, nilainya seperti zaman 70’an. Seringgit seminggu! Sungguh, saya sungguh malu kerana selama ini saya begitu kedekut. Dengan nikmat pendapatan beribu ringgit setiap bulan saya cuma mampu bersedekah RM4 seminggu! Walhal banyak lagi perbelanjaan tidak penting dan kadang kadang membazir – jumlahnya jika dihitung mungkin lebih dari ratusan ringgit sebulan.

Mungkin ramai di antara kita (pastinya termasuk saya) menggunakan wang yang banyak untuk diri sendiri, untuk hobi, mengisi masa lapang, berhibur dan sebagainya. Sebagai contoh, membeli sekotak rokok setiap hari dengan harga antara RM5.90 – RM8.20 (Dunhill). Sebulan? Atau pergi berhibur dengan belanja RM50 seminggu sekali. Ya, kita ada keperluan sendiri namun kita begitu berat untuk bersedekah. Seolah akan luak dan rugi jika bersedekah lebih. Cuba buat kira-kira berapa peratus kita bersedekah dan kita boleh nilaikan, adakah cukup atau sememangnya kita kedekut.

Mungkinkah ada diantara kita tidak percaya kepada pengurusan kewangan masjid? Atau dalam hati kita terdetik, baik sedekah ke tempat lain (mungkin sesuai untuk masjid yang kaya) atau sebenarnya kita sengaja mencari alasan. Saranan yang sepatutnya ialah kita sama sama membanyakkan sedekah tidak kira hari Jumaat atau hari lain.

Jika pulang ke kampung, perhatikan masjidnya dan ingat-ingatlah kita pesan Imam yang saya ceritakan tadi.

One Response

  1. tersentuh saya membaca artikel ini. ya, begitu sukar juga untuk mengeluarkan wang sedekah bagi yang kalau di hati rasa rugi jika bersedekah banyak… tetapi tidak saya nafikan, mungkin hanya disegelintir kawasan sahaja yang berlaku begitu..

    Saya ingin mencadangkan dan juga satu seruan kepada pengurusan masjid yang kalau ada terlebih didalam jumlah diderma yang diperolehi, harap bermurah hati juga untuk menyalurkan sumbangan kepada masjid-masjid lain – terutama sekali masjid2 di kampung-kampung yang bukan sahaja mungkin pendapatan kariah yang tidak tetap tetapi juga kurang kariah disebabkan ramai yang telah berpindah ke bandar-bandar besar

    Wallahualam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: