Batalkan sahaja Monsoon Cup

Batalkan sahaja Monsoon Cup

Masih tidak terlewat untuk membicarakan isu Piala Monsun (Monsoon Cup) yang akan diteruskan dengan sedikit ubah suai sebagaimana dijelaskan oleh Exco Kerajaan Terengganu, Dato’ Abdul Rahin Mohd Said baru-baru ini.

Acara ini antara projek membazir Barisan Nasional (BN) mendapat bantahan banyak pihak khususnya rakyat negeri itu.

Sebanyak RM300 juta setahun dibelanjakan untuk Monsoon Cup dikendalikan oleh Patrick Lim, kroni Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Rakyat Terengganu hanya menyaksikan projek itu dilaksanakan termasuk penduduk Pulau Duyong tanpa ada apa-apa manfaat besar untuk mereka.

Sementara itu terbongkar kisah di sebalik projek membazir itu, Dato’ Abu Bakar Chik, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu yang juga Pengerusi Institut Kajian Polisi Negeri (IKPNT) menyatakan bahawa pihak PAS Terengganu mempunyai maklumat tentang beberapa tata cara kewangan yang agak pelik berlaku di dalam pengurusan pembangunan Pulau Duyong dan Pulau Wan Man Kuala Terengganu.

“Antaranya adalah penglibatan Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PERMINT) sebagai badan penyaluran Wang Ehsan kepada projek-projek di Pulau Duyong dan Pulau Wan.

“Wang Royalti atau Wang Ehsan tidak masuk ke dalam akaun negeri, tetapi disalurkan terus melalui akaun PERMINT kepada projek-projek tersebut,” kata Dato’ Abu Bakar Chik baru-baru ini.

Patrick Badawi (meminjam gelaran oleh Tun Mahathir) akan terus memonopoli penganjuran Monsoon Cup untuk selama 8 tahun.

Ini merupakan perjanjian kontrak yang telah dimeterai Patrick Badawi dengan menteri besar lama, Dato’ seri Idris Jusoh sebelum ini.

Oleh itu, dipercayai Monsoon Cup tidak boleh dihentikan kerana terikat dengan kontrak yang dirangka sebegitu rupa, yang sudah tentu telah mengambil kira kepentingan diri masing-masing dalam agenda rompakan duit rakyat.

Didakwa Patrick Lim mendapat kira-kira RM300 juta setahun untuk penganjuran Monsoon Cup dan tempohnya tamat sehingga 2012, dikira kontrak bermula tahun 2005.

Bayangkan berapa banyak wang akan diperolehi kroni Umno itu dari projek berkenaan?

Persoalannya apakah manfaat yang diperolehi oleh rakyat setempat dari penganjuran Monsoon Cup itu?

Apakah hasilnya kepada kerajan negeri diperolehi dari projek itu, hanya sekadar memperkenalkan Terengganu ke mata dunia. Berapakah pelaburan asing berjaya di tarik masuk ke negeri tersebut melalui Monsoon Cup?

Berapa juta pelancong asingkah datang ke Terengganu untuk menyaksikan pertandingan itu dan berapa bilionkah wang dihasilkan dari kedatangan pelancong berkenaan?

Berapakah jumlah penduduk setempat menjadi kaya dan membabitkan diri dalam projek monsoon cup itu?

Yang pasti beratus juta wang rakyat dihabiskan untuk permainan perahu layar di muara sungai yang tidak bercabaran itu.

Yang pastinya kroni Umno membolot kekayaan tidak terhingga dari Monsoon Cup. Rakyat setempat terus miskin dan terhimpit dengan masalah kemiskinan.

Kerajaan tidak ada masalah untuk membatalkan projek membazir itu demi semata-mata untuk menyelamatkan wang rakyat dibelanja kepada perkara yang tidak perlu apa lagi di saat dunia kini menghadapi krisis ekonomi dan makanan meruncing.

Seharusnya ia diberhentikan segara tanpa memikirkan bagaimana mahu mengubahsuainya lagi.

Tumpuan perlu diberikan kepada bagaimana melaksanakan projek untuk kebaikan rakyat termasuk bersedia menghadapi krisis kenaikan harga barang dan kekurangan makanan dunia yang impaknya lambat laun tertimpa juga ke atas kehidupan rakyat negeri tersebut.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: