AKP mungkin diharam – Parti pemerintah Turki dituduh cuba hapus sekular, bawa sistem Islam

AKP mungkin diharam – Parti pemerintah Turki dituduh cuba hapus sekular, bawa sistem Islam

https://i2.wp.com/press.jrc.it/NewsExplorer/photos/01/05/105.jpg

ANKARA 31 Mac – Mahkamah Perlembagaan Turki hari ini mengarahkan parti pemerintah yang berasaskan Islam, Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) dibicarakan atas dakwaan menjalankan aktiviti antisekular.

Panel 11 hakim yang bersidang hari ini sebulat suara menerima pendakwaan yang dibuat pada 14 Mac lalu oleh Ketua Pendakwa Raya Turki, Abdurrahman Yalcinkaya.

Beliau sebelum ini turut meminta mahkamah mengharamkan AKP kerana didakwa cuba keluar dari prinsip sekular dan menggantikannya dengan sistem Islam.

Abdurrahman turut meminta supaya 71 pegawai AKP, termasuk Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan dan Presiden Abdullah Gul diharamkan daripada menyertai politik selama lima tahun.

Minggu lalu, sebuah mahkamah telah melantik pelapor untuk menyelesaikan satu kajian teknikal mengenai dakwaan tersebut, bagi membolehkan 11 anggota tribunal yang dibentuk membuat keputusan sama ada pendakwaan itu mempunyai asas atau sebaliknya.

Pendakwaan

Perbicaraan bagaimanapun hanya akan dijalankan jika mahkamah – yang telah mengharamkan lebih 20 parti politik sejak 1960-an – menerima pendakwaan tersebut.

Keputusan perbicaraan dijangka diketahui dalam tempoh enam bulan.

Pihak pendakwa mendakwa, AKP cuba mengembangkan fahaman Islamnya dengan mewujudkan sistem berasaskan Islam.

Antaranya, menarik balik pengharaman memakai tudung di universiti dan penjualan alkohol di restoran-restoran oleh pihak berkuasa tempatan yang dilantik oleh AKP.

AKP sebaliknya menyangkal dakwaan tersebut dan menyifatkan kes itu bertentangan dengan demokrasi.

Sementara itu, Kesatuan Eropah (EU) menggesa mahkamah Turki mengambil kira keinginan negara itu untuk menyertai kesatuan tersebut dalam penghakiman mereka.

“Saya harap, hakim-hakim yang bersidang akan mengambil kira keinginan Turki untuk menyertai EU sejak sekian lama. EU sentiasa menghormati prinsip-prinsip demokrasi,” kata Pesuruhjaya Pembesaran EU, Olli Rehn selepas Mesyuarat Menteri-Menteri Luar EU di Slovenia.

p/s :

sama2 kita berdoa..semoga parti AKP dibawah pimpinan Abdullah Gul dapat mempertahankan kerajaan beliau sekarang..Ini adalah kerana, beliau satu-satunya pemimpin ISLAM di Turki yang cuba untuk membangunkan kegemilangan ISLAM di negara Turki..kerana kita tahu bahawa..Kerajaan Turki sebelum kejatuhannya kira-kira 1914 tahun lalu adalah satu-satunya Kerajaan ISLAM…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: