From : shark, on March 31st, 2008

Soalan :

salam
nak tanya wajarkah ilmu “awal-awaluddin marifatullah”
diajarkan….

terima kasih

Jawapan Nuraiman :

Makna Awaluddin Makrifatullah adalah “awal agama dalam mengenal Allah”. Mempelajari ilmu tauhid merupakan asas dalam agama Islam untuk mengenal Allah yang Maha Esa. Ilmu Tauhid merupakan dasar jiwa manusia dan merupakan ilmu yang wajib paling awal dan paling dahulu dipelajari sebelum ilmu yang lain. Sebab hanya dari jiwa yang bertauhid akan melahirkan cahaya ketaqwaan terhadap Allah SWT.

Tauhid maksudnya, mengetahui bahawa sesuatu itu satu. Menurut definisi secara lebih jelas tauhid iaitu; “Ilmu yang dapat menetapkan aqidah (tekad) keagamaan seseorang yang dicari (dikasab) dari dalil-dalilnya yang berdasarkan keyakinan”. Yang dimaksudkan dalil-dalil yang dapat menimbulkan keyakinan itu berdasarkan dalil naqli dan dalil aqli.

Banyak perkara yang kita ketahui dengan mempelajari ilmu tauhid jika dikaji dan dipelajari dengan teliti, umpamanya dari segi tujuannya (maudhu’nya) iaitu mengenai sifat-sifat Allah yang wajib, mustahil dan jaiz bagi-Nya, kemudian mengetahui sifat-sifat rasul dan lainnya. Hasilnya (tsamrah) iaitu untuk makrifat (mengetahui) Zat Allah iaitu mempunyai iktikad yang teguh, tidak goyang, tidak ada keraguan dan sesuai dengan keadaan berdasarkan dalil-dalilnya dan bukan sangkaan atau dugaan tanpa dalil.

Sebab kepercayaan tanpa dalil atau sumber adalah kepercayaan yang hampa dan tidak berguna. Darjatnya (fadhilahnya) merupakan ilmu yang paling tinggi kerana bertalian dengan Zat Allah dan sifat-sifat-Nya. Kedudukannya (nisbahnya) adalah segala ilmu agama Islam dan ilmu-ilmu lainnya merupakan cabangnya.

Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT tidak mewajibkan sesuatu yang lebih utama dari tauhid dan solat”.

__________________________________________________________________

ALLAH ADA, ALLAH LIHAT (Mengenali Allahswt)

Pengetahuan pertama yang patut diberi kepada anak ialah ilmu Tauhid – pengesaan terhadap Allah diikuti dengan pengenalan terhadap Nabi Muhammad saw. sesuai dengan konsep ‘awaludin makrifatullah’ atau awal-awal agama ialah mengenal Allah.

Dalam usaha menerapkan jiwa tauhid ini, seorang bapa mengajar anaknya supaya mengulang beberapa kali ayat berikut “Allah ada, Allah melihat”. Si anak tadi terus menjadikannya seperti wirid dengan mengulang berkali-kali ungkapan “Allah ada, Allah lihat”. Kalau tak dapat diucapkan dengan mulut, ia dilintaskan di dalam hati.

Al-Kisah:

Pada satu hari, si-bapa dan anaknya berjalan-jalan di sebuah dusun buahan jirannya. Dia ternampak buah rambutan sedang masak di sebuah pokok. Teringin di hatinya untuk mengambil beberapa tangkai lalu dia pun menyuruh anaknya memanjat. Sebelum memanjat dia mengingatkan anaknya supaya meneriaknya jika ternampak ada orang menghala ke situ. Si anak yang taat itu pun memanjat sebagaimana yang disuruh oleh bapanya.

Apabila hendak memetik, si-anak terus memekik “ada orang! ada orang!”. Bapanya terperanjat dan lari lintang pukang bersembunyi di balik semak. Apabila anaknya turun dan mendapati tiada siapa di situ, si-bapa bertanya mana orangnya. Si-anak tadi memberitahu bapanya, “Allah ada, Allah melihat. Allah melihat apa yang saya buat. Sebab itu saya terjerit!”

Si-bapa terdiam malu mendengar kata-kata anaknya itu.

MORAL & IKTIBAR

Mengajar tauhid kepada anak sejak kecil lagi adalah fardhu ain

Taufiq dan hidayah adalah pemberian Allah kepada sesiapa yang dikehendakiNya

Allah tidak suka kepada orang yang tidak mengamalkan apa yang dikatakannya

Kadang-kadang orang yang belajar lebih pandai daripada orang yang mengajar

Jangan lihat siapa yang berkata tapi dengar apa yang dikatakannya

Ungkapan seperti ‘Allah melihat apa yang kita buat’ patut diterapkan dalam sanubari kita hingga benar-benar sebati dengan darah daging kita.

Ilmu agama khususnya bidang akidah lebih berkesan diberi semasa kecil

Orang senior perlu juga mendengar kata nasihat orang junior

Mengingat Allah menjauhkan kita dari melakukan maksiat

NUR MUHAMMAD wrote:

MENGENAL ALLAH HUKUMNYA WAJIB. MENTAATI PERINTAH ALLAH HUKUMNYA WAJIB. MENYURUH ANAK ISTERI KELUARGA MASYARAKAT BERTAQWA KPD ALLAH JUGA HUKUMNYA WAJIB. ILMU MENGENAL ALLAH IALAH ILMU YANG AWAL DAN MUDAH DIPELAJARI SERTA DIFAHAMI KERANA ALLAH TAALA TELAH PERMUDAHKAN ILMU YANG TINGGI INI SUPAYA MUDAH DIFAHAMI OLEH SELURUH GOLONGAN MANUSIA TERMASUK YANG KAYA, YANG MISKIN, YANG BERPELAJARAN, YANG BUTA HURUF,YANG TUA, YANG MUDA, YANG PEKAK, YANG BISU, YANG BERBANGSA CINA,INDIA,PUTIH,JEPUN,ARAB,ME LAYU DLL. MANAKALA ILMU MENTAATI PERINTAH ALLAH PULA ADALAH ILMU YANG SUSAH DAN PAYAH UNTUK DILAKSANAKAN SEHINGGA MUNCUL PELBAGAI DALIH DAN HELAH DISERTAI DENGAN PELBAGAI PERSOALAN DAN FALSAFAH SEPERTI “Sekiranya seseorang itu sembahyang tanpa mengenal Allah, maka sia-sialah sembahyangnya”. SAYANG SEKALI APABILA ILMU MENGENAL ALLAH YANG TINGGI DISISI ALLAH DAN MUDAH DIFAHAMI SERTA BOLEH MENYELAMAT MANUSIA DARI SYIRIK KPD ALLAH TERSEBUT TELAH DIPUTARBELITKAN OLEH ORANG2 YAHUDI DGN PELBAGAI FALSAFAH DAN TEKA TEKI SEJAK ABAD KE 7 MASIHI UNTUK MEMECAHBELAHKAN UMAT ISLAM SETELAH GAGAL MELALUI PEPERANGAN KERANA UMAT ISLAM KAYA DENGAN SENJATA YANG PALING CANGGIH DIDUNIA IAITU “JIHAD”.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: