Kami Ingin Mereka Menjadi Mukmin Sejati

Kami Ingin Mereka Menjadi Mukmin Sejati

Oleh Anak_Pejuang

Seorang ayah dari Sabah berhijrah ke Johor kerana beliau melihat prospek pekerjaan yang lebih baik di sini. Dan setelah itu, dia memikirkan tentang masa depan anak-anaknya. Seraya ada perasaan kesal pada tutur katanya tentang kedhoiefan dirinya tidak berapa mendalami agama Islam dengan baik kerana persekitaran semasa di Sabah pada masa itu tidak menggalakkan untuk faham tentang Islam.

Ia ingin anak-anaknya menjadi seorang yang tahu membaca al Quran, membaca tulisan jawi, kenal solat. Selalulah ia hadir ke sekolah untuk menghantar dan mengambil anaknya dan bertanyakan perihal perkembangannya di sekolah. “Tak mengapalah cikgu, dia mungkin lemah dalam bidang akademik, tetapi biarlah dia menjadi seorang yang beragama”.

Ia tidak mudah melatah sekiranya anaknya dirotan jika memang benar kesalahan anaknya sendiri. Sebab dia tahu, seorang guru merotan untuk mendidik agar menjadi orang. Oleh kerana itu, beliau sanggup meluangkan masa seketika bertemu dengan guru untuk berbincang tentang masalah disiplin anaknya tanpa perlu menyerang dan menuduh tanpa usul periksa. Sehinggakan beliau menyatakan – guru di sekolah kebangsaan pun sudah mula jelak kerana wajahnya acapkali muncul untuk bertanyakan perihal hal ehwal anak-anaknya di sekolah.

Seorang ibu sanggup bekerja di kantin sekolah dengan harapan dapat melihat anak-anaknya benar-benar hadir di sekolah agama. Katanya “Cikgu, saya kerja di kantin pada sebelah petang bukan kerana duit, tetapi saya nak lihat anak-anak saya tidak melencong ke tempat lain”.

Seorang Ajk sekolah melontarkan pertanyaan dan pandangan – mengapa ramai ibu dan ayah tidak mahu menyertai Badan Kebajikan Sekolah/PIBG? Mereka hanya tahu komen dan kritik pihak sekolah, guru dan ajk PIBG/BKS seolah-olah tidak membuat kerja. Pelik juga mengapa orang atasan, profesional yang hebat tidak turun ke lapangan umat, membuat program kepada anak qariah.

Beliau menambah – pernah ada seorang profesional bertanya kepadanya – “mengapa engkau hantar anak engkau ke sekolah agama?” Lalu beliau merasakan pelik soalan tersebut, pendidikan agama di anggap seperti pelajaran kelas 3. Ibu Ayah tidak sedar kepentingan sekolah agama, tidak jelas tentang hala tuju pendidikan agama yang penting buat masa ini. Sedangkan sepatutnya orang bijak pandailah yang patut belajar ilmu agama.

Ayah dan Ibu, ajarilah anak-anak tuan dengan agama Islam. Supaya apabila anda berdua meninggal, sekurang-kurangnya mereka dapat memberikan penghormatkan yang terakhir. Dapat memandikan, mengkafankan, menyembahyangkan dan mengebumikan. Sekurang-kurangnnya anak-anak tuan tahu untuk berdoa, menyedekahkan bacaan al Quran apabila tuan puan berada di alam barzah.

Ayah dan ibu, seorang menyatakan kepadaku, ajarlah anak lebih daripada yang diajar oleh ibu dan ayah kita dahulu. Sebab ibu dan ayah dahulu amat risau tentang masa depan anak-anaknya, hingga ada di antara mereka yang bersikap tegas dengan akhlaq dan pendidikan anak-anak. Dengan jasa kedua orang tualah maka dia menjadi insan yang berguna.

Wahai ibu dan ayah, Di dalam hadith telah menyebutkan “Ajarlah anakmu tiga perkara mencintai Nabimu, mencintai keluarganya serta membaca al Quran kerana pembaca Al quran berada di sisi arasy ALlah bersama para anbiya’ dan orang-orang suci pada hari tiada naungan melainkan naungan ALlah. Riwayat Tabrani dari Ali bin Abi talib

Ibu dan Ayah..fikirkan apa yang akan jadi pada anakmu pada masa hadapan dengan apa yang kau ajari pada hari ini…

Anak-anak soleh..pembawa rahmat kepada ibubapa..Didiklah anak kita seperti kita melukis corak2 batik yang cantik..hiasi warna-warni batik dengan “sentuhan Islam”…

One Response

  1. ibu dan ayah bagaikan payung yang sentiasa memayungi anaknya sama ada dalam keadaan hujan atau panas

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: