Cahaya Assunah: Matlamat hidup Insan

Cahaya Assunah: Matlamat hidup Insan

“Hadis Muaz bin Jabal r.a katanya: Pernah aku mengekori Nabi s.a.w dalam satu perjalanan di mana aku berada di belakang baginda. Baginda memanggil: Wahai Muaz bin Jabal! Aku terus menyahut:

Telah ku terima panggilanmu itu wahai Rasulullah. Kami meneruskan lagi perjalanan. Kemudian baginda memanggil lagi: Wahai Muaz bin Jabal! Aku menyahut: Telah ku terima panggilanmu itu wahai Rasulullah. Kami meneruskan lagi perjalanan kemudian baginda memanggil lagi: Wahai Muaz bin Jabal! Aku menyahut lagi:

Telah ke terima panggilanmu itu wahai Rasulullah. Baginda bersabda: Tahukah kamu kewajipan manusia terhadap Allah? Aku menjawab: Allah dan Rasul-Nyalah yang lebih mengetahui. Baginda bersabda: Kewajipan manusia terhadap Allah ialah dengan mengabdikan diri kepada-Nya tanpa menyekutukan-Nya. Kami meneruskan lagi perjalanan beberapa ketika kemudian baginda memanggil lagi: Wahai Muaz bin Jabal! Aku menyahut: Telah ku terima panggilanmu itu wahai Rasulullah. Rasulullah s.a.w bersabda: Tahukah engkau apakah kewajipan Allah terhadap manusia apabila mereka melakukan perkara-perkara yang aku nyatakan di atas? Aku menjawab: Allah dan Rasul-Nyalah yang lebih mengetahui. Akhirnya baginda bersabda: Allah tidak akan menyeksa mereka.

sumber :

SAHIH MUSLIM:KITAB IMANBab: Dalil Bagi Mereka Yang Mati Dalam Keadaan Tetap Mentauhidkan Allah s.w.t, Pasti Akan Dimasukkan Ke Syurga.

Petunjuk hadith :

1- Kebiksanaan Rasulullah SAW: Baginda SAW membuka pengajarannya dengan mengemukakan soalan bagi menarik perhatian para Sahabatnya.

2- Rendah diri Rasululullah SAW: Baginda SAW berakhlak mulia dalam pergaulannya sehingga tidak segan untuk menaiki keldai dan memboncengkan pula para sahabatnya walaupun anak muda seperti Muaz bin Jabal.

3- Tujuan hidup : Mengesakan Allah (tauhid) dalam perhambaan diri (ibadah),tanpa wujud sebarang bentuk penyengutuan (syirik) menjadi tujuan penciptaan manusia.

4- Ganjaran Tauhid: Jaminan Allah kepada mereka yang menunaikan tanggungjawab Tauhid dan memeliharanya sehingga akhir hayat adalah pembebasan dari azab neraka dan kurniaan syurga di akhirat.

5- Tauhid adalah satu berita gembira: Semua umat manusia sepatutnya menerima perkhabaran Rasululullah SAW ini sebagai berita yang paling menggembirakan dalam hidup mereka dan suatu pengharapan yang tidak patut disia-siakan.

6- Tanggungjawab dakwah kepada Tauhid: Umat Islam sewajibnya menyampaikan berita baik ini kepada semua umat manusia sebagai suatu tanggungjawab syahadah (kesaksian).

7- Kebimbangan dari tersilap faham: Jangan difahami dari nas ini untuk meninggalkan amalan-amalan Islam kerana berpada dengan akidah Tauhid. Amalan ketaatan adalah bukti tauhid yang sebenar dan syurga pula mempunyai tingkat-tingkatnya yang menjadi perlumbaan golongan ahli tauhid.

8- Tidak harus bergantung kepada Rahmat Allah yang luas semata-mata: Ini adalah sikap orang jahil dan alasan golongan pemalas untuk mengabaikan ketaatan dan meringan-ringankan pelakuan maksiat.

9- Tauhid sifatnya cergas bertindak dan rajin menyumbang, bukannya bersikap malas dan meruntuhkan kehidupan.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: