Muxlim.com jadi tumpuan

Muxlim.com jadi tumpuan

Laman web Islam diiktiraf antara peniagaan baru terbaik di Eropah

LONDON: Satu laman web Muslim yang menyamai Yahoo, Facebook dan Youtube, diiktiraf sebagai antara syarikat berasaskan teknologi terbaik di Eropah.

Laman web sosial Muxlim.com, dipilih menduduki tempat itu oleh satu syarikat media Amerika Syarikat yang berpejabat di California, Red Herring.

Muxlim.com dilancarkan pada 2006 oleh dua usahawan Islam dengan matlamat mewujudkan laman web sosial Muslim paling terkenal di dunia.

Dalam tempoh tidak sampai setahun, ia berjaya menarik minat lebih sejuta pengunjung daripada 190 negara di seluruh dunia. Ini termasuk 20 peratus pengunjung dari British Isles atau Kepulauan Britain, 15 peratus dari Eropah dan 35 peratus dari Amerika Syarikat.

“Pengiktirafan yang diberikan kepada kami sebagai salah satu syarikat paling inovatif dan berjaya sememangnya amat bermakna kepada kami mahu pun masyarakat Muslim,” kata seorang daripada pengasas yang juga Ketua Pegawai Operasi Muxlim.com, Mohamed El-Fatatry, dipetik satu perkhidmatan media Arab, semalam.

“Matlamat utama kami adalah mewujudkan satu laman web yang mana pengguna Muslim dan bukan Muslim dapat berinteraksi dalam persekitaran yang sihat, selamat dan penuh persahabatan.”

Kewujudan laman web sosial yang selamat juga amat penting berikutan kebimbangan ramai ibu bapa yang menaruh prasangka dengan kewujudan beberapa laman web pada masa ini.

Malah, satu tinjauan oleh Fakulti Ekonomi Universiti London bertajuk EU Kids Online mendapati, lebih 60 peratus kanak-kanak secara tidak sengaja didedahkan kepada bahan lucah secara dalam talian. Di kalangan kanak-kanak Amerika pula, angka itu mencecah 42 peratus.

“Kami menyedari ramai pengguna internet, khususnya ibu bapa mahukan pengalaman melayari internet yang selamat untuk anak-anak mereka. Kandungan yang selamat, tiada kata-kata kesat atau maki hamun mahu pun bahan lucah.

“Tetapi pada masa sama, mereka juga mahukan laman web sosial yang ceria dan menarik. Muxlim.com merangkumi semua ciri-ciri itu dan kami terbukti berjaya mewujudkan masyarakat pengguna yang mesra dan kelakar.

Lebih menarik lagi, kami baru saja mewujudkan Muxlim TV yang membolehkan pengguna berkongsi video masing-masing,” kata El-Fatatry.

Katanya, dalam masa beberapa minggu lagi, satu lagi perkhidmatan baru, My Muxlim yang menyamai MySpace, akan dilancarkan. Ia menjadi laman web pertama Muslim yang membolehkan pengguna mewujudkan laman web mereka sendiri yang boleh dikongsi bersama rakan-rakan.

link : http://www.muxlim.com/

One Response

  1. Nampak macam indah khabar dari rupa.

    kalau dia tak guna wiget google custom search & feedburner, baru nampak independent sikit.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: