Isu Negara Islam – Sokongan untuk Tuan Guru dan Dato Husam

Isu Negara Islam – Sokongan untuk Tuan Guru dan Dato Husam

Isu negara Islam. Tidak pernah sebarang masa kita nyatakan tidak atau phobia kepada Negara Islam. Tetapi belajarlah dulu membina negara Islam dalam diri kamu, keluarga kamu sebelum kamu mendirikan di negara kamu. Bukankah itu yang diajar oleh Mustafa Masyhur. Kalau kita melihat perjanjian Hudaibiah, nabi membuat paling tidak dua pengubahan penting yang ditentang oleh Umar R.A. Iaitu kalimah Muhammad Rasulullah dibuang. Adakah nabi tidak mengakui dia rasulullah, atau dia takut dan phobia untuk menyatakan dia rasulullah?

Adakah dia terikut-ikut dengan musyrikin? Pengubahan kedua adalah perjanjian berat sebelah yang mana orang musyrik yang memeluk Islam dan berhijrah ke Madinah hendaklah dihantar pulang, tetapi sebaliknya orang Islam yang murtad dan melarikan diri ke Makkah dilindungi. Rasulullah bersetuju dengan perjanjian berat sebelah ini. Tempoh aman sepanjang penjanjian ini digunakan sepenuhnya oleh rasul yang mulia untuk berdahwah, menyampaikan Islam dan menunjukkan keadilan Islam.

Umar (RA) yang tidak bersetuju dengan rasul yang mulia itu menyesal sehingga akhir hayatnya!

Endorsement yang diberikan rakyat dalam pilihanraya lepas bukanlah endorsement kepada Negara Islam walaupun itulah harapan kita. Mungkin tempoh 5 tahun yang diamanahkan rakyat ini mesti dipastikan semua bentuk keadilan Islam, toleransi dalam perkara yang dibenarkan agama, sikap antifacist dan antiracial, berlapang dada dan merendah diri, terbuka menerima teguran, pemimpin yang mudah didekati dan semuanya berjalan tanpa sebarang jenama. Kita menggunakan tempoh amanah ini untuk berdakwah dan menyebarkan Islam tanpa meletakkan jenama kepada dakwah kita. Kerana kita tahu kalau kita meletakkan jenama ‘negara Islam’, kita belum tentu menepati kehendak negara Islam serta kita menyebabkan orang lari meninggalkan Islam. Yang lebih malang lagi, kita asyik mempertahankan ‘negara Islam’, tetapi sikap dan akhlak kita sebenarnya menyebabkan orang lari meninggalkan Islam.

Ini bukanlah phobia. Ini bukanlah taqiyyah. Tetapi inilah dakwah!

One Response

  1. Orang yang berdiri di atas bangunan pencakar langit lebih luas pandangannya berbanding yang hanya berdiri di tengah padang. Itulah perumpamaan pandangan seorang pemimpin dan orang awam. Pemimpin yang benar-benar berpandukan al_Quran pasti dapat menilai dan membuat keputusan yang jauh lebih baik daripada orang awam. Orang awam patut LEBIH TERBUKA dan tidak membuat kesimpulan yang melulu tanpa alasan yang kukuh. Mengislamkan diri sendiri adalah kewajiban yang UTAMA daripada mengislam negara.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: