BALASAN MENINGGALKAN SOLAT

BALASAN MENINGGALKAN SOLAT

Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis.

Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, “Wahai orang muda kenapa kamu menangis?”

Maka berkata orang muda itu, “Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya.”

Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, “Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam.”

Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.

Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, “Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?”

Berkata orang muda itu, “Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat.” Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, “Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam.”

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.

Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, “Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat.”

Lalu para sahabat bertanya, “Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?”

Berkata ular, “Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :”

1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah.

1. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.

1. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

Maka inilah balasannya.

20 Responses

  1. lebih sempurna jika ruangan ini dilengkapkan dengan sumber sekali. ia akan lebih mudah untuk memberi keyakinan kepada masyarakat.

  2. kalau anda pikir anda masih islam
    bacalah…kalau
    tidak.

    …..Allah saja yang tahu…
    Message: Tolonglah ambil masa 2 minit untuk
    membaca
    ini….
    kalau lebih dua
    minit
    tu bukan membaca la tu..tapi mengeja.. 😉

    Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi
    Maha
    Pengasih…

    Bayangkan benda ini berlaku pada anda….. Suatu
    hari pada masa
    Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih
    kurang
    1,000 jemaah…
    tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi
    seluruh tubuhnyer dgn
    pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji
    mata and
    membawa mesin
    gun… lalu salah seorang lelaki tu bertempik ”
    “Sesiapa yang sanggup
    MATI
    kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu”
    Selepas
    mendengar amaran
    lelaki
    itu maka segeralah bertempiaran lari para
    jemaah
    itu
    utk
    menyelamatkan
    diri…. daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya
    tinggal lebih
    kurang
    20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat
    masing-masing termasuk
    Pak
    Iman tu… Lelaki yang bertempik tadi segera
    membuka
    tutup mukanya
    lalu
    melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: “Ok
    Pak
    Iman, saya dah
    halau
    SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak
    Iman
    mulakan sembahyang
    Jumaat”…. Lalu kedua lelaki tersebut berpaling
    dan
    meninggalkan
    jemaah…. Macammana.. adakah anda rasa lawak
    dgn
    cerita di atas.
    selain
    terhibur anda fikirlahlah…

    ” Lawak kan , dari 1,000 org yg mengaku dia
    Islam hanya
    20 yg
    betul-betul
    beriman… ”

    ” Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah
    lupakan
    ALLAH bila
    menghadapi bahaya… kedua lelaki hanya
    membawa
    mesin-gun.. dia tak
    kata
    pun
    nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah..
    baru
    kena ugut
    terus
    lari
    lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang
    jumaat
    lagi…”

    “Lawak, ada juga yang agamanya cuma
    seminggu sahaja..
    tu pun bila time
    sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org
    kampung.. ada
    tu lagi dashyat
    setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya…”

    “Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip
    dan apa
    yang di tulis
    oleh surat khabar daripada apa yang tercatit
    dalam
    al Quran”

    “Lawak kan , berapa ramai yg percaya dunia
    hanya
    sementara, akhirat
    adalah
    tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba
    mengejar dunia”

    “Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend
    atau
    girlfriend
    berejam-rejam
    tapi nak berdoa kepada ALLAh alahai.. tak cukup
    masa..

    Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak
    thread atau email
    yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua
    tempat
    tapi merasa berat
    nak berkongsi dan nak hantar artikel2
    yang
    berunsur
    agama

    Lawak kan ??? Kenapa gelak tu kan realiti.. tapi
    yg
    paling lawak
    sekali.. berapa orang yang lepas baca benda ni
    akan
    sampaikan kat
    orang
    lain… berapa orang yang akan buka email ni
    untuk
    luangkan masa
    membaca? berapa banyak????
    wallahuaallam..

    • simple kiasan semoga yang lain
      yang membaca akan juga mendapat
      taufik dan hidayah

    • sye setuju ngan awk..betul2..berapa kerat manusia jer akhir zaman ini yang betul2 beriman…marilah sama2 kita menjaga & meningkatkan amalan ibadat kita kpd-NYA…moga2 kita diberkati-NYA… 🙂

    • artikel ni memang bagus untuk dibaca oleh semua umat islam agar dapat keinsafan…

    • kalau saya tak forwardkan comment tuan ni dengan niat ‘ ramai dah tahu ‘ salah ka?

  3. ermmmm bagi saya lah. waktu saat bahaya lah.. bnyak org ingt kan allah supaya diberi pertolongan…

  4. erm ade owg time ssh n d timpa bencane la bru nk solat,bru sibuk nk bce yaasin ,quran n sgle surah di dlmnye,,tp bile sng,, kufur dgn sgale nikmat yg ALLAH beri..hurmm pelikkan..fikir2 kanla..

  5. Allahu Akbar……………..sungguh besar dan dahsyad azabmu. ana harap ana lebih kuat lawan nafsu ana agar x tergolong dalam kalangan orang2 yg dimurkai………… ana harap sedara ana sesama islam ambil iktibar lepas baca peristiwa di atas.

  6. mmg hebat..

  7. dunia sudah masuk fasa ke 4…dimana umat nabi Muhammad sedang menuju kearah kehancuran iman

  8. Smoga yang membaca ini akan mendapat iktibar..Masya’Allah..Maha Suci Allah..

  9. SEMOGA YANG MEMBACA MENDAPAT IKTIBAR..

  10. janganlah kita jadikan hati kita mati,,,rajin2lah kita melewati majlis2 ilmu(taman2 syurga)

  11. izinkan saya share artikel ni dgn rakan2 yg lain….syukran

  12. =>

  13. sukrons
    moga ni jadi pelajaran buat kita semua

  14. takutnya meninggalkan solat fardhu

Leave a comment