Tazkirah Jumaat: Mati, peringatan penting dipinggirkan Muslim

Tazkirah Jumaat: Mati, peringatan penting dipinggirkan Muslim

Ustaz Zain Hashim

Dalam satu wasiat Nabi Muhammad s.a.w. kepada Ibnu Umar (Abdullah) r.a. berbunyi: “Anggaplah dirimu di dunia ini sebagai seorang musafir atau pun sebagai pengembara.”

Huraiannya

Hadis ini menganjurkan kepada kita supaya sentiasa mengingatkan mati dan mengurangkan cinta keterlaluan terhadap dunia yang fana ini.

Ibnu Umar pernah berkata: Jika anda masih hidup pada waktu pagi, jangan tunggu hingga ke petang dan jika anda masih hidup pada waktu petang, jangan tunggu hinga ke pagi, sediakan dirimu pada masa hidup untuk bekalan waktu mati, dan pada masa sihat untuk bekalan waktu sakit.

Justeru, wasiat Nabi di atas sentiasa mengingatkan kita betapa kita bagaikan musafir yang sedang berlalu sementara di dunia ini, maka apakah persiapan bekalan yang telah kita buat bagi menghadapi Allah SWT pada hari yang penuh dengan persoalan di padang Mahsyar?

Kita tidak akan hidup kekal dan lama di dunia, oleh itu, jangan sekali-kali kita melakukan kejahatan. Jika kejahatan yang dilakukan boleh menyebabkan kita tidak mati, maka lakukanlah, tetapi kejahatan yang kita buat semasa hidup di dunia, kesemuanya akan ditayangkan semula di hadapan Allah oleh para jururakam di kalangan para Malaikat, walaupun kita telah melupakannya, tetapi Allah sekali-kali tidak demikian.

Mereka yang telah pun meninggal dunia dan mendapat seksa kubur, meraung-raung minta pertolongan daripada orang yang masih hidup, terutamanya ahli keluarga terdekat, apakan daya, kita tidak mendengarnya, maka yang dibawa oleh seseorang dalam alam kubur bersamanya ialah amalannya semasa hidup di dunia satu ketika dahulu, maka fikir-fikirlah…

Manusia hari ini enggan bercakap tentang mati

Ia terjadi kerana manusia pada hari ini tidak berapa mahu meletakkan urusan agama itu lebih penting daripada segala-galanya. Sebagai contoh, terkadang-kadang kita dapat lihat seorang Muslim itu dari agenda hariannya sebagai seorang yang beragama Islam, tetapi tidak berusaha untuk menampilkan diri dengan Islam itu sendiri.

Sejak mencelikkan mata bangun daripada tidur, paling tidak menunaikan solat Subuh, itupun bukan dalam keadaan berjemaah, sama ada di masjid, surau ataupun menjadi imam di rumah bersama isteri dan anak-anak.

Kalau pada hujung minggu, lepas solat tidur semula, tidak berapa terikat dengan kuliah subuh, pembacaan al-Quran, membaca zikir Mathurat, kaunseling diri, isteri dan anak-anak, atau apa sahaja yang boleh meningkatkan peristasi iman kepada Allah SWT.

Bangun selepas itu bersarapan pagi, kemudian ke pasar atau berjalan-jalan bersama keluarga ke tempat yang boleh menghilangkan rasa gundah seminggu di pejabat.

Tetapi persoalannya di sini, kenapa elemen-elemen agama tidak termuat dalam diari atau agenda harian hidup seseorang Muslim.

Apakah kita sudah rasa cukup dengan ilmu yang ada di dada mengenai ilmu-ilmu yang boleh mengingatkan kita kepada alam kematian?

Ilmu agama terakhir yang dipelajari mungkin semasa menduduki peperiksaan SPM beberapa tahun lalu di sekolah menengah, kemudian melanjutkan pelajaran di peringkat M.A. atau PhD. Selepas daripada itu, menjawat jawatan mantap dengan gaji yang lumayan, sibuk dengan tugas harian yang akhirnya menjadikan diri teramat sibuk. Kuliah di pejabat pun tidak boleh hadir dan begitulah kuliah-kuliah yang disediakan di surau atau masjid berdekatan di rumah.

Hati menjadi keras

Rasulullah s.a.w. pada penghujung hayatnya, pernah memanggil menantu merangkap sepupu baginda iaitu Sayidina Ali bin Abi Talib. Baginda mewasiatkan kepadanya: Wahai Ali! Jika berlalu di kalangan orang Islam 40 hari (sahaja), mereka tidak hadir dan duduk dalam majlis ilmu (fardu Ain), maka orang itu akan menghadapi dua akibat buruk. Pertama hatinya menjadi keras (sukar untuk menerima petunjuk llah atau segala kebaikan) dan kedua berani pula melakukan dosa-dosa besar.

Insan bernama Muslim hari ini tidak berapa mempedulikan persoalan agama mereka sendiri. Sudahlah tidak mahu jadi orang yang faham agama, melakukan dosa-dosa pula. Si suami membiarkan isteri keluar rumah tanpa berhijab (tudung kepala). Si ayah pula membiarkan anak gadis tidak berhijab dan menampakkan pusat-pusat mereka. Anak lelaki tidak mengnal huruf-huruf al-Quran dan ada yang tidak tahu mandi junub (hadas besar atau mandi wajib).

Kesemua itu adalah implikasi daripada tidak hadir dan duduk dalam majlis-majlis ilmu.

Ada antara para ibu bapa Muslim seronok melihat anak-anak mereka berjaya dalam bidang hiburan, daripada menyertai bidang nyanyian peringkat dewasa hinggalah ke peringkat bakat bintang kecil. Apa yang pasti penampilan anak-anak ini dengan pakaian yang tidak dibenarkan oleh hukum syarak, tetapi semua itu tidak dipedulikan oleh mereka yang bernama Islam.

Seolah-olah Islam tidak boleh dicakap-cakap jika hendak maju dalam pelbagai bidang dalam kehidupan dunia. Tetapi mereka lupa, bahawa Rasulullah s.a.w. ada bersabda maksudnya, Sesiapa yang mahukan kejayaan di dunia, mestilah dengan ilmu (agama), jika dia mahu kejayaan di akhirat juga mestilah dengan ilmu, dan jika mahu kedua-duanya sekali mestilah dengan ilmu.

Apabila ilmu agama tidak menjadi teras dan sandaran dalam kehidupan orang Islam pada zaman ini. Maka mereka sebenarnya telah mengundang pelbagai masalah seperti terlibat dengan rasuah, keruntuhan moral serta harga diri, tidak berakhlak, meninggalkan solat, penagihan dadah, mentadbir negara bukan dengan hukum Allah, dan semua masalah itu tidak akan dapat diselesaikan kecuali menerima penyelesaiannya daripada Allah juga, iaitu pelaksanaan hukum-hukum Islam dan Sunnah (hadis) Nabi Muhammad s.a.w.

Tanpa pelaksanaan hukum-hukum Islam itu menandakan bahawa manusia menolak Allah yang telah menawarkan yang terbaik buat diri, keluarga, masyarakat dan negara mereka.

Mereka tidak akan bercakap mengenai mati, bekalan untuk hari akhirat, persoalan alam kubur apatah lagi mengenai nasib di penghujung hayat, sama ada boleh mengucap dua kalimat syahadah atau pun tidak, semua ini tidak ada dalam kamus kehidupan manusia hari ini, kerana mereka sudah semakin jauh daripada Allah walaupun mereka dilahirkan sebagai seorang muslim.

Penyelesaian masalah

Justeru bagi menyelamatkan diri selagi terdaya untuk dilakukan, maka renungilah empat perkara di bawah ini seperti yang pernah diperingatkan oleh Imam Al-Ghazali:

Pertama: Berurusanlah dengan Allah sepertimana kamu suka orang bawahanmu berurusan denganmu dengan cara yang terbaik.

Kedua: Setiap kali kamu bekerja dengan orang lain, perbuatlah sepertimana kamu mahu diperbuat ke atas diri kamu. Kerana tidak sempurna iman seseorang selagi mana dia tidak suka orang lain memperolehi sesuatu yang dia sendiri menyukainya.

Ketiga: Jika kamu mahu mempelajari sesuatu, pilihlah untuk mempelajari ilmu yang dapat memperbaiki hati dan memperbaiki jiwa dan sanubarimu.

Sekiranya kalau kamu tahu umurmu hanya tinggal seminggu sahaja lagi, sudah pasti kamu tidak akan memilih untuk mempelajari ilmu fiqh, tahudid, sirah, akidah dan sebagainya.

Dan mungkin juga kamu akan mengawasi hatimu dan berusaha melepaskannya dari belenggu dunia.

Kamu akan memperbaiki akhlakmu dan sibuk untuk beribadat kepada Allah SWT (selaku Penciptanmu) setiap saat.

Justeru, kamu mestilah sentiasa berakhlak mulia, kerana sesungguhnya kematian itu akan datang pada bila-bila masa sahaja.

Begitulah cuba kamu bayangkan, jika seorang pemimpin negara akan datang menziarahimu, sudah tentu kamu akan lakukan persiapan yang mantap, menghias rumah, memperbaiki mana-mana yang tidak betul dan bermacam-macam lagi.

Keempat: Janganlah mengumpul harta dunia lebih daripada keperluanmu untuk satu tahun.

Rasulullah s.a.w. sendiri menyediakan bekalan yang sebanyak itu sahaja untuk isteri-isteri baginda yang lebih kukuh imannya hanya dengan disediakan bekalan untuk sehari setengah sahaja. Bagi orang yang suka mengumpul harta hingga tidak sempat untuk menjenguk rumah Allah tujuan untuk beribadat kepada-Nya, maka orang itu akan disibukkan Allah SWT.

Renung-renungkanlah wahai saudara-saudaraku sekalian!

Hamas : Keputusan Presiden Mauritania Di Alu-alukan, Reaksi Malaysia bagaimana??

Hamas : Keputusan Presiden Mauritania Di Alu-alukan, Reaksi Malaysia bagaimana??

Selasa,15/4/2008 –Pergerakan Hamas mengalu-alukan keputusan yang diambil oleh Presiden Mauritania, Sidi Ould Sheikh yang terpanggil untuk menilai semula hubungan negaranya dengan Israel sebagai respon kepada pendapat umum rakyat Mauritania serta menganggap ia satu “langkah berani dengan tujuan yang betul.”(memutuskan hubungan diplomatic dengan Israel)

Hamas berharap keputusan ini akan menggesa semua negara Arab dan Islam yang menjalinkan hubungan mereka dengan penceroboh Israel agar mempertimbangkan semula hubungan mereka ini.

Hamas yang menyokong langkah berani ini meminta agar dibentuk satu pakatan Arab dan Islam untuk menyokong keadilan hak-hak penduduk Palestin dan kepentingan Arab dan Islam terhadap perikatan Zionis-Amerika yang meluaskan kuasa mereka dan mempamerkan ancaman tersembunyi bukan sahaja untuk penduduk Palestin malahan juga kepada seluruh rantau ini.

p/s: ape reaksi Malaysia..selaku pengerusi OIC??Jika Malaysia tidak juga menyokong cadangan ini..maka sia-sia sahaja Malaysia sebagai orang kuat OIC…

ANAK KECIL YANG TAKUT API NERAKA

ANAK KECIL YANG TAKUT API NERAKA

Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wudhu’ sambil menangis.

Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata, “Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?”

Maka berkata anak kecil itu, “Wahai pakcik saya telah membaca ayat al-Qur’an sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi, “Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum” yang bermaksud, ” Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu.” Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka.”

Berkata orang tua itu, “Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalm api neraka.”

Berkata anak kecil itu, “Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa.”

Berkata orang tua itu, sambil menangis, “Sesungguh anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti?”

Kami tidak takut – Iran

Kami tidak takut – Iran

TEHERAN 15 April – Iran akan “menghapuskan Israel daripada arena global” jika diserang oleh rejim Yahudi itu.

Timbalan komander tentera Iran, Mohammad Reza Ashtiani memberi amaran keras itu hari ini ketika perang mulut antara kedua- dua negara musuh itu semakin sengit.

“Kami tidak takut dengan tindak- tanduk Israel, tetapi jika Israel melancarkan serangan ke atas Republik Islam Iran, kami akan menghapuskannya daripada arena global,” kata Mohammad menurut laporan agensi berita Mehr.

Kenyataan beliau disiarkan seminggu selepas Menteri Infrastruktur Negara Israel, Benjamin Ben-Eliezer memberi amaran, sebarang serangan Iran ke atas Israel “akan membawa kepada kemusnahan negara Iran.”

Mohammad bercakap pada satu sidang media menjelang Hari Angkatan Tentera Kebangsaan Iran pada Rabu ini apabila perarakan besar-besaran tentera dijadual berlangsung di ibu negara.

“Seperti yang dinyatakan oleh Presiden Mahmoud Ahmadinejad, kami mempunyai semangat yang tinggi untuk mempertahankan sempadan negara kami,” ujar beliau.

Israel minggu lepas mengadakan latihan ketenteraan lima hari diberi nama Turning Point, dengan melancarkan serangan udara dan peluru berpandu olok-olok ke atas bandar-bandar, termasuk dengan senjata bukan konvensional.

Latihan itu mencetuskan perasaan cemas di negara jiran, Lebanon di mana pergerakan Syiah, Hizbullah mendapat sokongan padu Teheran.

Bila ‘Pemimpin Demokrasi’ Ketepikan Al-Quran dan Al-Sunnah

Bila ‘Pemimpin Demokrasi’ Ketepikan Al-Quran dan Al-Sunnah

Assalamualaikum wr.wb

Di dalam Al Qur’an telah dijelaskan bahwasanya…Menetapkan Hukum atau Aturan Hidup Hanyalah Hak ALLAH SWT…Kemudian juga disebutkan bahwa..Diwajibkan untuk memutuskan segala Perkara berdasarkan Apa yang diturunkan oleh Allah SWT apakah itu di Dalam Al Qur’an maupun As-Sunnah!!!! Perkara Apa saja!!!! dalam Lingkup Individu maupun lingkup Politik atau mengatur Urusan Rakyat….pemerintahan…Ekonomi..Kewangan..Pergaulan..Perad ilan..Budaya…Pokoknya Apa saja!!!!!!!!!!


Dan Dilarangnya manusia untuk mengikuti hawa nafsunya dalam melegalisasi Hukum!!! kerana Manusia akan mendapatkan kutukan Buruk dari Penciptanya (Allah SWT) seperti Kafir, Fasik, Dzhalim, Lebih Sesat Dari Haiwan Ternak, Buta, Bisu, Tuli….Sungguh ini adalah sebutan buruk
namun Sekarang apa yang dilakukan oleh para pemimpin kita???
Lebih memilih sistem sesat dan mengundang Murka dan Azab Allah SWT yakni Demokrasi Setan!!!

Demokrasi seperti kita ketahui…adalah Sistem yang menganggap bahwa Kedaulatan berada di Tangan Rakyat!!
Rakyat Bebas membuat hukum,,,Rakyatlah yang diberi kewenangan dalam membuat aturan dalam sistem kehidupannya…
Kerana adalah Mustahil dan memang tidak bisa untuk mengumpulkan rakyat yg jumlahnya jutaan untuk melegalisasi hukum..maka diangkatlah para wakil rakyat yang katanya akan memperjuangkan aspirasi rakyat dalam mengatur dan membuat hukum..


Jadi Sudah Sangat JELAS!!!!!!!! Bahwasanya..Demokrasi telah Mencampakkan Hukum Buatan Allah SWT yang Maha Benar dan Maha Sempurna dalam Mengatur Sistem di segala Aspek Kehidupannya!!!!
Disinilah sudah sangat Nampak bahwa Kita DiHaramkan Secara Tegas untuk mengadopsi..memakai..Berinteraksi dengan DEMOCRAZY!!!

Lihatlah Penerapan Demokrasi yg terjadi Di Indonesia, Malaysia, Iraq, Afghanistan, Palestin, Algeria, Turki dan seluruh dunia Islam !!!!
Wahai Kaum Muslimin….Apakah Demokrasi yg kalian banggga-banngakan itu sudah pernah memberi kesejahteraan kepadamu???


hmmm..terlalu Bodoh untuk membohongi diri Sendiri….
Kebijakan berbasis kapitalisme…Pencabutan Subsidi…yang menyebabkan Melonjaknya Harga barang, dan kelangkaan Minyak…yang merupakan pembunuhan rakyat Miskin…Lokalisasi Tempat pelacuran….Tempat Maksiat…Legalisasi tayangan TV yang berbaur Pornografi..pornoaksi…Legalisasi Media seperti gambar2 seksi dan porno…majalah Porno…yang semuanya adalah Barang Haram..Barang pemancing ZINA…Barang Setan Penghancur Generasi Muda….yang akhirnya berakhir dgn lahirnya anak2 dari hasil perbuatan haram…ataupun dengan menyebarnya Penyakit AIDS…yang sudah bukan rahsia lagi sudah merasuki JUTAAN Orang…Penyakit mematikan dan belum ada ubatnya sampai sekarang…dan diperparah dengan diberikannya solusi Liberal..seperti Kondom..yang memancing orang untuk berzina…Suntikan anti Hamil..ataupun Kontrasepsi Permanen..dan Solusi HARAM Lainnya……merebaknya Aliran Sesat yang didukung oleh Kebebasan Beragama..ataupun Pluralisme Bangsat!!!..Eksploitasi Sumber Daya Alam oleh para perusahaan Asing Perompok!!!!!!!!!- Exxon Mobile…Freeport….Caltex……!!! Perampokan harta kekayaan Alam Rakyat..Tambang Bahan Galian..Hutan…Kekayaan laut…Semuanya Habis Dijilat dan Disantap Oleh Para Perusahaan kapitalis Setan..Bangsat itu!!!!…
Apakah itu semua menyatakan keberhasilan Demokrasi!!!!
hah…..Ayuh Jawab!!!!!!!!!!!!!
Sesunguhnya kalian seharusnya Memberontak…Melawan…kepada Para Penganut Demokrasi!!!!

Mereka tidak pernah memikirkan urusan rakyat…mereka tidak memikirkan kesejahteraan rakyat..yang mereka pikirkan hanyalah memperkaya diri dimasa hadapannya…Padahal Diharamkan Masuk Syurga Para Pemimpin yang melalaikan Tanggung jawabnya Untuk Mengurusi Rakyat!!!!!!
Kerananya….Demokrasi adalah Sesat…
Demokrasi adalah sistem Kafir dan Dzhalim..yang mencampakkan Hukum-hukum Allah…yang tidak menstandardkan Segala Perbuatan atas Halal-Harom…Sistem yang Mengundang Azab Allah..Sistem yang menjadikan Hidup Semakin Sempit dan Jauh dari Berkah dan Rahmat Allah…Sudah Seharusnya Menempatkan Hukum Islam sebagai Kedaulatan Tertinggi dan Meninggalkan hukum Sekulerisme!!!!

Ingatlah…Demokrasi hanya menghasilkan Negara Koorporasi yang pemimpinnya akan Senantiasa Mendukung..bekerja sama dengan Pemilik Modal yang telah menyokongnya dan mengangkatnya menjadi Pemimpin….Sehingga akan berjalanlah Bisnes antara penguasa dgn Para Kapitalis..Makanya Jangan Hairan kalau Perusahaan Asinglah yang mencengkeram kekayaan alam yg seharusnya milik rakyat….!!!
Kerana itu sudah saatnya Membuang Demokrasi ke longkang-longkang..parit-parit,,ke tong-tong sampah!!!!!!!!

Dan Sudah Saatnya Mengadopsi dan berhukum dengan Sistem Islam yang Pasti akan Mendatangkan Berkah dan Rahmat dari Langit dan Bumi (Lihat QS: Al Araaf ayat 96) dan Akan diridhai Oleh Allah SWT…………..

Pintu Neraka terletak di Uzbekistan.WAJIB TENGOK..TOLONG LAH TENGOK NI..(update)

Pintu Neraka terletak di Uzbekistan.WAJIB TENGOK..TOLONG LAH TENGOK NI..(update)

HyperLink large : http://imajr.com/1-939530

HyperLink large : http://imajr.com/2-939531

HyperLink large : http://imajr.com/3-939532

HyperLink large : http://imajr.com/4-939533

HyperLink large : http://imajr.com/5-939534

HyperLink large : http://imajr.com/6-939536

HyperLink large : http://imajr.com/7-939537

HyperLink large : http://imajr.com/8-939538

Waallahu a’lam..

Kita mengalukan Pakatan Melayu di atas dasar ISLAM..Sejarah akan Berulang??

Kita mengalukan Pakatan Melayu di atas dasar ISLAM..Sejarah akan Berulang??

Pakatan satu kelompok serumpun di atas ISLAM adalah satu perkara yang amat di galakkan. Ini menepati ayat quran ‘Wataawanu ala birri wa taqwa wa la taawanu ala ismi wal udwan”. Berpakatlah atau bekerjasamalah kamu atas kebaikan dan taqwa dan jangan kamu berpakat atau kerjasama di atas dosa dan kejahatan. Maka kita setuju dengan statement ketua pemuda PAS , akhi Salehudin saperti di lapor” Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Salahuddin Ayub berkata, pada dasarnya beliau bersetuju dengan cadangan tersebut kerana ia membawa kebaikan untuk orang Melayu dan Islam di negara ini.”

Saya pernah mendengar interview D Kamal Helbawi tokoh ikhwan yang mengatakan bahawa menolong kaum sendiri adalah perkara dalam Islam kerana mereka merupakab saudara mara terdekat dan dalam Islam ,prinsip menolong bermula dengan menolong diri, keluarga , sanak saudara , jiran. Namun semua itu di laksana BERLANDASKAN prinsip islam. Prinsip Islam itu satu prinsip yang universal di mana walau pun saudara mara di tolong namun masyarakat lain pun ada HAK mereka sebagai rakyat , jiran dan manusia tanpa terjejas sedikit pun. Serupa juga masyarakat Cina dan India , sepatutnya mereka berusaha menolong kelompok mereka dalam hal kebajikan namun ia mesti berlandaskan kebajikan dan keadilan dan kemanusiaan bukan berlandaskan chauvinisme dan pengkhianatan kepada masyrakat civil.

Sebenarnya pepecahan orang Melayu yang kebanyakan nya sembahyang lima waktu , puasa, mengelak melakukan dosa besar ini adalah satu perkara yang tidak bijaksana. Kalau kita lihat poliitk dunia , kekuatan bangsa BERTERASKAN ISLAM menjadi tenaga penting dalam menggerakkan perisai kekuatan mempertahankan survival dan keterusan masyarakat mereka.

Kita ambil contoh
palestine. Kesatuan antara Hamas dan Fatah menentang israel sudah tentu satu perisai yang kuat untuk mengelakkan masyarakat mereka di bom dan di hentam dengan peluru berpanu israel saperti target practice. Namun muafakat dan kesatuan adalah satu perkara yang perlu di pupuk kerana kekuatan satu masyarakat adalah halangan bagi musuh yang ingin menghancurkan mereka. Melemahkan masyarakat palestine dengan pepecahan politik adalah satu strategi ampuh bagi masyarakat israel untuk menhancurkan masyarakat palestine. Ini di panggil divide and rule yahudi terhadap orang palestine.

Kita perlu tahu bahawa matlamat kegiatan politik dalam satu masyarakat bertujuan untuk menguatkan masyarakat itu dari ancaman luar bukan untuk menjual masyarakat mereka kepada orang luar. Bagi orang Islam tujuan politik ialah keselamatan kelompok dari ancaman luar dan mengekalkan keimanan kelompoknya. Yang menjadi masaalah nya ialah politician perut dan politicial bahlul yang tidak tahu bahawa matlamat berpolitik ialah bertujuan untuk menyatukan ahli dan memberi satu KEPIMPINAN yang berkesan kepada masyarakat .

Kita lihat pula bangsa IRAN. Mereka menjadi kuat dengan ISLAM. Ahli politik Iran begitu consistent dalam mempertahankan masyarakat Iran dari ancaman luar dan dalam samaada semasa Islam atau semasa penjajahan. Di bawah pemerintahan Islam mereka menggunakan kesatuan bangsa atas dasar Islam untuk mempertahankan diri mereka dari usa dan memperkuatkan bangsa iran , kurdis dan kelompok lain dalam konteks negara. Semasa penjajahan mereka menggunakan kekuatan bangsa mereka untuk menghalau penjajah.Kesatuan bangsa berlandakan Islam adalah satu perkara yang cantik.

Di
Afghanistan, bangsa afghanistan di anggap oleh musuh mereka ‘ fearless dan proud nation. Mereka berani dan bangga dengan kehebatan bangsa mereka namun bangsa mereka berbudayakan Islam yang saling lengkap melengkapi sehingga menguatkan mereka dan menyebabkan mereka tidak pernah di jajah.

Perpaduan Melayu juga penting kerana tanpa perpaduan melayu kita akan menjadi ummat yang lemah yang akan di sembelih saperti berlaku di Kemboja Patani dan Filifina. Masyarakat patani Kemboja dan filifina dapat bertahan dan melindungi masyarakat mereka kerana mereka bersatu dan alangkah eloknya KESATUAN MEREKA ITU di atas Islam.

Namun di Malaysia , kita tidak begitu melihat kepentingan nya bersatu kerana kita tidak pernah di sembelih dan di perhambakan saperti fatani kemboja dan mindanoa. Percayalah politik boleh berubah dan jika kita tersilap langkah kita akan menjadi MINORITY POLITIK walaupun MAJORITI BILANGAN . Jika perkara itu berlaku dan kita tidak dapat GERENTI orang sentiasa bertindak baik kepada kita, dan kita di sembelih maka INDONESIA pun tidak boleh campur tangan saperti kita tidak boleh campur tangan dalam kes FATANI.

Kita berdoa agar Allah satukan orang Melayu atas dasar ISLAM dan menghapuskan semua petualang munafik , oppotunist dan si politik jahil dari masyarakat ini . Dan kita memohon agar Allah tidak menguji kita dengan ujian berat saperti bangsa lain di Chechen. Kashmir fatani mindanoa dan kemboja dan kita hancur dengan ujian itu. Ya Allah satulah hati kami dengan Islam dan keadilan. Ameen.

Pintu Neraka terletak di Uzbekistan.WAJIB TENGOK..TOLONG LAH TENGOK NI..

Pintu Neraka terletak di Uzbekistan.WAJIB TENGOK..TOLONG LAH TENGOK NI..

kalau tak dapat.. KLIK

Waallahu a’lam..

Fikir Sejenak..Adakah ini ‘Kita’..

Fikir Sejenak..Adakah ini ‘Kita’..

Kita menyembah ‘agama’, bukan lagi Tuhan, bukannya Dia

Kerana itu kita banyak berbalah, berkeluh kesah dan memberontak… kerana lupa kita hamba dan Dia segalanya. Kita kelihatannya seperti sangat beragama dek pengetahuan, tetapi apabila direnung pada kelakuan, keyakinan dan pegangan diri dalam kehidupan, kita seperti hidup tidak berTuhan.

Kita beragama, tetapi dalam beragamanya kita itu, kita miskin dari hakikat Dia. Tidak terserlah kehambaan diri, tidak terlihat kebesaran Dia.